Monday, March 31, 2014

SECARA RINGKAS TENTANG APRIL FOOL..

SALAM...

aku rasa aku dah pernah tulis entry pasal APRIL FOOL...tapi lamanya entry la..xpela...aku taip sekali lagi sejarah pasal APRIL FOOL...

1 APRIL 1487...

ummat islam di spanyol ditipu oleh tentera salib lalu mereka semua dibunuh kejam di pelabuhan Granada,tentera salib bersorak gembira pada hari itu atas kejayaan mereka menipu ummat islam...

Tentera salib membuat pengumuman bahawa penduduk boleh keluar dengan selamat dan boleh menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar dari spanyol,sebaik sahaja ribuan ummat islam keluar,mereka dibunuh dengan kejam,rumah mereka dibakar,takde 1 pun yang terselamat,bahkan kapal yang dijanjikan itu juga turut dibakar...jadi...MASIH ADA YANG NAK SAMBUT APRIL FOOL??silakan kalau mahu,tapi secara teorinya "ANDA AKAN KELIHATAN BODOH JIKA ANDA MEMPERBODOHKAN ORANG LAIN"...tolonglah jangan jadi bodoh,sebab fitrah akal manusia,tuhan jadikan bukannya bodoh...

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

R4BIA : IA TELAH MENJADI SYI'AR ( video dan lirik )

SALAM...aku baru je layan satu video ni.nyanyian ramai2 dari penyanyi pelbagai negara tentang R4BIA,negara yang terlibat SYRIA,MESIR,PALESTIN,LUBNAN,AMERIKA,MALAYSIA,
MOROCCO,ALGERIA,TURKI,KUWAIT YAMAN..sorry kalau ada yang tak tersebut...

Sedih jugak bila aku dengar lagu tu..kesian aku rasa tengok rakyat mesir ni,bersungguh2 pertahankan negara dia,orang mesir ni semangat cintakan negara dia memang dahsyat sikit,antara sebab kenapa yahudi terus menerus menekan mesir sebab mesir adalah satu2nya negara yang punya ulama yang xakan makan sebarang bentuk suapan yg diorang tawarkan untuk ulama2 kat sini semata2 untuk diorang bertapak kat negara ni,lagipun kat mesir ni ada Al-Azhar,dan orang yahudi memang dah lama sangat nak hancurkan Al-Azhar..

kalau korang nak tahu,segala post kita yang berkaitan mesir akan sentiasa dipantau oleh mabahis ( spy ) mesir,dan xmustahil diorang boleh translate apa yg kita taip kat mana2 alam maya..pelajar2 dimesir di nasihatkan untuk tidak terlalu aktif komen tentang benda macam2 ni,bahaya sebenarnya...

Untuk tatapan korang.. 


http://www.youtube.com/watch?v=SFsLKZXyxQ0

sorry..aku letak link je sbb aku xleh nak  sub kan bwh video - youtube...boleh dia tulis kat "no video founds"..habis yang aku tengok kat youtube tu apa kebendanya!!haishhh..xpela..korang tekan jela link aku letak tu,cepat2 siki..aku takut nanti ada yang gatal tangan gi block video ni,yela,tak semua suka dengan R4BIA..korang paham2 sendirila...

Dalam video tu dah ada subtitle melayu dah..xpela..aku letak lagi untuk korang ok..

 .:: R4BIA : Ia Telah Menjadi Syi'ar ::.

Mais Shalash [Palestin] :
Pada suatu masa yang lalu,
Ada satu simbol yang telah membentuk sebuah medan,
Di mana impian penghuninya agar tanah air mereka dikembalikan,
Buat anak-anak generasi nanti.

Musa Mustafa [Syria]:
Medan berkembang menjadi sebuah tanah air,
Tanah air yang terbentuk dari jutaan medan.

*Chorus
R4BIA yang teguh,
R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah belah,

R4BIA yang teguh,
R4BIA itu sebuah harapan,
Buat semua pemburu kebebasan,
Ianya menjadi satu syiar.

Rashed Ghulam [Morocco]:
Dengan kasturi yang telah sebati dengan tanah,
Dengan darah dan air mata para pemuda,
Walau kau disakit hari ini,
Akan kembali padamu mentari yang bersinar.

Muhammad Ali Aslan [Turki] :
Pada hari ini seluruh medan telah menjunjung simbol Rab3ah wahai Saudaraku,
Dengan jutaan 'Asma' [Asmaa Beltagi]
Menggerakkan degupan jantung.

Ulang *Chorus.

Mais Shalash [Palestin] :
Pemburu kebebasan dan penjara-penjara buatan mereka yang pengecut,
Buatannya dari bumbung dan dinding,
Penjaraku terbuka mengadap langit (dunia),
Dan kalian adalah tawanan yang tercela dan penuh kehinaan.


Islam Shukry [Spain] :
Kerana harapan mereka adalah untuk hidup dalam kebebasan, mereka Memutuskan untuk turun ke medan-medan,
Kemudian mereka mati demi menggambarkan suara mereka,
Tidak mungkin kita akan melupakan mereka,
Tidak mungkin kita akan melupakan mereka.

Ulang *Chorus.

Abdurrahman Buhabileh [Algeria] :
Duhai pemburu kemerdekaan!
Siapakah yang mampu membinasakanmu dengan kau yang tetap thabat (teguh) dengan setiap langkahmu, setiap langkahmu,
Telah gugur sahabat-sahabatmu mendahuluimu,
Jaga-jaga! Jangan kau terduduk dengan diammu, diammu.

Ahmad Al Hajiri [Kuwait] :
Terik urat lehermu melaungkan laungan-laungan semangat,
Biar gerun tentera-tentera yang jelik,
Duhai perwira hidupmu sederhana demi mendapatkan semula hakmu untuk membuat pilihan,
Demi hakmu untuk membuat pilihan.

Ulang *Chorus.

Abdullah Al Zu'ubi [Lubnan] :
Revolusi para pemuda Mesir yang berkobar-kobar kecemburuannya, laluan Yang dipenuhi kesakitan dan penghujungnya cahaya,
Tidak mungkin menghalangnya walau seribu pagar,
Seorang yang ditangannya terdapat keputusan.

Yahya Hawwa [Syria] :
Medan Rab'ah rindu akan saat-saat berpuasa,
Dan suara Si Muhammad saat qiamullail,
Buat hati-hati yang disaksikan langit,
Ku hamparkan keatas tanahmu (rab'ah) dan aku tidur di situ.,
Dan kuhamparkan ke atas tanahmu, dan aku tidur.

Ulang *Chorus.

Native deen [Amerika] :
Duhai rakyat Mesir,
Kalian telah menunjukkan kepada kami erti cahaya dan harapan,
Kebebasan yang bersinar terang,
Namun kematian yang tidak masuk akal dan tragedi membuatkan masa depan kelihatan suram,
Apa yang telah terjadi pada cahaya yang pernah kalian tunjukkan padaku,
Wahai rakyat Mesir mari lah kita kembali bersama,
Kerana aku tahu kita akan dapat melakukannya walau apa pun,
Kita telah berjuang terlalu jauh untuk berputus asa begitu saja.

Ulang *Chorus.

Mustafa Musa [Syria] :
Wahai peneguh ruh di atas tanah air ini,
Telah terbakar urat sendi mereka dan dibaluti kafan,
Hakmu akan dikembalikan wahai syahid walau selama mana pun kami harus berjuang.

Abdul Qader Qauza' [Yaman] :
Kebenaran itu terlihat jelas buat mereka yang menyaksikan,
Akan menang menentang mereka yang batil dan pengecut,
Aku tidak akan menyerah kalah walau apa pun berlaku,
Pada kekerasan, ketakutan dan kemusnahan,
Pada kekerasan, ketakutan dan kemusnahan.

Ulang *Chorus.

Hamed Mousa [Mesir] :
Aku tetap teguh di tempat ku dan tidak akanku mundur,
Aku tidak akan mati dan tidak akan hidup,
Lepaskanlah tembakan peluru aku tidak peduli,
Impianku tidak akan terkubur dengan senjata api.

Ibrahim Ad dardasawi [Jordan] :
Kesabaran dan keteguhan itulah sahaja yang kau perlu lakukan,
Dan aku bertawakkal padamu wahai tuhanku,
Kami kembalikan semua harapan kami kepadaMU,
Teguhkanlah dan kurniakan lah kemenangan,
Teguhkan dan kurniakanlah kemenangan.

Ulang *Chorus.

Daqmie [malaysia] :
Mengapa kita sentiasa berdendam,
Mengapa kita turuti kejahatan,
Undang-undang rimba menguasai kita,
Senjata membunuh manusia.

Muadz Zulkifli [Malaysia] :
Kebenaran kekal tak lupus
Sekalipun kebatilan mendada dan angkuh,
Mari kita bina dengan kasih sayang,

Ulang *Chorus.

Khalid Ash sharif [Jordan] :
Fahaman ini tidak akan luntur dengan peluru,
Kebebasan itu telah menjadi impian pada hari ini,
Dan kebenaran itu akan tetap diperjuangkan walaupun dihalangi orang-orang zalim

Abdul Fattah Owainaat [Palestin] :
Wahai pemburu seluruh pembela kebebasan yang ada,
R4BIA adalah simbol keteguhan,
R4BIA adalah sebuah tanah air yang tiada sempadan,
R4BIA (pendek katanya) adalah sebuah kemuliaan,
R4BIA adalah kemuliaan.

Selang seli *Chorus.

Impian mencapai kemuliaan sudah kian hampir,
Sama ada kau hidup sebagai seorang perwira sejati,
Atau sebagai syahid kau mati,
Kau bina tanahmu dengan urat-urat sendi,
Kau sapu air mata sebuah tanah air yang terjajah,
Wahai seluruh pembela kemerdekaan,

R4BIA simbol sebuah keteguhan,
R4BIA sebuah tanah air tanpa sempadan,
R4BIA pendek katanya adalah sebuah kemuliaan.

Ulang *Chorus.



sumber [Terjemahan & Lirik] R4BIA : Ia Telah Menjadi Syi'ar

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..















Wednesday, February 12, 2014

MOVIES "GHOST SWEEPERS 2012"


Salam..rasanya dah lama aku tak update cite hantu kat dalam blog aku ni..sememangnya aku suka layan movie hantu ni..hari ni aku nk promote citer hantu korea...hantu + komedi....

Aku ni bukannya suka sangat cite korea pun,nak2 lak cite cinta,lagila aku tak layan..tapi 1 hari,kawan aku buka cite hantu ni,aku layan,terasa best pulak...sampai rumah terus download...ternyata memang best...walaupun cite tahun 2012 punya..aku layan je..janji best..

GHOST SWEEPERS...kisah pasal sekumpulan bomoh yang dikumpulkan bertujuan untuk menghalau saka or hantu kat sebuah kampung bernama  ULJINRI...setiap dari diorang ni ada kelebihan masing2...tapi kebanyakannya tarik diri bila ritual yang dibuat gagal dan menakutkan diorang,lagi memburukkan keadaan bila diorang semua dapat tahu ketua kumpulan ni dapat upah dari pihak atasan sekiranya dia berjaya mengamankan balik kampung uljinri...hasilnya hanya tinggal 5orang bomoh dan seorang wartawan...berjaya atau tidak diorang menghalau hantu kat dalam kampung ni,korang kena tonton sendiri..tapi bagi aku citer dia tak seram mana pun,jalan cite dia best dan unsur komedi yang menjadi..

Korang ni asal korea je cinta..bosan dah aku dengar..sekali skala cuba explore sikit genre yang berbeza..BTW,aku ada layan cite hantu korea yang lain,semuanya best2...nanti aku share lain dengan korang..buat masa sekarang,korang tengok dulu cite ni...











GHOST SWEEPERS TRAILER




p/s : dengar cite sekarang famos dengan kes sumpah..sampai kes bola pun nak kena sumpah..perlu ke??


ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

TAHUN BARU EGYPT *ENTRY LAPUK*

salam..aku tahu memang dah lewat sangat2 pun kalau nak update entry ni...aku peduli apa..aku tetap nak update jugak..pasal tahun baru kat egypt ni...kebetulan 31 dis 2013 yang lepas aku ada kelas..habis kelas,cikgu hantar kitorang balik rumah..dia suruh balik sebelum menjelangnya detik 12 malam...dia kata bahaya..korang nak tau bahaya yang macam mana?

Bahayanya sebab masuk je jam 12malam,diorang akan campak botol kaca dari rumah diorang ke bawah..kat egypt ni,rumah semua jenis rumah bertingkat2..takdenya nak sebijik2..rumah yang sebijik2 tu rumah orang kaya je...ok..masuk balik topik...itu memang cara diorang sambut tahun baru..masing2 tunggu kat balkoni,masuk je jam 12malam..masing2 campak botol dari balkoni diorang tu ke bawah..

Nak dijadikan cerita..conan ni bukanlah seorang budak yang dengar kata cikgu,saya tunggu bawah rumah..lebih kurang 11.30malam gitu,saya dengan kawan saya gerak ke lokasi nak tengok bunga api..masa jalan tu hati2 jugak..takut terserempak dengan cikgu kitorang tadi..huhuhuhu...

Hasilnya..seperti yang dalam gambar ni..xla secantik macam kat KLCC atau PUTRAJAYa..biasa2 je..cuma terasa jugak kehangatan dia..sana sini bunga api..takde sapa2 yang taja ke apa..masing2 punya badget..beli bunga api sendiri..dan buat pertunjukan tajaan sendiri...susah nak cakap macam mana rasanya..walaupun serba sederhana je..aku dah rasa cukup happy...kat tepi pantai pun diorang main bunga api..cumanya...kat tempat orang ramai diorang tak baling botol kaca,diorang cuma baling plastik yang berisi air..masa aku otw balik rumah..baru aku nampak botol kaca tu...

Berbekalkan Hp aku,dapat jugak aku tangkap gambar..sorryla kalau x berapa nak cantik sangat..janji ada gambar..huhuhu..









tulisan kat jalan ni,nak dijadikan cerita..ada sekumpulan lelaki jalan depan aku,diorang yang conteng ni..aku tukang snap gambar je..hehehehe

ikh;as dari hamba allah serba sederhana..conan..

Saturday, February 8, 2014

CERAMAH USTAZ DON..30 JAN 2014..KEDUTAAN MELAYSIA,EGYPT..

Salam...sepatutnya aku update benda ni dah lama..tapi entah kenapa terlambat lak..

Aku ada dengar ceramah ustaz don,xdela ceramah sangat..tapi more tu sembang2 biasa...kat kedutaan malaysia egypt...30 jan 2014..sehari sebelum dia balik malaysia..tak silap aku..actually banyak benda dia shared sebenarnya... 

1- Berkatnya majlis selawat...sekali kita berselawat untuk junjungan besar nabi muhammad 10 kali allah selawat untuk kita...dengan hanya mendengar alunan selawat,mampu tarik seorang gadis melayu yang hampir2 hanyut menjadi muslimah yang paling taat!!itu baru dengar..belum selawat lagi..

2- Kenapa filem P.ramlee ramai orang ingat sampai sekarang..sebab alunan lagu2 yang dia bawak sama alunannya dengan zikir dan qasidah yang korang dengar sekarang..antaranya dalam filem ali baba bujang lapuk...perlu di ingatkan..nak cipta satu irama untuk satu qasidaah bukan mudah ok..pentingnya belajar a'rud qafiyah aku rasa..yang aku sendiri rasa susah..huhuhuh..

4- Allah dah kata...nabi kita..nabi muhammad..akan diberi kelebihan samada sama dengan nabi2 yang terdahulu atau lebih lagi dari itu..kalau nabi musa boleh belah laut,nabi muhammad boleh belah bulan..kalau nabi sulaiman boleh bercakap dengan jin,angin,binatang..nabi muhammad hatta dengan batu sekalipun bercakap dengan baginda..

5- Kenapa perlu Nabi Musa ketuk tongkat dia untuk belah laut??sedangkan doa Nabi Musa adalah makbul?itu tandanya..nak tunjuk kat kita...nak sesuatu benda perlukan usaha..jangan nak senang tapi malas!!!

6- Malaikat...ada yang punya 2,3,dan 4 sayap..jibril ada 300 sayap..kiri dan kanan..nabi muhammad kagum dengan jibril..tapi jibril kata...jangan terlalu kagum dengan penciptaan dia..sebab ada yang lagi besar dari dia..MALAIKAT ISRAFIL..punya 600 sayap..kiri dan kanan..hanya dengan 1 sayap sahaja dah mampu tutup keseluruhan jibril...

7- Kita...jangan terlalu bangga dengan ilmu yang kita ada..tarbiyah manusia itu penting..bukan tunjuk pandai xkena tempat..jangan biadap dan jangan abaikan apa kata orang tua..mereka lagi arif dari kita..kalau kita dah solat 20 tahun..mereka dah solat 40 tahun..mungkin 50,60 tahun...orang dulu2 tarbiyah mereka lagi kuat..mereka tak banyak soal..kenapa begitu begini...bukan mereka tak tahu,cuma bila allah perintahkan sesuatu..buatlah dengan hati yang terbuka..jangan banyak soal!!!mereka mentarbiyah orang dengan perlakuan..bukan dengan hanya percakapan..

8- Setiap hari kita solat...minta hidayah,petunjuk,dan bantuan dari allah..takkanla xde satu pun allah tak makbulkan..jangan bohong!!!20 tahu solat..takkan xpernah sekalipun allah makbulkan..check balik diri..jangan main kata je kat tuhan..

9- LELAKI..jangan kencing berdiri..bila korang kencing berdiri..air kencing korang tak keluar habis..bila korang bersama dengan isteri korang..air mani korang akan bercampur dengan air kencing..bila dah jadi anak..maka ianya bercampur dengan benda yang tak elok..pembentukan anak bermula dari anda...jangan kotorkan benih korang..jangan lupa berdehem 3kali lepas membuang...

10 - Bila bersama isteri..jangan berjimak melalui belakang..apa tu..aku lupa lak istilah dia..xpela..yang dah kawin pahamla tu..jangan buat gitu,allah laknat!!

11- Kaum yahudi dan nasrani..diorang mengaku diorang ada nabi..diorang ada kitab..tapi diorang bunuh nabi diorang..diorang jauh dari nabi...kita zaman sekarang memang tak bunuh nabi kita,tapi jangan kita bunuh memori kita tentang nabi kita,kalau tak,kita ni sama je macam ummat terdahulu..mereka yang jauh dari nabi,akan keras hati..dan mereka yang keras hati adalah mereka yang berlonggok dosa..moga allah jauhkan..kaji balik kisah para anbiya..tanya diri sendiri khatam belum tentang sejarah para anbiya..kalau dah..alhamdulillah..maknanya korang tahu jugak kisah nabi ilyas dan ilyasa'..kan??

12- Sekarang..budak 12tahun pun dah ada anak..dah tahu apa itu seks..cakap kat doktor,konon kena rogol dan liwat..ni bukan cerita luar negara..ni cerita dalam negara kita..mohon kita2 semua ni buat kajian sikit..banyak benda yang perlu dibaiki..jangan hanya tunding jari..setiap dari kita ada tanggungjawab..dan allah pasti akan tanye kat akhirat nanti..tahukah anda..jiran kita ada hak untuk kita..tahu x??jadi..sebarkanlah apa yang sepatutnya..

itu antara yang mampu aku taip kat sini...maaf kalau aku ada tersalah bicara..tersalah fakta..mata aku dah mengantuk sangat..dah 2.40 pagi...otak aku dah stuck rasa..harap2 semua dapat rasa manfaatnya...tiga benda penting..terapkan dalam diri BERADAB,BERAKHLAK,TERBIYAH..

sekian..wassalam..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..






SELAMAT HARI LAHIR AWAK!!!

SANAH HILWAH YA UKHTI MAHBUBAH..KULL SANAH WA ENTI BIL KHAIR..




Waktu berjalan tiada henti..
Mengiringi rembulan dan mentari..
Yang terbit nan tenggelam setiap hari..
Mengiringi usiamu yang kian bertambah..
Dari hari ke hari...

Selamat hari lahir awak...
Saya takde hadiah besar2 untuk awak..
Takde jugak kek untuk santapan awak..
Cuma ada 1 yang mampu beri...
DOA moga ia lebih dari mencukupi..

Bertambah umur bertambah juga amalan..
Moga hidup penuh keberkatan..
Redha ALLAH sentiasa berpanjangan..
Moga doa awak dimakbulkan...

Jangan terlalu ambil hati dengan tingkah manusia..
Yang selalu buka aib kita..
Pasak dalam hati bahawa allah adalah yang utama..
Cukuplah dia sebagai penjaga..

Pengakhiran buat sebuah pincisan..
MAAF.. Cuma guna bahasa jalanan..
Saya coretkan sempena ulang tahun kelahiran..
"Walau seketika pertemuan..
Kita terpisah dengan lautan..
Dirimu tak mungkin ku lupa "   (^_^) y

Bezanya...
Kita tak pernah bersua..
Rindu itu sakit..ubatnya bersua..
Tak semestinya bersua muka..
Boleh jadi kirimkan DOA...

P/S : saya nyanyikan untuk awak..tapi dek kerana terpisah dengan lautan..awak cuma mampu dengar muzik yang kononnya saya mainkan..selamat hari lahir awak..harapnya awak tahu siapa "awak" yang saya maksudkan..salam sayang&rindu dari saya...moga ALLAH sentiasa jaga awak..oh....jaga diri untuk diri sendiri dan untuk mereka yang menyanyangi :)





video



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Saturday, January 4, 2014

KENAPA NABI IBRAHIM DISEBUT DALAM TAHIYAT AKHIR ( SALAWAT IBRAHIM )

SALAM...

salam buat warga pembaca..dulu aku selalu terpikir..kenapa dalam tahiyat akhir dalam solat kita tu kena ada selawat buat nabi ibrahim..kenapa tak nabi-nabi yang lain??lama jugak soalan ni bermain dalam otak aku..dan akhirnya...tadi baru aku jumpa jawapannya bila aku baca kat FB suara al-azhar..jawapan yang diberikan oleh SYEIKH DR MASMU' ABU THALIB

"NABI IBRAHIM,selain dari bapa dari para nabi dan juga titik pertemuan agama2 samawi,nabi ibrahim juga pernah mendoakan kita semua :

" Ya tuhan kami,beri ampunlah aku dan kedua ibubapa ku serta orang-orang mukin sekalian pada hari terjadinya hisab ( hari kiamat) " (QS ibrahim : 41).

Dan doa beliau yang paling istimewa :

" Ya tuhan kami,utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat engkau,dan mengajarkan kepada mereka AL-KITAB ( al-quran) dan AL-HIKMAH ( sunnah) serta menyucikan mereka " ( QS . al-baqarah : 129 ) 

Dan nabi muhammad Saw adalah anugerah terindah dalam hidup kita. "


Terjawab sudah persoalan aku dan jugak korang yang selama ni hanya buntu tanpa jawapan yang sahih..moga bermanfaat untuk kita semua..

Mari sama2 kita perbanyakkan selawat buat nabi kita,selain sebagai hadiah buat beliau,dapat juga meleburkan dosa kita..tambah pulak dibulan yang mulia,bulan kelahiran nabi paling mulia..



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم. في العالمين إنك حميد مجيد



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...