Monday, July 4, 2011

JAHATNYA DIORANG NI...

ada sedikit luahan dari hati yang ingin aku kongsikan pada hari ini..agak terkilan bila ada yang cakap "ORANG ARAB NI JAHAT DAN KUAT MENIPU!!"...ye..memang betul diorang ni kuat menipu..tapi betul ke diorang ni jahat???

aku sendiri sekarang berada di negara arab,dan apa yang aku lihat,diorang tak jahat,cuma diorang kuat menipu..sebab tulah nabi diturunkan dikalangan orang arab,sebab tulah dinamakan zaman jahiliyah,sebab semua serba serbi diorang tak tahu..

diorang jahat ke??negara diorang kotor..itulah yang orang selalu cakap tentang orang arab..ok..kalau nak jugak kata diorang jahat,takpe,silakan..aku akan bagitahu korang apa kejahatn yang diorang dah lakukan...

1-diorang selalu berzikir,mulut diorang sentiasa dibasahi dengan selawat.

2-kalau diorang bertembung dengan sapa2 pun pasti diorang akan bagi salam.

3-diorang sangat menghormati tetamu.

4-bila azan berkumandang,masing2 lari meninggalkan urusan yang lain semata2 untuk menunaikan solat.

5-masjid diorang tak cantik,tapi sentiasa penuh dengan orang yang datang menunaikan solat 5 waktu.

6-ditepi2 jalan diorang menyediakan air minuman untuk sesiapa sahaja yang dahaga.

7-bila bulan puasa,amalan bersedekah dan membaca al-quran umpama perkara wajib yang perlu dilakukan setiap hari.

8-kaum wanita selalu dilindungi.

9-sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain.

10-dan yang penting..BERANI MEMPERTAHANKAN NEGARA DIORANG SENDIRI.

adakah ini dinamakan kejahatan??banyak betul ye kajahatan diorang ni..hmmmm..banyak lagi kebaikan yang ada pada diorang ni,tapi kenapa orang tak peduli dengan kebaikan ni tapi lebih suka memandang keburukan yang ada..nak kata jahat..sapa2 pun boleh jadi jahat,kat malaysia pun tak semua yang baik,ada gak yang jahat,tapi kenapa yang tu orang tak pandang??

sejahat2 diorang pun,kebanyakan bumi arab ni diberkati,bumi para nabi,dan ada disebut didalam al-quran..mungkin negara diorang tak seindah korea,jepun,london,bangkok dan lain2,tapi keberkatan bumi diorang takde pada negara2 korea,jepun dan lain2..masih ramai para ulama berketurunan nabi yang masih hidup dan masih terus berdakwah..

apa2 pun..tak nak komen panjang2,kalau nak tau macam mana..datang sendiri dan rasa sendiri,baru boleh buat kesimpulan sendiri..

"MEMANG SIKAP MANUSIA SENTIASA MENCARI SALAH ORANG DARIPADA MENCARI SALAH SENDIRI"

3 comments:

Cik Puan Kocik said...

Wah...sy ingat awak kat Malaysia!! bestnye dok luar negara...

Biasalah awak manusia mmg camtu...suka nilai buruk pada org, tp tak pernahnye nk nilai diri sendirikan!!

Tau sebab apa ... manusia dapat memandang keseluruhan manusia lain, tpi dapat pandang diri sendir 50% jer!!

Tak caye...tgk cermin ... dan fikirlah!!

Kat Malaysia skang nie 8.15am....nak breakfast dah...dan dah kat office...geeee


Awak boleh tak buangkan Word verification kat ruangan komen nie...kemudian buat pop up komen... Senang skit nk komen. Tq

Cik Puan Kocik said...

rujuk kat blog nie...


http://miszsheyla.blogspot.com/2011/04/tutorial-ubah-komen-window-kepada-pop.html

Cik Puan Kocik said...

awak kat comment moderation tu awak klik "always"