Monday, November 26, 2012

NASIHAT KUBUR!!..

NASIHAT KUBUR...


1- Aku adalah tempat yang paling GELAP diantara yang gelap,maka terangilah aku dengan TAHAJJUD..

2- Aku adalah tempat yang paling SEMPIT,maka luaskanlah aku dengan BERSILATURRAHMI..

3- Aku adalah tempat yang paling SEPI,maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan membaca AL-QURAN..

4- Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan maka racunilah aku dengan AMAL SEDEKAH.

5- Aku yang MENYEPITmu hingga hancur bilamana tidak solat,bebaskan kesempitan itu dengan SOLAT..

6- Aku adalah tempat yang MERENDAMmu dengan cairan yang sangat sakit,bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7- Aku adalah tempat MUNKAR dan NAKIR bertanya,maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan kalimah "LAILAHAILALLAH"

"saat kamu membawa al-quran ,syaitan biasa-biasa sahaja,saat kamu membukanya,syaitan mula curiga,saat kamu membacanya,ia mulai gelisah,saat kamu memahaminya,ia mula kejang!!saat kamu mengamalkan dalam kehidupan seharian ia stroke!!..terus dan terus amalkan agar syaitan-syaitan itu kejang dan terus sakit sepajang hayatnya"


"sekecil apa pun amal ibadahmu,allah SWT menghargainya puluhan kali ganda"


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...


Saturday, November 24, 2012

PERSAHABATAN KUCING DAN MUSANG..

kisah comel dua ekor binatang ni buat aku tertarik nak isi kan citer diorang dalam blog aku ni..hidup ditepi tasik van,kucing dan musang ni dilihat bermain bersama-bersama dan berkongsi ikan yang telah ditinggalkan oleh nelayan..kejadian ini disaksikan oleh nelayan berhampiran....











kredit untuk blogger ini


ikhlas dari hamba allah serba sederhana....conan..

IBU AYAM CULIK ANAK KUCING..

salam...aku suka untuk berkongsi dengan korang kisah sekor ibu ayam yang telah menculik anak kucing!!al-kisahnya si ibu ayam ni ingat anak-anak kucing tu anak dia,dia pun "culik" dan buat macam anak sendiri dan tidak "membenarkan" si ibu kucing ambik balik anak dia..mula-mula tu memang bergaduh sakan,tapi last2 berbaik gak la akhirnya..mungkin dah bincang dan ibu ayam bersetuju untuk mengambil anak-anak kucing tu sebagai anak angkat dia..hehehehe..comel tak kisah diorang ni??hahahahaha...




kredit untuk blogger ini...

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Tuesday, November 20, 2012

"POWER KAABAH - SEDANGKAN SABUN PUN ADA POWER MASAKAN KAABAH TIADA POWER"

Salam..entry aku untuk kali ni agak berat sikit..aku terpanggil untuk menaip sikit tentang gerakan al-arqam yang tak habis2 dengan abuya mereka tu..segala2nya adalah untuk abuya..100% roh perlu diserahkan kepada abuya supaya semua amalan pengikut dia mudah sampai dan diterima allah..apa nie??

"Tanpa Abuya kita tidak tahu pun perihal sembahyang itu agong dan mampu membina peribadi agong. Tanpa Abuya kita tak tahu pun rupa-rupanya puasa ialah kuasa pencuci roh yang mampu melonjakkan roh agar aktif dan bertaqwa. Tanpa Abuya kita tak tahu pun bahawa berjuang dan berkorban ialah cara hidup orang bertaqwa. Tanpa Abuya kita pun tak tahu untuk menuju Allah sewaktu Haji atau Umrah. Maka kalau begitulah halnya, tentulah kita tidak dapat elak dari Abuya, bila mana kita benar-benar ingin dapatkan semua itu dalam hidup kita." 

"Ketahuilah wahai orang Islam bahawa nikmat seks yang Allah beri kepada kita adalah sesuatu yang  diingini oleh musuh-musuh, namun mereka tdk mendapatkannya. Mmg mereka mempunyai wanita-wanita Thailand yang mampu grip (kemut) sampai boleh buka tutup botol coca cola, tapi sebanyak manapun mereka ber-seks dengan itu, tetaplah mereka tdk mengalami kepuasan yang sebenar-benar yang diinginkan. Walhal orang roh, dibantu oleh tongkat Ali dan kacip Fatimah, kerana dapat bersatu hati, atas nama roh, dapat mengalami dengan izin Allah, nikmat seks yang senikmat-nikmatnya. Orang roh makin melakukan makin lazat."

"Orang-orang roh itu ialah ahli Syurga. Oleh kerana di Syurga itu orangnya dibuatkan Allah kuat-kuat seks belaka supaya padan dengan ramainya bidadari dan wildan mereka, maka sedikit nikmat itu sudah dirasakan juga di dunia lagi pada orang-orang roh. Yakni sebagai hadiah kepada perjuangan dan pengorbanan mereka untuk dapatkan Abuya 100%."

Tiga petikan diatas aku ambik dari khutbah raya aidul fitri diorang tahun lepas...korang baca dan nilai sendiri..patut ke tidak dia cakap macam tu,dalam khutbah,sempena sambutan kemenangan umat islam dalam melawan hawa nafsu selama sebulan benda ini yang di khutbah kan??detail gila tupai lak tu..korang fikirla sendiri..kalau nak baca lebih lagi pasal khutbah ni dan lain2 entry boleh masuk sini

pada mereka yang masih ragu2 lagi "ajaran diorang ni terpesong ke tak ha??" meh sini aku bagi satu lagi petikan dari berita harian bertarikh 16 februari 2011 :

Hatijah,57,yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut al-arqam,mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat 'power kaabah' ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah,Asaari datau Abuya serta Imam Mahdi.

"Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya,Walhal Abuya anak kuncinya,Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhammad As-Shuhaimi yang dipercayai Iman Mahdi) adalah tuannya" katanya.


kalau korang tak caya lagi,dan nak baca lebih lagi.boleh baca sendiri kat sini

semua yang aku letak kat sini bukan aku cakap saja..semua dari apa yang aku baca..dan kita sendiri boleh buat kesimpulan,betul atau tidak apa yang dicakapkan..bukan aku sorang je yang tahu hakikat ni,ramai lagi..ni satu lagi aku nak bagi korang tengok..nyanyian al-arqam,tajuk dia "POWER KAABAH"

aku nak tanye korang,kaabah ni baru sekarang ke ada power??dulu2 tu dia ada saja,macam perhiasan dunia,takde apa2 power pun..sekarang baru ada power bila si ummu jah bini kepada abuya tu buka dengan tangan dia sendiri..kaabah dah dibuat sejak zaman nabi ibrahim lagi,dah berapa kurun,berapa generasi pergi sana,baru sekarang diorang sedar kaabah tu ada power??

"Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi keluar dari kaabah berkat lambaian tangan isterinya (ibu para ikhwan) kepada baitullah ketika tawaf quddum keluarnya power itu bagaikan aliran eletrik,sumbernya ialah roh al-quran hidup gabungan roh aurad muhammadiah yakni nur muhammad bersama roh imamul mahdi dan roh putera bani tamim itulah power kaabah abuya cetuskan untuk mengangkat ikhwan menjadi orang roh menjadi peribadi agung..."

yang kat atas ni antara lirik yang ada dalam video kat bawah ni,kalau tanya aku secara peribadi la kan,lirik entah apa2 entah..sampai sabun pun ada.."sedangkan sabun pun ada power masakan kaabah tiada power"..ingat ni power rangers ke apa..siap ada tarian lagi..aduhhhh..korang tengokla sendiri..kalau aku,tak sampai seminit aku dah menyampah...katanya tarian ahli sufi..erkk??ahli sufi ni segala sudut dia jaga..pandangan mata pun jaga,ni kan pulak tarian2...

malas nak komen panjang2..kita ni kalau cakap baik2 tu takpe,tapi jangan banyak2 sangat,takut satgi jadi dosa lak..yelah..gitula kisahnya..layan jela..sendiri..





video


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Monday, November 12, 2012

DOA SOLAT DHUHA LENGKAP LIRIK DAN TERJEMAHAN...

Salam..satu video yang menarik untuk aku kongsikan dengan korang semua..walaupun ada yang dah tahu,tapi aku tetap nak letak gak kat entry aku nie..bila sebut solat dhuha ni semua orang dah tahu..lepas subuh..dah cerah sikit,matahari pun masa tu dah kenyit-kenyit mata kat kita,masa tu kita dah boleh buat solat sunat dhuha..dah nama pun solat sunat..jadi buat pun takpe,tak buat pun takpe,kalau tak buat tak dapat apa-apa,kalau buat dapat pahala..kan??

Jom kita tengok hadis yang berkaitan solat dhuha..

1-“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

2-Daripada abu hurairah,dalam satu riwayatnya..katanya..Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

3-“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Cukup tak tiga hadis nie??solat dhuha selalunya orang akan buat 2rakaat,klu sapa yang rajin tu,bolehla buat 4,6,8,12 rakaat..ada bacaan surah tertentu..rakaat pertama al-fatihah dengan surah as-syam,rakaat kedua al-fatihah dengan surah ad-duha..tapi kalau ada yang tak hafal,jangala anggap benda ni susah..bacalah apa yang korang hafal pun..benda mudah jangan sulitkan..niat dia "sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana allah taala" pasal niat pun,setengah ada yang tak hafal yang arab,baca jela yang melayu,kan saya dah kata,jangan sulitkan benda yang senang..kan??

Solat dhuha,kunci rezeki kita setiap hari..tak kira la busy macam mana pun kita,sekurang-kurangnya buatla solat dhuha ni..aku pun takdela alim mana pun..cuma sama-sama nak ajak korang join sekali..benda baik kita kongsi sama-sama..sama-sama kita refresh kan pagi kita,refresh kan hati kita,refresh kan rezeki kita..jangan berlagak sangat dengan kejayaan yang kita dapat sekarang..kita bekerja 1000 tahun,kalau allah nak tarik rezeki kita tu,tak payah sampai sehari,sesaat pun DIA boleh buat..

okla..tak payah aku nak ceramah panjang2..nanti orang bosan nak baca..cuma satu kalam aku untuk kita semua "bila kita lakukan sesuatu,janganlah terlalu mengharapkan timpalan tapi sentiasalah mengharapkan ketenangan"

Ada video untuk korang,doa solat dhuha..lengkap dengan lirik dia dan terjemahan doa..boleh hafal..tak panjang mana pun,hafal lagu korea boleh takkan hafal doa yang 2minit lebih ni tak boleh lak kan...sama-sama kita amalkan apa yang kita dapat..maaf kalau penulisan aku ni menyinggung perasaan korang-korang..kalau tak suka..boleh DISLIKE kat ruang komen..time kasih...


video



ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Wednesday, November 7, 2012

TUHAN BAWAH MIMBAR???

Salam kasih dan sayang dari saya..
Tersebutlah al-kisah pada zaman dahulu..
Adanya seorang wali allah yang terkenal dengan ilmunya..
Bagus pekertinya..mulia akhlaknya..tinggi munajatnya..
Tanggungjawab agama diberikan rakyat kepadanya..
Walau berat terasa,tetap dipikulnya bila mengenangkan kewajipannya..
Menjelang jumaat..penghulu segala hari..
Berdiri diatas mimbar dengan penuh rendah diri..
Simpulan khutbh diakhiri
Dengan katanya telah disalah erti..
"Ketahuilah bahawa dibawah mimbar aku berdiri ni terdapatnya tuhan"
Si wali dijatuhkan hukuman mati..
Dikatanya sesat..mana mungkin tuhan yang mulia boleh terletak dikaki..

Selang beberapa tahun berganti..
Muncul seorang ulama lagi..
"Bawah mimbar ini wujudnya emas yang berduyun mencukupi sampai kamu mati"
Berlari manusia meninggalkan ulama seorang diri
Berlari mendapatkan si mimbar yang kaku berdiri..
Semuanya sudah buta hati..

Benarlah kata si wali..
Tuhan benar-benar wujud di bawah mimbar ini.
Tempat ia berdiri,tapi manusia hanya mengikut hati..
Menghukum si wali tanpa sebarang bukti..
Hanya sekadar kata-kata tidak mencukupi..
Bukankah harta menjadi tuhan manusia kini??
Itulah maksud si wali..
Moga cerita ini memberi erti..
Harta dunia tidak boleh dibawa mati..
Harta akhirat yang wajib kita cari..
Buat bekalan diakhirat nanti.
Jangan dah mati baru menyesali..
Bila dah mati musthil kita akan dihidupkan kembali..
Beringat dan berwaspadalah setiap hari...


sorryla..puisi aku ni biasa2 je..budak mentah baru belajar..mana yang mampu jela..moga ada pengajarannya buat kita semua..

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..








Monday, November 5, 2012

BERTEMU HIDAYAH KETIKA UMUR 25 TAHUN..

salam...rumah aku takde internet,buat hal lagi!!!!berapa kali dah gi jumpa tauke,bagi alasan yang sama..bosan!!!datang rumah kawan,update blog jap...

hari ni aku nak share dengan korang pasal seorang pemuda moroco yang dapat hidayahmyang mencari kebenaran,dan dia dapat semua tu ketika umur dia 25tahun!!aku harap sangat korang tengok video ni,buat pengajaran untuk kita..

pada mereka yang rasa penuh ilmu agama didada,jangan lupa sebarkan...ingat,tuhan akan tanya kita terlebih dahulu diakhirat nanti,sebab kita terlebih dulu tahu berbanding mereka yang tak tahu..jangan sampai kita mengusung sekali dosa mereka ke kubur,kita merasa azab nya atas kelalaian kita sendiri...


video

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...

Thursday, November 1, 2012

MERPATI SUJUD DIMASJIDIL HARAM,MEKAH.

salam..aku betul-betul takjub,kagum,terpesona dan segala-galanya yang ter-ter ni bila aku tengok si merpati ni sujud kat masjidil haram,mekah..itu binatang weiii!!binatang pun reti sujud,ni kan pulak kita manusia..agaknya kalau binatang ni dah boleh wat pergerakan solat macam kita,dah ada kot sebijik masjid untuk deme2 ni solat..kita manusia ni,cuba selidik balik,solat 5waktu penuh x??kalau penuh,buat tu last2 minute ke apa??aku bukan nak kata orang je,aku pun kena muhasabah diri balik..

Kadang-kadang kita terlalu sibuk sangat dengan hal keje sampai kadang tu solat pun dilewatkan,dan yang paling sedih tinggal terus!!sedar ke tak,rezeki tu datang dari sapa??aku malas nak ceramah panjang-panjang..korang sendiri fahamla..

Burung pun tahu camne cara nak bersyukur pada allah,padahal dia cuma binatang yang tak pernah risau rezeki dia setiap hari,setiap hari dia akan keluar cari rezeki tanpa perlu memikirkan rezeki untuk hari esok..tapi diorang tetap bersyukur..ini kan pulak kita,yang kumpul harta setiap hari,tapi kenapa tak pernah cukup dan risau rezeki untuk hari esok??kumpul harta sampai 1000 tahun pun kalau tak reti nak solat apa maknaya tu..sia-sia jela..



kalau korang tak percaya lagi dengan gambar kat atas tu,korang boleh tengok video nie..


video


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..


note : harta yang takkan kurang dan tak pernah berkurang adalah ilmu,setuju??

PEREMPUAN ISRAEL SELAMATKAN SEORANG BUDAK PALESTIN..

Seorang wanita yahudi israel telah menyelamatkan seorang budak palestin dari dihempuk oleh tentera zionis israel..tindakan berani wanita tersebut menjadi bualan hangat..tindakan wanita ni jelas menunjukkan sebenarnya warga yahudi israel sendiri dah muak dengan tindakan tentera zionis israel yang kejam lagi bangang itu..

korang boleh tengok sendiri gambar-gambar kat bawah ni...sumber












ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, October 26, 2012

HARGA ROKOK TERKINI 2012..

Harga rokok akan naik sebanyak 20 sen bermula 22 oktober 2012..jom tengok jap harga rokok yang bertuah itu..

RANGKAIAN DUNHILL ,KENT,BENSON & HEDGES : RM 10.20.

RANGKAIAN PETER STUYVESANT,PALL MALL : RM 8.70.

RANGKAIAN PALL MALL BIASA,LUCKY STRIKE,ROTHMANS INTERNATIONAL : 10.60.







nak merokok jangan datang sini..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..


NUKILAN BUKU NOTA...

Salam..korang dah bersedia ke untuk entry terpanjang aku untuk hari nie??bersedia ke tak aku tak kira,korang kena baca gak!!hahaha..ni kira promosi secara paksaan,boleh diguna pakai bila waktu terdesak sahaja..hahahaha..

Al-kisah bermula bila aku tengah syok2 kemas barang aku,tetiba aku terjumpa something yang mengingatkan aku tentang kisah silam..kira memori aku dulu2la...seorang kawan yang pernah jadi kawan rapat aku,dia tinggalkan sedikit nukilan kat buku nota aku yang mana aku tak perasan pun dia tulis kat situ..jom sama-sama kita baca nukilan dia..


" Indahnya wanita bukan pada rupanya tapi nilai peribadinya yang dipandang tinggi.Mulia wanita bukan pada budinya,tapi pada akhlaknya.Jadilah wanita yang indah dipandang dari kejauhan.Kita di umpamakan sekuntum bunga yang jauh di jurang,orang yang ingin menggapainya tidak mampu berbuat apa-apa hanya boleh tengok dari tebing jurang..A***, kita wanita mempunyai naluri yang amat sensitif,seego manapun kita,kita tak dapat lari dari memikirkan hal perasaan hati kita.Cantik kita bukan untuk ditayangkan tapi untuk diberi pada yang tersayang.Tiada apa yang istimewa dalam diri seorang wanita jika dibandingkan dengan lelaki,kita merupakan golongan yang paling banyak berada di neraka.Apakah kita mahu tergolong dalam golongan itu???Biarlah kita teruk di hina oleh manusia tapi tinggi nilai kita disisiNYA...Peliharalah diri dari fitnah.
Dalam sedar atau tidak,kadang-kadang kita adalah penyumbang fitnah,janganlah kaum lelaki lalai kerana kita.semoga islam maju dengan wujudnya serikandi sepertimu...."


Aku nukilkan balik nukilan dia kat blog aku ni tanpa ada sedikit perubahan pun...A*** tu gelaran aku yang dia selalu guna,takyahla aku nak tulis apa..tipula aku tak sedih bila ingat kat dia..walau apa jadi pun,dia tetap salah seorang yang pernah ada dalam kotak memori aku..semarah mana pun aku kat dia,dia tetap pernah jadi sebahagian dari hidup aku..dia selalu ada masa susah senang aku..itulah orang kata,persahabatan itu lebih kuat ikatannya berbanding yang lain..

Dulu masa ada dia,aku banyak bergantung dengan dia,sampaikan aku masuk kelas pun,kadang-kadang dia yang catatkan untuk aku apa yang pembentang cakap,semua perkara yang penting yang aku kena ingat sendiri,dia yang tolong ingatkan..aku sakit,dia ada sebelah aku,bila aku ada masalah,dia yang bertungkus lumus selesaikan..kadang-kadang tu aku bukan malas,cuma aku saja nak gedik-gedik dengan dia..yela..aku pun masa tu muda lagi..muda sangat-sangat..dok negara orang pulak..

Tapi sekarang dah tak macam dulu..tahun dah berubah,banyak jugak yang berubah..ada hikmah jugak bila kitorang dah jauh,jauh sangat-sangat,aku mula belajar hidup sendiri,cari jalan aku sendiri,masalah selesaikan sendiri,berdiri atas kaki sendiri..aku pun ada masalah aku sendiri,tak perlu aku nak ceritakan kat sini..semuanya aku buat sendiri..tapi satu perkara yang aku takut "kehilangan"..aku dah takut nak letak sesiapa pun dalam hati aku sapa yang aku sayang..hampir 5 tahun aku kenal dia,tapi tak sampai setahun..kitorang dah macam tak berapa kenal antara satu sama lain..sapa yang tak sedih..korang jawabla sendiri..aku berterima kasih kat dia sebab bagi aku rasa apa yang dikatakan manis dalam bersahabat..



Hadiah yang dia bagi kat aku masa akhir tahu 2007...aku tak pernah pakai sampai sekarang,sebab aku sayang,siap ada bunyi lagi bear ni..tadi masa kemas beg,aku terjumpa balik bear sekor ni..dari dulu sampai sekarang,memang tak pernah berubah,asyik dok peluk love tu jela keje dia..hish!!





Ni lak plastik coklat..aku simpan sampai sekarang..ni bukan kira hadiah ke apa..ni kebetulan je,saja nak kudap-kudap..aku beli coklat ni,aku bagi dia satu,aku satu,perisa pisang,aku beli masa tu baru balik kuliah..aku simpan sampai sekarang..harga dia murah je,macam gula-gula biasa tu je..sweat tak???sweat laaaaaaa....hahahahaha...

Memang panjang pun kan entry aku kali ni..tak kisahla ada orang nak baca ke tak..aku menghargai sebuah persahabatan yang terjalin,semua yang terjadi ada hikmahnya,andai kata aku akan rasa lagi situasi yang sama,aku minta pada tuhan,tabahkan hati,jangan ada perasaan dengki,aku cuma manusia yang punya hati,dan...dan...dan...dah2!!!aku malas nak jiwang2 sangat..nanti boleh jadi satu puisi lak kat entry ni..time kasih pada yang sudi membaca..setiap kita ada story..boleh share kalau korang sudi,jangan malu pada diri,untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati..nampak!!!dah..aku stop sampai sini....bye!!



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..




SULTAN JOHOR DIHINA....




Seorang lelaki bernama Zul Yahya dengan sesuka hatinya menghina sultan johor dengan 
ayat yang berunsur peghinaan dan melampau didalam FBnya..ekoran penghinaan tersebut ianya telah mengundang kontroversi dan kemarahan rakyat johor..haaaa...dah jadi ala-ala pembaca berita lak ayat aku ni..ni la masalahnya orang kita ni,elok2 takde kontroversi gatal gi cari kontroversi,esok-esok kalau kena ketuk sendiri mau ingat la brader..saje la tu,nak cari publisiti murahan tanpa berbayar...




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

FURSAN ASALNYA DARI ATM..KEINSAFAN DIRI..



Salam..setelah lama gila aku tak mengupdate blog aku..malas nak bagi alasan apa2 pun..lagipun blog aku ni kira part time je..nak kata full time tu idokla..ok..hari ni aku nak perkenalkan kat korang semua kumpulan fursan..sebenarnya aku tak kenal mana pun dengan kumpulan ni,aku cuma berkenan dengan lagu dia "KEINSAFAN DIRI"..jom kita baca sikit pasal kumpulan nie..

Kumpulan fursan adalan kumpulan nasyid yang dianggotai oleh lima orang pegawai dan anggota Kor Agama Angkata Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) .Ditubuhkan sejak tahun 1992,telah menghasilkan sebuah album bertajuk IBTIDA' pada awal tahun 2010..

Korang boleh jenguk blog diorang sini untuk nak tau lebih lanjut...

Aku teruja jugak bila dapat tahu diorang ni kagat,sebab aku memang bercita-cita nak jadi kagat satu hari nanti..tapi tak tau la lagi cmne,tengok rezeki aku nanti..kita hanya merancang,tuhan yang tentukan..tak gitu kawan2??


video


FURSAN - KEINSAFAN DIRI.. 


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi



ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..












Thursday, September 27, 2012

SI KUCING DIPAKSA BANGUN TIDO..






SELAMAT PAGI DARI SAYA!!!












ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Monday, September 17, 2012

(GAMBAR) ANGELINA JOLIE LAWAT KEM PELARIAN SYRIA DI IRAQ..

Salam..dari aku bercerita panjang lebar pasal di Sam Bacile tu,baik aku bercerita panjang pasal si Angelina Jolie ni,Angelina Jolie telah bertemu dengan menteri luar Iraq Hoshyah Zebari untuk membincangkan langkah-langkah penjagaan untuk pelarian Syria di Iraq..

Angelina Jolie yang merupakan utusan khas UNHCR turut berbual dengan beberapa orang disatu tempat dikem pelarian yang menempatkan pelarian syria.Sebelum berkunjung ke Iraq,angelina Jolie terlebih dahulu singgah di Jordan,Lebanon dan Turki untuk melawat pelarian Syria disana.

Aku memang kagum betul dengan si Angelina Jolie ni,dari segi keje amal yang dia buat la,aku selalu la jugak ikuti perkembangan dia,suka bantu orang sana sini,sebelum dia,dulu aku suka baca pasal mendiang Puteri Diana..masa tu aku kecik lagi,aku suka baca pasal dia..

Berikut beberapa keping gambar Angelina Jolie semasa dia berada di Iraq..kredit untuk relevansokmo


























ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

WAJAH SEBENAR PENGARAH FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS..




wajah sebenar pengarah filem innocence of muslims,Basseley Nakoula aka Sam Bacile..Dilahirkan di mesir,merupakan penganut agama kristian koptik,berusia 55 tahun dan kini tinggal di California,Amerika Syarikat.

Dahla sikit-sikit,malas lak aku nak tulis pasal dia panjang-panjang..korang search sendirila pasal dia..sekian..wassalam....



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

PELAKON INNOCENCE OF MUSLIMS TERPAKSA TELAN PIL TIDUR..




Pelakon innoncence of muslims terpaksa menelan pil tidur setelah merasakan dirinya dikecam dan merasa tidak selamat setelah tersiarnya klip video cerita tersebut di youtube.

Anna gurji,21,yang memegan watak sebagai isteri muda kepada seorang lelaki yang bernama George,tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau lebih dikenali sebagai Sam Bacile telah menukar nama George kepada Muhammad.


"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online.

Gurji berkata,barisan pelakon filem tersebut telah diperbodohkan oleh Sam Bacile dengan mengatakan yang kononnya tajuk filem ini ialah  Desert Warrior  atau  Innocence of Bin Laden dan tidak ada kena mengena dengan isu keagamaan.


"Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari.Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar.Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.


 sumber relevansokmo.com


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..










Saturday, September 15, 2012

"INNOCENCE OF MUSLIMS" FILEM DARI SI BODOH YANG BUTA..

Kita baru-baru ni dikejutkan dengan filem "INNOCENCE OF MUSLIMS" yang telah diterbitkan oleh seorang lelaki berbangsa yahudi yang merupakan penduduk tetap amerika.Sam Bacile.Filem ini telah mencetuskan kemarahan diseluruh negara arab kerana ia bukan sahaja memburukkan islam,malah turut menghina nabi muhammad S.A.W.

Menjadi kontroversi bila filem dialih suara ke dalam bahasa arab dan telah dimuat turun di youtube.Kos penghasilan filem ni sebanyak $5 juta dolar serta mendapat pembiayaan 100% daripada yahudi.Filem ini juga mendapat sokongan penuh daripada Terry Jones seorang paderi yang telah membangkitkan kemarahan umat islam diseluruh dunia dengan tindakannya membakar al-quran.

pengarah filem ini Sam Bacile dikhabarkan sedang bersembunyi,dan menyifatkan islam sebagai barah dan menerbitkan filem ini sebagai provokasi politik untuk mengecam agama islam.(aku baca berita tadi,dia siap tutup muka,pakai spek hitam,sampaikan tangan pun letak dalam poket,nak kata penakutnya sampai tangan pun tak berani nak tunjuk,dikawal ketat oleh pihak polis)

selain Gaza,penduduk mesir dan Libya telah mengadakan protes terhadap penghinaan ini,sementara afghanistan mengarahkan agar filem ini diharamkan.

kat bawah ni gambar-gambar protes yang telah dilakukan oleh 11 negara selepas selesai solat jumaat baru-baru nie..

















sampai tahap ni islam dihina,nabi kita dikeji,tanda kiamat kian hampir,macam nila gaya nya bila si bodoh mula menghasilkan filem,si dungu sebagai "keldai" tambatannya,hanya mengikut arahan si bodoh tanpa perlu mengkaji kebenarannya,si pendusta membenarkannya si yahudi laknatullah sebagai bentengnya..betapa BODOH nya mereka bila cuba mencabar kekuasaan sang pencipta,berani mereka "mencuit" manusia kesayangan allah..moga allah menurunkan balasan buat mereka.Yahudi laknatullah,dengan filem yang "low badget" aku tengok tu,korang mungkin akan dikurniakan neraka jahanam sebagai "award" nya..



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, September 7, 2012

FILEM " GRAVE ENCOUNTERS"

Dah lama aku menyepi..biasala,detektif conan sibuk..lagipun masalah internet pun satu hal gak..rindu betul dengan blog kesayangan ku ni..

Hari ni aku nak ajak korang semua tengok satu citer hantu baik punya!!!GRAVE ENCOUNTERS,ada yang no 1,ada yang no 2,rasa2nya yang no2 tak kuar pawagam lagi..aku sebenarnya nak citer lebih-lebih pasal citer ni aku sendiri pun tak tengok lagi...aku pun baru nak je nak tengok..jadi jom sama-sama kita layan cite,nak tau lanjut,boleh search sendiri kat google ye..

pendek kata,citer ni memang gempak,kisah sekumpulan pemburu hantu yang menyiasat pasal sebuah hospital sakit jiwa yang dah lama terbiar..

jom sama-sama kita layan triler filem nie..memang gempak wa cakap sama lu...

GRAVE ENCOUNTERS 2 official Trailer [HD]


video


ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Sunday, August 12, 2012

(EKSLUSIF)VIDEO UMAT ISLAM MYAMAR TERUS DITINDAS!!

salam...masih lagi ingat tentang nasib umat islam di rohingya??kita umat islam khususnya akan menyambut aidilfitri yang bakal tiba,tapi mereka entah apa nasibnya,masih ditindas sesuka hati oleh kerajaan,tentera dan sesama rakyatnya sendiri..tahap kebencian yang melampau terhadap umat islam rohingya makin menjadi2 apabila mereka dengan jelas dan terang2an terus dilanyak tanpa sedikit pun belas simpati..anda perihatin??lihat sendiri ekslusif "video umat islam rohingya dilanyak"...membantulah selagi mana ada saluran yang disediakan,jika tidak mampu dengan wang..doa kalian amat2 diperlukan..

bersyukurlah wahai rakyat malaysia,keamanan masih memihak kepada kita,teruskan berdoa dan berusaha menjaga keamanan kita agar ianya sentiasa berada disisi kita..aminnn...



video




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, August 10, 2012

IKLAN RAYA 2012 YANG MENYENTUH HATI (FULL VERSION)

salam..dalam aku tercari-cari iklan raya 2012,aku terjumpa iklan ni,dan iklan ni jugak aku dah tengok kat tv3,ini iklan hampir bikin gua meleleh air mata yang selama ini gua pertahankan,perinsip saya,masa tengok citer tolonglah jangan menangis..tapi ini iklan hampir menghancurkan perinsip gua maaaaa....

tak payahla kot aku nak citer sinopsis iklan ni,pasal korang sendiri pun dah tengok kat tv kan,tapi yang korang tengok kat tv tu yang dah di cut2 kan??ni aku bagi kat korang yang full version punya..korang tengokla sendiri...pastu tengok menitik ke tak air mata korang tu...
















aku suka yang ni,nampak sangat ukwah yang erat antara diorang,mereka saling meghargai antara satu sama lain..








IKLAN RAYA 2012...

video



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..