Saturday, April 25, 2015

ART OF DECEPTION " AMERIKA SANG PEMBUNUH " - JERRY D. GRAY

salam...aku rasa sekarang ni,beberapa bulan sekali baru aku update blog ni,sedih conan oii..takpela,lately,aku busy + pemalas..natijahnya memang beberapa bulan sekali baru ada new entry...hari ni aku nak bercerita pasal satu buku yang tengah aku baca sekarang,aku tertarik untuk kongsikan dengan korang...buku hasil tulisan JERRY D. GRAY seorang bekas prajurit tentera udara amerika (USAF) kini sudah memeluk islam,sekarang menetap di indonesia,dia tak boleh nak balik US sebab takut2 nanti dia kena tangkap gara2 banyak sangat pendedahan yang dibuat pasal kerajaan amerika ni yang memang bangang,memang truly terrorist punya orang...tapi dalam buku dia banyak kupas pasal kejadian 9/11..menarik kupasan dia..tentang penipuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan amerika yang sememangnya berkhidmat untuk freemason&zionis gila,masing2 sedang merencanakan sesuatu yang pasti membuatkan dunia diambang WW3...

Hari ni aku nak bawakan antara salah satu catatan JERRY D.GRAY tentang "AMERIKA SANG PEMBUNUH" kalau sapa yang beli buku ni,boleh tengok muka surat 83-86.






BERIKUT ADALAH SENARAI PEMBUNUHAN DAN KEROSAKAN YANG DILAKUKAN OLEH AMERIKA SYARIKAT,PBB MENGABAIKAN FAKTA-FAKTA INI : 

1- 3 juta rakyat vietnam dibunuh sepanjang 30 tahun US berada di sana.

2- Lebih daripada 300 ribu rakyat jepun dibunuh ketika Amerika menyerang Tokyo dan menjatuhkan bom nuklear dikawasan padat awam Nagasaki dan Hiroshima.

3- Pengeboman antara tahun 1969 dan 1975 yang mebunuh sekurang-kurangnya 600 ribu rakyat Kemboja.

4- Lebih 5 juta mati di Loas ketika Amerika mensasarkan pengeboman rahsia sejak tahun 1964 -1973,menjatuhkan lebih dua juta tan bom ke negara itu. Lebih daripada 1/4 penduduk menjadi cacat. 

5- 100 ribu rakyat Korea dibunuh sebelum perang Korea, termasuk 30 ribu hingga 40 ribu rakyat terbunuh kerana pemberontakan petani di Pulau Cheiu.

6- Hingga 4.5 juta rakyat Korea terbunuh sejak 1951 - 1953 ketika perang korea.

7- 200 ribu orang terbunuh ketika angkatan bersenjata Amerika mengalahkan angkatan Bersenjata Filipina.

8- 23 ribu orang terbunuh di Taiwan oleh Angkatan Bersenjata yang disokong, ditaja oleh US pada akhir 1940-an.

9-Lebih dari 1.7 rakyat Iraq terbunuh akibat pengeboman yang dilakukan US. Sebahagian besar mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

10- Lebih dari 1 juta nyawa hilang sepanjang perang Iraq - Iran pada tahun 1980an . Ketika itu US menyokong Saddam Hussain dengan menyediakan senjata pemusnah kepada Iraq.

11- 35 ribu orang Kurdish terbunuh, 3500 perkampungan hancur, dan 2 - 3 juta rakyat kehilangan tempat tinggal .

12- Lebih daripada 1 juta orang terbunuh dalam perang saudara di Afghanistan dari tahun 1979 - 1992. Ketika itu US dengan kuat membantu mujahidin.

13- 45 ribu orang terbunuh di Lubnan Selatan sejak 1982 oleh Israel, yang sentiasa disokong oleh US. Ribuan orang terbunuh di Palestin dan jutaan terpaksa di penjarakan oleh Israel.

14- Lebih daripada 150 ribu orang terbunuh di Greece ketika US menjajah serta menjadi penasihat pada akhir tahun 1960an.

15- Lebih daripada 75 ribu rakyat terbunuh dan lebih dari satu juta pelarian di El Salvador sejak 1980 - 1994 ketika US hebat mendukung usaha sebuah rejim.

16- Penjaga Keamanan Nasional yang didokong oleh US di Nicaragua membunuh 400 ribu rakyat awam kerana sebuah masalah selama hampir 50 tahun.

17- 30 ribu terbunuh di Nicaragua sejak tahun 1979 - 1989 .

18- 200 ribu orang Guatemala diseksa sejak tahun 1960 -1990 oleh tentera yang dilatih, dilengkapi senjata, ditaja dan dibantu oleh US .

19- Lebih daripada 35 ribu rakyat Columbia terbunuh sepanjang perang Columbia yang didokong oleh US bagi menentang para pemberontak .

20- Lebih 4 ribu warga awam terbunuh di Panama sepanjang penaklukan US pada tahun 1989 .

21- Ratusan ribu terbunuh dalam penaklukan langsung dan tidak langsung yang dilakukan US di Brazil, Cile, Uruguay, Peru, dan Argentina sejak pertengahan tahun 60an hingga 80an. Kini kita faham mengapa presiden Chavec sangat membenci US.

22- 50 ribu orang Haiti terbunuh ketika tentera US menghancurkan pemberontakan petani pada tahun 1915 .

23- Antara 4 ribu - 5 ribu orang Haiti terbunuh pada awal tahun 1990 oleh angkatan tentera bersenjata yang dibentuk US.

24- Ribuan rakyat terbunuh di Republik Dominika pada tahun 1960 ketika US dan tentera Dominika menghancurkan pemberontakan pro-Bosch .

25- Lebih daripada 3 ribu orang terbunuh dan tidak terkira jumlah yang menderita kerana ditakluk oleh US di Cuba.

26- Ratusan orang terbunuh dan cedera ketika US menakluk Granada pada tahun 1983 .

27- US mendokong Siad Barre dan membunuh 50 ribu rakyat Somalia antara tahun 1978 - 1990 .

28- Hingga 10 ribu rakyat Somalia dibunuh tentera US sepanjang misi kemanusiaan Amerika pada tahun 1993 .

29- Pada tahun 1994, US menyokong penyeksaan kepada rakyat Rwanda, sebanyak 800 ribu orang terbunuh hanya dalam 100 hari!!! 

30- Lebih daripada 300 ribu orang terbunuh dan 80 ribu cacat di Angola dalam perang saudara yang didokong US.

31-Puluhan ribu terbunuh dan 200 ribu diseksa di Cad oleh Hissen Hebra dengan bantuan US sepanjang tahun 1980.

32- 1.5 juta orang terbunuh antara 1980 - 1988 di Afrika Selatan disebabkan Afrika Selatan yang dilengkapkan senjata oleh US.

33- Ribuan orang di Pulau Pasifik, Puerto Riko, Utah, California, Nevada, Washington, New Mexico, dan pelbagai tempat lain dibunuh, diseksa sebagai hasil daripada senjata eksperimen US.

34- Ratusan aktivis hak-hak warganegara diseksa, dipukul, difitnah dan dibunuh oleh US melalui ejen kerajaan.

35- Ratusan penyokong Black Panter dan Indian Amerika difitnah, diseksa, dan dibunuh oleh FBI dan agensinya pada akhir 60 - 70an.

36- Lebih daripada seribu Muslim Amerika " hilang " selepas peristiwa 911 dan ditahan tanpa bukti.

37- Hingga penerbitan buku ini, lebih daripada jutaan orang terbunuh di Afghanistan oleh Amerika dalam kempen memerangi pengganas.

38- Lebih daripada 1.5 juta mati di Iraq dalam perang yang masih berlaku di sana.

keseimpulan yang dibuat tentang perkara diatas oleh JERRY D. GRAY :

1- Amerika Syarikat - adalah pengganas terbesar di dunia.

2- Amerika Syarikat - adalah musuh bagi seluruh manusia.

3- Amerika Syarikat - sebuah negara yang melanggar hakl asasi manusia.

4- Amerika Syarikat - disokong oleh PBB.

5- Amerika Syarikta - bukan sebuah negara yang boleh dipercay

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..