Friday, July 22, 2011

MANUSIA..JAGALAH SIKIT KATA2..

manusia..
beringat sikit bila berkata2
jangan kerana mulut badan binasa
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata naya jawabnya..

manusia..
jangan nak berlagak dengan ilmu yang ada
kalau bukan pemberian tuhan jawabnya tak kemana
jadi tolongla jaga kata2
nanti jangan sampai orang mengata belakang kita..

manusia..
bila berkata agak2la
jangan ikut mulut dan sesedap rasa
hati manusia bukan macam hati unta
sabar je apa orang nak kata..

manusia..
berfikir dulu sebelum berkata2
guna segala ilmu yang ada
kalau ikut nafsu memang mengada2
salah orang semuanya nak dikata..

manusia..
unta pun geleng kepala
buat malu jela
setan lagila suka
sebab dapat rosakkan umat manusia..

manusia..
kiamat dah menunggu kita denga setia
dunia lak dah bosan dengan derapan kaki kita
dekat2kanlah diri dengan agama
tambahkan iman yang suku pun boleh dikira..

manusia..
nak tegur ada caranya
bukan main hentam je ikut suka
aku cakap macam ni bukan apa
takut korang terkena balik apa yang dikata..

manusia..
yang lepas tu biarkan saja
binalah kebaikan yang akan dihadapi esok lusa
tuhan tu maha pemurah dan maha mengetahui segala
insyallah,akan menerima taubat kita!!!

No comments: