Thursday, July 28, 2011
LUAHAN MATA SI PERINDU..
Luahan hati yang aku dengar dari seorang sahabat,sedih gak dan aku dapat selami luahan hati dia..biar aku namakan luahan dia sebagai “luahan mata si perindu”
Begini ceritanya padaku,dan aku akan lauhnkan suaranya disini…
Betapa dia merindui seorang hamba allah yang telah sekian lama dia memendam rasa untuk bertemu “NYA”..setiap hari dia berdoa agar suatu hari nanti dia akan bertemu dengan “NYA”..
Tapi hingga kini masih belum bertemu,aku mendengar lagi suara hati rakanku ini,sambungnya lagi….
Hampir setiap hari dia mengharap agar dipertemukan dengan “NYA” satu hari nanti…dia risau sekiranya dia mati pada esok hari atau lusa,bimbang tidak dapat bertemu “NYA”..dia ingin melihat hamba allah ini kembali kepada “NYA”..sungguh hatinya teramat bimbang..
Sambungnya lagi..dia ingin berkongsi syurga yang sama bersama “NYA” diakhirat kelak..katanya lagi,dia rela membahagi pahala kepada “NYA”..
Aku mula menasihatinya..jangan terlalu menyanyangi manusia,dan jangan terlalu mengharap dengan manusia,takut diri akan merana..jangan hingga sanggup membahagi pahala,di khuaitiri,kita yang akan merasa azabnya..
Tapi dia mula membidas kembali…dia mempercayai tentang kuasa allah,takkan sekali2 manzalimi hambanya,setiap hamba yang ikhlas dalam setiap perkara,pasti diredhainya,dia tidak mengharap pada sesiapa,Cuma hanya pada allah sahaja,dia tidak menyanyangi sesiapa melainkan hanya kerana allah sahaja,dan dia tidak pernah menyesal menyanyangi hamba allah ini,kerana ikatan sayang yang diciptanya atas dasar persaudaraan sesama islam,dia ingin membawa “NYA” meniti jalan allah yang terang dengan cahaya nur keimanan,bukan meminta balasan…
Aku terdiam sebentar mendengar keluhan hatinya..sungguh kah rakan ku ini??sudah cukup kuatkah hatinya dalam menunaikan kata2nya??namun aku kagum dengan semangat yang dia ada..aku tidak mahu lagi membidas kata2nya,dia dan tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk dilakukannya..
Namun…jauh disudut hati ku..hingga kini masih berfikir..siapakah gerangan HAMBA ALLAH yang di maksudkannya..hanya dirinya yang tahu siapakah gerangan tuan empunya..
Sungguh bertuah HAMBA ALLAH itu,punya sahabat dalam senyap,yang tidak menjelma didepan mata,apatah lagi mengenali siapa dia..inilah yang aku namakan sebagai “LUAHAN MATA SI PERINDU”.. kerana dari matanya,jelas menampakkan keikhlasan hati yang mendalam dalam menantikan sahabat “NYA” itu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
keikhlasan x perlu disebut, kadang2 kita menanggung rindu yg x terucap dgn kata2. rasa hati terbeban..dan seakan menanggung satu derita.
terima ksh cik kamoo..saya suka sgt kata2 tu..
Post a Comment