salam...kawan2..sebenarnya hari ni aku tak tau nak bawak tajuk apa tuk entry aku ni..tapi..aku cuba fikirkan mulai dari sekarang!!!!hehehehe..
aku mula berfikir..kenapa manusia memerlukan penghargaan??manusia sering untuk mencari perhatian orang,mereka selalu nak orang sayang mereka,mereka mahukan orang sentiasa memahami mereka...perlu ke???
ye!!!!aku mengaku..aku juga termasuk dalam salah seorang yang aku sebut di atas tadi,tapi..itu dulu...pengalaman banyak mengajar aku,bosannya jika aku cuba untuk menyanyangi seseorang lebih dari diri aku sendiri,sakitnya bila aku cuba mendapatkan perhatian orang lebih dari sang murabbi,hibanya jika aku sering mengharapkan balasan atas apa yang aku dah buat untuk orang lain..
waktu aku gembira,ramai orang disekeliling aku yang turut sama gembira,tapi bila aku kesedihan,mana mereka??dari sini aku mula belajar sesuatu..
"BILA KITA CUBA MENGEJAR NIKMAT DUNIA,SEBENARNYA NIKMAT ITU MAKIN JAUH DARI KITA,KERANA DIDUNIA INI TIDAK ADA SATU NIKMAT PUN YANG AKAN KEKAL LAMA"
aku turut bersedih bila aku terdengar ada manusia yang bersedih disebabkan manusia lain,kerana aku juga pernah merasai sama seperti mereka suatu ketika dahulu...
duhai manusia..
jangan engkau menghambakan diri pada dunia,
jauh sekali pada manusia,
kerana mereka tidak pernah menjanjikan apa2,
duhai manusia,
kite sering kali terpadaya,
dengan benda yang fatamorgana,
mungkin itu sifat manusia,
sering tertipu dengan kemewahan dunia.
duhai manusia,
cubalah mengingati "nya",
tadahlah tanganmu meminta dari "nya",
menangislah semata2 kerana "nya"
hiasilah dirimu dengan iman,
basahilah lidahmu dengan zikrullah,
sinarkanlah bibirmu dengan senyuman,
titis kanlah air matamu dengan taubat..
puisi aku ni takdelah best mana..tapi yang penting...setiap hari niatkanlah dalam hati "semua perkara yang aku lakukan hari ni adalah ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari manusia,bukan juga kerana pahala,tapi cukuplah kerana redha allah"
insyallah..hari korang akan jadi lebih tenang dan mudah...
1 comment:
"BILA KITA CUBA MENGEJAR NIKMAT DUNIA,SEBENARNYA NIKMAT ITU MAKIN JAUH DARI KITA,KERANA DIDUNIA INI TIDAK ADA SATU NIKMAT PUN YANG AKAN KEKAL LAMA"
Saya setuju. Tapi kita manusia nie selalu lalai dengan nikmat dunia yang sementara!! Kita selalu lupa...selalu buta mata dan hati kerana dunia ... moga cepat tersedar dari segala buaian dunia yg sia2
Nice word ...
"semua perkara yang aku lakukan hari ni adalah ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari manusia,bukan juga kerana pahala,tapi cukuplah kerana redha allah"
Post a Comment