Wednesday, December 23, 2009

PERANGAI ARAB...

salam..lama dah saya tak menulis dalam blog saya ni,maklumlah,akhir2 ni sibuk sikit,banyak kelas,nak piksa dah kan...hari ni saya nak citer sikit perangai orang arab kat mesir ni..teman2 nak dengar tak??

sebelum raya haji hari tu saya ada hantar beg kat kedai ni tau,saya siap bayar 15 genih lagi,katanya nnt dia nak beli alat ganti,takpela,saya dengan sardinnya bagila 15 genih tu,dia kata pas raya haji nnt siap,pas raya haji saya pun datangla,dia kata tak siap lagi,dia minta lg 3 hari,pas 3 hari saya datang lagi,dia kata tak siap lagi,saya kata kat dia,hari tu hang cakap pas raya haji,pastu 3 hari lg,sekarang brp hari lak,tahun depan?????pak cik tu blh senyum kambing je,saya ni dah mendidih dia tak tau!!geramnya!!!!!!!!berjanji pandai,buat tak pun,hotak tul!!!!!sabar fatin..sabar fatin..kataku pada diri ku sendiri..

semalam saya gi fotostat,pak cik fotostat tu dah la buat keje lambat,,dia boleh kira duit lagi depan saya!!dia tak tau ke saya ni pelanggan dia,ambik duit kang baru tau,aku tengah miskin sekarang ni..saya ni kat situ macam tunggul kayu je,alih2 datang sorang mamat poyo ni dia suruh fotostat dia punya dulu,cepat pulak pak cik tu fotostat,pastu dia ambik kertas saya dia buka saya punya stepler kat kertas tu,ingatkan nak fotostat,rupanya dia fotostatkan yang mak cik lain punya lak..saya ni sabar lama dah..last2 teman2 nak tau tak pak cik tu kata apa,hang ambik balik la kertas hang ni,tak boleh fotostat..saya dengan bengangnya ambik kertas tu,saya cakap dalam bahasa melayu..KALAU TAK BOLEH FOTOSTAT,CAKAPLA AWAL-AWAL!!!!!!!!saya merungut2 depan kedai dia,padan muka dia,dah la tak stepler balik kertas saya.saya memang teramat bengang la,dahla baru balik tuisyen,penat tau!!memangla benda kecik,tapi saya geram tau,saya pusing banyak kedai dah tau cari kedai fotostat,nila masalahnya orang arab ni,layanan tak best langsung.itu baru sikit..nak dengar lagi tak!!1korang dengar je ye..tolong tak pun...eeeeieiiiieeeeiiii!!!!geram tul!!!

saya nak cite pasal kawan saya lak la,ada orang arab pegang dia,pegang kat tempat yang tak di benarkan pulak.dia pulak jenis sensitif sikit orang pegang2 ni,dia belasahnya pak cik tu cukup,dia tarik2 baju pak cik tu,dia tarik telinga pak cik tu,dia kata macam aku lak nak rogol dia..saya nak tergelak pulak dengar dia citer,masa dia pukul pak cik tu orang takde,jalan tu sunyi lagi,pagi2 lagi..haritu ada budak lastik dia tau,dia penampornya budak tu,nangis terus,padan muka budak tu...huahuahuahuahuahua...saya suka...saya suka..

banyak lagi tau citer diorang ni,macam diorang buat kat kitorang...mentangla non egyptian,sesuka suki diorang je wat kitorang cam tu..sedih2...kalau ikutkan hati saya yang baik sgt ni mau je saya terajang,saya penampor,saya jerit2 je kat diorang,tapi tu bahasa kasarla,bawah 18 tahun jangan ikut tau...hehehehe..

saya sebenarnya nak lepas geram je,memang 2,3 hari ni saya asyik kena je dengan orang arab,geram saya...teramat2 geram...tapi tak semuala jahat macam tu,ada gak yang baik,apa2 pun,time kasih sebab dengar saya membebel hari ni,geram tak hbs lagi ni...geram!!!!kena ambik wuduk ni,bg hilang marah ni...nak masuk tandas jap...hehehehe..

Friday, December 4, 2009

SELAMAT HARI RAYA HAJI...KULLUN SANAH ANTUM TAIYIBIN..

salam,kepada teman2,rasanya belum terlambat tuk mengucapkan selamat hari raya haji,saya nak cita sikit macam mana diorang kat sambut raya haji.kat mesir ni sam but raya haji memang meriah gile,macam sambut raya aidilfitri kalau kat malaysia,jalan sesak,kalau nak beli barang masa bayar beratur la jawabnya,kalau nak beli ayam atau daging,baik beli cepat2,itupun kalau nak yang fresh la kan,kat cni kalau nak beli ayam baru diorang sembelih,diorang sembelih depan kita,fresh la tu.tapi kalau kat super market tu biasa la ayam dia memang dah sedia KO,tapi kalau kat kedai2 biasa diorang ambil nombor,tunggu giliran nak kena sembelih.hehehehe.

cita pasal raya korban tu,kat cini memang meriah,sembahyang raya diorang memang awal,yang pastinya pukul 8 lbh tu dah setle dah solat,pastu cam biasala,kerje menyembelih la pulak kan,kalau kat mly kena gali lubang kan,kat cni tak payah susah2 nak gali lubang,sembelih je kat tepi jalan tu,kalau kata kambing tu kat atas rumah,kat cni rumah semuanya jenis rumah flat,naik kt tingkat atas sekali tu kan,sembelih je kat situ,kan tak pasal2 kambing tu kena naik tangga,kalau ada lif ok la gak kan.

bila dah sembelih,diorang BODY GLOVE la pulak,tau kan body glove tu apa??ala..yang cop tapak tangan tu,tangan diorang yang bekas darah kambing tu,diorag buat body glove kat mana2 la yang diorang nak,kat dinding ke,kat van ke,kat mana2 jela.habis sembelih,diorang jual lak bulu kambing biri-biri tu.cerdik kan diorang ni???tapi,sepanjang jalan tu memang penuh dgn darah,bau pun dah bau kambing,bubuh la minyak wangi banyak mana pun,bau kambing tu tetap ada.

kat rumah saya tu ada kedai asah pisau,beratur orang kat kedai tu tunggu nak asah pisau,tapi yang pastinya kambing2,lembu2 and camel2 kat sini still ok,sebab diorag dah biasa dah tgk kaum kerabat diorang di sembelih,yang pasti kita happy beb..kata si kambing2 itu.ala,kalau bukan raya pun diorang memang sembelih kambing gak,saya pernah tengok diorang sembelih kat kedai kereta tau,kedai kereta tu,bukannya kedai runcit.

ada orang arab tu,sembelih dia punya korban kat atas rumah,darah korban tu meleleh masuk kat dalam rumah orang,huhuhuhu,dah satu keje nak kena bersih rumah,kumpul duit byk2 gi beli perfume,yela,nak hilangkan bau kambing tu.

tapi apa pun,teman2 di malaysia jgn buat mcm ni tau,ni semua adat jahiliyah,saya pernah tanya kakak rumah saya,katanya nabi larang semua ni,darah korban tu tak boleh di biarkan mengalir macam tu,yang buat body glove tu pun tak boleh,ni semua adat,sebab tula banyak hadis dan ayat al quran yang diturunkan untuk orang arab ni.bila saya jalan,saya nampak kat tepi2 jln tu kadang2 ade kaki kambing,bulu kambing,macam2 la,mana boleh buat macam tu,sedangkan daging dia atau tulang dia pun kita tak boleh buang merata-rata.itukan daging korban.walaupun diorang binatang korban,cubala hormat kat diorang.diorang dijanjikan syurga tau,gamak ke kita nak buat macam tu kat binatang yang dah di janjikan syurga??apa-apa pun,dari alex nak ke kaherah,sekarang saya nak blah dah.

Wednesday, December 2, 2009

IMTIHAN(EXAM) DAH DEKAT!!!!

Salam..Masuk bulan 12 ni maknanya imtihan(exam) dah dekat,takutnya saya,kitrg imtihan 16/1/2010..fuh!!!takut sangat,banyak lagi buku yang saya tak baca,hafal jauh sekali,madah(subjek)qodoya,tafsir,tauhid ngn nahu&sorof,semua madah berat,tapi jgn ckp susah tau,semua tu mudah cuma berat,cakap pasal imtihan(exam) ni kan,teman2 nak dengar tak kitorg kat cni piksa cam ne?

kat sini kitorg punya piksa lain,markah piksa kitorg bergantung 100% dalam kertas jawapan kitrg,kitrg takde markah kehadiran,sekali lagi saya tekan kan,100% dalam kertas jawapn kitrg,madah(subjek) lak lain,sethn hanya sekali je,macam saya,fasa 1 saya piksa 4 madah(subjek),fasa 2 dalam 9 madah(subjek),itu baru syariah teman2,kalau kawan2 saya yang ambik kos usuluddin,saya di fahamkan,fasa 1 ada 6 madah(subjek),fasa 2 ade 10 madah(subjek),itu untuk tahun 2 la,belum masuk kos lain lagi,kalu doktor tu baik hati,dia akan suruh kitrg wat bahas,macam kertas kerjala,itupun dalam 1@2 madah,selebihnya bergantung pada kertas piksa kitorg.

teman2 nak tau sistem pemarkahan kat sini macam mana??pada teman2 saya di malaysia,saya ditempatkan di universiti al azhar cawangan iskandariah,dulu markah lulus dia dalam 40,kata kakak2 lama la,tapi sekarang markah lulus dia naik jadi 50,dulu ada je student2 lain yang pertikaikan iskandariah ni senang lulus sebab markah lulus dia 40,tp skrg dah naik tau,kawan saya sendr cerita sebab kat result dia ade tulis markah,kalau lah iskandariah ni senang lulus,mesti kami semua takkan tersangkut tahun,dan pasti takde sorang pun budak arab yang mengulang,berbalik pada sistem pemarkahan tadi,kat cni azhar tak guna kan sistem computer,ade sebabnya kenapa dirg wat cm tu,nanti saya ceritakn,so kertas piksa kitorg semua di periksa dengan menggunakan tangan sahaja,so bermula dari sini la markah kami ditentukan,jika doktor yang menanda tu seorang yang baik hati,dia akan bagi markah lebih sikit,tp kalau sebaliknya,macam2 boleh jadi,bukannya saya nak cakap doktor2 kat sini tak baik,tapi faham2 sajala,doktor pun manusia jugak,kadang ade perasaan marah,kdg2 mood dia ok.

ade 1 kisah,ni diceritakan balik oleh orang yang berkenaan,masa tu piksa al quran,tapi dia tak dapt jawab,tak silap saya dia hanya tulis surat alfatihah,tapi bila keluar natijah(result),dia dapt pangkat mumtaz(A),dia tak puas hati,dia gi jumpa doktor tu,nak tau apa jwpn doktor tu???doktor tu cakap,aku dah bernazar,kalau aku dapat anak perempuan,aku akan bagi pangkat mumtaz tuk kertas pertama yang aku tanda nanti.kadang2 ade student yang jawab semuanya betul,bila dia check balik semuanya betul.tapi bila keluar natijah dia tak lulus,nak tahu apa sebabnya,sebab dia guna pen biru,doktor suh guna pen hitam.tp dia guna pen biru.ade lagi kisah,masa tu nak piksa al quran,dia tak hafal,dia just cakap minta2 keluar surah al ikhlas je nanti,teman2 taukan surah al ikhlas tu kan?nak tahu apa jadi,mulut dia masin,BETUL2 KELUAR SURAH AL IKHLAS!!!teman2 nampak tak apa disebalik semua ni??semua yang jadi semua di luar jangkaan kami,semua tu adalah rezeki daripada allah,sbb tu saya terkilan sgt2 bila ade mulut2 org kata kami dtg cni brthn2 tapi tak lulus2 gak,main2 ke??

YA ALLAH,KAU TABAHKANLAH HATI KAMI....sesuaila dengan nama mesir ni sendr,teman2 ambil pen dan kertas,tuliskan perkataan mesir dalam huruf jawi,ejanya MIM,SOD,RO,dia akan bunyi misr..MIM tu membawa makna mihnah yg bermaksud ujian,SOD membawa makna sobru yg bermaksud sabar dan RO membawa makna redho..apabila kami ditimpa musibah kami hanya mampu bersabar dan redho dengan segala ketentuannya,jika teman2 di malaysia tak percaya dengan semua ni,daftarlah sebagai student azhar dan teman2 pasti dapat rasa apa yang kami rasa.

teman2 nak tahu,saya pernah mengulang sekali,thn lepas saya mengulang dalam tahun 1,kat sini kalau nak naik tahun,paling kurang tak lulus pun dalam 2 madah sahaja,tapi saya terlebih 1 madah,jadi saya tak dapt naik tahun,saya bwk 3 madah tuk thn 1,teman2 bayangkan,saya terpaksa menunggu sethn tuk naik thn 2 dengan hanya mengulang 3 madah,saya tak putus asa,saya gi jumpa orang kuliah dan taakid(confrmkan) madah apa yg saya bawak,dia cakap saya bwk madah nahu,tauhid dan fikh syafei,maknaya saya ade peluang tuk buat permohonan tuk hazafkan(buang) 1 madah,iaitu madah tauhid,sebab dia bukan madah asas dalam kos syariah,saya bayar 50 genih(nama mata wang mesir),dan terus wat urusan,bukan mudah sebenarnya berurusan dengan orang arab,tunggu lama,kena marah tu semua dah jadi asam garam dalam hidup saya sepanjg saya di sini,kadang2 saya menangis,betapa susahnya tuk saya berurusan hanya untuk buang 1 madah,kalau saya berjaya buang 1 madah.saya dapt naik tahun 2,bila dah setle semua urusan saya,saya taakid(cnfrm)sekali lagi,betul tak madah yang saya bawak tu,teman2 tahu apa yg jadi,ustaz tu cakap,saya bukan bawak madah tauhid tapi saya bawak madah qodoya,YA ALLAH,pedih sangat saya rasa,kalau saya tahu saya bawak madah qodoya,saya mungkin takkan buat semua urusan ni sbb madah qodoya adalah madah asas dalam kos saya.

terkilan,sedih,sakit hati,macam2 lagi yang saya rasa,bukan mudah teman2,bukan saya saje yang pernah alami semua ni,tapi ramai lagi shbt2 saya,saya tulis semua ni bukan saya kesal dengan apa yang jadi,dan bukan sebab saya nak minta belas ihsan mana2 pihak,tapi apa yang saya minta,TOLONGLA FAHAM KEADAAN KAMI DISINI,kami membawa seribu harapn drpd keluarga kami,mana mugkin kami musnahkannya sendiri,YA ALLAH,ANDAI KAU DENGAR KELUHAN KAMI INI,KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI DISINI,KAU TINGKATKANLAH KESABARAN DALAM HATI KAMI AGAR BILA KAMI DITIMPA MUSIBAH KELAK KAMI MAMPU UNTUK MENERIMANYA DENGAN HATI YANG TERBUKA,KEPADA AYAH DAN IBU KAMI,DOAKANLAH KAMI DISINI,TIADA APA YANG KAMI PINTA MELAINKAN DOA DAN RESTU KALIAN,DAN KEPADA TEMAN2,DOAKANLA KAMI BERJAYA AGAR KELAK NANTI KAMI DAPAT MENGGENGAM SEGULUNG IJAZAH DAN SELAUT ILMU BUAT BEKALAN HIDUP KAMI,DOAKANLAH SEMOGA IMPIAN KAMI INI MENJADI NYATA.

hidup mati ditangan allah,tapi andai kata nyawa saya terhenti disini,apa yang saya minta,akan ade lagi golongan yang menyambung tradisi kami disini sebagai pelajar al azhar,tapi apa yg saya minta smga tuhan panjangkan umur saya,agar dapt saya lunaskan janji saya pada mak dan kakak saya untuk habiskan pengajian,saya nak lihat sendiri mak saya memegang segulung ijazah daripada saya,dan saya nak kakak saya berbangga dengan saya,teman2 doakanla kejayaan kami..

Monday, November 30, 2009

SAYANGILAH MEREKA...

sebagai pembuka tirai tuk bulan disember 2009 ni,saya nak bawakan teman dengan story ni,kisah saudara2 baru kita,sebagai umat islam,kita patut bersyukur sangat2 sebab ada lagi mereka yang di buka pintu hatinya untuk menerima agama islam sebagai agama dan panduan hidup mereka,tapi apa yang berlaku sebaliknya,sebenarnya benda ni bukan baru,dah lama dah,cuma saya heran takde la pulak apa2 tindakan yang di ambil,aduh!!aduh!!!!macam mana nak cakap ye,saya citekan dulu ye sebahagian kisah2 diorang ni.

mohammad jeva dengan salmah sepasang suami isteri,jeva dah memeluk agama islam lebih kurang 10 thn,isteri dia baru je dalam oktober hari tu,diorang ni ada 4 orang anak,jeva keje dia buruh ladang je,gaji bersih RM200,salmah yang baru pas bersalin dah pun masuk keje balik bekerja sebagai pengecat bangunan,diorang dapat duit ihsan dari jabatan kebajikan masyarkat RM 400,teman2 nak tau tak,sumber air harian diorang ni kat sungai yang mana air dia dah tercemar,kat situla orang buang sampah,kat situla orang buang bangkai binatang,ntah apa lagi diorang buang,jeva and family ni terpaksa guna air sungai tu untuk mandikan anak2 diorang,nak masak pun guna air tu sampai anak2 diorang demam2,sakit perut,dulu diorang guna air telaga,tp air telaga tu dah keruh and berbau,nak di singkatkan cerita,jiran2 dia ni yang berbudi bahasa budaya kita tu selalu hina family diorang,kata diorang ni pengotor!busuk!jijik!!!awat,depa tu pembersih sangat ke???nila masalahnya rakyat malaysia yang IQ dia terlebih cerdik,sampai sesuka suki dia je nak hina2 orang,tolong tak nak,buang sampah pulak dalam sungai tu,sebenarnya diorang tu yang pengotor sebab buang sampah merata2,HELLO!!!!tak kan xde insan lain kot yang ade ihsan nak tolong family ni.

kita tinggal jap cite pasal jeva tu,ade lagi cite yang lain,ade seorang mak dengan anak ni,diorang baru memeluk islam,so yang si mak ni nak cari kerja la kan,kalau tak,nak makan apa kan??so tiba2 adela seorang hamba allah ni yang sangat bermurah hati nak tolong si mak ni,so dia tempatkan lah kat satu rumah ni,hari pertama ok la,bila masuk je hari kedua dia dah mula sewel dah,dia dengan bangangnya pun merogol la si mak tu,dia ugut lak si mak tu,aADUH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!WOI!!BUAT MALU ORANG AGAMa JELA,satu hari tu dia kuar gi solat,pastu si mak ni pun menjerit la minta tolong,polis pun datang pecahkan pintu tu,anak dia selamat,cuma mak dia cedera kena pukul dengan tin biskut,trauma lagi,pukul dengan tin biskut,kalau ade biskut dalam tu rugila,baik bg orang lain makan,yang budak bangang ni pun bila dah tau polis masuk rumah dia,dia pun cabutla,nak cabut mana,last2 kena tangkap jugak.padan muka...hehehehe...

ade lagi cite ni.kisah seorang laki mualaf ni,baru masuk islam,buat permohonan zakat,dulu dia ade syarikat,tapi dah bankrap,kawan dia seleweng duit,so dia nak wat macam pinjaman la,tapi xdapat,dah la tak layan,buat tak tahu je,tp ade gak yang belas ihsan,bagi dia RM 50!!!!dia bukannya tak bersyukur dengan duit tu,tapi cuba teman2 pikir,hutang yang perlu dilangsaikan lbh drpd beribu2,takkan RM 50 aje yang diberikan,ADUH!!!!ni 1 lagi,peningla,dia sayangkan anak bini dia,tapi kalau dah jadi macam ni,apa lagi yang mampu dia buat,kereta dah nak kena tarik,rumah pun nak kena tarik gak,tunggu anak bini lak kena tarik,last sekali dia dapat offer daripada bapak dia,bapak dia boleh langsaikan smua hutang dia tapi dengan syarat dia kena kembali ke agama asal dia,NAH!!!baru puas hati,kalau orang dah seagama tak nak tolong,orang yang bukan seagama yang tolong,sekarang ni dia belum buat keputusan lagi,tapi dia takut lama2 dia terpaksa terima gak tawaran ayah dia tu,tapi dia still sayangkan agama islam.

masing2 ade pandangan masing2,saya dengan pandangan saya,teman2 dengan pandangan teman2 sendiri,sayangilah saudara2 baru kita,saya yakin,teman2 sendiri tau pasal ni,banyak lagi sebenarnya,ade yang baru memeluk islam tapi dia dihina,jijik tak boleh pijak masjid,akhirnya dia kembali ke agama asal,come on la,islam tak pernah ajar benda2 buruk macam ni,kepada teman2,tepuk dada tanyalah diri masing2,naik perahu sampai ke titi,panjang umur kita jumpa lagi.

SESUATU YANG ANDA TAK PERASAN & TAK TERFIKIR..

1)sekurang2nya ada 5 orang dalam dunia ini meyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2)sekurang2nya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3)sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4)senyuman dari anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5)setiap malam ada seseorang yang mengingati anda sebelum dia tidur.
6)anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7)kalau bukan kerana anda,seseorang itu takkan hidup bahagia.
8)anda seorang yang istimewa dan unik.
9)seseorang yang anda tak ketahui meyayangi anda.
10)apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,ada hikmah disebaliknya.
11)sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12)apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tak memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13)kenangilah segala pujian yang anda terima,lupakan segala maki hamun,caci dan cela.
14)jangan takut untuk meluahkan perasaan anda,anda akan merasa senang jika seseorang mengetahuinya.
15)sekiranya anda mempunyai sahabat baik,ambillah masa untuk memberitahunya yang kita adalah yang terbaik.hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk menyayanginya,tetapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Thursday, November 26, 2009

PERANGAI DAH MACAM BERUK!!!!

Salam,hari ni saya nak citekan sesuatu yang boleh di katakan menarik,pasal manusia yang perangai dia lebih kurang macam beruk,tp lbh teruk daripada beruk!!!saya ade baca 1 kisah,cam ni cite dia,ade sepasang pakwe makwe ni naik moto sama2,tiba ade sekumpulan tahan,suh berhenti,kalau tak berhenti aku sumpah ko jadi batu,macam tu kot dia kata,saya reka je ayat dia ni,hehehehehe...pastu diorang pun berhentila,bile diorang dah berhenti,yang 5 orang tadi culik makwe laki tu bawak kat tempat lain,yang pakwe dia tu tak taula diorang bawak gi mana,saya tak pasti la pulak(bawak kemasjid kot)pastu awek dia ni diorang rogol,bile dah puas,diorang tak tau nak buat apa dengan pompuan malang ni,last2 diorang bawak awek ni letak kat bawah pokok,pastu diorang ni yang teringin nak jadi macam beruk tu pun panjatla pokok and diorang lompat atas badan pompuan tu berulang2 kali,dan semestinya la kalau di ikutkan logik akal kte ni mestila dia mati sebab kena hempap dengan beruk2 yang terlebih kilo tu kan.ni 1 story yang memang pelakon2 dia dah macam beruk!!

ini 1 lagu story yang mana mamat ni mungkin masa kecik2 bercita2 nak jadi tukang jolok sarang tebuan tapi tak jadi2,ni pun kisah mamat yang merogol seorang gadis tak silap saya,tak pun budak kot(maaf sebab fakta tak berapa tepat,tapi yang pastinya perempuan la kan)bile dia dah rogol,tuk puaskan lagi nafsu dia yang macam spesis apa ntah,dia ambiknya kayu yang penuh dengan paku2 tu,di joloknya dalam kemaluan pompuan tu,cuba teman2 bayangkan,beruk pun sayangkan kaum dia sendiri,tp mamat ni tak pula,mybe dia punya habitat takde lagi kot...

sebenarnya banyak lagi kisah2 macam ni,cuma saya rasa tak perlula nak cite semua,teman2 lbh arifkan...beruk pun ade sifat ihsan lagi,tapi manusia zaman sekarang ni takde lansung sifat tu,salah siapa sebenarnya ni,salah mak ayah??salah guru??salah kerajaan??atau salah diri sendiri???pikir2 kanla teman sekalian..

Wednesday, November 18, 2009

BETUL KE????

salam,hari ni saya nak tanya teman2,betulke orang dulu2 suka gunakan darah ayam dalam masakan diorang,tujuannya untuk menyedapkan makanan,pelik tu,ni sumber yang saya baca dlm buku tau,kisah seorang student yang belajar kat luar negara,dia nak cari ayam hidup sebab diorang nak sembelih sendiri nak ambik darah ayam tu untuk di letakkan dalam masakan diorang..pelik tak?????
kita kan tahu darah tak boleh di makan,tapi kenapa orang nak makan jugak,kalau dah sedap semuanya orang bantai,janji sedap,ala..lebih kurang macam orang makan janin,mesti pernah dengarkan,pompuan yang dah terlanjur gugurkan baby dia pastu jual la,nant diorang masakla,buat masak gulai ke tomyam ke sup ke,apa2 jela yang diorang rasa nak masak..
Kalau kat negara china diorang paksa pelacur diorang mengandung,pastu dalam beerapa bulan yang diorang nak diorang suruh pompuan tu gugurkan,bestkan cara diorang ni...nila masalahnya manusia ni,sekarang dah wujud tau golongan kanibal alaf baru,PEMAKAN MANUSIA,MEMANG GILE!!!!!!!

Ade 1 kisah lagi tau,kat china gak ni,diorang bunuh ayam bukannya diorang sembelih,tapi diorang guna ULAR!diorang letak ayam hidup tu kat atas meja,diorang pegang sekor ular paksa ular tu patuk ayam tu berkali2,diorang cakap,bisa ular tu akan jadi penawar,terukkan diorang ni,makin maju makin bodo rupanya,makin bodo rupa2nya makin maju,hehehehehe...

Saya ade dengar cerita,tapi cerita ni diceritakan sendiri oleh sumber yang boleh di percayai,diorang bunuh ayam tak payah susah2 nak sembelih,nanti nak kena asah pisau lagi,kan dah menyusahkan diri namanya tu,guna eletrik pun tak payah,nanti melambung pulak bil nanti,macam AYAM TESCO la tu kot,bunuh ayam pakai eletrik(agak2nya kot),ni cara yang paling jimat,diorang buka pintu,letak kepala ayam tu kat celah2 pintu tu,pastu diorang tutup pintu tu kuat2..senangkan,kreatif betul KEPALA HOTAK diorang ni,nak jimat la konon...kesian kat ayam2 tu,apala nasib aku kata si ayam tu...

Ade lagi cite pasal ayam,pasal sambung guna ayam,ala..laga ayam tula...si din ni (bukan nama betul) suka laga ayam,ayam dia ni memang hebatla,selalu je menang,tap 1 hari tu,ayam dia kalah,dia punyala bengang,dia pukulnya ayam tu dengan kayu,diterajangnya ayam tu,tap dia tak puas hati lagi,dia gantung ayam dia tu,dia siram dengan minyak petrol,dia bakar ayam tu hidup2,ni lagi dahsyat,tak payah susah2 nak sembelih buat ayam bakar,memang dah terbakar pun,baru dia puas hati,ending dia,si din ni mati dalam keadaan badan bernanah,siap berkokok lagi,tak payah susah2 nak beli jam loceng,rakam je masa dia tengah berkokok tu,set kan dalam enset dah boleh buat jam loceng,baru dia tau,ingat ayam tu tak de rasa sakit ke??

Saya tulis story ni bukannya nak kutuk2 mana2 pihak,tapi saya geram dengan perangai manusia ni yang kejam lebih daripada binatang lagi,harimau pun takkan ganggu manusaia kalau diorang tak kacau harimau tu,saya teringat dengan adek saya yang bongsu,dia ni kalau bab binatang cukup laju,semua pasal binatang dia nak kaji,sampi mak saya pun tak tau nak jawab soalan2 dia tu,1 hari tu dia cakap dengan mak saya "mak,fatah rasa macam berdosa sangat bagi ayam makan makanan yang busuk2 yang dah basi" mak saya jawab " dia kan binatang mana ade otak,semua benda dia makan","sebab dia takde otak la kita kena bagi dia makan yang elok2"bile mak saya dengar adek saya cakap macam tu,terus mak saya jawab,takpe2,esok fatah masak nasi panas2 bagi ayam tu makan"adek saya diam je dengar jawapan mak saya,tapi dia balas balik,dia cakap mana boleh,last2 dia diam je...mybe dia berpikir lagi kot...hehehehe...
Apa yang saya nak katakan,binatang ni sebenranya ade gak perasaan sayang dia kat kite,macam mana nak timbulkan perasan sayang tu,pandai2la kite reka ok,kadang2 kita akan rasa,sayang binatang ni lebih baik daripada sayang manusia,sebab diorang takkan bagi kite sakit hati,walaupun diorang ni teruk kena marah dengan tuan diorang,diorang takkan sekali2 tingalkan tuan diorang,tak percaya,cuba buat dulu,nanti baru tahu kesannya...

Monday, November 16, 2009

TEST MINDA...

baru2 ni saya ade tengok satu cite tau.saya tertarik dengan soalan teka teki dia,macam ni soalan dia,ayah wawa ade 4 orang anak,sorng namaya nana,sorang nini sorang lagi namamya nunu apa nama anak keempatnya???saya suka teka teki ni bukannya sebab saya minat kat pelakon dia,tapi sebenarnya soalan dia tu simple...i like....jawapan memang dah nampak...kepada teman yang dah menonton cite ni maybe dah tahu jawapnnya,tapi teman2 yang belum tonton lagi,cuba2la jawab..insyallah akan datang saya akan bawakan perkara yang lin lak tuk test minda ok..SELAMAT BERSANTAI...

TAHUKAH ANDA...

salam,kepada teman2,kalian masih ingat lagi tak kisah si malin kundang,ceritanya lebih kurang macam si tanggang yang derhaka kat mak dia tu,biar saya ingatkan kalian,malin kundang ni anak yang bagus,taat kepada mak dia,satu hari dia cakap kat mak dia dia nak belayar,cari duit banyak2,dia nak tolong mak dia,mula2 mak dia agak keberatan,tp akhrnya mak dia lepaskan gak,panjang citenya tp biar saya pendekkan,akhirnya dia berjaya memimpin sebuah kapal bersama anak kapal dan telah berkahwin dengan anak gadis tuannya,1 hari malin ambik keputsan tuk pulang ke negara asalnya,mak malin yang tau berita tu pun masakla makanan kegemaran malin,tp sayangnya,bila mak dia panggil je malin tu malin terus tak mengaku yang tu mak dia,malah di maki2 maknya tu,kejamkan??akhirnya mak malin yang terasa hati tu terus doa kat allah supaya malin diberi pengajarn,dan endingnya malin di sumpah jadi batu...apa yang saya nak kongsikan dengan teman2,teman2 tahu tak,sebenarnya cite ni bukan sekadar mitos tau,tapi ia adalah kenyataan,buktinya,universiti oxford(btl x saya eja)telah menjalankan kajian keatas batu yang menyerupai orang yang sedang sujud serta sampel dari tali dan bekas di situ,setelah kajian di jalankan,mereka telah menemui sesuatu yang menakjubkan,bahawasanya batu yang menyerupai orang tersebut adalah benar2 manusia yang telah di awetkan,bahan pengawet yang di gunakan tak pernah lagi mereka temui,begitu juga tali dan bekas2 disitu,semuanya adalah benar,bukannya batu yang terhakis di sebabkan air laut,IA ADALAH BENAR!!!dan di bekas tersebut ada tertulis FOR:MALIN,dan sekarang ni dah ada bahan pengawet yang di beri nama FORMALIN,disebabkan bahan pengawet ni terlampau murah,maka ramaila yang menggunakannya untuk mengawet ikan,mee kuning dan lain-lain...semua yang saya tulis ni adalah fakta yang saya baca sendiri,kalian percya tak dengan semua ni...nothing imposible...bile tuhan kata KUN FA YA KUN,segalanya boleh berlaku...insyallah di lain masa saya akan berkongsi banyak lagi fakta2 menarik bersama teman2...
salam,maaf kepada teman-teman yang menunggu blog saya ni lama tak up date2..bukan apa,sejak akhir2 ni internet kat rumah macam xberapa bagus sangat,ni semua gara-gara tamer yang tipu saya,konon internet dah pasang,padahal seinci line pun tak boleh guna,janji arab tul..tapi takpela,itu soal dia dengan allah,mungkin dia lagi bijak untuk menjawab segala pertanyaan allah kelak..yela dia kan orang arab,so mesti dia faham nanti apa yang bakal di tanya,di akhirat nantikan bahasa utama kita bahasa arab,bukan bahasa melayu,bukan english dan bukanya jepun,kullun bil lughahtul arabiya...kita tinggal jap psl si tamer ni,kpd teman2 saya yang nak tau pasal orang arab ni nnt saya cte ok,dalam ruangan yang lin..tapi hari ni saya nak cite pasal seorang kenalan yang sebenarnya saya tak kenal dia,sampai sekarang dia tak pernah nak cite pasal identiti dia,yang saya tau dia ni perempuan sebab dia ade tepon saya sekali,just pesan jaga diri elok2,tapi yang saya tak sangka tu,sanggup lak dia tepon saya dari malaysia,dia selalu cakap kat saya tak penting pun untuk saya kenal dia sebab sekarang dia tak sedia lagi nak cerita pasal diri dia,baru2 ni dia hantar meseg dia nak gi hospital ,tak terlintas la lak saya nak tanya sapa yang sakit,maybe yang sakit sedara mara dia atau kawan2 dia yang lain,atau maybe dia ade urusan lain,atau mungkin dia keje kat situ,tapi lepas tu dia hantar meseg lg katanya,dia dah tak banyak masa lagi,jaga diri baik..thats all..apa maksud dia tak punya masa lagi???apa2 pun saya taknak bersangka buruk,husnu zon mybe lg baik..apa2 pun saya doakan yang terbaik untuk dia,apa yang saya minta,please tell me your name,kalau ada masalah kita boleh bincang elok2,kan itu gunanya kawan??nak berkawan biarla kita kenal,harap ungkapan bahawa dia ikhlas untuk berkawan dengan saya adalah benar,kalau sebaliknya,terpulangla,itu antara dia dengan allah...

Monday, October 26, 2009

TEST MINDA...

Knl x dgn RABIATUL ADAWIYAH???seorang alim yang di kategerikan seoarng wali allah,yang sentiasa bersujud di hadapan allah,hinggakan dia terlupa utk berehat,persoalannya disini,saya terbaca 1 buku yang mengatakan bahawa rabiatul adawiyah pernah berkahwina,setahu saya spnjg saya bljr,xprnh saya dgr beliau pernah berkahwinan,saya keliru,mungkin ilmu saya terlalu cetek,hinggakan bnda semudah ini pun saya xtahu,ataupun ianya sekadar cerita isriliyat???jd di ruangan ini saya ingin meminta pendapat anda yang tahu tentang ini,hrp ade yg sudi merungkaikan persoalan saya ni...jmpa lg...

TIP UNTUK MENJADI CANTIK...

Pelakon jelita,AUDREY HEPBURN sering di tanya tentang rahsia kecantikannya.Para peminat dan wartawan acap kali meminta pelakon itu memberitahu,bagaimana dia menjaga bibirnya yang mungil,mata yg lembut bercahaya,bentuk badan yang menarik,rambut halus bersinar serta wajah yang manis dan tenang.
Pada 1992,ketika usianya 62 thn audrey mencipta sebuah puisi tentang kecantikan wanita yang sejati bg mnjawab segala [ertanyaan yg sering di ajukan padanya itu.Setahun kemudian,yaitu pada 20 januari1993,pelakon jelita itu meninggal dunia pada hari pengebumiannya,puisi tersebut di baca semula antara bait-bait puisi itu berbunyi...

-supaya bibirmu kelihatan menawan tuturkanlah kata2 yang baik
-supaya matamu cantik bersinar,lihatlah kebaikan yang ada pada org lain.
-supaya bentuk badanmu langsing,kongsilah makananmu dengan mereka yang lapar.
-supaya rambutmu lembut mengurai,biarkan anak2 membelai sekali setiap hari.
-supaya dirimu sentiasa berkeyakinan hiduplah dengan ilmu dan engkau tidak akan keseorangan.
-manusia per;u diperbaiki,di perbaharui,dipulih,ditebus,dan diselamatkan jangan pinggirkan sesiapa.
-ingat,jika engkau perlukan bantuan,engkau akan temuinya dihujung kedua-dua tanganmu.
-apabila engkau meningkat tua,engkau akan dapati yang engkau mempunyai dua tangan,1 untuk membantu dirimu,1 lagi untuk membantu orang lain.
petikan dr majalah mastika september 2007.
fikir2kanlah cerita ini...ada banyak lagi cerita yang menarik yang ingin saya kongsikan bersama pembaca blog saya..jmpa lg...

Sunday, October 25, 2009

BUAT SESEORANG

salam...buat seseorg....saya nak tujukan tuk kakak saya,ingt lg PBA,klu ingt bgusla...kat c2 saya mula knl dia,mula2 saya mmg xsuka kat dia sbb dia ni skema, nmpk cam skema la...tp ble dah lm2 ok je..ktrg pun dah mula rpt sktla...smpi skrg....dulu saya pangil dia chiken litle,hehehehehehehe..dia lg tau knp...saya wat ruangan ni khas tuk dia,saya cuma nak brtrima kasih dgn dia sbb sudi kawan dgn saya,selalu sabar dgn kerenah saya,dan selalu mngalah,tp kdg2 saya rasa saya yg byk mngalah,tp xpela,smua tu hal kck...apa yg mampu saya katakan sekarang adlah TERIMA KASIH...TERIMA KASIH KAK,byk bnda yg dia wat tuk puaskan ht saya,dan hari ini dia cuma mnta saya faham 1 bnda yg sush tuk saya tunaikan,tp saya cuba,dan saya rasa inilah 1 permintaan yg bsr tp saya kena buat,smua ni dah jd,saya snts berdoa smga d kuatkan hati saya...hnya dia dan saya tahu apa sbnrnya,apa pun,saya hrp dia tahu siapa dia,saya cuma nak mnta maaf sbb byk sushkan ht dia,dtgkan byk mslh...ade kata2 yg saya nak kongsikan dgn pembaca blog saya...mungkin ade yg dah tau..
sayangilah sebuah ikatan kerana disitu ada persahabatan...
sayangilah sebuah persahabatan kerana di situ ada kemesraan..
sayangilah sebuah persahabtan kerana di situ ada kenangan..
sayangilah sebuah kenangan kerana di situ ada senyuman..
sayangilah sebuah senyuman kerana di situ ada kenikmatan...
sayangilah sebuah pertemuan kerana di situ ada pertemuan...
sayangilah sebuah perpisahan kerana di situ ada kerinduan..
klu akk baca blog saya ni,saya nk ucapkan tahniah,dan jgn bimbang saya snts mendoakan yg trbik tuk akk...trima kasih sekli lg...saya akan cuba tuk trima smua ni..akak cuma mnta saya trima 1 bnda sdgkan akk blh trima smua bnda yg saya mnta...trima ksh...maff klu apa yg saya tulis ni ade yg menyinggung hati akak..

salam perkenalan

salam perkenalan saya ucapkan buat kwn2 pmbaca blog saya,saya ni baru nak start menulis blog,klu ade slh halalkan jela...kte wat santai2 je....sbg pembuka tirai blog saya hr ni,saya nak ambik kesempatam ini tuk mngucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat kawan,rakan dan juga sahabat saya yang bernama SYAHIDATUL AKMAL BINTI HJ MOHD DAHALAN,yg melansungkan perkahwinannya pd 24 oktober 2009 bersamaan 5 zulkaedah 1430 pada hari sabtu baru2 ni.Bersama suaminya yg bernama MUHAMMAD MUJAHID BIN MOHD FADZIL.semoga berbahagia hingga ke akhir hayat,mndpt anak yg soleh&solehah.xde apa yg saya hrpkan mga mrk berbahagia hingga akhir hayat mrk,dan psanan saya kpd ustaz tlg jg kawan saya ni baik2....bkn setakat kawan dah mcm kakak saya sendr....kami knl pun dah lm,byk suka duka kami kongsi bersama,mga persahabatan kami kekal smpi ble2...amin...kpd kak akmal saya cuma nak ckp kat akk...SYFA 4EVER....