Sunday, December 19, 2010

KAWAN-KAWAN..........

salam..teman2....teringat saya pada sahabat2 lama...banyak kenangan...klu nak diceritakan satu2 memang banyak....

saya ni banyak pindah sekolah,tapi cerdik dia tak sebanyak sekolah yang saya pindah tu...xpela labu....cobaan....tapi ada satu sekolah ni saya rasa saya banyak buat hal...kawan saya cerita balik,saya pun dah tak ingat sebenarnya apa yang saya buat,saya ingat saya pelajar yang baik kat sekolah...itu saya rasala kan...

pagi2 masa datang sekolah,kitorang pelajar berulang ni pakat2 gi beli nasi lemak banyak2 pastu bwk masuk kelas,pastu suh budak asrama bawak sudu,nnt diorang gak nak melantak,so lbh bik kita kerjasama kan...agak2 bila lpr je,buka nasi lmk tu bwh meja,pastu melantakla,pandai2 la cover kan jgn bg ckg perasan,tp saya rs ckg2 perasan gak...hehehehe

kawan sebelah meja saya tu lbh kurg sekepala je,blh thn gak nakal dia,pakai gelang getah warna hitam tu,rasa pengawas bagi warning byk kali dah,tapi xmkn saman pun,berapa kali kena trik gelang tu,esok dia pakai blk,jgn risau,gelang tu murah je...kesian kat pengawas tu...hahahahaha...jgn mrh ye..

xmain la panggil pengawas,MP baru best,ala...MP pun lbh kurang je,cuma kdg2 diorang kena la gak berlagak baik,klu tak bukan nm MP lak kan klu jahat je...ada 1 haritu ramai kena denda,termasuk dgn MP2 sekali,hahahahahaha...saya suka2...sebab....sebab pakai inai....

bila time exam...MP ke xMP ke,semua sama naik je,meniru jangan ckpla...dah macam hobi lak...masa tu la agent2 yang penting dilantik memegang jawatan yang penting..muka masa tu semua sadin je...mcm tak bersalah...

saya dengan partner sebelah meja ni anti tul ngn MP sorang ni,mentang2la disiplin,ingat kitorang takut ke???huh.....tak takut pun wlupun anda serba biru dan kami serba ungu...

masa kami ting4,ckg kelas tension tul ngn kitorang,mana tak nya,selalu buat hal,semua ckg mrh kat kelas kitorang,sampai ada yang kena baling nagn kapor tulis,tiap2 hari dpt ceramah free...last2 kena bubar tmpt duduk.tp partner baru ni lbh kurang je,siap bwk ten biskut lagi,lg senang,dah mcm poket doremon dah...

kawan saya kata,ckg2 selalu marah kat saya,tapi sya rasa mcm tak pun,kan saya dah ckp saya ni pelajar yang baik,kwn saya ckp lagi,saya selalu kenakan bdk2 asrama bila diorang tgh tdo,tapi sya rasa mcm tak pun...tapi mmg betul pun,saya selalu kena mrh ngn ckg..tp xpe.kata orang klu mrh tanda sygkan...hehehehehe...

dulu masa tution,klu agak2 boring,kitorang minta kat ckg nak g toilet,tp bukan nak g toilet pun,kitorang g kantin bdk sekolah rendah agama kat sebelah je beli makanan,melantakla kan....maaf ye ckg....

kalau kena denda jgn ckpla..itu mcm bnda wjb je..kena jalan itik...wa.....best tu..mula2 mmg jalan itik,sampai kat tandas,jln mcm manusia blk..agak2 nak smpi kls blk jlnla blk mcm itik..nnt kantoi lak...henjut ketampi..hahahaha....matematik...keje byk sgt,jwbnya xsiapla kan...

saya plg tension sekali,bila dtg lewat,MP dah tunggu kat pagar,soklan yang plg saya tak thn sekali...KENAPA LAMBAT???ha!!!!!!!!!dah DATANG LEWAT,sbb tula lewat,klu dtg awal xkan jd lewat lak kan,punca kepada lewat mstila dtg lewatkan???

apa2 pun..tu semua kenangan je...kenangan manis,nak cerita mmg byk gila,ni sbhgn la...kdg2 bila dok sj2,msti trgt blk semua tu,sekarang ni kwn2 ada yang dah tunang,kawin and dah dpt anak pun,ada yg tgh bljr lg and ada yg dah keje..and yang plg sedih,ada yang terlebih dahulu meninggalkan kami buat selamanya..al-fatihah buat mereka...xsngka,usia msh muda..allah lebih sayangkan mereka...mungkin lepas ni kita pulak..siapa tahu???

ya allah..tautkanla mahabbah antara kami,kuatkanlah iman kami dalam meniti setiap detik dalam hidup,biar langkah kami disertai dengan redha darimu...andai ada yang tersasar,berikanlah pengajaran agar kami sentiasa beringat...

buat kwn2 4 shaima and 5 hafsoh,ampun maaf dari korang semua,andai slh slp,korang mmg best,sush nak cr lg kwn mcm korang,msg2 dgn haluan msg2,apa pun bidang korang buat sekarang mg berjaya hendaknya..

buat ckg2 n us2 yang pernah ngjr kitorg,sy mewakili kwn2 minta maf byk2,biasala ckg..nakal2 tu kan penceria keadaan,saya yakin msti ckg2 rndu kat kitorang kan??ke saya je yang perasan sendr???

buat generasi baru ni,tak payah la nak nakal2 sgt,nakal skt2 tu xpela,tapi xyahla nak over2 sgt mcm korg tu hebat je,klu nak tunjuk hebat,gi ckp kat parents msg2 xnk bljr,pstu buka sekolah sndr,korg bljrla sorang2,suh sedara mara jd ckg korg,pstu blh buat hal sndr,slp hari bulan kena sepak trus ngn pak teh ke,pak su ke,pak ngh ke,sp2 jela...kitorg pun dulu nakal gak,tp xdela ngada2 sgt,1 lg petua,klu korang nak buat hal gak,apa kata,msuk sklh khas tuk bdk2 nakal terlbh ni,kat c2 org xdela mrh sgt,sbb mmg dah tau dah sklh jenis tu,apa2 pun pkrla sndr,klu tak,jual je otak tu,sbb otak yang jrg di gunakan ni hrga dia mhl skt...jgnla reti nak sushkan org je,jgn smpi nnt org yg sushkan kita blk..bru tahu nnt..lu pkrla sndr...

kdg2 ada yg pandang sinis pada saya,pelajar aliran agama ni xtau apa2,dok sn lm2,tp xblk2 lagi...kpd mulut yang mcm tu,saya nak ckp skt,xde 1 manusia pun dalam dunia ni nak dr dia gagal selalu,dr seseorang anda boleh tengok,tp hati dia anda xblh nmpk,apatah lagi klu nak sentuh...kwn2..doakanla saya,skrg ni kite btl2 perlukan korg semua...

k.tikah,k.omi,k.yana,k.ain,abg kemal,k.leha,k.no,k.shida,k.janah,and semua geng2 4 shaima ngn 5 hafsoh..byk sgt nm nak taip...rndu sgt kat korang semua.....wlupun fizikal dah berubah skt,biasala dok dlm ngra 4 musim kan...tp hati kita kita tetap sama....hrp2 dpt jmpa korg nnt....salam sayang dan rindu buat kawan2 semua....

KASIH SUCI......




PERJALANAN MASIH JAUH HARYS KAU TEMPUH
KU DISINI MEMERHATI TANPA RASA SANGSI
JANGAN GENTAR ADA SABAR SEMAI DI JIWA
KU DISINI MENDAMPINGI AGAR KAU MENGERTI

BERLARILAH KAU BERLARI
TERBANGLAH DIKAU TERBANG TINGGI
BUMI YANG ENGKAU JEJAKI
JANGANLAH DI KAU LUPAI

ANDAI KU CAPAI SEPELANGI
AKAN KU SERAHKAN PADAMU
AGAR DAPAT KAU MEWARNAI SELURUH HIDUP NANTI
YANG HITAM HARUS DIJAUHI
JANGAN DISIMPAN DALAM HATI
BUKTIKAN JIWAMU DENGAN KASIH SUCI

KU TERIMA DIRIMU DENGAN SEADANYA
DALAM SUKA DALAM DUKA KAU TETAP CAHAYA

KU BERSYUKUR PADA YANG ESA
PUNYA SEGALA2NYA
SEDERHANA TAPI IA SEMPURNA.


hayaiti seni kata dia,bukan tgk video je,khas untuk rakan2 dan mereka yang masih bernyawa di muka bumi ni...ada seseorang yang sedang mendoakan kalian...

MASIH SAYANGKAN SAHABAT ANDA???

10 PETUA UNTUK BERSAHABAT....

1)pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan langsung mengenepikan orang yang tidak mempunyai persamaan dengan anda,bersikap terbuka baik untuk anda.

2)ingatlah pada 1 pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda di perlakukan.sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3)sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna,setiap orang pasti mempunyai sifat2 aneh dan mempunyai kecacatan,dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4)hargai pendapat antara satu sama lain.

5)sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.bina minat2 yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat yang lain..

6)komunikasi sangat penting,kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatn anda,beritahulah..

7)jangan biarkan faktor luaran(stress)menjejaskan persahabatan anda.kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasan kepada mereka,tetapi jangan mempergunakan mereka hanya untuk melepaskan perasan...dan sebagai alasan anda sepatutnya bersedia mendengar luahan perasan mereka.

8)belajar daripada satu sama lain.

9)jangan mengata di belakang kawan.

10)pilih kata2 anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

8 PEMBOHONGAN IBU

Thursday, December 16, 2010

BUAT MALU DIRI SENDIRI....

saya ada satu cite nak syer..haritu saya ada baca satu buku psl mat rempit..mari sama2 kita hayatinya...saya storykan tuk teman2 semua...

cite 1
ada sorang mamat ni nama dia leman(bukan nama sebenar)satu hari dia naik moto kapcai kawan dia g kuar mana ntah..badan dia ni kira besar la kan...sampi kat lampu isyarat,kawan dia mencelah la kat tengah2 keta tu..mencelah punya mencelah sampai kat satu tempat tu dia celah,kawan ngn moto dia lepas,tapi si leman ni tersangkut lak kat tengah2 tu...gedebuk jatuh kat tengah2 tu macam sami buddha...tak pasal2 dia jadi sami buddha yang tak terlatih..kawan dia macam nak terberak gelak kat dia...malu..pikir sendirila beb...

cite 2...
si seman ni tumpang moto kawan dia satu hari ni..sampi kat lampu isyarat,berhentila kan,xkan nak mati percuma lak kan..nth angin apa agaknya dia rasa nak merokok..dia pun turunkan dua kaki dia sebab nak ambik rokok dalam poket seluar..tiba2 lak masa tula lampu hijau nak menyala...kawan dia pun dengan cool dan berhati waja memecut moto dia sekuat hati,maka tinggalla si seman ni berdiri sorang2 kat tengah2 jalan raya...berdiri sorang2 macam tugu negara...tp ni tugu jalan siap pakai halmet lagi...canggih tak??

PENGAJARAN DIA????ala...pikirla sendir..yang baca blog ni kan semua boleh berpikir,klu tak xdela korang pandai baca blog kan???

POSING PALING BEST MASA BANJIR..







BUAH BERBENTUK PEREMPUAN...

salam..korang tengokla betul2..kalau betul kagumilah ciptaan allah....mengikut sumber,pokok ini ditemui di daerah petchabon 500 km dari bangkok...

Wednesday, December 15, 2010

cerita lucu

KISAH SEWA HOTEL MAHAL..

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

CARA PEGUAM

MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"

KETAHUI TENTANG 10 MUHARAM

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".[]


BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka
disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan
dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas
dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga
digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di
sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja
aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat
hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan
kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan
seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Tuesday, December 14, 2010

(Menarik) 7 Fakta Mengenai Baju Daging Lady Gaga....

saje suka2 cite ni....tak salahkan kalau nak tahu...betul?????




Rasanya korang pun dah tau yang si Lady Gaga ni sememangnya sinonim dengan fesyen yang pelik-pelik dan itu tidak boleh dinafikan lagi. Baru-baru ini pula, semasa berlangsungnya MTV Video Music Awards 2010, dia hadir dengan mengenakan baju yang diperbuat daripada daging. Serius, sungguh gila.

Ok la, bukan nak komen pasal baju tu cuma kitorang nak kongsikan 7 fakta tentang baju daging Lady Gaga yang direka oleh pereka fesyen bernama Franc Fernandez itu. Kalau korang rasa nak tahu, teruskanlah membaca.

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli

Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .


2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk

Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.

Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!

Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah

Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.

5. Baju daging ini selesa dipakai!

Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu.

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!

Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau.

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah

Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.