Wednesday, January 25, 2012

FILEM TEMPATAN DENGAN KUTIPAN TERTINGGI SEPANJANG 2011..




ni saje2 je aku update letak kat sini,mari sama-sama kita tengok 10 filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang tahun 2011..jom sama-sama layannn....

1-KL GANGSTER.
ARAHAN :Syamsul Yusof.
pelakon :Aaron Aziz, Adyputra dan juga Syamsul sendiri.
KUTIPAN :RM11.74 juta.

2-OMBAK RINDU.
ARAHAN :Osman Ali.
PELAKON :Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.
KUTIPAN :RM10.9 juta.

3-HANTU BONCENG.
ARAHAN :Ahmad Idham.
PELAKON :Zizan Raja Lawak dan aktres Juliana Evans.
KUTIPAN :RM8.53 juta.

4-KONGSI.
ARAHAN :Farid Kamil.
PELAKON :Shaheizy Sam,fizo omar,yana.
KUTIPAN :RM8.09 juta.

5-KHURAFAT.
ARAHAN :Syamsul Yusof.
PELAKON :Liyana Jasmay,syamsul yusof.
KUTIPAN :RM8 juta.

6-HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.
ARAHAN :yusry KRU.
PELAKON :Stephen Rahman Hughes,Dato' Haji Rahim Razali,Ummi Nazeera,Khir Rahman.
KUTIPAN :RM6.5 juta.

7-NUR KASIH THE MOVIE.
ARAHAN :Khabir Bhatia.
PELAKON :Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.
KUTIPAN :RM4.93 juta.

8-BINI-BINIKU GANGSTER.
ARAHAN :Ismail Bob Hashim.
PELAKON :Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana.
KUTIPAN :RM4.71 juta.

9-KARAK.
ARAHAN :Yusry Abdul Halim.
PELAKON :Shahir,Shera Aiyob, Kilafairy dan Md Eyzendy.
KUTIPAN :RM4.28 juta.

10-SUATU MALAM KUBUR BERASAP.
ARAHAN :Ernie Chen.
PELAKON :Angah Raja Lawak dan Along Cham.
KUTIPAN :RM3.99 juta.

SUMBER :http://my.entertainment.yahoo.com.


jadi...ada sapa2 nak kata apa-apa??

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

CUBA TEKA,REAL KE TAK??

salam..korang..hari ni aku nak ajak korang nilai 1 gambar ni,korang rasa-rasa binatang yang kat bawah ni yang naik flight ni real ke palsu??boleh ke binatang ni naik flight,dan yang paling gempak sekali,binatang ni naik busniss class punya ok,yang ekonomi ni tak main la..

jadi aku nak tanye korang sekali lagi,ni real ke tak???jawapan aku..hehehehe...RAHSIAAAAAAA.....:)




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Sunday, January 22, 2012

DISCO BENTUK MASJID!!!

salam..korang..hari ni aku dapat satu lagi cerita setelah lama berjalan-jalan ke blog kawan-kawan lain,aku nak letak kat blog aku benda ni sebab aku nak share dengan korang semua tentang benda ni terutama buat mereka yang beragama islam!!!mana-mana agama pun,kalau dihina,pasti akan marah kan..jadi,meh sini aku nak buka cerita hari ni..

korang tahu atau tidak,La Meca adalah disko yang paling popular sekali di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol pada 1980-90an sebelum dia ditutup untuk satu dekad yang lalu.kemudian ianya dibuka kembali pada 18 jun 2010 dengan menggunakan nama yang sama,tindakan ini telah membangkitkan kemarahan umat islam dinegara tersebut..

jadi lebih parah bila ada hacker yang masuk ke website disko tersebut,dan memposting videonya,ini kemungkinan boleh berlaku pergaduhan besar antara orang-orang sepanyol dan seluruh umat islam diseluruh dunia jika tempat tersebut tidak diganti dengan nama lain.

korang perasan tak apa yang cuba aku tonjolkan sekarang ni,disco berbentuk masjid dengan menggunakan nama mekah!!!

sedikit cerita sampingan,tadi aku baru je layan video tentang seorang wanita muslimah yang datang ke kedai untuk membeli roti tapi tidak dilayan,alasannya kerana dia memakai tudung,kata tuan kedai,orang amerika takkan pakai macam tu,orang yang memakai seperti itu adalah orang islam,yang menunggang keldai,dan membawa bom,dan mereka juga adalah PENGGANAS!!tapi mujur ada yang membela..tapi yang mengeji pun boleh tahan jugak..

kata tuan kedai lagi,kalau nak beli roti kat kedai dia,pergi balik dulu,buka tudung..huh!!kalau aku,pergi balik rumah,ambik tepung,pastu datang kedai dia balik,sepuk je tepung tu kat muka dia,nak untung sangat,hambik nie!!!ingat kedai ko je yang ada roti!!

ok-ok..ni dah terkeluar tajuk,apa-apa pun,renung-renungkan cerita yang aku sampaikan diatas tadi,dan korang boleh tengok sendiri gambar-gambar disco yang aku maksudkan tadi..kredit untuk http://pelik.org/

























ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Thursday, January 19, 2012

PESANAN IMAM AL-GHAZALI..

salam korang...salam jumaat..hari ni aku bukan nak berkhutbah,tapi aku nak kongsikan dengan korang,kalam atau kata-kata dari imam ghazali.siapa imam ghazali??baik..sepintas lalu tentang beliau

"Abu Hāmid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazālī,Lahir pada 1058 M atau 450 H,seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggapi sebagai al-mujaddid untuk kurunnya."

ok..nak tahu lebih tentang beliau,boleh search sendiri,hari ini aku nak kongsikan dengan korang kata-kata imam al-ghazali :

1-Dunia ini laksana api yang akan membakar sesiapa sahaja yang cuba memegangnya kerana itu,gunakanlah api hanya pada malam hari sahaja.Yang bererti jadikanlah dunia sekadar tempat untuk mencari tapak syurga.

2-Dunia adalah jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang abadi,kerana itu jangan rosakkan jambatan dengan membawa keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan roboh.

3-sibuklah berfikir tentang dirimu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain.

4-Sebelum tidur,ingatlah bahawa esok belum tentu boleh bangun.

5-Selepas bangun tidur,bersyukurlah kerana allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk sedar.

6-Ingatlah supaya kamu ingat bahawa esok,lusa kamu akan mati dan menjadi mangsa cacing tanah.

7-Tataplah anak-anakmu baik-baik bahawa mereka merupakan titipan allah kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu.

8-Berjuanglah dijalan allah supaya malaikat memberi penghormatan atas kematianmu nanti.

9-Berjemaahlah bersama kaum muslimin didunia agar kamu beroleh teman semasa perbicaraan dimahkamah.

10-Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersikap pemurah.


disini aku tinggalkan untuk korang semua,antara kitab-kitab karangan imam al-ghazali,dan boleh didapati dimalaysia :

1-ar-Risālah al-Ladunniyyah;
2-al-Munqidh Min ađ-Đalāl;
3-Bidāyah al-Hidāyah;
4-Minhāj al-‘Ābidīn;
5-Mīzān al-'Amal;
6-Kīmiyā' as-Sa'ādah;
7-Misykāh al-Anwār; dan
8-Iĥyā' 'Ulūmiddīn.

AL-FATIHAH BUAT al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī..

peringatan untuk aku dan untuk kita semua..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

COSTA CONCORDIA vs TITANIC...

salam..korang..aku tahu entry yang aku bawakan pada hari ini adalah isu yang dah lama,lama tak lama sangatla,kejadian berlaku 13 januari baru2 ni,kira takde la lama sangatkan..

KAPAL MEWAH COSTA CONCORDIA tenggelam pada 13 januari 2012,lebih kurang 4,200 penumpang dapat diselamatkan,6 orang diberitakan mati,dan 14 orang dilaporkan hilang.
Kapal mewah sepanjang 850 kaki terapung, yang melibatkan belanja sehingga £ 1.200 semalam dan mempunyai 4 kolam renang, 5 restoran dan 13 buah bar.

tengok,dah macam pemberita la pulak..apa2 pun..korang layan jela gambar-gambar kat bawah ni..




kalau nak ambik papan gelongsor tu tak boleh ke?pasang kat bilik air rumah,best gak..
















































ni bukan kapal COSTA CONCORDIA tau,ni bangkai kapal titanic yang tenggelam akibat berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 4 April 1912,dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.

ngeri la pulak dengar kisah kapal tenggelam ni..kalau yang tak tau berenang,naya la jawabnya..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Wednesday, January 18, 2012

PERKONGSIAN TANDA KEPERIHATINAN SESAMA KITA..

salam..korang..ada benda sikit nak share pagi2 ni..ayat ni aku dapat dari syeikh hassan..syeikh ni dia ajar al-quran..dia pesan kat aku "kalau awak ada apa2 masalah,samada nak hadapi exam,nak pergi interview,ada masalah dengan kawan2 atau masalah apa2 pun yang menakutkan awak atau masalah yang membuatkan awak susah hati,bacalah ayat ni banyak2 kali,amalkan setiap hari..insyallah..segala2nya akan baik"

ok..jom sama2 kita baca..dan lihat maknanya..



(SURAH AL-MA'IDAH,AYAT 23.)

MAKSUDNYA:berkatalah dua orang lelaki diantara mereka yang bertakwa,yang telah diberi nikmat oleh allah "serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu.jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang.Dan bertakwalah kamu hanya kepada allah,jika kamu orang-orang yang beriman.

ayat ni mengisahkan tentang kaum nabi musa,yang mana setelah mereka lari dari firaun,mereka tiada tempat untuk di diami,lalu nabi musa menyuruh umatnya untuk masuk ke sebuah negeri,tapi kaumnya berdegil kerana bimbang akan bahaya yang menanti didalam negeri tersebut.ketika itulah,muncul dua orang lelaki yang telah disebutkan dalam ayat tadi,mereka tidak gentar dengan sebarang ancaman,mereka tidak memerlukan sesiapa hatta nabi musa ketika itu melainkan allah....sesungguhnya segala pergantunggan kita hanya pada allah..

segala sumber yang saya dapat ni dari syeikh hassan,jika ada yang tersilap,itu adalah silap saya,mungkin saya terleka seketika ketika mendengar penerangan dari syeikh hassan tentang ayat ini,jadi,jika ada penambahan atau pembetulan dari mana2 pihak,silakan..saya sentiasa mengharapkannya..time kasih..

ayat ni agak panjang..tapi takpela..hafal pelan2 ok..untuk kebaikan kita juga..selamat mencuba..:)


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

PENJAGA KERETA YANG PALING BERGUNA..

salam..korang...sihat ke??ala2...rindunya pada blog ku ini..dah lama gila rasanya tinggalkan dia..rindu sangat2..bulan ni boleh bilang dengan jari je berapa entry yang aku post..sory banyak2..apa2 pun time kasih pada yang tak jemu2 bertandang ke blog ini..time kasih..

ok..hari ni aku ada cite baik punya untuk korang..kebanyakkan korang ni mesti ada kereta kan??kurang2 pun kereta sorong..kereta jugak tu kan..tapi nak jaga tu macam susah kan..pulun je beli benda nak kunci kereta tu beratus2,tapi still ada orang boleh "ambik" gak kereta korang tu tanpa kebenaran...

jadinya..hari ni aku nak ajar korang cara2 nak "menjaga" kereta korang dengan penjimatan yang sangat2 murah..pencuri yang nak curi pun tak jadi nak curi,pasal nak buka benda tu susah..korang jangan letak satu je.letak banyak2,biar pencuri tu bosan nak buka..benda apa yang aku maksudkan..jom sama2 layannnn....















kalau yang ni confirm takde sapa pun teringin nak curi!!!


sekarang korang dah pahamkan benda apa yang aku maksudkan..jadi..selamat mencuba..dan jangan malu untuk mencuba..silalah dapatkannya dikedai2 runcit berdekatan rumah anda.. sekarang!!!!



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Thursday, January 5, 2012

MOTO YANG WAJIB BELI..

salam..korang..maaf banyak2..terlalu sikit entry untuk bulan disember 2011..aku minta maaf banyak2..busy nak piksala..stat 8jan ni..doakan aku..

sekadar entry pendek..buat tatapan korang..saje nak isi ruang blog aku ni yang nampak hodoh sebab lama tak update..korang tengok..dan korang cakaplah dengan diri sendiri...

time kasih kepada yang sudi datang ke blog aku ni walaupun dah lama tak update..time kasih banyak2...









ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..