Tuesday, August 30, 2011

GAMBAR2 SIMPANAN GOOGLE.

tiba2 aku terjumpa gambar2 ni dalam simpanan google..jadi aku copy tuk tatapan korang..aku tengok gambar2 ni tak tau nak gelak ke nak diam je..korang tengoklah sendir,pastu cuba tanya diri..mana hati..



ni namanya jimat minyak..dan jimat duit..satu keluarga satu moto cukup..




ni sebab tuan dia terlalu sayangkan lembu dia,ni kira bersiar2 bersama binatang yang tersayang.




kata beruang "aku pun konfius,moto ni dicipta untuk manusia naik ke untuk binatang spesis aku" jangan konpius beruang,awak bawak je terus moto tu gi masjid..solat..dapat pahala..




ini namanya memudahkan cara,kira kalau dia pegi mana2 majlis,tapi tempat duduk dah penuh,dia dah ada kerusia dah..takyah berebut2..




betul sangat kalau pakai slogan "jangan hanya pandang diatas sahaja,yang bawah kadang2 lebih baik"..kata lembu..




yang ni aku tak tau nak cakap apa..moto yang tak cukup berat ke atau dia yang kurang berat??




yang ni..malas nak layan orang2 yang diatas..buat taik mata lagi berguna..


ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

CITE SEMALAM DAN SEMALAMNYA LAGI..

salam..korang..hari ni aku nak cite pasal cite semalam..semalam maknanya raya pertama la ye..aku sempat tido setengah jam je,pastu bangun gi solat raya,konon nak rebut solat raya ngan arab la..sekali pegi,orang dah rakaat terakhir dah..maka beraturla kami menjadi satu barisan kat tepi kedai tu,tengok jela orang duduk tahiyat akhir tu..kat sini diorang solat kat jalan je tau..penuh gile..sepanjang2 jalan tu..sebab tu kitorang berebut nak solat raya sekali ngan diorang..

memang aku bengang tak terkata sebab terlepas solat kat situ,sebabnya ada benda lain yang menyebabkan aku tak sempat nak gi solat sekali..hmm..malas nak cite..biarlah..tak guna nak salahkan orang lain,itu maknanya takde rezekila namanya..bila aku marah,lebih baik aku diam,kalau tak,satgi kuar ayat2 yang pelik lak..apa2 pun,benda dah lepas,takyah nak ingat2 dah..

pas raya,apa lagi..gi jamu perut la..kat rumah kawan2..baru rumah pertama,perut aku dah macam kena isi minyak petrol dah..penuh gile..habis je rumah pertama,merayap ke rumah yang seterusnya..dengan panas teriknya,aku berjalan kaki,habis kulit ku yang agak hitam ni bertambah2 hitam..takpe..hitam2 ni kan cool..huhuhuhu..

tapikan,masa malam raya,kat rumah aku ni,takde sapa pun nak takbir raya..sedih tau..hilang mood raya aku..aku heran betulla,esok nak raya,diorang boleh buat muka sardin je..boleh lak gi ketuk tong gas,jual tong gas,pastu dok cbuk repair rumah,lepak2 kat kedai teh sambil layan syisya..tu takde keja lain la tu,,bergosip la tu..eh!tak baik salah sangka ngan orang kan??takdela..diorang bukan bergosip,tapi berbincang macam mana untuk membina tandas yang lebih berkualiti dan tahan lasak..haaa!!!!kan2..:)

aku ni nak la gak merasa mood raya..kurang2 kalau malas sangat pun nak takbir lama2,korang letak jela radio yang ada takbir raya,tak pun,kalau rajin sangat,letak je video takbir raya kat surau tu,letak microfon kt video tu..jadilah kan daripada tak takbir langsung..

takkan aku ni lak yang nak kena gi takbir,kalau aku yang takbir satgi,mesti popular gile nama aku,kang satgi banyak lak jemputan raya yang aku dapat..itu yang aku tak nak tu..

tengok!!apa yang aku merepek ni..dah mula la tu..ok la..aku out dulu..


ikhlas dari hamba allah serba sedehana..conan..

Sunday, August 28, 2011

TRAGEDI SEMALAM!!!

salam..korang..tinggal sehari je lagi kita nak berpuasa..jadi,janganlah malas2 nak puasa perabis..aku confirm..sekarang ni mesti korang dah siapkan apa yang patut untuk raya ni,cuma tunggu hari pengumuman raya je kan??pastu malam raya,pakat pi takbir kat masjid,suaru dan kat rumah orang.maka masa tu,bermulalah operasi mengumpul duit raya..kan2??

semalam aku gi beli baju raya,dalam masa sehari je,siapkan semua,dari beli,adjust baju kat abang jahit,sampi siap,complete..dalam masa sehari je!!!teror tak??pastu,bila malam,lenguh kaki tak terkata..mana taknya..berjalan ke hulu ke hilir..tempurung lutut aku punya panas tak terkatala,kalau masak kuih dalam tempurung lutut aku tu,mesti masak punya..ahhh..nampak tak??nampak tak ayat propa@lbh mesra kita panggil auta banyak dalam ayat aku ni??rilekla..propa@auta tu kadang2 diperlukan dalam ayat2 yang macam ni,nak mengambarkan betapa dahsyatnya hari aku semalam..hahaha

aku ni bukan tak mampu nak beli keta,tapi aku tak mampu nak bayar minyak keta..ha??macam mana tu??ada ke orang beli keta,tapi tak pakai,simpan sebab tak mampu nak isi minyak keta..kalau macam tu aku rasa,baik tak yahh beli keta,beli jela mesin rumput,habis cite..apa kaitan lak antara keta dan mesin rumput??ntah..aku pun tak tau..hehehe

berjalan kaki tu kan menyihatkan badan..berjalan sampai sakit tulang belakang aku...eh??apa kena mengena lak tulang belakang ngn jalan ni??ahhhh..nampak tak??nampak tak lagi..ni lah yang dinamakan ayat propa..hahaha..

aku tengok baju raya aku tu macam baju pengantin lak..segan lak aku nak pakai..tak pernah2 aku pakai baju meriah sangat..hehehe..tapi tengokla dulu macam mana..kalau nak timbulkan riak dan sifat ingin menunjuk,maka aku akan pakai..hahahaha...

aku main2 je ok..takde kejenya aku nak gi menunjuk2 kecantikan baju aku tu yang dah memang sedia cantik kat orang lain..aku bukan apa,takut diorang berkenan lak ngan baju tu,nanti tiba2 diorang nak pinjam lak..nahas aku..aku bukan kedekut,tapi aku rasa macam nak jadi kedekut sikit..boleh pakai ke ayat ni??

tengok ni!!apa yang aku merapu dalam ni..huhuhuhu..ok la..salam raya dari aku untuk korang..makan jangan banyak2 sangat raya ni,nanti naik mendadak lak badan tu..tapi aku rasa,masa rayala kite kena makan banyak2..kite kan nak meraikan hari raya,lagipun bukan senang nak kumpul sanak saudara..jadi..enjoyla bersama yang tersayang..tapi ingat!!enjoy,enjoy gak..tapi solat jangan lupa..dok sibuk sangat raya merata,sampai solat tercicir..peringatan tuk aku juga..


ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

Friday, August 26, 2011

SAPA NAK SEDEKAH DUIT RAYA??

salam..korang..serius aku tak tau nak wat entry apa hari ni..memandangkan nak raya dah ni,aku tak taula nak sembang apa ngn korang nie..huhuhuhu..kering idea jap..

korang dah habis beli barang ke??wat ketupat...wa..memang best betulla dapat raya ngan family..gotong royong rumah,masak ketupat,masak rendang..ok...jangan buat ayat sedih..nanti aku teringat kat family aku lak..

dan yang paling aku tunggu sekali,DUIT RAYA!!!hahahaha..itu paling best...raya je yang special..mana ada hari2 biasa orang nak bagi duit free2 je..ok2..mungkin adala..tapi masa tu perasaan nak terima duit tu lain sikit..apa2 pun..sebenarnya makin meningkat umur kita makin jarang dapat duit raya,tapi kalau sekali dapat,banyak tuuu!!!!!!!

apa2 pun,bila tak balik beraya tahun ni,baru aku tahu erti sebenarnya beraya ngan family..huhhuhu..nikmat ok..jadi korang jangan sia2kan peluang yang ada ni..

okla..malas nak ulas panjang2 pasal raya ni..satgi aku gak yang sedih..korang keje baca je kan...ok la..selamat hari raya untuk korang semua..kalau sapa2 yang baik hati nak bagi duit raya kat aku,bolehlah tinggalkan pesan kat blog aku ni,nanti aku bagi no akaun kat korang..hahahaha..itu kalau yang baik hati nak bagi la kan..tapi ada ke??hehehehe..

ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

Tuesday, August 23, 2011

BINATANG BETUL DIA NIE!!!

salam..ok..aku sekarang ni memang dah lama bengang ngan binatang sekor ni..dia ni memang binatang betulla!!!aku mendidih nie!!

dok level 12 tak habis2 lagi..asal nak sipi2 lagi menang,mesti bianatang ni tak puas hati..dia ni memang dah lama jelos ngan keteroran aku yang memang semula jadi ni..dia dengki ngan bakat aku yang sememangnya hebat!!

dia nie memang tak puas hati ngan aku..sebab tu jadi macam nie..sebab tu aku berani binatangkan dia..dan aku rasa dia layak untuk dipanggil binatang..korang kenapa??tak puas hati ke?aku panggil dia binatang??ada yang nak hentam aku balik ke??

hello!!!aku ni bukan senang2 je tau nak bagi status binatang..tengok dulu kat sapa yang aku nak panggil binatang nie..korang tengok sendiri kalau tak puas hati!!



ni pntu gerbang rumah dia..





selamat datang ke rumah binatang nie!!!




nila dia binatang tu!!!memang binatang betul dia nie!!!dah la takde bulu mata!!


puas hati korang sekarang???dia memang binatang pun,salah ke aku membinatangkan dia..


suka2 dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

PERUTUSAN IKHLAS DARI KU...;)


korang nampak tak aku tulis ni??kalau tak nampak korang besarkanlah ye gambar ni..aku tak tau lak camne nak besarkan tulisan ni..ala..bukan susah sangat pun nak klik kat gambar nie..


ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

APAHAL NGAN KAPAK NI LAK???



salam..ok..mesti korang terkejutkan..asal tiba2 lak ada gambar kapak ni,nak gaduh ke???huhuhu..jgn risau,aku bukan nak bagi korang pun kapak ni,bukannya nak suh potong kayu pun..aku ada benda ni nak cite ni..

semalam kawan aku ada cite kat aku satu story ni..aku berminat lak dengan cite tu..best..aku suka..ada kene mengena ngan kapak..jadi..aku akan memulakan cite ku ini..baca betul2...

ada satu cite seorang manusia ni..dia ni kira orang kaya lah pada zaman tu..harta dia banyak gile..gile pun tak banyak cam tu..memang giler2 la banyaknya..eh..apa aku merepek ni kan..aku cuma nak bagi gambaran je betapa harta dia banyak sangat...

satu hari dia wasiatkan kat pamily dia,nanti bila dia mati,tanam sekali harta dia dengan dia,pastu kalau ada orang yang sanggup teman dia dalam kubur nanti dia akan bagi harta dia kat orang tu..bukanlah selama2nya orang tu teman dia..tapi ada tempoh dia lah..mati keringla kalau ada orang yang temankan dia selama2nya..

pastu ada seorang pemuda ni,pemuda ni tukang potong kayu..dia ni miskin..dia pun ambik peluang ni untuk nak dapatkan harta orang kaya tu..dah sampai ajal agaknya,maka matilah orang kaya tu,macam dijanjikan,pemotong kayu tu memang masuk sekali dalam lahad teman orang kaya yang dah mati tu...dia bawak sekali kapak dia masuk kubur..

tiba2 datanglah malaikat..malaikat pun tanyalah kat pemotong kayu tu,siapa dia??dia pun jawablah dia ni pemotong kayu,dia masuk dalam kubur ni sebab nak teman orang kaya nak mampus ni,sebab dia dah janji,orang yang sanggup teman dia dalam kubur nanti akan dapat harta dia..

pastu,dalam masa 3 hari je si pemotong kayu tu dok dalam kubur orang kaya tu,lepas tu dia tak sanggup dah,dia kuar terus dari kubur orang tu..disebabkan si pemotong kayu tu dok dalam kubur tu tak sampai tempoh yang ditetapkan,maka tak dapatlah harta orang kaya tu..tapi dia tak kisah pun kalau tak dapat harta tu..dia sanggup lagi hidup miskin,dia dah tak sanggup nak dok dalam kubur tu lagi...

nak tahu kenapa dia dok 3 hari je??sebab dia tak sanggup malaikat asyik tanya dia pasal kapak dia je..selama 3 hari,malaikat keje dok tanya pasal kapak dia je..apa yang dia buat ngan kapak dia,macam2 soklan lah..dia jadi takut..

harta dia cuma kapak tu je,tapi malaikat dah tanya banyak soklan pasal kapak dia saje!!bayangkan kalau dia kaya,banyak harta..macam mana dia nak jawab ngan malaikat nanti???jadi lebih baik dia jadi pemotong kayu macam biasa je daripada kaya..

ha!!korang paham tak cite nie??penat tau aku cite ni..jadi..beringatlah..pada orang kaya2 kat luar sana,jangan berlagak sangat ngan harta korang tu..jangan salah gunakan harta tu,esok mati,tak larat nak jawab ngan malaikat kot..susah2,sedekah je kat aku yang tengah belajar nie..dapat pahala gak..hehehe..

kalau ada orang yang kedekut nak mampus ngan harta dia tu,besok,bila dia mati,tanam je sekali ngan harta2 dia..duit ke,almari emas dia ke,peti besi,rantai binatang daripada emas,simen2 bilik air,kasut berjenama,jam tangan,hair dryer ke,beg tangan ke,pinggan mangkuk,hatta lap kaki bilik air dia pun..tanam je semua sekali..habis cite..dah masa hidup kedekut sangat,sayang sangat harta tu..biar harta tu ikut dia sampai mati..hmm..apa macam..good idea x??

time kasih pada kawan ku itu atas cite yang menarik ni..memang best cite ni dan banyak pengajaran..jadi..pesanan pada orang kaya gile..janganlah kedekut!!!sekian..ok..semua boleh tido..cite dah habis..:)

ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana...conan..

Monday, August 22, 2011

UCAP RAYA LAGI..:)

ok..haritu dah ucap..hari ni nak ucap lagi..selamat hari raya korangggg!!!!!!!!selamat hari raya adilfitri..maaf zahir batin..jika aku terkasar tulisan ke yang buat korang menyampah..maafkanlah aku ye..











BANG!! 10SEN KE 25 SEN???


dari kiri 5 sen,10 sen,20 sen,25 sen,50 sen,singgit..


ok..terus pada cite aku..semalam aku keluar,naik van..tambang sorang 25sen..aku rasa2 dah bagi 25sen,tapi tiba2 ada orang tanya aku,"kau bagi 10sen ke??"dia tunjuk duit tu kat aku..terkejut panda aku tengok duit tu..konfius aku jap,bukan apa,gambar 25sen kat atas ni duit lama,yang terbaru dia sama ngan 10sen..kelirula aku..

aku yakin aku dah bagi 25sen..tapi disebabkan bulan ramadhan ni,aku takut gak kalau2 aku terlepas pandang,satgi dosa lak tipu..takpela..aku pun dengan rela hati bagi 25sen kat dia..

tapi aku terpikir gak,kalau betulla bukan aku yang bagi 10sen tu,sapa la agak2 yang bagi ye..pastu tak ngaku lak..ada lagi ke tambang 10sen??

tapi itu kalau bukan akulah..kalau aku sendiri yang bagi,tu tak disengajakan..takkanlah aku ni jahat sangat nak bagi 10sen je..baik bagi 5sen je ek..3 keping syiling 5sen..hahahaha..paham tak??

itulah citenya..simple je..huhuhuhu..

dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

SELAWAT SYIFA-BUAT KAWAN KU ITU..

salam..atas permintaan seorang sahabat yang aku sayangi,aku letak selawat syifa ni kat entry aku..

selawat syifa ni banyak keistimewaanya..selalunya kalau kita nak berubat kita digalakkan untuk amalkan selawat nie..contohnya..aku la..mak aku selalu pesan kat aku,apa saja yang aku nak cuba,aku ni tak suka makan ubat,jadi aku selalu amalkan benda lain sebagai ganti ubat,apa2 jela..dalam masa yang sama amalkan selawat ni banyak2..nak sihatkan tubuh badan ke..ok gak amalkan selawat nie..yang penting kita kena yakin dengan kuasa allah..dia maha penyembuh..

aku ada dengar gak,ura2 yang kata selawat syifa ni ada seleweng sikit..selawat ni jadi seleweng bila kita terjemahkan sebijik2 macam dalam ayat arab dia..ok..aku taknak cite panjang,nanti korang keliru..kalau nak tahu gak,datanglah jumpa aku,insyallah kita boleh share sama2 ilmu ni..tak pun,search kat internet..ok??

tapi yang pastinya,selawat ni takde seleweng apa2 pun..kalau benda2 macam ni cepat je korang perasan,ada seleweng la bagai..yang murtad tu,berzina sampai lahir anak luah nikah,campur laki pompuan tanpa batas..minum arak sampai tak ingat dunia,arak ibu segala dosa..ha...nak aku tambah lagi ke??kang tak pasal2 terceramah lak aku kat sini..yang dok wat ajaran sesat kata solat 5 waktu tak wajib,yang tu korang tak nampak lak seleweng dia yang memang dah terang2 seleweng..still ada orang amalkan sampai hari nie..ok je..takde orang kecoh2 pun...

bila mahu mengadili sesuatu biarlah berdasarkan ilmu,jangan hanya mengikut kata hati..kat bawah ni aku sertakan selawat syifa..mari kita amalkan,dan sama2lah kita yakin dengan bantuan allah..ingat..dengan hanya membaca bismillah ketika makan,kita telah dilindungi dari berkongsi dengan syaitan,apatah lagi jika kita mengamalkan selawat syifa nie..apa yang penting..kita yakin!!!yakin dengan allah..itulah kunci utama buat kita..cakap pasal syaitan ni,aku teringat cita pasal abu nawas..dia kenakan syaitan..nanti la aku cite kat entry lin..ok..

memang kita perlu untuk berubat dengan ubat moden yang ada sekarang..tapi percayalah,sampai masanya nanti,kita pasti mencari tuhan kita lebih daripada ubat kita sendiri..mana2 agama pun macam tu..pasti akan kembali pada tuhan..betulkan kalau aku silap..





Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin,
tibbil qulubi wa dawaaâ iha,
wa `afiyatil abdaani wa shifaaâ iha,
wa nuril absari wa diyaâ iha,
wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Sallim


Terjemahan.

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda



dari hamba allah yang serba sederhana...conan..

Sunday, August 21, 2011

MULUT TU BAHAYA BANG...

salam..korang..buat pertama kalinya blog aku ni di isi dengan cite pasal artis..huhuhu..aku bukan apa..mengucap panjang aku bila tengok pasal benda nie..tak pernah aku samakan mana2 kawan aku dengan binatang..tak sampai hati aku nak buat macam tu..ish2..tapi zaman sekarang ni dah lain macam je..takut aku..

nak laser pun berpada2la..aku pun laser gak,tapi takdela nak cakap hanjing la..apa ke..lain kali kalau nak marah cakap je macam ni "aku tak puas hati tulla ngan dia nie!!!heiii!!umpama bulan tulla dia tu!!geram aku!!rasa nak belanja makan kat kedai pak mail je!!"..ha..kalau ayat macam ni kan elok sikit..

kalau tak puas hati gak,jumpa face 2 face,pastu ajak dia lawan main guli..kan senang..dosa pun takde..kan bulan2 puasa ni..tak elok la macam nie..kerana mulut badan binasa..malu la kat wonderpet..diorang pun tahu jaga mulut diorang..

aku pun tak taula nak cakap apa lagi,cakap lebih2 kang kata busy body lak..yela..masuk campur hal orang tua ni bahaya sikit..nanti dikatakan aku tak cukup umur lak..korang tengok la sendiri kat bawah nie..time kasih pada abang nara..kerdit tuk dia..aku ambik dari blog dia la ni..

korang tengoklah sendiri sapa yang aku maksudkan nie..











korang nak maklumat lebih..masuklah kat blog abang nie..kredit tuk abang nara..time kasih...

http://beautifulnara.com/perang-twitter-antara-azwan-ali-dan-didie-alias-la-pulak/

iITIK + NASI + BELACAN..





salam..korang..haritu aku cite kat korang pasal ayam kan??hari ni aku nak cite pasal itik lak...arwah tok wan aku dulu suka bela itik..banyak sangat..telor dia kan mahal..dapat duit sikit kan..

bila pagi2 je,itik2 tu berderet kuar gi sawah..mak aku ni lak boleh hafal berapa ekor itk yang keluar hari tu.yela..mak aku yang jaga diorang,mestila mak aku ingat..bila nak dekat maghrib itik2 tu pun balik la..beratur elok je..tiba2 tak cukup sekor..hmmm..mak aku faham sangatla tu kenapa tak cukup sekor...

satgi sekor yang hilang tu balik la sekor2 dia..dengan jalan terjingkit2..hmm..mak aku tahu dah kenapa dia jalan macam tue..tu tak lain citenya kena gigit ngan belut la..itik2 kan suka masuk sawah bendang tu..kat situ kan ada belut..yang belut lak gatal gigi gi gigit kaki binatang tu wat pe??bukannya itik tu kacau diorang pun..







ubat dia senang je..arwah tok aku ajarlah..mak aku pun buatla..senang je..ambik belacan,gaul ngan nasi,pastu sumbat dalam mulut itik tu,suh dia telan..pastu check dalam mulut dia,dah telan ke belum??hahaha..yang check tu aku yang gatal2 tambah..kalau korang nak ikut,ok gak..hahahaha..

esok,kompom baik punya..dia boleh ikut la balik geng2 dia gi sawah,pastu kalau kena gigit balik,maka makanlah nasi belacan lagi ye..

itulah citenya..mak aku suka cite kat kitorang adik beradik zaman mak aku dulu..aku lak suka sangat dengar..mak aku pandai bercerita..bagi aku dia kelakar orangnya..adik beradik aku semua lelaki..aku paling syok adik aku yang no 3,dia tu senyap orangnya,kalau tengok muka dia tu,susah nak senyum,tapi bila cuti dia balik rumah,pastu mesti dia duduk lepak2 ngan mak aku,pastu dia sembang2 ngan mak aku..

ok..ni macam dah terkeluar tajuk lak..tiba2 lak aku teringat family aku kat malaysia..aduhai..sedih la lak..hmm..ok la..aku tak nak cite dah..nak stop kat sini..jumpa korang nanti ye..





Saturday, August 20, 2011

CERDIK KE BODO NIE???

ok..disebabkan manusia dikurniakan tuhan akal yang pelbagai,maka bermacam2lah idea timbul..ada yang pelik,ada yang bagus,ada yang ok2 je..dan ada gak yang paling bangang didunia ni!!!

ok..disebabkan terlalu canggih pada zaman sekarang ni,maka manusia tak memerlukan kertas lagi untuk menulis..tulis kat badan je..senang!!hbs cite..jimat kertas..tapi ada sekor manusia ni,disebabkan terlalu bangang,dia tulis lak nama allah ngn muhammad kat badan dia..nak halau hantu ke apa??orang yang penuh ayat quran kat dada pun belum tentu dapat halau hantu kalau dia sendiri tak yakin dengan apa yang dia baca..

tapi mat saleh sekor ni nampak macam betul2 nak halau hantu dari dekat dengan dia..tapi rasa2nya macam tak menjadi sebab hantu2 makin dekat lagi dengan dia..hantu2 tu boleh baca lagi apa yang dia tulis kat badan dia..jangan main2..syaitan boleh tegur kita kalau kita baca quran salah..korang kena ingat..iblis dulu adalah malaikat gak..

ok..apa yang aku membebel ni..ha!!mungkin aku ni dah ketinggalan zaman kot pasal gambar tu,tapi aku tetap nak tulis kat blog aku nie..harap satu hari nanti orang yang buat keje bodo ni akan dibalas setimpal dengan apa yang dia buat..sesuka suki je permainkan agama orang..kurang asam jawa tul..

korang tengok sendirilah gambar nie..




SELAMAT HARI RAYA KORANG..;(

salam..korang..bagi semua umat islam didunia ni..tak lama lagi kita akan menyambut hari raya yang tak lama je lagi..semua orang happy sebab dapat balik kampung,dapat jumpa saudara2 yang jauh,dan yang paling best sekali sebab dapat duit raya..betul tak??kalau orang macam aku nie,tak keje lagi,jadi ini memanglah benda paling best sekali bila raya..

tapi tahun ni..aku nampaknya tak balik malaysia..cuma beraya kat sini je..so..apa perasaan aku sekarang..korang boleh bayangkan tak??aku bagi clue kat korang..korang rasa perasaan aku macam diorang kat bawah ni tak??korang rasa apa yang patut aku buat untuk hilangkan perasaan sedih ni..korang rasa aku patut wat macam diorang kat bawah ni tak??



duduk diam,sambil mengenangkan kampung halaman..




tak pun,duduk je sambil memandang ke depan..apa yang difikirkan ntah..




sedih gile sampai tak lalu nak senyum..





buat muka kesian,minta simpati..manalah tahu kalau ada yang sudi bagi duit raya..




keputusan yang lebih baik ialah..buat steady je..macam takde apa2..macam tak raya..habis cite..


macam mana pun aku gambarkan perasaan aku kat gambar2 tu,korang takkan dapat bayangkan..sedih gile ok..

jadi kat sini..aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri kat korang semua,tak kiralah korang ada kat mana pun..janji raya..saja nak ucap awal2..selamat bershoping baju raya..selamat memasak rendang nanti..selamat balut ketupat..

dan satu lagi,bila sebut raya nanti maka akan banyaklah orang yang akan kahwin masa raya nie..jadi..selamat pengantin baru untuk mereka yang bakal berkahwin masa raya nanti..yang dijemput datang kenduri,datanglah..jangan tak datang lak..nanti kenduri kita takde sapa yang nak datang lak..ha!!macam mana tu??

Thursday, August 18, 2011

AYAM OH AYAM..



salam..hari ni aku nak cite sikit pasal ayam..korang tahu ayam tu apa??macam lagu jalil hamid tu..ayam,bermacam ayam..ha..ingat lagi tak..

mak aku suka cite kat aku pasal dia masa zaman dia muda2 dulu..orang kampungkan..mesti banyak cite..dulu mak aku bela ayam banyak tau..arwah tok aku buat reban ayam besar sangat..dah macam rumah flat dah..orang dulu2 kan suka bela ayam,itik..reban diorang pun ada..

nak dijadikan cite,kalau dah banyak ayam tu,maka banyakla hasil telor ayam..tapi ada lak jenis ayam betina yang keje dia mengeram telor sampai tak nak makan..24 jam dia mengeram telor tu..

mak aku bengangla,panggil makan tak nak makan,last2 mak aku mula pasang idea,dia tunggu kalau ayam tu keluar jap je,bila ayam tu keluar je,cepat2 mak aku ambik telor tu ganti ngan buah pinang!!ha!!habis cite!!nak sangat mengeram sampai tak nak makan..ha!mengeramlah sampai tahun depan..padan muka!!




bila dah menetas telor tu,ada lak ibu ayam yang tak tahu nak jaga anak dia..dia patuk2nya anak tu..ada yang sampai mati..apalah..anak sendiri pun tak tahu nak jaga..kadang2 tu bukan tak nak jaga,tapi tak tahu macam mana nak uruskan anak dia,pastu mak aku ambik anak ayam tu letak kat ibu ayam lain,sekali ibu ayam tu patuk2 anak ayam tu,bukan anak dia..mana dia tak patuk,yang tu jenis ibu ayam penyombong lak..

korang perasan tak,ayam ni bila dia cakar tanah,mata dia pandang depan kan?dia mana leh tunduk..tengah dok syok2 cakar tanah tu,sampai tak sedar anak sendiri dah terkambus dek tanah,anak2 dia kan dok belakang dia..kadang2 ada yang tertangkup dengan tempurung kelapa..ibu dia tak perasan..esok mak aku menyapu kat depan tu,buka tempurung kelapa,ada je anak ayam mati..

paling tak tahan..ayam kat rumah aku..bagi makan,tapi habis dia cakar,sampai hilang makanan tu terkambus ngan tanah..kononlah nak tunjuk kat aku yang dia mampu cari makan sendiri walaupun aku tak bagi..kang kalau aku tampar ayam tu,hilang terus pipi dia yang memang xde tu..nak berlagak ngan aku,silap orang la..

paling aku tak tahan,dia berak kat lantai depan rumah aku..aku paling angin betul..sekarang ayam rumah aku dah bertambah2 dah..nampaknya..balik ni nanti,bertambahlah pening aku nak menguruskan ayam2 tu..argghhh!!!!!tension!!!!


Tuesday, August 16, 2011

DOSA TAU MENGATA ORANG..TAPI AKU MENYAMPAHLA...



salam..aku ingat aku nak berhenti menaip dahla,sekali timbul lak isu lain..alahai...tadi aku kuar sidai baju..tiba2 mata aku dijamukan dengan pandangan yang aku sangat2 menyampahla..nak muntah pun ada..bbuuuwwweeekkk!!!ha!!hambik kau sekali muntah..

aku sidai baju kat balkoni je,aku tengok kat jalan depan rumah aku tu,penuh ngan laki2..itu aku tak kisahla kan,ikut suka hati sapa la nak lepak kat situ pun kan..yang jadi aku agak tak puas hati tu..aku nampak sorang mamat ni terlebih mengada-ngada,terkinja-kinja tak tentu pasal..mana taknya jadi macam tu,nak tunjuk action kat si gadis atas rupanya..heeiiii...elok la sangat,yang laki terkinja2 dengan penuh mengada2,si awek lak saje tunjuk muka..tersengih2 suka..mana taknya si laki lagi ngada2...mata aku yang dah memang ada bulu ni bertambah2 lagi bulunya..



aku taula diorang tu pasangan bahagia la kononnya yang sedang dilamun cinta,tapi takyah la over2 sangat..yang jadi aku menyampah sangat tu,awek tu jiran sebelah rumah aku je...korang jangan tanyala mana aku tahu diorang tu couple,aku ni bukan cakap ikut sedap je tau..aku pernah nampak ok diorang dating..baik punya..dan dah banyak kali aku nampak laki tu tak habis2 dia dok tunjuk action kat depan rumah pompuan tu,yang pompuan lak,apa lagi,jadi penontonlah..

aku ni spy terlatih ok..walaupun tak kursus kat mana2..tapi aku ni lagi teror dari yang teror tau..heiii..aku pun tak taula nak cakap cam ne dah..asal diorang dating je,mesti aku nampak..aku pun tak taula kenapa aku nampak,memang rezeki aku ke??hehehe..

lagi satu,aku memang bengang gak ngan mamat tu..mamat tu lah yang main mercun depan rumah aku tu sampai tak hingat dunia..dari terbitnya matahari sampi terbenamnya matahari, sampi terbit balik matahari tu..memang keje dia main mercun je..tension aku..bising tau!!tak silap aku,aku ada tulis entry pasal mercun baru2 ni,dialah yang aku maksudkan tu..

hmm..bulan2 puasa ni,takyahla nak dating2 sangat..cuba off jap..sebulan je pun..bukannya setahun pun..susah sangat ke..korang tu dah berdating 11 bulan tau,cuma minta off sebulan pun takleh ke??sebulan tu dating ngan allah je..

suka hati korang lah..bulan2 pose ni setan takde,kena ikat,jadi gunalah hati dan fikiran korang tu untuk berfikir dengan lebih waras..harap kita semua dipelihara allah hingga akhir hayat kita..aminn...


JANGAN LUPA TARIKH HARI INI DALAM BULAN ISLAM..

salam..disebabkan aku dah lama sangat tak update blog,jadi macam2 lah aku nak letak ni..ok2..korang jangan lupa,hari ni hari nuzulul quran..aku rasa semua tahukan..sebab hari ni kan korang cuti..

korang ingat lagi tak surah pertama dan juga wahyu pertama yang diturunkan pada nabi muhammad masa baginda kat gua hira tu???kalau tak ingat..meh aku bagi ingat...


inilah surah pertama diturunkan dan ianya merupakan wahyu pertama kepada baginda..


jadi marilah sama2 kita meningkatkan amalan kita dihari yang berkat dalam bulan yang paling diberkati..fikir2kan..

"TIN SYUQ" @ "TIN SAHRAWI"..

hari ni aku nak cite sikit pasal sejenis buah nie..setakat ni aku tak pernah tengok lagi buah ni kecuali kat mesir je.buah ni adalah salah satu favorite aku..aku suka makan dia,tapi tak selalu,sebab buah dia banyak biji2 kecik..aku bukan apa,takut kena penyakit yang ada biji2 dalam perut tu..alahai..aku lupa lak..time2 macam nilah nak lupa..

isi buah tu warna kuning..sedap..dijaul ngn harga sebiji 50 sen,kalau yang besar sikit 75 sen..kecik je buah dia,lebih kurang besar buah ciku..buah ni ada waktu musim panas je..lupa lak nak gtau nama buah tu..nama dia "TIN SYUQ"..tapi hari tu aku terdengar ada gak diorang panggil "TIN SAHRAWI"..kalau dalam BM..kita panggil dia buah kaktusla..senang,habis cite..

tapi buah ni memang sedap..aku suka sangat..hehehe..kalau nak rasa,datanglah mesir..senang je kan jawapan aku..huhuhu..hidup ni mudah jika kita permudahkannya..:)




WELCOME TO MY NEW WORLD...

salam..dah lama sangat2 aku tak update blog..bukan apa..aku design baru..tu yang lama tak update tu..huhuhu..ini semua hasil kerja kawan aku ni..masa design lama pun dia gak yang bagi..sebab tu aku sayang nak tukar lain tu..mula2 aku cuma minta tolong dia ubah gadget je,sekali dia offer nak tukar design sekali..aku pun ok je...

aku sebenarnya sayang design lama tu bukan sebab apa,sebab tu kawan aku yang bagi design tu,tapi bila dia sendiri yang ubah design tu,aku tak kisah,sebab orang yang sama gak design kan blog aku tu..sebab tula aku sayang gila kat blog aku ni..

nak tahu sapa yang design kan??hehehe..maaflah..aku taknak gtau nama dia kat sini..biar aku ngan dia je tahu..aku cuma nak ucap time kasih banyak2 kat dia,aku hargai sangat2 apa yang dia buat niee...bagi aku,ni adalah hadiah dia kat aku walaupun dia tak kata nak bagi benda ni sebagai hadiah pun..tapi bagi aku ianya amat berharga..insyallah..pas ni aku takkan tukar lagi design blog aku,kecuali kalau dia yang tukar..hehehehe

seronok dapat design baru,tapi komen aku yang lama habis semua hilang..huwarrrrr..sedih ooooooo...ni keje akula..gatal tangan sangat..sampai habis semua hilang..padan muka!!salah sendiri..takpelah..aku redha..

korang faham tak apa yang aku bebelkan ni??aduhh..penat je aku bebel panjang2 tau..takpelah..sapa2 yang baik hati,silalah tinggalkan komen tuk blog aku yang baru ni..ok ke x??aku pun nak tau pandangan korang camne kan..kalau sudilah..tak paksa pun..

hari ni..hari rabu 17 ogos 2011 bersamaan 17 ramadhan 1432h..aku rasmikan blog aku ni..hehehe..selamat datang semua ke blog ku..harap2 ada lagi yang sudi datang..terima kasih...

Tuesday, August 9, 2011

IKAN OOOOO IKAN...


aku rasa kalau pak cik tu baling ikan ni,mesti lagi marahla mak cik tu,ntah2 siap nak bom lagi pak cik tu!!

salam..korang..hari ni aku exited sangat nak kongsi ngn korang sat cite ni..bagi aku..memang best!!!

tadi masa berbuka,aku sembang ngan kawan2 aku,diorang cakap,diorang takut nak beli ikan sekarng ni,takut ngan pak cik ikan tu,satgi kalau tak beli nanti dia baling ikan kat kite..ha???macam mana tu??

diorang pun mula la buka cite..katanya..baru2 ni ada sorang kawan aku gi pasar,masa dalam perjalanan tu,dia ada nampak ngn sorang budak melayu,budak tu tanya pak cik ikan tu tentang harga ikan,sekali tanya,mahal lak..memang la mahal..ikan tu memang mahal pun..agaknya budak tu niat dia bukan nak beli pun,saje tanya je..tak pasti apa yang budak tu cakap kat pak cik tu..pastu budak tu blah la,tiba2 pak cik tu naik angin!!wah2..wah2..kenapa ni??

budak tu jalan macam biasa je,dia tak tahu pun pak cik tu marah kat dia,tiba2 pak cik tu ambik sekor ikan,nak baling kat budak tu,tapi mungkin haritu nasib pak cik tu tak berapa baik agaknya,ikan yang nak dibalingkan kat budak tu tiba2 terkena orang lain..PAP!!!kena betul2 kat muka mak cik yang lalu situ..apa lagi..anginla dia..sapa tak marah weeiiii..tiba2 muka kena ikan..hanyir lak tu..

maka..terjadilah pergaduhan ditengah2 jalan tu..teruk gak gaduh,siap tarik2 tudung la bagai..hahahaha..bila dah reda sikit,pak cik tu pusing belakang,nak blah la kononnya..tiba2 mak cik tu buka kasut dia dan....PAP!!!HAMBIK KAU SEBIJIK!!mak cik tu katok kepala pak cik tu dengan kasut dia..

tak puas hati agaknya mak cik tu..ko sedap2 je baling ikan kat muka aku,nah!!sekarang rasakan penangan selipar ku..agaknya macam tu la kot mak cik tu cakap..pas katok kepala pak cik tu,cepat2 mak cik tu blah...hahahahaha

budak tadi??budak tadi pulang kerumah dia macam biasa,dengan selamat tanpa sebarang gangguan...hahahahahaha..dia tak tau pun orang gaduh sebab dia..dasat2..aku suka..hahahahaha...

aku dengar cite ni tak habis2 lagi gelak sampai sekarang..lucu beb!!!

Monday, August 8, 2011

PUASA SEBAIK2 GURU BUAT KITA..

puasa
mengajar kita menahan lapar serta dahaga
mengajar kita erti sabar setiap masa
memberitahu kita tentang keperitan mangsa bencana
serta memberi kita laluan ke syurga

puasa
bukannya selalu kita rasa
hanya pada bulan yang ditentukan sahaja
jadi apa salahnya
jika cuba menjaga mulut dan telinga
dari perkara2 binasa..

puasa
semua syaitan tiada
tapi masih ada orang yang buat binasa
sungguh pelik rasanya
tapi bila difikirkan semula
sungguh berkesan "sunnah" yang ditinggalkan mereka
buat "umatnya"...

puasa
sebaik-baik guru buat kita
dia sentiasa mengajar anak muridnya
tanpa tertinggal walau satu titik pena
tapi sayangnya
anak murid saja yang tak tahu nak dengar kata
jadi nak buat macam mana??
guru dah bagi idea
tapi anak murid tak nak guna
nanti bila guru dah takda
jangan salahkan dia
macam mana nak kumpul pahala!!!

DESIGN RUMAH SEMPENA RAYA..

hari ni,tiba2 tergerak hati nak search pasal rumah yang pelik2 ni..aku tahu,raya lambat lagi,tapikan apa kata korang ubah design runah korang,asyik ubah design dalam rumah je,sekali sekala bagi la lain sikit kat luar rumah tu..aku conform,kalau korang ubah rumah korang,mesti ramai yang datang raya rumah korang,siap masuk surat kahbar lagi..caya la cakap aku ni...

untuk memudahkan kerja korang,aku siap lampirkan gambar lagi kat sini..supaya senang sikit korang nak pilih design yang mana satu yang berkenan dihati..

lagi satu,nanti bila korang dah ubah rumah korang,jangan lupa jemput aku raya nanti..ok!!!layan dulu gambar2 ni..KHAS UNTUK KORANG...






















rumah ni aku cadangkan takyah la ye..tak lalu aku nak makan ketupat nanti kat rumah korang..tapi kalau korang nak pilih gak,ikut suka hatila kan..tapi nanti...jangan terkejutla kalau korang serumah dengan.......



SERUMAH DENGAN DIA NI!!!!!!