Sunday, February 14, 2010

LAWAK SANTAI....

salam...lawak ni saya dapat dari pembacaan..kita share sama2 ok..and disebabkan benda ni saya baca lama dah,so ada yang saya tambah sendiri..tapi kalau ada lawak yang terkasar sikit,teman2 jgn marah ek...ini sekadar lawak je,takde kena mengena dengan manusia dan binatang...hehehehehehehe....

LAWAK 1......
kenapa lelaki mesti beristeri tiga...mari kita cari sama2 jawapan dia ok...kalau sorang je jadi isONE,klau dua jadi isTWO,tapi kalau tiga dia jadi ISTREE....

LAWAK 2...
seorang wanita yang berpakaian seksi jatuh dari tingkat lima,tiba di tingkat empat perempuan tu di sambut oleh lelaki mat saleh,wanita itu tersenyum sambil berkata"terima kasih,awak telah menyelamatkan saya".Mat saleh itu membalas "ok,sebagai balasan,awak kena tidur dengan saya malam ni".perempuan itu amat marah dan memaki laki itu,"ok,klau macam tu saya tak boleh tolong awak"kata laki mat saleh tu and melepaskan pegangan dari perempuan tersebut.
sampai ditingkat tiga,dia disambut laki india,macam biasa,perempuan itu berterima kasiah,and sebagai hadiah,laki india tu suruh perempuan tu tidur dengan dia malam ni,perempuan tu marah,akibat perempuan tu tak setuju,dia dilepaskan lagi kebawah.
sampai di tingkat dua,dia disambut laki arab,perempuan itu berkata "terima kasih,awak dah menyelamatkan saya,sebagai balasannya,malam ni saya akan tidur dengan awak".laki arab tu terkejut dengan jawapan perempuan tersebut,dan melepaskannya sampai kebawah bangunan.astaghfirullah ala'zim...

LAWAK 3...
ada seekor lembu bersama anaknya sedang makan rumput,tiba2 anaknya bertanya kepada ibunya...
ANAK LEMBU : ibu2,kenapa orang selalu cakap bodo macam kita(bodo mcm lembu).
ibu lembu menjawab...
IBU LEMBU : wahai anakku,bersyukurlah ke hadrat illahi,dengan limpah kurnianya,sebab sesungguhnya orang yang tengah membaca ni lagi bodo dari kita!!!

lawak je ye teman2..rileks2..jangan marah....tenang..sabar itu separuh daripada iman...

Saturday, February 13, 2010

BUAT PENGETAHUAN KORANG....

salam..teman2..hari ni nak kongsi sikit pasal apa yang jadi disekeliling kita..rajin2 kanlah diri tu untuk membaca ek....

KETURUNAN PEMBUNUH......
NAMA:TERRY BLAIR.
USIA:49 TAHUN.
LAHIR:16/9/1961.DI KANSAS,MISSOURI,AMERIKA SYARIKAT.
pada usianya 12 tahun,ibunya telah menembak mati seorang laki,tapi terlepas dari didakwa kerana alasan ibunya adalah untuk mempertahankan diri.
pada usianya 14 tahun,abang sulungnya,diupah untuk membunuh seorang wanita,di jatuhkan hukuman mati pada 1993.
blair mula membunuh pada 2004,apabila dia bertengkar dengan bini dia yang sedang hamil,blair tidak suka hati dengan pakaian bini dia,dia kata macam pelacur,pertengakaran tu berakhir dengan blair menumbuk2 muka bini dia sampai bini dia lemah,pastu dia cekik bini dia dengan dawai,pastu dia belah perut bini dia and ambik anak yang masih hidup tu pastu dia bunuh.tak cukup lagi,blair gi bilik 2 anak dia yang tengah tido tu,dia pun sembelih anak dia..sejak dari tu,dia dah lakukan 9 pembunuhan.dia ditangkap pada 17/9/2004,dihukum penjara selama 175 tahun dipusat tahanan potosi,mineral point missouri..alhamdulillah..kurang sikit dosa mamat ni bila kena tangkap..

MANUSIA ZUHUD....
KARL RABEDER,47 tahun,ahli perniagaan di TELFS,AUSTRIA,kini dalam proses menjual kediaman mewahnya,rumah agam seluas 1,055 meter persegi,lengkap dengan tasik,sauna,dan pemandangan ALPS yang menakjubkan dengan harga 1.4 juta paun (RM7.5 juta).
antara barangan miliknya yang sudah dijual ialah koleksi 6 pesawat pelancar yang keseluruhannya berharga 350,000 paun (RM 1.9 juta) dan sebuah kereta mewah audi A8 yang dijualnya dengan harga kira2 44,000 paun (RM 237,000).
"rancangan saya ialah tiada apa-apa langsung""wang tidak membawa kebahagiaan ia sebenarnya menghalang kebahagiaan"kata karl.
zuhud kan mamat ni,dia bukan islam tau,tengok orang bukan islam pun boleh buat macam ni,skrg dia duduk kat rumah kecik je tau,yang boleh muat 1 katil..rasa2 dato2 dulu yang baik dengan dia dulu,baik lagi tak dengan dia sekarang???????

KEMPEN ALA-ALA MAJNUN....
KUALA LUMPUR,kempen "no panties"(tanpa seluar dalam)yang dipromosikan oleh penuntut wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) sempena hari kekasih mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan pelajar yang mengutuk tindakan induvidu atau kumpulan yang tak bertanggugjawab mempromosikannya.
Tapi ada yang menyambutnya.
Mufti perak,tan sri harussani zakaria berkata " haram bagi umat islam menyambut hari kekasih"

SEJARAH VALENTINE...
Saya dengar dia ada banyak jenis cite,tapi takpela,saya just bagi yang sekadarnya la ok...lagipun sempena 14 februari ni molek sangat la saya tulis pasal ni..

SEJARAH 1...
kisah seorang paderi bernama pedro st.valentino,dia dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang2 rom ketika itu tidak membenarkan pemuda2nya berkahwin dan berkeluarga.mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja.dia dibunuh pada 14 februari 269 masihi.

sejarah 2...
Ia dirayakan sempena kejatuhan islam di cardova,sepanyol.St.valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam misi ini.
Dengan jasanya,valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.14 februari 1492 adalah tarikh kejatuhan islam di sepanyol dan dianggap pada hari hari kasih sayang kerana mereka menganggap islam adalam adalah agama yang zalim.

kalian boleh pikir sendirila kan...kalau ada yang sambut jugak,tak taula nak cakap apa lagi....kubur nanti asing2 tau...takdenya bel tau,nak tekan2 minta tolong....

PENGEMBARAAN DI MESIR......
Nordin wahab@din cj bersama pelakon dan krew produksi ke mesir,pertengahan januari lalu,untuk menjayakan dokumentari belajar bahasa arab yang diberi tajuk ARAB 101 diacarakan oleh ramli sarip,turut serta pelakon erra fazira dan fizo omar untuk pengembaraan telefilem bertajuk "selamat tinggal alexandria" dan "wira padang pasir".segala urusan dilakukan dalam bahasa arab,dibantu oleh dua orang pelajar azhar.ada ketika tu,diorang naik teksi dari alex ke kaherah,mula taakid(confrm)LE 200,tapi bila sampai je dia minta LE250...
rancangan ni macam untuk memantapkan lagi bahasa arab.ramai pelajar yang datng sini untuk belajar and melancong,pelajar azhar sendiri ramai yang kecundang kerana tak dapat menguasai bahasa arab...

dulu saya ada bagi cadangan kat seorang penulis skrip ni,apa kata kalau try wat filen atau drama di mesir ni...katanya mybe susah skt..tapi alhamdulillah,ada gak yang sudi datang sini ye..apa2 pun saya nak ucapkan ahlan wasahlan ila misr...dan selamat datang ke zon yang membuat anda jadi orang yang lebih penyabar....bestkan....

dan 1 lagi nak komen...pelajar azahar tak rasa tercabar ke bila ada orang cakap student azhar ni sendiri tak dapat menguasai bahasa arab???saya sendiri tercabar...saya pun takdela 100 peratus saya dapat menguasai..jadi marilah sama2 kita mengkayakan bahasa arab ni dalam dada kita....kepada pelajar yang belajar di furu'(kawasan) alexandria.marilah kita masuk kelas2 bahasa yang berhampiran...laisa kalam afdhal min kalamul arabia..

Friday, February 12, 2010

TUHAN BAGI KITA OTAK TUK KITA BERPIKIR,LAIN KALI KALAU NAK BERPIKIR GUNALA OTAK!!!!

salam..teman2..baru2 ni saya ada tengok cite the arrival..pada teman2 yang belum tengok,beramai2la tengok ok...ada 50 episode semua,pandai2la cari dalam youtube ek...ni baru kajian tau,korang nak percaya ke tak terpulang la kat korang..masing2 ada otak..pikir la sendiri ek...sapa yang makan cili diala yang terasa pedasnya kan???

tapi kan ada 1 part tu tak silap saya episode 14 ke 15 ntah,dia ada cite pasal orang arab ni,katanya,zaman sekarang ni menganggap yang orang arab ni pengganas..taliban,al-qaeda..semua tu bangsa arabkan???saya tengok dalam cite2 omputih pun kebanyakkannya orang arab ni pegang watak jahatla..dalam katon pun watak jahat..

ok...memandangkan saya sekarang ni tgh mengaji dekat tanah arab,biar saya komen sikitla ye..orang arab ni sebenarnya memang adab dia tak berapa bagus sangatla,menipu kuat,bab duit laju je,suka gaduh,kasar orangnya,and 1 lagi suka buag air merata2....banyak lagi la..tapi bila dengar je azan,masjid mesti penuh,suka bagi salam,suka tolong kaum hawa,takdela kedekut sangat,suka selawat...and banyak lagi...sebab tu banyak ayat-ayat al-quran and hadis banyak ditujukan kat diorang...tapi tu tak bermakna diorang ni pengganas..takkan buang air kat tepi dinding tu dikira pengganas?????

korang tahu tak makna pengganas tu apa???kalau tak tau,meh sini nak bagitau...buka kamus dewan edisi ketiga,buka muka surat 366...carila dalam tu...saya jamin mesti ada punya,kalau tak caya gak,korang punya pasalla...saya bukan nak mengutuk sapa2 la kan,cuma nak maki sikitla,nak mengata pun ada...tentera amerika tu bukan pengganas ke???diorang bom rumah orang,bunuh orang,suh orang telanjang pastu siksa orang lak,tu bukan pengganas ke namanya...ooooo...saya lupa lak,tu dinamakan sesi pendamaian disisi mazhab diorangla kan...

di iraq,lebanon,palestin..negara2 arab yang penuh dengan pengganas..kata diorangla kan...yela...orang arab tu nak pertahankan hak diorang,sebab tu diorang dipanggil pengganas..pengganas kepala hotak diorang...anak2,mak bapak diorang kena bunuh,kena bom,takkan diorang nak gelak je,takkan diorang nak horay2 je....eiiiiii...tolongla......kucing pun sayang anak la...kalau tentera bush tu kuat sangat tak payah susah2 nak usung bom jauh2...tangkap jela pakai tangan...orang2 iraq tu serang diorang dengan batu je,nak takut apa,buat penat je berlatih tonggek sana,tonggek sini,alih2 nak tangkap orang baling batu pun takut..buat malu kaum batu jela...

cubA kalau negara hindustan kena serang macam tu,pastu rakyat dia mesti nak lindung negara dia kan,mestila diorang serang balikkan,takkan nak senyum kerbau je kan tengok negara kena serang..silap haribulan,amerika labelkan ORANG HINDUSTAN PENGGANAS!!!!!!

nak kata tak sekolah,tak jugak,kalau tak takdela keje tinggi..nak kata takde otak tak jugak,kalau takde otak mesti matikan...saya rasa diorang ni ada otak,cuma otak diorang terlebih makan daging kot,yela,daging binatang lagi,daging manusia lagi,campur lak dengan binatang pink tu kan..nasib makan yang warna pink tu,klu makan yang jenis satu lagi tu,yang bulu banyak tu,yang kejenya nak sondol orang je,alamatnya makin senakla otak diorang tu...

so orang yang berpikir orang arab ni semua pengganas,saya nasihatkan,tolongla daftar nama kalian di taska2 yang berdekatan sebelum terlambat ye...

jadi nasihat saya...nak berpikir gunala otak,kalau tak nak guna otak,sedekah je otak tu kat orang2 yang berotak....lu pikirla sendiri!!!!!!

ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN..

salam..teman2..benda ni saya ambik dalam forumm.wgaul.com...saya just bagi yang sekadarnya,yang selebihnya teman2 boleh tengok sendiri dalam laman web ni ok???rajin2 kanla tangan tu....

oleh K.H bahaudin mudhary,almarhum (1920-1979).

dalam al-quran di sebutkan bahawa asal kejadian manusia terdiri dari 7 macam kejadian.saya sebutkan ayat-ayatnya satu demi satu..

1-surah ar rahman ayat 14:"dia menjadikan manusia seperti tembikar(tanah yang dibakar)".yang di maksudkan dengan kata "shal-shal" di ayat ini ialah tanah kering atau setengah kering yakni "zat pembakar" atau oksigen.

2-ayat itu juga menyebut kata "fahkhar" yang maksudnya ialah "zat arang" atau carbon.

3-surah al hjr ayat 28:"dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat "sesungguhnya aku hendak meniptakan seorang manusia dari tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk" di ayat ni tersebut juga "shal-shal" telah saya terangkan tadi.sedangkan kata "hamaa-in" di ayat tersebut ialah "zat lemas" atau nitrogen.

4-surah assajadah ayat 7:"dan allah mencipta manusia berasal dari tanah".yang dimaksudkan dengan "thein"(tanah) di ayat ini ialah "atom zat air" atau hidrogen.

5-surah ash shaffat ayat 11:"sesungguhnya aku (allah)menjadikan manusia daripada tanah liat".yang di maksudkan dengan kata "lazib"(tanah liat)di ayat ini ialah zat besi atau ferrum.

6-surah ali imran ayat 59:"dia menjadikan adamdaripada tanah kemudian allah berfirman kepadanya"jadilah engkau,lalu berbentuk manusia".yang di maksudkan dengan "turab" dalam ayat tersebut "unsur-unsur zat asli yang terdapat dalam tanah" yang dinamai "zat-zat anorganis"

7-surah al hijr ayat 28:"maka setelah aku sempurnakan(bentuknya)lalu ku tiupkan roh-ku padanya".

teman2..bukala web yang saya tulis kat atas tadi,dalam tu ada terangkan secara terperinci..kalau ada salah harap ada yang sudi menegur saya....

TANAH DAN MANUSIA...

salam...teman2..hari ni saya nak bercerita sikit tentang manusia dan tanah...memang kita tahu manusia tu dari tanah,berikut adalah apa yang saya capt dari roslishafiee.com...saya bukan mahu mencuri karyanya..tapi saya harap rosli sudi berkongsi benda ni sama..artikel ni agak panjang..harap teman2 tak bosan membacanya..


pada satu ketika,allah memerintahkan kepada malaikat jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta adam.akan tetapi apabila beliau sampai kebumi,bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan adam kerana khuatir adam akan menjadi maksiat kepada allah.lalu jibril kembali ke hadrat allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.

setelah itu allah meminta malaikat mikail.jawapan bumi masih sama lalu allah memerintahkan malaikat israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.


masing2 kembali dengan jawapn yang hampa.akhirnya,allah menyuruh malaikat izrail turun kebumi,kata allah :hai izrail.engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,jangan engkau mundur.katakan bahawa kerjamu perintah dan atas namaku.

apabila izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil.setelah izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat allah..

lalu allah berfirman " ya izrail,pertama engkau yang ku tugaskan mengambil tanah,kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia''

maka khuatirlah izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.lalu allah berfirman "tidak..mereka tidak akan memusuhi kamu,aku yang mengaturnya,dan aku akan jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya"

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN :

1-tanah tempat bakal berdirinya baitul maqdis.
2-tanah bukit thur sina.
3-tanah iraq.
4-tanah aden.
5-tanah al-khautsar.
6-tanah tempat bakal berdirinya baitullah.
7-tanah paris.
8-tanah khurasan.
9-tanah (babylon).
10-tanah india.
11-tanah syurga.
12-tanah tha'if.

menurut ibn abbas :
1-kepala adam dari tanah baitul maqdis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.

2-telinganya dari bukit thursina.kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3-dahinya dari tanah iraq,kerana disitu tempat sujud kepada allah.

4-matanya dari tanah telaga khausar,tempat menarik perhatian.

5-mukanya dari tanah aden,kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

6-giginya dari tanah al-kautsar,tempat memanis-manis.

7-tangan kanannya dari kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.

8-tangan kirinya dari tanah paris,tempat beristinjak.

9-perutnya dari tanah babylon.disitulah tempat seks(berahi)dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia kelembah dosa.

10-tulangnya dari bukit thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11-dua kakinya dari tanah india,tempat berdiri dan jalan.

12-hatinya dari syurga firdaus,kerana disitulah letaknya iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13-lidahnya dari tanah tha'if,tempat mengucap syahadat,bersyukur dan berdoa kepada allah dan sebagainya.


(di petik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT.disusun oleh muhammad isa selamat)


teman-teman..saya rasa cukup setakat ini sahaja,kalau teman2 nak tahu lebih lanjut,boleh la teman2 layari web www.roslishafiee.com.Dalam tu diterangkan lebih lanjut...akan datang saya akan bagi lagi input tentang manusia dan tanah..ok...kalau ada silap tolong tunjukkan..ini sekadar perkongsian..

Saturday, February 6, 2010

MELATAH.....

salam...teman2...hari ni saya nak share something yang saya rasa agak menarikla...semuanya menarik ek...hehehehehehe..teman2 mesti ada kawan2 yang suka melatahkan???hehehehe....saya tengok ramai gak yang suka melatah..tak kira umur...dalam KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT latah ialah seseorang(biasanya wanita)tak sedar apa yang dilakukan,mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa disedari,mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tak sengaja kerana terperanjat....

saya ada baca dalam blog orang lain,saya pun tak kenal sapa,saya cari dalam google..dia cerita masa tu ada gotong royong kat kampung dia,so ada sorang mak cik ni memang kuat melatah,kawan dia ni gi usik mak cik tu,dia lempar batu kat mak cik tu pstu dia kata "mak cik,batu ni kalau di tetak dengan parang pecah tak"...mak cik tu pun ambik parang n tetak batu tu sampai sumbing parang tu..pastu dia ambik cili padi tu dia baling kat mak cik tu dia kata " nah,makanla gula-gula ni,sedap.."..mak cik tu pun makanla....ntah apa la mak cik tu rasakan....

penulis buku AMERICAN NORMAL,LAWRENE OSBORNE,pernah menyatakan di amerika (AS)popular dengan penyakit anoreksia,orang nigeria menagalami masalah kepenatan,bangsa melayu pula menghidap "penyakit" latah(HYPERSTARTLE SYNDROME).

teman2..saya ada baca buku.ada mak cik ni melatah sampai kejar orang dengan parang...macam mana kalau dia kejar sampai satu kampung..tu nak cari nahas namanya tu,dah banyak amal ibadat nak masuk kubur dah tu..saya ada baca pasal noor khiriah..ala pelakon tu..dia kan kuat melatah,disebabkan melatah tu dia hampir2 nak accident tau...bahaya tul..disebabkan melatah je macam2 boleh jadi..

pakar psikologi,DR WILIWAM S BUROUGHS menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau(hyperstartling)yang di temui di asia tenggara sahaja pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita..eh...laki pun ada tau yang melatah,cuma tak banyak je..

saya nak nasihatkanla kat teman2 yang ada kawan2 melatah tu janganla diusik..kesian kat dia..nnt jadi macam mak cik tadi,nasib baik dia bagi lada api,kalau dia bagi kulit durian kang,jawabla sendirikan...sebenarbya orang yang suka usik orang latah ni nanti lama2 dia lak yang latah..kalau tak caya,tryla...belum cuba belum tahukan...melatah ni sebenarnya penat tau...kesian kat orang yang latah tu..kalau keje dia angkat beras,pas latah letihla dia nak angkat beras lagi...

memangla syok tengok orang latah memangla syok..tapi bila kena kat batang hidung sendiri baru tahu...