Monday, May 23, 2011

SOALAN DAN JAWAPAN YANG AGAK PELIK..

Bekerja di Farmasi

Soalan:
Sebagai ahli farmasi, sering didatangi pembeli yang ingin membeli ubat seperti perancang keluarga dan ubat yang boleh menggugurkan kandungan. Apakah berdosa saya menjual akan ubat-ubat tersebut ?
Ibnuas, KL
Jawapan:
Sebagai sebuah farmasi maka perlulah menyediakan berbagai ubatan yang dapat dibeli oleh para pengguna. Sedangkan syarat membolehkan atau melarang untuk menggunakan ubat-ubat tersebut tergantung pada pihak-pihak yang ditunjuk seperti para ulama, doktor dan sebagainya.
Jika pembeli berhajat ingin membeli ubat menggugurkan kandungan, mungkin ketika itu para ulama membenarkannya lantaran pembeli dalam keadaan darurat (bahaya) terpaksa menggugurkan kandungannya demi keselamatan ibu yang mengandung. Begitu juga ubat-ubat yang lain. Jadi menjual ubat-ubat tersebut di atas hukumnya harus atau dibolehkan untuk kemaslahatan ummah.

Bohong Secara Terpaksa
Soalan:
Apakah hukumnya sekiranya kita berbohong secara terpaksa (tiada pilihan lain)?
Izzat, Dungun
Jawapan:
Hukum asal bagi berbohong adalah haram kerana ia mengandungi bahaya yang akan menimpa ke atas orang yang dusta itu ataupun ke atas orang lain. Dalam Al-Quran menjelaskan Allah SWT menyediakan balasan neraka kepada orang-orang yang berdusta.Tetapi kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah. Di kala itu berbohong diharuskan.
Begitu juga berbohong kadang-kadang boleh menjadi wajib seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya. Berbohong juga menjadi harus untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.

Dalam situasi ini diharuskan berbohong, tetapi hendaklah mengikut sekadar yang perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan. Ada banyak hadis yang membuktikan bolehnya berdusta kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas. Thawban pernah berkata: Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. Begitulah yang dijelaskan di dalam kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali.

Mencuci Pakaian Solat dalam Mesin Pembasuh.
Soalan:
1) Apakah sah / boleh dibawa bersembahyang pakaian yang dibasuh dengan washing machine auto/semi auto?
2) Bagaimanakah caranya mengerjakan solat jamak & qasar serta serta cantuman keduanya?
,KL
Jawapan:
1) Boleh mencuci pakaian solat dalam mesin pembasuh jika pakaian itu tidak terkena najis atau tidak bercampur dengan pakaian lain yang terkena najis yang menyebabkan ia bercampur baur dalam mesin tersebut. Proses pencucian dalam mesin basuh juga mengalirkan air dan bahkan melalui proses pembilasan sehingga pakaian solat itu menjadi bersih.
Tidak kiralah dengan cara bagaimana kita membasuhnya, apakah dengan tangan, dengan mesin basuh atau memerahnya di sungai dan sebagainya. Haruslah dengan air yang mengalir. Jika dengan mesin , 1 X dibilas dengan air sabun dan 2 X dibilas dengan air biasa, sudah memadai.

2) Tentang pelaksanaan solat jamak dan qasar, kami harap anda dapat merujuk soalan sebelum ini dalam daftar isi ruangan kemusykilan.

Berpuasa Awal Sehari kerana Merantau
Soalan:
Ibu saya telah menunaikan umrah baru-baru ini. Beliau telah mula puasa di Mekah 1 hari lebih awal. Bagaimana kedudukan puasa beliau sekarang di Malaysia berpuasa ramadhan 30 hari?
Haji Khalid, Ipoh
Jawapan:
Seseorang itu bolehlah memulai puasanya apabila dia telah melihat hilal atau anak bulan Ramadhan. Tak kiralah di negara mana ia berada ketika itu. Kemudian seseorang itu boleh berbuka atau berhari raya ketika melihat hilal atau anak bulan Syawal. Dalam sebuah hadis ada di jelaskan maksudnya:
"Berpuasalah kamu kerana telah melihatnya (hilal Ramadhan) dan berbukalah kamu kerana telah melihatnya (hilal Syawal)". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika ketika awal puasa berada di Makkah dan di sana sehari lebih awal dari negara kita, maka kita (yang berada di Makkah) wajib berpuasa kerana telah melihat anak bulan Ramadhan. Setelah kembali ke tanah air maka ikutlah kaedah di sini, jika terlihat anak bulan Syawal nanti maka berbukalah (menyambut hari raya). Tidak perlulah kita mengira jumlah lebihan hari kita berpuasa lantaran proses pertukaran tempat, tetapi sebaliknya bersyukurlah atas rahmat yang Allah berikan itu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Hadis)
Untuk lebih jelas sila rujuk buku Bimbingan

Saturday, May 21, 2011

JIKA AKU.....

kadang2 aku terfikir..manusia2 yang berkarya ni semata2 kerana duit@nama@memang ikhlas dari hati??kalau ikutkan semuanya nakkan duit,sape tak nak duit kan???tapikan patutke sesebuah karya tu dijadikan bahan untuk kite dapat duit..kalau macam tula kan,mana perginga nilai seni yang terdapat dalam karya tu..karya ngan seni tu lain ke???aku pun pikir gak..lain ke dua2 tu???

jika ditakdirkan aku ni seorang pengkarya,aku akan cuba untuk menjiwai seni aku,dan tak mudah untuk aku memperdagangkan seni aku semata2 kerana duit..duit tu lama2 akan habis,tapi seni yang terpasak dalam jiwa aku takkan hilang buat selama2nya...

andai kata satu hari nanti aku diminta untuk mengeluarkan karya aku tu,aku tak kisah jika tidak dibayar dengan wang,tapi cukuplah kalau karya aku tu dinilai dan memberi kesan pada mereka yang sudi menghayati karya aku...bagi aku,takde sorang pun dalam dunia ni yang layak kutuk karya orang lain,kerana itu adalah senia yang datang dari dia,walaupun seburuk karya,ianya tetap bersulam dengan seni walaupun sedikit..

aku berkarya bukan kerana duit@nama..tapi kerana jiwa aku dan untuk dikongsikan bersama mereka yang tahu menghargai seni..aku menetapkan syarat untuk diri aku berkarya biar kerana allah dan sentiasa ikhlas..bila ikhlas segala2nya akan jadi mudah...

moga allah sentiasa menetapkan niat aku ni jika ditakdirkan aku akan menjadi seorang pengkarya..

Thursday, May 19, 2011

HANTU TAK LULUS LESEN..

korang ingat lagi tak video ni???jom layan....

video

SULTAN..OH...SULTAN..



hari ni aku nak share harta benda sultan brunei..ni aku baru tunjuk jet peribadi dia..jet dia tu semuanya bersalut emas,sampai pili air kat tandas tu pun buat daripada emas..pikir tengok la kaya ke tak..so sapa2 yang susah sangat,pendek kata sengkek sangatla kan..bolehla buat surat permohonan zakat kat sultan brunei ek..buat sekarang tau,sebab aku tak jamin bulan berapa surat tu akan sampai kat tangan sultan...hehehehehe..



















TAKUTNYA...

salam..kawan2..aku ade baca satu blog ni,ade satu entry,pasal kembalinya seorang blogger ke rahmatullah..ambik masa seminit sedekahkan al-fatihah pada arwah..alfatihah...

takut aku dengar,ramai yang dah meninggal..aku jadi takut..kat sini..ade sehari tu aku asyik dengar orang buat pengumuman pasal orang meninggal..aku rasa..haritu,mana aku gi,mesti aku dengar orang buat pengumuman pasal mati..hari yang sama gak,aku kuar sebab ade keje sikit,masa aku nak balik,aku terserempak ngan orang ramai sangat,diorang iring sebuah kereta..dalam tu ada mayat.aku lalu kat sebelah kete tu je..memang real aku nampak mayat..aku jadi takut..takut mati n takut sebab nampak mayat tu..

aku tengok mayat tu bukan sekali imbas,tapi lama aku tenung mayat tu,aku pun tak tahu kenapa aku berani sangat tengok mayat tu lama2..tapi betulla..kite kena ambik iktibar bila kite ziarah orang mati..aku pun terfikir gak..ntah bile ajal aku..aku pun tak tahu...bile2 je..kawan2 aku ramai yang dah meninggal..aku betul2 tak jangka..kat bawah ni aku just letak gambar mayat lukis je..aku mula2 memang nak letak gambar mayat betul,aku bukan takut nnt orang fobia nak masuk blog aku,tapi nanti aku yang tak buka blog aku sendiri..

Monday, May 16, 2011

BINATANG DARIPADA APA??

ASSALAMUALAIKUM..mudah2an aku dapat pahala..hehehe..korang wajib jawab ok..aku dah bagi salam..hmm..xde apa yang panjang2 pun aku nak nulis hari ni..sikit je..cuma nak bawakkan soklan budak2 yang korang tak pernah terpikir untk bertanya..

MURID : cigku2..saya ada soalan la nak tanya kat cikgu..
CIKGU : ye,silakan..apa soalan awak tu??

sambil mengaru2 kepalanya seperti sedang berpikir,murid tersebut mula bersuara..

MURID : saya tanya soalan ni kat mak saya,dia pun tak dapat jawab juga..
CIKGU : yela..apa soalannya??

cikgu menunggu dengan penuh berdebar..susah sangat ke soalan dia tu,matila aku kalau aku tak dapat jawab,detik cikgu didalam hatinya..

MURID : macam ni..hmm..(berkerut kening dia)...kalau manusia dijadikan daripada tanah,malaikat tu lak dijadikan daripada cahaya,pastu jin ngn syaitan dibuat daripada api,binatang ni lak dibuat daripada apa???takde pun orang pernah cite kat saya binatang tu dijadikan daripada apa??cikgu tahu ke???
CIKGU : ????????(terbeliak biji mata dengar soalan tu)...

so..korang nak tahu jawapan dia..aku dulu pun juling gak biji mata dengar soalan ni,tapi kite kena rilek..slow2 cari jawapan dia..tak sangka budak2 yang akan tnye soalan tu..jadi..pada cikgu2 diluar sana,budak2 sekarang dah intelektual tau,rajinla kaji benda yang remeh2 ni ek..

JAWAPAN DIA..BUKA AL-QURAN,CARI SURAH AN-NUR,CARI AYAT 45..KAT SITU ADA JAWAPAN DIA..MULA2 AYAT DAH JUMPA JWPAN DIA..

bukan aku aku taknak bagitahu jawapan dia..kalau aku cakap nnt ada yang minta dalil,so baik aku bg siap2 dalil dia..ala.apa salahnya buka al-quran tu..dapat pahala tau..tak nak ke???

Sunday, May 15, 2011

ADA APA DENGAN HOTEL CALIFORNIA???

hari ini aku tiba2 nak siasat pasal lagu HOTEL CALIFORNIA BY EAGLE...dengar cite lagu ni banyak yang tak elok pasal sejarah dia,ada yang kata hotel california ni berhantu,tempat pelacuran,ada gak yang kata lagu nie memuja syaitan..apa2 pun jom baca sumber yang aku dapat..korang nilai la elok2 ok...



Hotel California

Writers: Don Felder, Glenn Frey, Don Henley

On a dark desert highway, cool wind in my hair
Warm smell of colitas, rising up through the air
Up ahead in the distance, I saw a shimmering light
My head grew heavy and my sight grew dim
I had to stop for the night
There she stood in the doorway;
I heard the mission bell
And I was thinking to myself,
’this could be heaven or this could be hell’
Then she lit up a candle and she showed me the way
There were voices down the corridor,
I thought I heard them say…

Welcome to the hotel california
Such a lovely place
Such a lovely face
Plenty of room at the hotel california
Any time of year, you can find it here

Her mind is tiffany-twisted, she got the mercedes bends
She got a lot of pretty, pretty boys, that she calls friends
How they dance in the courtyard, sweet summer sweat.
Some dance to remember, some dance to forget

So I called up the captain,
’please bring me my wine’
He said, ’we haven’t had that spirit here since nineteen sixty nine’
And still those voices are calling from far away,
Wake you up in the middle of the night
Just to hear them say…

Welcome to the hotel california
Such a lovely place
Such a lovely face
They livin’ it up at the hotel california
What a nice surprise, bring your alibis

Mirrors on the ceiling,
The pink champagne on ice
And she said ’we are all just prisoners here, of our own device’
And in the master’s chambers,
They gathered for the feast
The stab it with their steely knives,
But they just can’t kill the beast

Last thing I remember, I was
Running for the door
I had to find the passage back
To the place I was before
’relax,’ said the night man,
We are programmed to receive.
You can checkout any time you like,
But you can never leave!

Pasti kita hapal atau paling tidak pernah dengar lagu legendaris dari The Eagles ini. Lagu yang meledak pada Mei 1977, memuncaki chart Billboard Hot 100 selama seminggu. Lagu ini juga menduduki peringkat 49 dari The 500 Greatest Song of All Time oleh majalah Rolling Stones. Part solo gitarnya pun menduduki peringkat 8 Top 100 Guitar Solos oleh Guitar Magazine. Albumnya yang bertitel sama telah terjual sebanyak 16 juta kopi sejak perilisannya. Tak diragukan lagi, lagu ini memang legendaris.

Phew, panjang juga yak. Mungkin pikiran pertama yang terlintas di kepala adalah, ini adalah cerita tentang si lakon yang lagi dalam perjalanan, kemudian capek dan mampir di “Hotel California”. Dari sini mulai muncul kejadian aneh dan seterusnya dan seterusnya. Tapi tahukah anda bahwa lirik lagu ini juga secara kontroversial dinterpretasikan tentang Church of Satan dari Anton LaVey. Saya tidak akan membahas tentang apa itu church of satan yang memang diluar konteks tulisan ini, tapi saya hanya menyebutkan alasan penginterpretasian.

Ini alasannya:

* The Eagles merupakan anagram dari “gales (of) heet” yang berarti winds of hell.

* Pada tahun 1969 sebuah hotel di California Street, San Francisco dialihfungsikan menjadi church of satan oleh Anton LaVey.



# They stab it with their steely knives, but they just can’t kill the Beast,” menunjukkan kekuatan setan(beast).

# “You can check out at any time you like, but you can never leave” dan “We are all just prisoners here of our own device.” menyiratkan sumpah anggota church of satan yang mengikat.

# Dan yang paling creepy adalah kemunculan Anton LaVey di cover album


nampak tak si botak tu??

dh nampak??

Bagaimanapun juga Don Henley mengkonfirmasi di Daily Mail “It was really about the excesses of American culture and certain girls we knew. But it was also about the uneasy balance between art and commerce”

Dijelaskan bahwa tema dibelakang dari lirik lagu ini adalah dekadensi industri musik di Los Angeles yang dideskripsikan sebagai “penjara” para artis dalam petikan lirik “We are all just prisoners here of our own device.” dan akhirnya tidak dapat keluar “You can check out at any time you like, but you can never leave”. Yang jelas kata Don Henley, lagu ini bukan bercerita tentang church of satan, hotel secara harfiah yang bernama “Hotel California” ataupun tentang rumah sakit jiwa. It is all about symbol.

Tentang benar tidaknya, tak ada yang pernah tahu kecuali pencipta lagunya sendiri. Percaya atau tidak percaya itu pun terserah masing-masing. Atau mungkin lebih baik just let it be, a mystery.

cukup tak fakta tu???takpe2 aku bagi lagi kalau tak cukup..terima kasih pada kompasiana.com..atas sumber2 anda..yang ni ada lagi tuk korang.

CERITA MENARIK DIBALIK LAGU DAN PENYANYINYA..

Tahukah anda bahwa lagu ‘Hotel California’ dari kelompok Eagles pernah di cekal di stasiun radio di sejumlah negara karena lagu ini dianggap sebagai pembenaran pada tindak kekerasan?

Tahukah anda bahwa ada bagian dari lirik ‘Stairway to Heaven’ yang konon jika diputar secara terbalik akan terdengar pesan yang memuja setan?

Tahukah anda bahwa Paul McCartney pernah ribut dengan istri mendiang John Lennon, Yoko Ono, karena ia menuntut namanya ditulis lebih dulu baru disusul nama John Lennon sebagai pencipta lagu?

Tahukah anda bahwa kelompok Bee Gees lah yang pertama kali mempopulerkan teknik bernyanyi falsetto lewat lagunya ‘Stayin Alive’?

Tahukah bahwa anda tidak perlu jadi seorang pakar musik untuk tahu semua cerita-cerita menarik di balik sebuah lagu dan penyanyinya itu?(sumber:suarane.org)

satu lagi..untuk fakta tambahan..kalau korang nak tau pasal sejarah sesebuah lagu,korang boleh masuk kat cni..www.songfacts.com..ok..tatatata...

Friday, May 13, 2011

DUNIA OH DUNIA..

saje nak tunjuk video ni kat korang..tahu dah..mesti video ni dah tersebar luas,aku je yang ketinggalan zaman..tapi takpe..aku tetap nak letak gak dalam blog aku..sebab aku tension ngn entry yang dua hari lepas..penat je aku taip..last2..the page not found..rasa macam nak tepon los and faun je..suh cari balik entry tu sampai dapat..tapi aku yakin..tak dapat punya..

takpela..aku maafkan entry tu..yela..manusia yang berakal pun kadang2 mudah buat silap,inikan pulak benda alah ni..otak pun takde kan..kang tak pasal2 aku yang dikatakan takde otak..

video

pasal video ni..malas nak ulas panjang2..korang masing2 dah tahu..so jom pakat2 ramai layan je video ni..

Wednesday, May 11, 2011

TERHARUNYA...MACAM DAPAT AWARD LAK...

terima kasih kepada pengirim kata2 ni..saya betul2 menghargainya...dah lama rasanya tak dapat kata2 macam ni daripada seorang sahabat...dan yang paling saya terharu..pengirim ni sahabat yang dah lama saya tak jumpa,bayangkan..dah brthn2 tak jmpa tapi masih ingt kat kite rupanya..kepada pengirim kata2 ni..anda tahu sapa diri anda.

APA YANG DINAMAKAN SAHABAT ANDAI HADIRNYA TAK DIHARGAI...
APA YANG DINILAI SAHABAT ANDAI TAK BENAR2 MENGENALI..
APA YANG DICARI SAHABAT ANDAI HANYA KESEMPURNAAN YANG DICARI..
APA YANG DIPUJI SAHABAT ANDAI DIKALA SENANG SERING DILUPAI..
APA YANG DIMAKSUDKAN SAHABAT ANDAI DIRI BELUM BENAR2 MENGERTI..
APA YANG DITANGISI SAHABAT ANDAI KATA PERPISAHAN ITU AKHIRNYA TERJADI..
KERANA APA YANG KAU INGINKAN SAHABAT SEGALANYA TERJAWAB DALAM HATIMU SENDIRI..

dan buat pengirim tu..ini pulak daripada saya..

JANGANLAH KAMU MENYIMPAN RAHSIA KAMU DARIPADA SESEORANG YANG TIDAK MENYIMPAN RAHSIANYA DARIPADAMU....

So...moga berjaya buat kawan saya ni...tercapai apa yang dia nak..tapi...yang "tak berkenaan" tu takyahla nak pikir ke nak teringat ke..tak payah2...buat penuh otak je..


Tuesday, May 10, 2011

KEJADIAN DI PETANG HARI...



hai kawan2...lama gak tak update blog..kenapa ye???hmmm...malas nak cipta alasan...biarla...hari ni saje nak gatal2 tangan nak tulis apa yang dah saya lihat,baca dan dengar sejak 2,3 hari ni..

mula2 sekali nak cite pasal yang saya nampak hari ni..kejadian ni berlaku dalam pukul 6.05 ptg waktu sini..tengah saya syok2 jalan tiba saya nampak ada sekor keldai tergantung!!!!!!macam mana tu???binatang tu bukannya dia berdiri dengan dua kaki dia,tapi memang keempat2 kaki dia tergantung sekali..kalau tengok tu macam keldai tu tengah terbang..ajaib kan????betul saya tak tipu...nasib masa tu saya takde kamera..nak guna handphone..memory penuh lak..ni la masalahnya,dulu masa saya nak masukkan memory 1GB tauke kedai tepon tu tak bagi,alasan dia sebab nanti enset saya rosak,sbb memory tu tak sesuai ngan enset saya..tengok sekarang apa dah jadi???

balik pada masalah KELDAI TERBANG tadi..untuk merungkai persoalan dihati ni..saya pun ambik keputusan untuk gi lebih dekat lagi kat keldai tu..bila saya tengok je..saya rasa nak pecah perut gelak..kalau bukan disebabkan pak cik2 arab yang ramai kat sana sini tu,memang saya gelak sampai guling2 dah sambil menghentak2kan kaki ke lantai hingga melilih air mata saya...

nak tahu kenapa???rupa2nya..tuan punya keldai tu letak terlalu banyak barang kat kereta keldai tu sampai keldai tu terangkat keatas..berguni2 dia letak kat belakang keldai tu,mana tak terbang binatang tu..keldai tu pun pasrah je bila dia terangkat..kurang2 merasa gak dia macam mana terapung...apa2 pun tahnia diucapkan kepada keldai tersebut kerana terpilih untuk menjadi binatang yang paling bertuah dibumi mesir ni...


kedua2 gambar diatas bukannla keldai sebenar yang saya nampak,tapi dia adalah binatang yang telah saya dowload gambarnya di google..binatang yang asal tak dapat dirakamkan gambarnya atas sebab2 tertentu...

tu cite pasal keldai la kan..sekarang ni nak masuk sikit hal sekeliling..baru2 ni tapi takdela baru sangat saya ada dengar program bawah anjuran medic cawangan mansurah..dia lebih kurang macam akademik fantasia la..dengar cite ada 5 orang peserta melayu yang layak ke peringkat akhir..hmm...macam mana nak cakap ye...ramai orang anggap bila datang mesir ni semuanya belajar jurusan agama..tapi hakikatnya tak semua yang ambik jurusan agama..kat sini macam2..ada yang ambil medic,ada yang ambik kelas bahasa,ada yang saje datang sebab nak berguru dengan syeikh yang bukan calang2 orangnya,ada juga yang datang bekerja..macam2..so fikrah(fikiran) pun mesti lain2 kan..so pada sahabat2 jurusan agama jangan cepat melatah bila hal2 ni berlaku..kita tak boleh nak salahkan mereka je,mungkin kadang2 mereka tak tahu apa yang mereka buat..jadi sebaiknya..doakanlah mereka..tapi pada yang dah tahu janganla buat2 tak tahu..doakan senjata tuk orang islam..

nak masuk hal lain lak..haritu ada kawan arab ni cite kat saya,bulan ni(mei)rakyat mesir akan dapat LE 5000 sorang,tapi sekali ni jela..best tak???datang mana ek duit banyak tu..hehehe..itula duit husni mubarak..korang bayangkanlah rakyat mesir ni ada berapa ribu...kali tengok dengan 5000 ribu..tak berbilion ke tu??memang kaya tul mamat ni..tapi...ada tapi lagi..hanya orang yang mengisi borang dan dia juga merupakan pekerja swasta saje yang dapat duit tu..

sekarang ni kat mesir..sapa buat salah yang besar2..macam bunuh ke,rogol ke..pancung terus..habis cite..dan yang paling syok...walaupun sekarang sepatutnya dah tukar jam ikut jam musim panas,rakyat2 mesir ni tetap taknak ubah jam..tetap ikut jam musim sejuk gak,katanya bila perdana menteri baru dah naik baru diorang nak ubah,nak raikan perdana menteri baru la tu..tapi kalau solat,ikut waktu musim panasla..

akhir sekali..apa korang akan buat bila kurang susah hati,bersedih,hari jadi suram je,diingatkan..perkara yang lepas takkan berulang balik..so apa kurang nak buat??

apa lagi..jom ikut saya layan lagu hindustan..ala..sekali sekal,bukan selalu pun..saje nak bagi hapy hati..tapi jangan layan lagu yang sedih2 lak..walaupun tak paham makna dia..tapi bolehla layan..apa lagi..JOM KITA LAYAN............

Friday, May 6, 2011

PENGORBANAN SANG PENGUIN...

pengobanan ibu amat besar untuk anak2 dia...wajib setiap anak menghargai dan menghormati ibu mereka..kalau manusia mampu berkorban untuk orang yang dia sayang..macam mana lak ngn binatang..adakah kasih sayang binatang mampu melawan kasih sayang manusia??atau kasih sayang manusia lebih tinggi darjatnya dari binatang??

korang layan video ni..insyallah..akan dapat jawapannya..

video

Wednesday, May 4, 2011

APA YANG HARUS DILAKUKAN???

apa yang korang akan buat bila korang mula timbul perasaan benci dalam diri korang???benci manusia ni sebenarnya letih..buat sakit diri..tapi..maafkan dia sebenarnya lagi susah..tahu kenapa??perasaan sayang,kasih ni sebenarnya mudah je nak bertapak dalam hati kita,tapi perasaan benci sebenarnya susah nak ambik tempat dalam hati kita..korang tak percaya??

kalau orang buat baik ngn korang,dengan mudahnya korang akan rasa senang bergaul dengan dia,tapi kalau setakat dia jeling korang,takkan korang nak terus benci dia kan??kurang2 pun korang akan marah kat dia..btl tak??sebab tulah susahnya rasa nak maafkan orang yang kita benci..

perkataan "BENCI" pun dah macam buruk je kan..tapi itulah hakikatnya..perasaan benci bukan mudah untuk dipadamkan..walau sekalipun dimaafkan,tak mungkin bekas dia akan hilang..hati manusia biasa ni tak sesuci hati nabi muhammad..sabar manusia biasa tak dapat dicapai hingga ke tahap para anbiya dan wali...kita hanya perlu untuk terus cuba dan terus mencuba dalam memaafkan orang lain..

memaafkan orang adalah perkara yang susah untuk dibuat,tapi pahalanya besar..andai pahala tu dapat dizahirkan pasti semua manusia dimuka bumi ni saling memaafi antara satu sama lain..tapi ini tak mungkin terjadi..

aku???aku sentiasa mengharapkan diri aku menjadi manusia yang sentiasa memaafkan orang lain..walaupun pada hakikatnya tak mungkin aku dapat memaafkan semuanya sekali..

bahayanya bila seseorang manusia tak pernah rasa perasaan benci,takut2 bila dia dah rasa,susah nak padam..