MANUSIA..
korang mula buat aku muak nak hadapi dunia
walaupun ianya nyata
tapi hanya penghias dunia
yang tidak membawa apa2..
MANUSIA..
bijaknya korang berkata
tapi terselit dusta
hati mengata
penuh benci dan duka
MANUSIA..
kerana korang aku menangis
bertahun2 meniti jalan derita
merangkak penuh siksa
hingga kini masih berduka
MANUSIA..
betapa bosannya aku mengikut rentak mereka
hingga kadang2 aku yang terkena pula
sampai bila perlu menangis dalam gembira
meraung dalam senyap gelita
MANUSIA...
aku tidak mahu meminta
tapi aku hanya mahukan kawan yang setia
tapi hingga kini aku masih tidak jumpa
betapa hati tersiksa menanggungnya
MANUSIA..
saat ini..
hati aku mula membenci
manusia disekeliling yang tampak berseri
tapi hakikat penuh duri
jika dihampiri
pasti diri disakiti..
TUHAN..
lamanya aku berdiam diri
menghadapi dunia sepi
tanpa ada yang mengerti disisi
itulah realiti kini..
TUHAN..
kembalikan kegembiraan yang sebenar dalam diri
telah lama rasanya aku menangis meski dalam mimpi
jalanku bersama esakan diri
raunganku umpama lagu yang bernada sepi..
TUHAN..
tunjukkanlah aku jalan kegembiraan yang sebenarnya
bukan jalan yang hanya sementara
yang tidak menjanjikan apa2
hanya permainan dunia..
TUHAN..
jangan biar emosi mengawal diri
kelak pasti merana sendiri
tapi aku hanya hamba ciptaan illahi
satu hari pasti jatuh kelembah ini..
TUHAN..
aku dapat rasai
ini balasan buat orang yang hanya tahu membenci
tapi aku tidak mampu berdiri lagi
betapa hati aku telah diasuh kemas oleh syaitan keji..
YA ALLAH..
rapuhnya hati ku ketika ini..
terasa perit untuk menelan
segala keperitan
yang tak mampu lagi untuk ku ungkapkan..
TUHAN..
tiada siapa yang mengerti
apa kata hati ketika ini
biar dibibir selalu menguntum senyuman
tapi dihati hiba menangis lagi
inilah realiti hidup kini...
DUHAI DIRI..
janganlah engkau terus begini
tabahlah hadapi perkara dikemudian hari
tunggu dan nantikanlah kebahagiaan dalam hati
janji tuhan adalah pasti
biarlah pelu menelan hempedu dahulu
sebelum dapat menghirup madu
kerana mahalnya harga sebuah hempedu
hanya dapat dibayar dengan harga setitik madu..
No comments:
Post a Comment