Tuesday, July 19, 2011

KENAPA DENGAN DRAMA NI???



salam..baru tadi dihantar maklumat kat aku pasal satu cite drama yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni "TAHAJJUD CINTA"..banyak komen yang aku baca yang kebanyakannya macam tak puas hati ngan cite ni..

secara jujurnya,aku tak pasti konflik apa sebenarnya pasal drama ni,aku pun baru je pas layan episod satu,so aku tak berapa pasti scene mana yang menjadi buah mulut orang sekarang ni..bagi aku,dari pemerhatian mata kasar la,banyak gak scene yang aku jangkakan akan jadi buah mulut orang,tapi buat masa sekarang lebih baik aku diam daripada utarakan scene2 yang aku maksudkan..

drama ni bagi aku,makin ditonton,makin banyak persoalan yang ditinggalkan,jadi nak buat kesimpulan agak susah sebab tak banyak yang aku tahu pasal drama ni..lagipun,aku nak tengok sampi habis pastu baru boleh buat keputusan,macam baca novel,takkan baca sekerat dah nak buat kesimpulan kan??mesti baca sampai habis,baru tahu jalan cite..mungkin pengarah ada motif lain nak disampaikan,tapi kite yang baru tengok sekerat ni dah mula salah faham,cuba bagi ruang tuk pengarah tu bersuara melalui karya dia..

apa pun yang sedang diperkatakan sekarang ni pasal drama ni,aku harap,korang jangalah cepat melatah,hamba yang baik,dia akan brhemah dalam menangani pelbagai masalah dalam pelbagai cara dengan menggunakan kebijaksanaan,bukan kerana nafsu semata...

apa2 pun,baik pelakon,pengarah,penerbit dan penonton tuk drama ni,apa yang aku harapkan,sama2 perbetulkan apa yang salah,jangan hanya tahu menunding jari pada orang lain,terima kritikan dengan redha dan seadanya,jangan cepat buat kesimpulan,dan berhemah dalam percakapan...kite semua tak layak untuk mengadili sesama makhluk,yang hanya kita mampu lakukan nasihat dan berdoa,itu adalah sebaik2 jalan,setinggi mana pun amalan yang dilakukan,kita kena ingat,kita tetap manusia,punya nafsu dan akal,jadi jangan terlalu mendabik dada dengan ilmu yang ada,kelak binasa..

No comments: