Thursday, July 21, 2011

PERISTIWA DAHSYAT...

salam..hari ni aku nak kongsikan satu cite and pengalaman aku yang agak menarik,bagi aku ianya menarik,tapi tak taula bagi korang menarik ke tak..tapi aku tetap nak tulis kat blog ni,buat kenangan..

dalam 2 hari lepas,depan rumah aku ni berlaku satu pergaduhan besar,antara 2 kumpulan,1 kumpulan bawak kayu,1 kumpulan lagi bawak parang..hahaha..dahsyat2..kat sini sebenarnya benda2 ni dah biasa jadi,gaduh ngan parang sampai darah2,tambah2 lagi musim panas ni..tapi kali ni dia lain sikit dari yang lain..

nak tau kenapa???sebab dia berlaku 3 kali dalam 1 malam!!!bukan sikit yang gaduh tu,ramai..yang muda,tua,laki,pompuan,semua ada..sampai darah2 la gaduh tu..tapi aku tertarik beberapa kejadian yang terjadi semasa pergaduhan tu..

    1-walaupun gaduh pakai parang,tapi tetap ada orang yang datang tenangkan..diorang tak takut pun ngan parang tu.

    2-masa pergaduhan tengah sengit,aku terpandang seorang pompuan
    dok baling batu kat kumpulan yang pakai parang tu..huh!!!beraninya cik kak...

    3-ada lak sorang mak cik ni,memang dah tua sangat,tapi masih gagah berdiri dengan 2 bilah parang yang kita guna dok katok kelapa tu kat tangan dia..lagi berani mak cik ni..bila pergaduhan kali kedua tu dileraikan,diorang dah hantar mak cik ni balik,tapi bila berlaku kali ketiga,mak cik ni datang lagi,sampai tak larat nak berdiri la,dah tak pasal2 kena ambik kerusi bagi mak cik ni duduk..dan yang paling hairan tu,masa datang boleh jalan sendiri,tapi bila balik,tak larat dah,kena orang papah...cam ne tu???

    4-jangan terkejut ok..orang bisu pun terlibat gak..dengan parang kat tangan,tapi berjaya ditenangkan oleh orang ramai,dengan menggunakan bahasa isyarat!!!pandai gak orang awam guna bahasa isyarat..

    5-diorang ni gaduh sampai tak ingat dunia,habis lampu kedai dikatoknya,kereta orang pun dikatok gak..nasib pak cik tu cepat2 alih keta dia,kalau tak,tak taula nk jadi apa..

    6-pergaduhan kali ketiga,barula polis nak datang,tapi masa ni diorang tak pakai parang2 dah,cuma gaduh guna mulut je..polis pun datang jap je,suruh orang bersurai,pastu blah cm tu je,nampak sangat malas nak buat keje..apa da...

    7-dan yang paling aku heran sangat2..masa orang dok syok gaduh tu,ada lak budak2 yang dok tercegat kat situ,kalau ikutkan,senang je kalau parang tu nak dihayunkan kat diorang,tapi diorang dengan rileksnya terus layan je tayangan percuma tu tanpa ada rasa takut pun..hish!!!aku lak yang takut..mana mak diorang ni???

    hmm...itulah kisahnya..itu baru gaduh kecik je,macam mana ye masa pilihan raya nanti..dengar cite bulan 11 lak,daripada bulan 9 dah ditukar ke bulan 11 lak..macam mana ye???masa tu dah stat kuliah..hmm..tunggu dan lihat je la..

    time kasih baca cite ni walaupun bagi korang tak menarik mana pun,tapi kalau korang tengok sendiri dengan biji mata korang tu,mesti lagi menarik..

    No comments: