Monday, July 11, 2011

OMG.....OMG...OMG..

OMG...
izinkan aku berpuisi lagi
pagi2 ni dia dah stat lagi
ntah bila stat jadi cam ni


OMG..
blog aku ni sebenarnya bukan blog puisi
tapi tuan dia ni lama2 macam jiwang sendiri
tak rancang pun dah jadi
tangan sedap menaip ikut suka hati


OMG..
aku bukan minta jadi begini
dah lumrah manusia kadang2 ok kadang moody
so kat mana lagi
kalau bukan kat sini aku luah isi hati..

OMG..
hati aku ni macam tak berapa nak best hari ni
banyak benda dibuat pastu risau sendiri
nilah akibatnya kalau buat ikut suka hati
tanpa guna otak sendiri
..

OMG...
hidup ni bukan mudah untuk dilalui
banyak cabang sana sini
tersilap langkah kaki
silap haribulan badan sakit sekali..


OMG...
kalau badan sakit takpe lagi
tapi kalau hati yang sakit lagi tension diri
ubat pun masih tak dijumpai
kalau ada pun memang susah nak ubati


OMG...
aku tahu kau maha mengetahui
aku taip panjang2 pun tak guna lagi
sebab sebelum aku taip kau dah tahu isi hati
detectif conan yang kononnya nampak cool sendiri

OMG...
tapi aku tetap nak taip lagi
rasa macam susah nak tempuh hidup sorang diri
tapi aku susah nak percaya orang lain lagi
aku lebih suka bersendiri
buat hal sendiri
tak ganggu orang sana sini...

OMG..
tiap hari aku membilang hari
manalah tahu kalau2 ada rezeki
sinaran datang lagi
ceriakan hati ini


OMG...
sampai hari ini
aku tetap menunggu lagi
moga tuhan bukakan pintu rezeki
segala impian tercapai disini
yang usahanya dah lama aku buat sendiri
titik peluh aku selama ini


OMG...
aku tahu kau dengar lagi..
hmm...macam mana aku nak kata lagi
sebab semuanya sudah kau ketahui
baik buruknya dalam hati..


OMG..
aku mohon supaya kau tetapkan hati
ikhlas kan diri
dalam setiap perkara yang dilalui
walau kadang2 ianya tak bermakna lagi..

OMG...
sekarang ni aku nak berhenti
asyik taip puisi ni
lama2 orang pun dah naik benci
tapi cuma berhenti untuk puisi ini..

OMG..
mungkin akan datang aku akan taip lagi
biarlah orang benci
yang penting diri aku sendiri
kembalikan kekuatan aku ini
sentiasa bersangka baik kat orang sana sini
walaupun susah nak buat benda ni
tapi aku akan cuba tetapkan hati
dan cuba hargai nikmat allah yang satu ini..

3 comments:

mirah said...

haha!! suka lah!!!

Cik Kamoo said...

menarik puisi awak nie...hehehehhe

conan said...

terima ksh cik kamoo..terima ksih myra..ni smua idea spontan je..time ksh..