Thursday, September 17, 2015

CERITA AKU.....

ASSALAMUALAIKUM...mak aku pesan...belajar rajin2,ada rezeki biar keje tinggi,jangan jadi kuli bawah sangat,nanti orang buli,orang la ni,pantang pangkat tinggi sikit dah mula sombong,tinggi diri,kita ni depa layan ikut dan je,buat tak peduli....

ye..hampir 10 bulan aku kat malaysia...aku mula nampak apa mak aku cakap...sarung uniform,pakai smart,sarung baju kot,tapi bahasa tak sopan,cakap dengan orang ikut suka hati...bila dah kena batang hidung sendiri,geram tak kira rasa,hangat hati,dulu arab ejek aku,aku xdela hangat sangat,paling kurang pun memang aku tunjuk marah aku depan diorang,tapi bila bangsa sendiri buat,hangat hati aku lebih hangat dari kari korang yang tengah menggelegak dalam priuk tu..

ada orang pesan kat aku,orang uniform jangan dilawan sebab kuasa diorang lagi tinggi dari kita...kenapa aku tengok bangsa aku tak macam dulu??kurang adab....orang arab bila jumpa orang malaysia diorang akan thumbs up sambil kata "ahsan nas"...tahu apa istimewanya dia pakai perkataan "ahsan"?? tambahan alif kat depan tu menunjukkan yang kita memang tersangatla baik..sebaik2 manusia....mana "kebaikan" tu pergi ek??

aku yakin kalau aku orang kaya,anak datok,anak menteri,artis popular,diorang akan layan aku dengan baik,ramah,senyuman...bukannya..."saya tak tahu",buat bodo,gelak,n permainkan ikut suka&mood diorang...

aku bercakap bukan untuk pihak aku je,tapi untuk kawan2 aku yang lain yang sama2 kena macam aku...kitorang sakit hati,tapi aku cuba tenangkan hati aku dengan kawan2 yang lain untuk sentiasa husno dhon (bersangka baik) dengan apa yang dah diorang buat...aku rasa cara macam tu sekurang2nya dapat legakan sikit hati aku....

biasala...lumrah dunia yang suka menguji,menyusahkan dan meyesakkan penduduk dia,kalau semuanya nak manis,best,sedap,senang,itu bukan DUNIA namanya,itu SYURGA...takpela....apa yang kita dapat sekarang adalah bahagian kita...kalau ini yang perlu kita beli untuk tiket kita ke syurga,moga hati ini lebih tabah dan redha dengan ketentuannya....amen....tapi sebelum kita dapat tiket kita,cubalah ceria dalam hari2 anda (^_^)y


p/s : lain orang lain dugaan dia,semua orang susah hati,rasa down,its ok,kita dibenarkan untuk berfeeling macam tu,tapi terpulangla pada diri masing2 macam mana nak handle life kita....



nukilan ikhlas dari conan....

Friday, May 8, 2015

I WANNA BE A WRITER..

Assalamualaikum...ok..stat cite dengan " i wanna be a writer" stat write something since i was 12 year old...tulis skrip..alhamdulillah berbuku-buku jugak, walaupun cite2 yang aku tulis tu cite recycle yang dah ditayangkan kat tv, but 1 story i write by myself,my own idea,tak ciplak sapa2 punya cerita..tapi sayangnya..semua skrip tu aku dah bagi pada kawan2 aku sebagai tanda kenang-kenangan..ok takpe...aku redha...barang yang lepas jangan dikenang lagi...but still
                                                                                         



masuk sekolah menengah..satu hari,kami diberi tugasan untuk menyiapkan1 puisi mengikuti kretiviti masing-masing..ok..takpe..mula-mula aku buntu,aku tak tahu nak buat apa,then dapat 1 idea,aku nak buat poem untuk mak aku..hehehe...aku ambik kotak n jadikan dia kad,aku tulis dalam tu,aku balut cantik-cantik. Esoknya aku volunteer jadi orang first baca apa yang aku tulis tu, aku tahu aku bukannya seorang penulis yang baik, tapi sekurang2nya aku nampak ketua kelas aku mula sebak bila aku baca puisi untuk mak aku tu,tapi sebenarnya aku tak sangka pun yang some1 akan touching dgn puisi aku tu..hehehe..




yup!!bila aku dah masuk universiti,aku dengan tekadnya " i want to be a writer!!!"...nampak..semangat tu..aku tak tahu aku ni katogeri old school ataupun lapuk ketinggalan zaman,walaupun zaman sekarang orang guna laptop aku masih menulis guna kertas dan pen!!aku tulis sampai jadi banyak,terus terang aku memang takde basic untuk jadi penulis, 1hari aku dapat contac dengan sorang penulis skrip, kalau aku cakap korang mesti kenalnya sapa dia,dia mula ajar aku sikit2 untuk menulis walaupun kadang-kadang ada yang aku tak faham, perkenalan kitorang terhenti macam tu je, sekarang dia dah famos,aku selalu nampak nama dia kat TV, and baru juga dapat award,tahniah...jadi tinggal lagi aku sorang2 tanpa panduan..




aku tak putus asa..1 hari aku dapat contac seorang hamba allah,yang kalau aku sebut sekali je nama dia,korang mesti kenal punya,aku tak tahu kenapa allah mudahkan sangat urusan aku,aku dapat cakap kat dia yang aku nak hantar skrip yang dah aku tulis, dia suruh hantar kat email dia,time tu aku happy sangat..but like i said before,im not a good writer,aku tak dapat apa2 feedback pun dari dia,and dari situ aku sedar,yang aku ni memang tak layak lagi nak jadi writer..its sad but sokey..aku terima and redha...




sekarang...mesin taip aku ni dah sunyi dari cerita-cerita baru aku, sokey conan...aku terharu masa aku mula menulis masa umur 12 tahun tu,ramai tertunggu-tunggu cerita baru dari aku,sampai cikgu aku sendiri selalu tanya bila cerita baru nak siap??hahaha...sekurang-kurangnya masih ada lagi yang menghargai penulisan aku yang tak seberapa tu. cerita baru aku banyak tulis dalam hati.




aku tak kata aku putus asa,aku tak kata aku kecewa,cuma aku rasa sekarang belum masanya lagi, hidup aku sekarang pun dah macam buku,cuma aku tak tulis story pasal hidup aku,tapi memang aku simpan dalam hati yang satu hari nanti "i will write a book" sebelum aku menghembuskan nafas aku yang terakhir ni..cuma aku berharap sangat akan ada someone yang akan guide aku,and paling aku perlukan semangat dari seseorang...yup..i will write a book...

p/s : penat otak & badan,seharian di perpustakaan..selamat malam hamba allah semua :)


ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Friday, May 1, 2015

DONT WORRY..BE HAPPY...:)



Assalamualaikum..saat aku menaip ni,aku takde arah tujuan,takde tajuk apa pun nak dibangkikan...mood aku hari ni macam filem hindusan yang kejap happy kejap sedih...apa yang aku rasa sekarang..50/50...semalam aku dapat berita sedih pasal ayah kawan aku yang ditipu sampai berpuluh ribu,atas dasar simpati,ayah kawan aku tu tolong,tapi atas dasar rasa lahanat,cilaka tu menipu ayah kawan aku sampai dia terpaksa menanggung hutang yang berpuluh ribu,akibat tekanan yang melampau,keje dia sebagai guru terjejas,juga sebagai imam masjid,akhirnya dia diberhentikan kerja,dengan menanggug 6 orang anak,dan iserinya yang sakit,dia hilang punca,hilang pendapatan,akhir beliau berniaga nasi lemak,kelmarin masa tengah bungkus nasi lemak,beliau tiba2 pengsan,dokor sah kan berlaku pendarah teruk di bahagian otak,dah ditakdirkan allah setakat semalam je umur beliau...al-fatihah untuk beliau..ustaz mohammad bin haji ramli..takziah untuk kawan aku umaimah binti mohammad..

kawan aku tu muda lagi,dia anak sulung,mak dia sakit,terpaksa tanggung hutang,dari cara dia bercerita dengan aku dulu,dia ni rapat dengan ayah dia...sebab mak dia sakit,jadi dia banyak dengan ayah dia,walaupun kadang2 aku tengok dia ni macam orang akde perasaan,tapi dalam keadaan sekarang..korang rasa???aku pikir balik,aku rasa aku dah banyak sangat masalah,tapi bila aku dengar pasal kawan aku ni,masalah aku kecik sangat nak dibandingkan dengan dia...aku yang dengar pun dah rasa berat apatah lagi yang menanggungnya..

setiap manusia akan diuji ikut kemampuan dia,aku kadang rasa "berat" and "payah" sangat...korang akan tahu diri korang betul2 sedih bila korang sendiri tak mampu nak ungkapkan sesuatu walau 1 perkataan,air mata pun dah x sudi nak mengalir,korang just silent n berpikir with empty things kan??nothing...

aku cuba bawa hati aku "kenapa nak sedih2 sangat ni??dunia ni sementara,takde apa pun,dah mati baru stat kehidupan sebenar kita" "kenapa nak touching macam orang gila ni??" "kalau kau rasa kau susah,mak kau dulu lagi susah,cuba belajar dari mak macam mana dia lawan dunia sedih ni dengan semangat dia" ..

aku penat bila orang yang aku sayang selalu tinggalkan aku,aku penat sangat dengan perangai macam tu,aku penat dengan orang depan kita baik belakang macam lahanat,aku penat dengan orang pandai cakap tapi tak pandai buat,aku penat dengan dunia manusia yang pura2,aku penat nak berkawan,aku penat orang tengking2 aku,aku penat nak jadi baik,u know wht u get back...u heart is broken more than u can imagine,u know,hati korang lagi sakit dari kena toreh kaca..u know what...this is what we call "dunya"..yeah..enjoy guys,no pain no gain...people dont get it whn u try so hard to be nice,they even dont wnt to undrstnd,so wht u gonna do??

sorry guys,this is not abt people..people alwys nice...is about "dunya"..yup...dunya alwys promise to us wht he had..u konw wht "dunya" had??something evil for someone bad like shit,n something good for someone trying to be good like an angel...so people..u can choose..evil or angel...

i m not asking u to be evil in hell or angel in heaven..just be yourself,create your manner for the right way,dont hurt people around you,try your best to not hurt anyone especially your mom..she is an angel in your dunya,without her,your are nothing...

about friend...yeah..like i said..dont hurt,dont cheat your friend..believe me...your REAL FRIEND alwys bring your joys and happiness..so try to find someone who really honest to be your friend,if not..you are going to be hurt..dont worry..i feel it already..hahahaha....it fun like u must to eat a candy you hate to taste it..its ok..still candy,its sweet..

tapi apa pun..kita percaya..semua u ujian untuk kita supaya terus tabah dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik,allah uji tu bukan sebab benci,bukan saja2 nak pekena kita,tapi anggaplah ni salah satu cara allah nak ajar kita bahawa tempat pergantungan kita hanya allah..bila kita dahulukan allah lebih dari segala2nya,kita takkan pernah kecewa,persoalannya mampukah kita??tanya diri masing2...sekian saja bebelan aku..btw..macam mana english aku??hahaha..proses nak belajar sekarang dari dulu..zero!!aku tinggalkan korang satu lagu "dont worry be happy"..yeah..whtever happen,alwys be hpy...try to be hpy ok..:)



Don't Worry, Be Happy - Bobby McFerrin (Cover by Randler Music)





ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Saturday, April 25, 2015

ART OF DECEPTION " AMERIKA SANG PEMBUNUH " - JERRY D. GRAY

salam...aku rasa sekarang ni,beberapa bulan sekali baru aku update blog ni,sedih conan oii..takpela,lately,aku busy + pemalas..natijahnya memang beberapa bulan sekali baru ada new entry...hari ni aku nak bercerita pasal satu buku yang tengah aku baca sekarang,aku tertarik untuk kongsikan dengan korang...buku hasil tulisan JERRY D. GRAY seorang bekas prajurit tentera udara amerika (USAF) kini sudah memeluk islam,sekarang menetap di indonesia,dia tak boleh nak balik US sebab takut2 nanti dia kena tangkap gara2 banyak sangat pendedahan yang dibuat pasal kerajaan amerika ni yang memang bangang,memang truly terrorist punya orang...tapi dalam buku dia banyak kupas pasal kejadian 9/11..menarik kupasan dia..tentang penipuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan amerika yang sememangnya berkhidmat untuk freemason&zionis gila,masing2 sedang merencanakan sesuatu yang pasti membuatkan dunia diambang WW3...

Hari ni aku nak bawakan antara salah satu catatan JERRY D.GRAY tentang "AMERIKA SANG PEMBUNUH" kalau sapa yang beli buku ni,boleh tengok muka surat 83-86.






BERIKUT ADALAH SENARAI PEMBUNUHAN DAN KEROSAKAN YANG DILAKUKAN OLEH AMERIKA SYARIKAT,PBB MENGABAIKAN FAKTA-FAKTA INI : 

1- 3 juta rakyat vietnam dibunuh sepanjang 30 tahun US berada di sana.

2- Lebih daripada 300 ribu rakyat jepun dibunuh ketika Amerika menyerang Tokyo dan menjatuhkan bom nuklear dikawasan padat awam Nagasaki dan Hiroshima.

3- Pengeboman antara tahun 1969 dan 1975 yang mebunuh sekurang-kurangnya 600 ribu rakyat Kemboja.

4- Lebih 5 juta mati di Loas ketika Amerika mensasarkan pengeboman rahsia sejak tahun 1964 -1973,menjatuhkan lebih dua juta tan bom ke negara itu. Lebih daripada 1/4 penduduk menjadi cacat. 

5- 100 ribu rakyat Korea dibunuh sebelum perang Korea, termasuk 30 ribu hingga 40 ribu rakyat terbunuh kerana pemberontakan petani di Pulau Cheiu.

6- Hingga 4.5 juta rakyat Korea terbunuh sejak 1951 - 1953 ketika perang korea.

7- 200 ribu orang terbunuh ketika angkatan bersenjata Amerika mengalahkan angkatan Bersenjata Filipina.

8- 23 ribu orang terbunuh di Taiwan oleh Angkatan Bersenjata yang disokong, ditaja oleh US pada akhir 1940-an.

9-Lebih dari 1.7 rakyat Iraq terbunuh akibat pengeboman yang dilakukan US. Sebahagian besar mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

10- Lebih dari 1 juta nyawa hilang sepanjang perang Iraq - Iran pada tahun 1980an . Ketika itu US menyokong Saddam Hussain dengan menyediakan senjata pemusnah kepada Iraq.

11- 35 ribu orang Kurdish terbunuh, 3500 perkampungan hancur, dan 2 - 3 juta rakyat kehilangan tempat tinggal .

12- Lebih daripada 1 juta orang terbunuh dalam perang saudara di Afghanistan dari tahun 1979 - 1992. Ketika itu US dengan kuat membantu mujahidin.

13- 45 ribu orang terbunuh di Lubnan Selatan sejak 1982 oleh Israel, yang sentiasa disokong oleh US. Ribuan orang terbunuh di Palestin dan jutaan terpaksa di penjarakan oleh Israel.

14- Lebih daripada 150 ribu orang terbunuh di Greece ketika US menjajah serta menjadi penasihat pada akhir tahun 1960an.

15- Lebih daripada 75 ribu rakyat terbunuh dan lebih dari satu juta pelarian di El Salvador sejak 1980 - 1994 ketika US hebat mendukung usaha sebuah rejim.

16- Penjaga Keamanan Nasional yang didokong oleh US di Nicaragua membunuh 400 ribu rakyat awam kerana sebuah masalah selama hampir 50 tahun.

17- 30 ribu terbunuh di Nicaragua sejak tahun 1979 - 1989 .

18- 200 ribu orang Guatemala diseksa sejak tahun 1960 -1990 oleh tentera yang dilatih, dilengkapi senjata, ditaja dan dibantu oleh US .

19- Lebih daripada 35 ribu rakyat Columbia terbunuh sepanjang perang Columbia yang didokong oleh US bagi menentang para pemberontak .

20- Lebih 4 ribu warga awam terbunuh di Panama sepanjang penaklukan US pada tahun 1989 .

21- Ratusan ribu terbunuh dalam penaklukan langsung dan tidak langsung yang dilakukan US di Brazil, Cile, Uruguay, Peru, dan Argentina sejak pertengahan tahun 60an hingga 80an. Kini kita faham mengapa presiden Chavec sangat membenci US.

22- 50 ribu orang Haiti terbunuh ketika tentera US menghancurkan pemberontakan petani pada tahun 1915 .

23- Antara 4 ribu - 5 ribu orang Haiti terbunuh pada awal tahun 1990 oleh angkatan tentera bersenjata yang dibentuk US.

24- Ribuan rakyat terbunuh di Republik Dominika pada tahun 1960 ketika US dan tentera Dominika menghancurkan pemberontakan pro-Bosch .

25- Lebih daripada 3 ribu orang terbunuh dan tidak terkira jumlah yang menderita kerana ditakluk oleh US di Cuba.

26- Ratusan orang terbunuh dan cedera ketika US menakluk Granada pada tahun 1983 .

27- US mendokong Siad Barre dan membunuh 50 ribu rakyat Somalia antara tahun 1978 - 1990 .

28- Hingga 10 ribu rakyat Somalia dibunuh tentera US sepanjang misi kemanusiaan Amerika pada tahun 1993 .

29- Pada tahun 1994, US menyokong penyeksaan kepada rakyat Rwanda, sebanyak 800 ribu orang terbunuh hanya dalam 100 hari!!! 

30- Lebih daripada 300 ribu orang terbunuh dan 80 ribu cacat di Angola dalam perang saudara yang didokong US.

31-Puluhan ribu terbunuh dan 200 ribu diseksa di Cad oleh Hissen Hebra dengan bantuan US sepanjang tahun 1980.

32- 1.5 juta orang terbunuh antara 1980 - 1988 di Afrika Selatan disebabkan Afrika Selatan yang dilengkapkan senjata oleh US.

33- Ribuan orang di Pulau Pasifik, Puerto Riko, Utah, California, Nevada, Washington, New Mexico, dan pelbagai tempat lain dibunuh, diseksa sebagai hasil daripada senjata eksperimen US.

34- Ratusan aktivis hak-hak warganegara diseksa, dipukul, difitnah dan dibunuh oleh US melalui ejen kerajaan.

35- Ratusan penyokong Black Panter dan Indian Amerika difitnah, diseksa, dan dibunuh oleh FBI dan agensinya pada akhir 60 - 70an.

36- Lebih daripada seribu Muslim Amerika " hilang " selepas peristiwa 911 dan ditahan tanpa bukti.

37- Hingga penerbitan buku ini, lebih daripada jutaan orang terbunuh di Afghanistan oleh Amerika dalam kempen memerangi pengganas.

38- Lebih daripada 1.5 juta mati di Iraq dalam perang yang masih berlaku di sana.

keseimpulan yang dibuat tentang perkara diatas oleh JERRY D. GRAY :

1- Amerika Syarikat - adalah pengganas terbesar di dunia.

2- Amerika Syarikat - adalah musuh bagi seluruh manusia.

3- Amerika Syarikat - sebuah negara yang melanggar hakl asasi manusia.

4- Amerika Syarikat - disokong oleh PBB.

5- Amerika Syarikta - bukan sebuah negara yang boleh dipercay

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..






Friday, February 27, 2015

EDISI TRAVEL - BACKPACK ( MATROUH )

ASSALAMUALAIKUM...aku nak share dengan korang pasal tempat2 menarik kat egypt tu,pada mereka2 yang selalu pikir mesir tu padang pasir je,unta lalu lalang penuh,orang2 dia pakai jubah + serban tak lepas...korang silap...sana banyak tempat2 menarik,cuma rajin dengan tak rajin je korang nak teroka...

hari ni aku nak bawak korang tengok keindahan pantai yang sangat2 cantik...banyak lagi gambar2 aku tangkap,tapi setakat ni jela gambar2 aku bagi korang tengok,lagipun ada jugak gambar2 yang aku tak tau aku save kat mana..antaranya gambar pantai yang mengadap hostel aku duduk...

tempat yang aku pergi ni nama dia "matrouh"...matrouh ni bukan setakat pelajar malaysia je datang jenguk,banyak negara2 arab lain akan turun kat sini disebabkan keindahan pantai dia yang tak terkata...kalau korang ada angan2 nak pergi,aku nasihatkan korang pergi musim panas,sebab tempat ni "hidup" time musim panas,risiko dia cuma sesak and tempat penginapan dia mungkin LE200 ke atas,aku pergi time tu dah nak sejuk,so tempat ni "mati",kedai2 banyak tutup,orang tak ramai of cozzz...dan kelebihan dia hostel kitorang duduk tu,mengadap pantai,bersih,sebelah masjid,harga dia cuma LE120!!murah sangatttt!!hehehe...sayangnya,gambar hostel aku mengadap laut tu aku tak jumpa kat mana aku save..sorry banyak2....

memandangkan aku dok kat alexandria,so takde masalah nak direct terus ke matrouh,sebab kalau korang dari cairo,korang kena turun alex dulu,gi mauaf ( stesen bas,tremco,peugot) kat alex tu,terpulang nak naik bas atau pun van..tambang dia korang bajetla dalam LE35...aku naik bas,lebih kurang 5jam untuk sampai ke sana,ni untuk mereka2 yang nak backpacking la,kalau dah memang ikut mana2 rombongan,tak payahla turun alex..terus je ke matrouh,cuma lagi jauhla..itu je..

Disebabkan aku takde gambar laut yang bertentang dengan hostel aku duduk tu,aku terus bawak korang ke "pantai ajibah"....nak tau kenapa dia nama "ajibah"..sebab keajaiban pantai ni yang ada 7kaler..betul..aku tak tipu..sebab tula aku suruh korang gi musim panas,ada time2 tertentu,korang akan nampak warna pantai tu sampai 7kaler...subhanallah!!!pantai dia sangat2 cantik...dari  hostel aku nak ke ajibah,makan masa lebih kurang sejam,sewa teksi dalam LE110..













lepastu aku minta ammu (pak cik) teksi tu bawak kitorang tengok hammam (tempat mandi) cleopatra...betul kat laut...cleopatra ni orang kulit hitam tapi tersangatla cantik,ada yang kata dia ni gundik ada yang kata dia isteri firaun,cleopatra ni banyak,bukan sorang je tau,cuma aku tak tau yang ni cleopatra yang ke berapa..tempat mandi dia memang gila brilliant!!satu lagi,really sorry,sebab nak tak nak korang kena pusing kepala korang tuk tengok gambar2 aku yang teleng2 belaka ni..



patung cleopatra




pandangan dari jauh hammam cleopatra...batu yang besar tu..jom kita terjah!!



pintu masuk hamam cleopatra..





pandangan dalam...lubang ni dibuat belah kiri dan kanan hammam...sebabnya..bila ombak datang,automatik akan masuk kat lubang kiri kanan tu dan akan keluar kat pintu masuk tadi...korang dapat bayang tak??tempat ni tertutup,senang cakap macam gua gitu..



ni tempat cleopatra duduk santai sambil menikmati air laut yang setiap kali masuk kat hammam dia..korang rotate sendiri gambo tu..





penat berjalan,berhenti makan jap...menu kitrorang macam biasa...nasi dengan ayam bakar..menu tambahan diorang bagi salad campur,sayur jeruk,kacang diorang buat macam mayonis tu,dengan roti bakar tu..sedappp...;p








sambung jalan2 lagi ke "souq libya" (pasar Libya)...tak dinafikan,matrouh ni dah dekat dengan libya,jadinya ramai pedagang dari libya masuk nak berniaga kat matrouh..macam2 benda korang boleh jumpa kat sini...







tapi aku paling tertarik kat souq libya ni..tuh!!bawang bukan sebaranag bawang,bukan bawang tuk korang buat kari,tumis sambal bagai,tu bawang tuk orang sakit kencing manis..hehehe...bawang firaun tu aku tak tau tuk sakit apa..itu istilah tuk penyakit gak tu..



 habis jalan2,balik tido,esoknya kitorang gi stesen bas,ambk bas,anytime terus beli,tak payah nak book2 ni..beli terus naik bas,n terus balik alex..puas hati dengan travel aku kali ni...mulut tak henti2 sebut subhanallah..kagum sangat2 dengan kecantikan yang aku nampak,sebab tula ramai orang luar berpusu2 datang time summer..aku nak bayangkan keindahan dia tu susah,kalau ada rezeki,korang sendiri datang tengok,baru ternganga mulut tengok!!next entry,aku akan bawak korang jelajah lagi dengan edisi #Backpacking aku...sekian..maaf atas kesulitan gambo teleng tu..



-diver bas bgtau aku,bas dari alex - matrouh cuma ada sekali sahaja..haritu aku naik dalam 8.30pagi-

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

ALEXANDRIA..I LOVE U..

ASSALAMUALAIKUM.....

walaupun dh agak berbulan aku sampai malaysia,hati aku masih lagi kat egypt...sampai malaysia 24/11/2014..bukannya niat hati nak lupa asal usul,apatah lagi sombong diri..tempat yang ada 1001 kenangan,penuh pengajaran aku nak lupa dalam sekelip mata...tak mudah...korang ingat senang aku nk seka air mata ego ni hanya untuk benda kecik yang entah apa2 korang nak kata...

aku dapat tawaran belajar kat malaysia...aku datang dan ushar keadaan tempat belajar aku..korang tahu berapa kali lagi aku seka air mata ego aku ni?? aku nangis bukan sebab aku xsuka dengan tempat aku belajar sekarang ni,taip aku xboleh lagi nak terima hakikat,senang kata..hati ni tak berapa nak redha..aku ada satu impian besar yang memang aku nak tunaikan kat sana,tapi kali ni takde rezeki aku...benda yang dah aku rancang 2 tahun lepas...itu sebab orang selalu cakap "allah sebaik2 perancang"...

tak dinafikan,belajar sana sistem dia macam gila sikit,kadang2 memerlukan kita fight sikit dengan diorang,gaduh2 tu benda biasa,aku tak suka dibuli,jadi aku memang kaki fight dengan diorang,tapi dalam dok fight2 gitu,banyak benda aku belajar..

aku tahu,ada yang cakap belajar negara arab ni x standard mana...kira katogeri cikai ah...tapi aku nak cakap kat korang...mana pun korang pergi,apa yang korang niat,itu yang korang dapat..kat mesir..pengalaman aku sendiri,aku nak belajar bukan setakat dalam kelas,tapi luar kelas,yup..aku dapat apa yang aku nak..

ye...aku memang belajar kat negara yang xberapa nak standard tu,sampai aku pernah dengar,mesir ni option terakhir tuk pelajar2 yg nk gi oversea ni..tapi korang tahu apa aku dapat??aku belajar tuk hormat orang walaupun dia xsama bangsa,aku tak sampai hati nak kata2 nak kutuk2 org luar yang datang negara kita,sebab aku sendiri dh rasa keadaan mcm tu,aku bljr tuk hargai makanan yang sedia ada,blajar dengan diorang tak segan silu tolong orang lain walaupun xkenal,kerap bagi salam,hatta kalau dengar orang bersin,orang yang sebelah kita tu akan jawab "yarhamikillah" ...

aku tengok budak2 yang tak sekolah sebab miskin,keje kutip sampah,dapat sebijik tembikai kat tempat sampah,melompat suka,aku tengok laki makan dicelah2 parking keta...makan sampah!!!aku tengok pelarian syria datang masjid minta makan,tak dinafikan jugak banyak kali aku jumpa arab sombong,berlagak..yang malas buat keje,sampai aku kena bergaduh2 dengan dia..kesudahannya dia tak peduli pun...

ye....memang...aku tak belajar tempat yang lengkap dengan banyak kemudahan,tak satndard orang kata...tapi satu benda yang paling aku hargai sampai sekarang...aku belajar dan sekurang2nya aku dapat selami macam mana perasaan rasulullah dulu masa nak berdakwah dikalangan arab jahiliyah...sekarang ni pun dah ada iman,tapi perangai diorangggg...kalau sapa tak tahan,memang balik malaysia terus!!kat sana bukan setakat didik kita dari segi ilmu,tapi rohani kita,percayala cakap aku..

akhir kata...mesir tempat nabi musa,tapi tempat firaun jugak...korang boleh pilih nak jadi macam sapa...sekian..santapan mata untuk korang..sekilas lalu gambar tempat aku dulu..alexandria...i love u..
















 








ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, February 20, 2015

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat blogger....kira pakai jari...lama dh oi aku x aktif kat blog....lately...banyak cite best jadi dalam hidup..nak taip kat sinu busy + malas..itu yg buat aku tak tertaip kat sini....buka2 blog...bnda pertama yang aku dapat "maki hamun"..its ok...aku kurg buat research..xpe...skrg mmg aku tgh ber research...tapi tajuk apa,xyhla canang kat sini lak..xpe...bodo mmg kena belajar lagi...hahahaha...

oh...1lg..apa yang aku taip kat blog ni,kalau rasa2 byk auta,jgnla ikut,apa kata korang pun buat research jugak..pendek kata..xyh bc langsung,terus je bukak kitab,cr kesahihan dia sendiri...lg bagus,klu aku slh terus komen dgn statment yg sahih dr pihak korang..kan??bru share ilmu namanya...dari si cerdlik kpd yg xbrp nk cerdik sgt ni kan...lps ni aku tulis psl durian ke semut ke lg baik...lg fun,lagi enjoy...ok...sekian....slmt mlm manusia...

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan...:)