Sunday, July 29, 2012

TERKINI TENTANG UMAT ISLAM ROHINGYA,MYANMAR...

salam...jarang sebenarnya aku update entry petang2 camni,selalu pagi je2,ok..masuk topik kita..kita digemparkan dengan pembunuhan beramai2 umat islam rohingya di myanmar,isu ni sebenarnya lebih besar daripada isu yang sedang berlaku disyria,sempadan thailand dan palestin,sebab isu ni langsung tak dapat pembelaan dunia,semua kuasa2 besar dunia hanya diam membisu dengan apa yang sedang terjadi terhadap UMAT ISLAM ROHINGYA  sekarang...kenapa??jawapannya mudah,bukankah UMAT ISLAM bagi mereka perlu segera dihapuskan bagi menjayakan misi mereka untuk menyambut kedatangan tuhan mereka dajjal bermata satu..walau apa pun alasan yang mereka bagi,itu hanya sekadar asbab sampingan yang hanya untuk menutup aib mereka untuk menguasai dunia..


Dikatakan jumlah dahulunya umat islam ROHINGYA seramai 6juta,dan kini hanya tinggal dalam lingkungan 800 ribu orang setelah proses "pembersihan" dilakukan terhadap mereka..dijangkakan SERIBU LEBIH KAUM WANITA DIROGOL HINGGA MATI,DAN ADA YANG DISEMBELIH,KANAK2 DIIKAT TANGANNYA DAN DIBUANG KE DALAM SUNGAI,BAYI DIBUNUH,DAN MAYAT MEREKA DIBIARKAN HINGGA MENJADI SANTAPAN ANJING LIAR..ada juga DIKALANGAN MEREKA YANG DIBAKAR...


Ada juga dikalangan mereka yang sekarang ni berada disempadan bangladesh,menunggu peluang untuk masuk ke negara tersebut,tapi rupanya pihak bangladesh sendiri dah bersiap sedia dengan tenteranya disempadan,hanya menuggu masa untuk menembak sesiapa sahaja diantara mereka yang cuba masuk ke negara bangladesh..


Dan yang paling menyayat hati,beberapa hari lepas,ibu bapa muslim rohingya telah melepaskan bayi-bayi dengan bot dengan harapan bayi itu akan selamat,hanya itu sahaja cara yang mereka ada kerana mereka sendiri sebenarnya sedar yang mereka juga akan terbunuh..


pihak ABIM MALAYISA,telah mengadakan perjumpaan dengan sami tertinggi angkor untuk membincangakn isu ini,tapi hanya sedikit sahaja jawapan positif yang diterima,bincang dulu,dan kemungkinan akan bertindak pada bulan oktober 2012





segala yang tercatat ini adalah hasil sumber cikgu azmi yang berhubung terus dengan kawannya di rohingya secara sembunyi kerana sebarang alat telekomunikasi dilarang sama sekali disana..


kita,tak kira agama,bangsa,sama2 kita doakan mereka,dalam sehari tu,walau busy macam mana pun,apa salahnya kita sama2 doakan mereka,mereka lebih sengsara dari kita,setiap saat terus dibayangi ketakutan,sedangkan kita terus leka dengan nikmat dunia...tambah2 lagi bulan puasa ni,kita masih boleh berbuka dengan keluarga,solat terawih dimasjid dengan selesa,segala2nya lengkap untuk kita,sedangkan mereka sentiasa hidup dalam ketakutan,keluarga pun tak tahu entah kemana..berbuka puasa pun belum tentu agaknya,jika tak mampu nak menyumbang apa2,berdoalah untuk mereka,moga dibulan mulia,tuhan perkenankan doa kita,diangkat terus tanpa hijab menghadap allah yang maha kuasa dari segala2nya..

untuk maklumat yang lebih lengkap.korang boleh masuk sini WACANAKU.maklumat dalam blog ni lebih lengkap dan padat..kredit untuk wacanaku,terima kasih atas perkongsian anda..



ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan...

Thursday, July 26, 2012

DETIK PERMULAAN KEMASUKAN YAHUDI KE BUMI PALESTIN (VIDEO)

salam..dah bertahun2 lamanya orang yahudi masuk dan menduduki tanah palestin dengan secara paksa,mendudukinya secara haram,pastu dengan muka tak malunya menghapuskan "negara palestin" digantikan dengan "negara israel" dipeta dunia dan mengisytiharkannya secara rasmi..ramai pihak barat menggambarkan bahawasanya orang islam itu pengganas,tapi secara realitinya,mereka hanya mampu menggunakan batu sebagai senjata hanya untuk menuntut hak mereka ditanah mereka sendiri,sedangkan pihak penceroboh tidak dianggap sebagai pengganas sedangkan mereka lebih lengkap bersenjata dan secara terang2an melakukan kerosakan dan kezaliman dimuka bumi ini..


ini adalah video mula2 kemasukan orang yahudi ke bumi palestin dan mendudukinya secara haram..alangkah kejinya perbuatan mereka,sudahlah menceroboh dinegara orang,ditambah lagi dengan kezaliman yang makin menjadi2...


sama2 lihat..sama2 nilai..doakanlah untuk semua umat islam diseluruh dunia...

video


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Wednesday, July 25, 2012

ANNE FRANK DIARY...


ANNELIES MARIE "ANNE" FRANK adalah seorang perempuan yang berketurunan yahudi,ia dikenali dengan diari yang ditulisnya sendiri ketika pendudukan NAZI di belanda pada perang dunia kedua dan juga pengalaman beliau sendiri ketika peristiwa "HOLOCAUST",tetapi dari setengah yang aku baca,ia juga pengalaman yang ditulis oleh anne semasa dia menjadi tahanan tentera nazi..menjadi tahanan dan berada semasa pendudukan nazi di belanda pada perang dunia kedua adalah dua situasi yang berbeza..meninggal ketika umurnya 15 tahun..


Bukunya yang diberi nama "THE DIARY OF A YOUNG GIRL" mengandungi pengalaman2 anne sendiri,tetapi buku ni bukannya dipublish sendiri oleh anne,tapi ianya hasil usaha ayah anne OTTO FRANK yang mengetahui cita2 anaknya untuk menjadi seorang penulis.katanya lagi anne telah pun meninggal ketika bukunya mula dipasarkan...aku pun sendiri dengar banyak versi,dan aku sendiri tak pernah baca buku ni,jadi aku sendiri keliru dengan fakta yang ada,jadinya aku sendiri berminat untuk mencari buku ni untuk dibaca..nampak tak..berapa banyak perkataan "sendiri" daaaaa...


yang menjadi persoalannya disini,khabarnya pula,isi2 yang ada dalam buku ni kebanyaknnya telah dipalsukan oleh orang2 yahudi untuk menampakkan lagi betapa teruknya kaum yahudi ketika tu ditindas ketika peristiwa "HOLOCAUST" oleh tentera nazi,ini bertujuan untuk membuat banyak pihak bersimpati dengan kaum mereka...hasil kajian menunjukkan,setengah tulisan dalam buku ni ditulis dengan menggunakan pen yang tidak wujud lagi pada zaman itu...hmmmm....

untuk mengetahui lebih lanjut apa dia "PERISTIWA HOLOCAUST" tu,korang boleh masuk sini holocaust .apa2 pun,aku berminat untuk baca buku ni,teringin untuk membaca sendiri pengalam yang sebenar dari anne dan pengalaman yang telah direka khas oleh kaum yahudi..korang rasa2 lak camne?? sekilas pandang tentang anne boleh tengok sini sumber



original page from anne's diary.sumber





















ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Monday, July 23, 2012

JOM TONTON "HANTU JAGUNG" FILEM HUSK....

salam..hari ni JOM TONTON aku nak ajak korang tengok citer "HUSK" ...citer hantu la..citer apa lagi..hahahahaha..citer ni memang best..aku panggil hantu dalam ni citer hantu jagung..sebab dia bunuh orang kat dalam ladang jagung tu je,dia tak boleh nak kuar dari kawasan tu,setiap orang yang dia dah bunuh akan jadi hantu..tapi sebelum hantu2 tu bunuh orang,hantu2 ni akan masuk 1 rumah yang kat tengah2 ladang jagung tu,jahit guni untuk disarungkan ke muka dan paku kelima2 jari dia..bila dia dah pakai topeng guni tu,dan masuk kedalam ladang jagung tu,dia memang takkan boleh masuk dah rumah tu dan takkan boleh keluar dari ladang tu..

secara tak langsung,aku dah bagi sinopsis serba ringkas dari cite HUSK ni,filem terbitan AFTER DARK ni memang aku suka..semuanya best2,semuanya kejam..hahahahaha..kalau korang nak tau camne,korang boleh tengok sendiri citer ni..selamat menonton..

 filem arahan Brett Simmons,lakonan Devon Graye,Wes Chatham,C.J Thomason,Tammin Sursok....

citer ni antara filem yang save badget sebab hantu dia pakai guni je tutup muka,paku pun tak payah cantik2 sangat,paku karat je pun,senang je cari,kat tempat sampah pun dah jumpa..bagus hantu2 jagung ni..hahahahaha..

















aku cakap kat kawan2 aku "jom tengok cite hantu jagung" semuanya cebik mulut.."hantu jagung??" konon tak gempakla konon kan..ingat cam citer lawak je,belum tengok belum tahu lagi gempak ke tak,satgi kang bersepah lari bila tengok hantu jagung tu kuar..kannn..hahahahahaha...nama hantu jagung tu,aku yang letak..sedap apa..nama manja dia..hehehehe..


TRAILER HUSK..

video



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Sunday, July 22, 2012

GADIS INI MENGHINA ISLAM SERTA PUNCA IA MENGHINA ISLAM..

salam..korang..kali ni entry yang kurang menarik untuk kita dengar dibulan puasa yang mulia nie!!seorang gadis jelita dah hina islam..bagi aku,tak kira agama pun,kita masing2 takde hak pun nak hina agama lain,aku rasa,agama lain pun tak ajar penganut dia kutuk2 agama lain...


satu lagi aku nak cakap,kalau dah ada FB ke TWITTER ke,tak payahla sampai nak kutuk2 cmni,baik korang merapu kat FB atau TWITTER korang tu dari kutuk2 cmni,betul tak aku cakap??kurang2 tak semua menyampah baca korang punya merapu tu dari hina agama orang lain ni..


aku tak sanggup nak letak banyak2 kutukan2 gadis ni kat entry aku ni,kalau korang nak baca lebih,korang boleh masuk kat blog ni,kredit untuk blog akukomplen.blogspot.com




















Dan difahamkan,gadis ni mengutuk agama islam sebab agama dia,agama kristian telah dikutuk oleh orang islam lak..macam tu pulak..manusia ni macam2la...apa-apa pun,untuk maklumat lanjut korang boleh masuk lagi ke akukomplen.blogspot.com








kesimpulannya :-
1-Boleh masuk sendiri blog akukomplen.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang agama islam dihina oleh gadis jelita. dan punca sebenar gadis jelita ini menghina islam.

2-kita ni manusia takde hak nak hina agama lain,tugas kita sebagai manusia sebarkan yang benar dengan penuh berhemah dan berbudi pekerti bukannya dengan kekerasan dan mengeluarkan perkataan yang kurang sopan..

3-kita manusia,jangan terlalu angkuh,apa pun yang kita buat,apa yang kita kata,agama apa yang kita anuti,semuanya bertuhankan dengan tuhan yang satu,kita ada pencipta,pencipta kita lebih berkuasa,dan bila2 masa saja kita akan diuji dengan apa yang kita kata dan buat...




ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..


















IMAM MEKAH UNTUK SOLAT TERAWIH DIEMPAT BUAH MASJID DI KL DAN PUTRAJAYA..

Salam..aku ada terbaca satu artikel yang mengatakan bahawasanya dimalaysia nanti akan ada iman dari mekah yang akan mengimamkan solat terawih diempat buah masjid di KL dan PUTRAJAYA..

Empat masjid tersebut ialah MASJID NEGARA,MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR,MASJID TUNKU MIZAN ZAINAL ABIDIN dan MASJID PUTRA..


Dan imam jemputan tersebut ialah Dr Suffian Ibnu Omar, Syeikh Fadi Muhammad Al-Batsyi, Syeikh Badrudin Ali Tomi Al Asyish dan Dr Ahmad As Sai'd...

Kedatangan mereka adalah hasil perbincangan  antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan pihak kedutaan Arab Saudi.

"Selain mengimamkan solat terawih, imam-imam tersebut akan mengimamkan solat tahajjud dan memberi tazkirah" kata Datuk Othman Mustapha Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)....

 Jadi,pada mereka yang berdekatan dengan 4 masjid tadi tu,bolehla pakat ramai2 gi masjid ok,lepas terawih pagi2 sebelum sahur,bolehla gi tahajjud lak kan..balik rumah,terus sahur..sumber disini.


ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan...

SEORANG LAGI PELAJAR KITA TELAH "PERGI"..

assalamualaikum..salam ramdhan untuk korang semua..aku baru dapat berita yang agak menyedihkan tadi,seorang lagi pelajar kita meninggal dunia ketika sedang tidur,sekitar jam 4-5 petang tadi (10-11mlm waktu malaysia) almarhum ahmad nasarudin bin muhammad,pelajar tahun 3 jurusan syariah islamiyah cawangan damanhur.


sebelum ni,seorang lagi pelajar meninggal dunia akibat melompat keluar dari van untuk mengelak dari dirompak,arwah melompat keluar ketika van dipandu laju,ketika kejadian,hanya arwah dan rakannya sahaja yang berada didalam van tersebut,arwah seorang pelajar tahun akhir jurusan qiraat,cawangan shubra..


dibulan yang mulia ni,ditambah dengan keberkatan yang ada,sama2lah kita sedekahkan al-fatihah buat mereka yang telah pergi menghadap illahi,moga mereka lebih tenang disana,hari mereka dah pun tiba,hari kita entah bila,sama2lah bermuhasabah diri..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Tuesday, July 10, 2012

ISTERI CANTIK BELUM TENTU MENJAMIN KEBAHAGIAAN..

salam...aku ada masa lebih ni,makanya aku blogwalking dengan sepenuh hati sambil menambah maklumat baru untuk pengetahuan aku..tiba2 aku terjumpa kat blog sorang kakak ni,aku memang rajin masuk blog dia,aku suka tengok gambar2 yang dia letak dalam blog dia,cantik..paling aku suka baca entry dia yang citer pasal makanan ni,teruja aku tengok!!


ok2..panjang sangat lak muqaddimahnya..aku tertarik kat salah satu entry dia "ISTERI CANTIK PUN KENA CERAI??"  ye..jodoh pertemuan ditangan tuhan,andai kata ada yang bercerai berai,itu dah memang takde jodoh namanya,tapi mesti ada sebab lain kan..aku paling terkejut bila dapat tau yang sebenarnya menemani suami makan tu adalah benda yang paling penting isteri kena buat,almaklumla,aku ni tak kawin lagi,mana la nak tau sangat bab2 camni..kadang2 tu kalau kawan2 cerita hal rumahtangga ni pun,kadang2 lembap gak otak aku nak paham..hahahahahaha...

entry yang bakal aku letak satgi ni,aku harap sangat kita berfikir yang positif ok,aku ni pun sebenarnya jenis suka membantah,tambah2 lagi bab laki ni,ada je yang tak kena,tapi kali ni aku cuba jadi positif ok..dan aku harap korang pun macam tu jugak..


ok..aku letakkan kat sini soklan yang telah dijawab oleh hamka kereta mayat...


SOALAN PEMBACA


(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)




Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.

Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.
******

Hamka keretamayat jawab:
Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.

Baik, balik pada topik, dulu..,  aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)

Kat mana tadi?

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.
Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, ,  setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.
Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.
Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga. 

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:
 “Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari  Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,
 Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang” 


ni soklan dan jawapan yang telah aku ambik dari entry hamka kereta mayat,satu lagi sumber aku cik kamoo ,ni la blog yang aku cite tadi yang muqaddimah panjang lebar tu..boleh masuk tengok blog dia ok..

ok..ni nasihat dari aku lak,si suami pun,hormatla sama kat si isteri,masing2 ada hak,saling memahami..ok..tak nak komen panjang..tak pandai bab2 ni lagi..

ok..aku pun dah tak nak tambah apa2,nanti makin panjang entry ni..sekian terima kasih..moga kita semua dapat pengajarnnya..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan.. 
















VIDEO EKSKLUSIF "MANA HILANGNYA JUWITA"

salam...hari ni entry aku masih lagi berkaitan dengan drama "MANA HILANGNYA JUWITA"...lama2 blog aku ni boleh jadi blog rasmi "MANA HILANGNYA JUWITA??"..hahahahaha...disebabkan aku luar dari malaysia,jadi aku masih tak dapat nak tengok episod 1 yang telah disiarkan pada 9julai lepas...


tapi aku terjumpa video ni "VIDEO EKSLUSIF MANA HILANGNYA JUWITA" aku tengok macam best ek,aku baca komen pun ramai yang puji..jadi apa kata korang layan video ni,pastu boleh letak komen ok..

video




P/S : "mana hilangnya juwita??" setiap hari isnin,10 malam,di astro ria (104)





ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Sunday, July 8, 2012

MUKA LEBIH PENTING DARIPADA BONTOT...

salam..korang..entry yang ringkas..cer tengok gambar bawah ni,menyampah pun ada kan..dah tau badan tu besar,tak payahla susah2 nak menyempit!!!!
 



pengajaran yang dapat kita ambil daripada gambar diatas ialah,jaga kepala itu lebih penting dari jaga bontot,sebab kalau muka rosak dan dah x macho,susah nak ngorat awek...:)


p/s : janga lupa "MANA HILANGNYA JUWITA" lakonan Erra Fazira.Umie aida,Lisa Surihani bermula malam ini (isnin) 10 malam,astro ria(104)..**sempat lagi promo drama ni**

ikhlas daripada hamba allah serba sederhana...conan..

Wednesday, July 4, 2012

"MANA HILANGNYA JUWITA"

salam..walaupun busy macam orang yang ada syarikat sendiri,aku tetap menulis,tak kiralah apa pun tajuknya,janji benda tu dapat dikongsikan dengan korang..hari ni..jom tonton..aku nk citer sikit tentang satu drama bersiri yang agak menarik,aku tengok video promo dia,aku agak tertarik la untuk tengok..tambah-tambah lagi citer pasal penyiasatan,lagi aku suka,sesuaila dengan nama aku,CONAN...bagi mereka yang kenal aku,aku dah tau apa diorang nak kata kat aku,sampai susah payah aku promosi citer ni,mungkin betul gak dengan apa yang diorang nak kata tu,tapi satu lagi sebabnya,aku suka sebab drama ni berunsurkan penyiasatan!!!jadi pada mereka2 yang nak kata tu,sila  gariskan jugak ok alasan aku yang satu tu...


SINOPSIS MANA HILANGNYA JUWITA.


Anggun (Lisa Surihani) yang datang ke kuala lumpur untuk mencari adiknya juwita yang hilang,pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapinya sehingga membawa dia ke rumah pelacuran dan terpaksa berhadapan dengan hidup yang penuh glamor dan penuh dengan kegelapan.

Anggun telah bertemu dengan bekas kekasihnya haider,anggun meminta tolong haider dan pihak polis untuk mencari adiknya.


Drama 15 epsod ini akan menemui penonton di astro ria 9julai,jam 10malam.






setakat yang aku baca hari tu,4 episod sudah disiapkan..itu haritu..sekarang mungkin dah 5 episod ke kan..aku ni bukan pengarahnya,jadi tak taula secara terperincinya ye..


Drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat antaranya Lisa Surihani,Erra Fazira,Umie Aida,Zahiril Adzim,Raja Ilya...



(PROMO) MANA HILANGNYA JUWITA..

video


tengok Erra Fazira dalam citer ni gayanya cam jahat je kan,Umie Aida jadi polis..memang aku tunggu sangat2 Erra Fazira pegang watak jahat,watak jahat yang betul2 jahat...selalunya dia pegang watak nangis2 je kan,selalu dia je yang kena,kali ni,kasi orang lain lak yang terkena olehnya..hahahahahaha...apa2 pun,aku harap citernya biarla sebest video promo yang kita tengok tu.


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..