Sunday, August 12, 2012

(EKSLUSIF)VIDEO UMAT ISLAM MYAMAR TERUS DITINDAS!!

salam...masih lagi ingat tentang nasib umat islam di rohingya??kita umat islam khususnya akan menyambut aidilfitri yang bakal tiba,tapi mereka entah apa nasibnya,masih ditindas sesuka hati oleh kerajaan,tentera dan sesama rakyatnya sendiri..tahap kebencian yang melampau terhadap umat islam rohingya makin menjadi2 apabila mereka dengan jelas dan terang2an terus dilanyak tanpa sedikit pun belas simpati..anda perihatin??lihat sendiri ekslusif "video umat islam rohingya dilanyak"...membantulah selagi mana ada saluran yang disediakan,jika tidak mampu dengan wang..doa kalian amat2 diperlukan..

bersyukurlah wahai rakyat malaysia,keamanan masih memihak kepada kita,teruskan berdoa dan berusaha menjaga keamanan kita agar ianya sentiasa berada disisi kita..aminnn...



video




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, August 10, 2012

IKLAN RAYA 2012 YANG MENYENTUH HATI (FULL VERSION)

salam..dalam aku tercari-cari iklan raya 2012,aku terjumpa iklan ni,dan iklan ni jugak aku dah tengok kat tv3,ini iklan hampir bikin gua meleleh air mata yang selama ini gua pertahankan,perinsip saya,masa tengok citer tolonglah jangan menangis..tapi ini iklan hampir menghancurkan perinsip gua maaaaa....

tak payahla kot aku nak citer sinopsis iklan ni,pasal korang sendiri pun dah tengok kat tv kan,tapi yang korang tengok kat tv tu yang dah di cut2 kan??ni aku bagi kat korang yang full version punya..korang tengokla sendiri...pastu tengok menitik ke tak air mata korang tu...
















aku suka yang ni,nampak sangat ukwah yang erat antara diorang,mereka saling meghargai antara satu sama lain..








IKLAN RAYA 2012...

video



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Wednesday, August 8, 2012

IKLAN RAYA PETRONAS PILIHAN KORANG??

salam....pejam celik,pejam celik,kejap je bulan ramadhan ni hampir pergi dan akan digantikan dengan bulan syawal,bila sebut syawal ni,aku rasa ramai yang dah mula berpusu-pusu pergi beli baju raya,dah mula tempah baju untuk dijahit,dah mula tempah kuih,macam2 agenda yang dah korang susun untuk menyambut syawal yang bakal tiba nanti..

Aku rasa kat malaysia sekarang ni mesti dah meriah dengan macam2 program yang telah siap direncanakan sempena syawal yang bakal tiba nanti,tapi sebelum tibanya syawal,kita selalunya akan dihidangkan dengan iklan-iklan raya yang sarat dengan mesej dan memang best pun..

okla,tergeliat lidah aku menyebut bahasa baku ni..hehehehehe..senang cakap,entry hari ni aku nak hidangkan untuk korang semua iklan raya PETRONAS yang best2 sepanjang zaman,mana satu pilihan korang,kalau aku,aku suka iklan raya PETRONAS yang janda anak 7 tu..hehehehe..memang best..jom layan iklan raya PETRONAS...



Hands 2011..

video


i'm Ok 2008..

video


Burung Murai Dan Ayahanda 2007 ....

video



Abah Jangan Lupa Pakai Lampin Tau..

video



Ombak Jahat..

video



Cari Lembu (Janda Anak 7)

video


Umbrella...

video


Kemaafan..

video


 Iklan Raya 1997

video



iklan yang edisi luar negara ni aku jumpa secara tak sengaja kat youtube..korang2 rasa seiras iklan yang mana??tak kisahla macam mana pun,yang penting,kita semua terhibur dan faham dengan mesej yang ingin disampaikan..

Iklan Raya Edisi Luar Negara..

video



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

TIGER WOODS AKAN BERAKSI DALAM CIMB CLASSICS,PRU TANGGUH LAGI..

PUTRAJAYA 6 ogos,Bekas pemain nombor satu dunia, Tiger Woods antara pemain yang akan menyertai pertandingan golf CIMB Classics berlangsung di The Mines Resort & Golf pada 24 hingga 28 Oktober ini sekaligus mengenepikan andaian pilihan raya akan berlangsung dalam masa terdekat.


Menurut perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak (gambar), kehadiran Tiger Woods selepas hampir 13 tahun tidak ke Malaysia dapat menyemarakkan pertandingan itu nanti.

Menurut ketua eksekutif kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata seramai 48 pemain golf elit dunia  akan beraksi dalam pertandingan ini termasuk termasuk juara bertahan tahun lalu, Bo Van Pelt dan juara tahun 2010, Ben Crane.

"Kita harapkan dengan kejohanan ini, kita akan dapat wujudkan pemain golf terbaik dunia seperti kita adakan pemain seperti Lee Chong Wei dan Nicol Ann David. Kita juga telah menandatangani perjanjian selama 5 tahun dari 2012 hingga 2016, CIMB akan menguruskan pertandingan ini, dan saya melantik Todd Rhinehart sebagai pengarah eksekutif CIMB Classic," kata Nazir lagi.

sumber

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...

Sunday, August 5, 2012

SEPINTAS LALU TENTANG NUZULUL QURAN

salam...sebelum ni aku pernah letak entry pasal nuzul al-quran ni,tapi takpela,hari ni aku akan terang lagi serba sedikit tentang nuzul al-quran..

Nuzul bermaksud "turun",kisah penurunan ayat yang pertama
bermula pada hari jumaat 17 ramadhan,tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.Setelah kejadian tersebut,bermulanya penurunan ayat al-quran secara berperingkat hingga ianya sempurna menjadi 30 juzuk seperti yang telah kita baca sekarang ini.

Ayat yang pertama di turunkan ialah dari surah al-'alaq ayat 1-5. 



Al-quran ialah mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar dan yang paling nyata,merangkumi segala hal dan isu berkaitan kehidupan dan kejadian manusia,mengandungi doa-doa yang boleh diamalkan setiap hari,tiada tandingan sepanjang zaman hingga tibanya hari kiamat,yang mana jika kita berpegang dengannya,kita takkan tersesat buat selama-lamanya..


Berlaku 1 kisah,dimana,para kaum yahudi mencuba untuk mencipta kalam yang boleh menandingi ayat al-quran,tapi semua usaha mereka gagal,seperti yang disebutkan didalam surah al-baqarah ayat 23-24,allah menyebut,jika mereka meragui tentang apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad,maka datangkanlah ayat2 yang sama seperti di dalam al-quran,tetapi,ternyata mereka tidak mampu..


kenapa surah al-'alaq yang diturunkan dahulu??kenapa perlu "bacalah!!"..."bacalah dengan menyebut nama tuhanmu" seperti yang tercatat dalam surah tersebut ayat 1..jawapan saya cuma satu "tanpa pembacaan,ilmu kita takkan kemana"..betapa agungnya allah menyusun sesuatu perancangan yang begitu teratur untuk hamba-hambanya..



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..







GEJALA SORE EYES,5 DAYS MC - BIKIN GUA MENYAMPAH!!



salam..."kes" video  sore eyes,5 days MC ni sebenarnya aku baru je tengok baru-baru ni,aku siap baca lagi pasal budak dalam video ni,budak singapore,nama dia tak payah sebut la kot,korang cari sendirila,benda ni aku rasa ramai yang dah tahu..


aku bukan apa,tengok video ni,aku rasa,betapa gediks dan mengeletisnya budak ni,kalau ye pun nak upload video kat youtube,takyah lak kot rasa-rasanya nak buat memek muka camtu,aku rasa "kes" video ni makin dah jadi trend dikalangan "peminat2" budak ni,yang meniru kembali memek muka yang dia dah buat,dan ada setengah peniru tu yang membuatkan aku lagi menyampah nak tengok,kepada sesiapa yang tak pernah tengok lagi,korang tengok la sendiri,pastu tanye diri sendiri,gedik ke tak manusia yang satu ni..

video


ni pulak video yang diorang dah buat dalam bentuk katon lak,ni je video yang aku pilih untuk diletakkan kat sini,video yang lain tu,aku tak letak,satgi lagi meluat aku nak tengok,silap hari bulan,tak bukak dah aku punya blog ni..


video


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

10 ARTIS PALING HEBAT "CELERITY 100"

Majalah Forbes telah mengeluarkan siri Celebrity 100 mereka di mana setiap artis di nilai berdasarkan nilai mereka dalam masyarakat,berbeza yang sebelum ni,mereka di nilai berdasarkan pendapatan mereka..


Jom kita tengok 10 artis paling hebat  "celebrity 100"


1- Jennifer Lopez.

Berjaya mengenepikan Lady Gaga dengan menduduki tempat pertama dengan nilai pendapat  sebanyak USD 52 juta dalam masa setahun dan populariti yang berganda,selain menjadi juri dalam "America Idol",popular dengan kes dia menceraikan suaminya Marc Anthony,mendapat perhatian banyak perhatian jenama popular seperti L'Oreal dan Gillete,mempunyai rangkaian pakaian di Kohl, jenama minyak wangi yang laris di pasaran,mempunyai 6.6 juta pengikut di Twitter dan 12 juta peminta di Facebook.



2- Oprah Winfrey.

Oprah Winfrey mengalami keadaan yang agak sukar setelah tamatnya rancangan "Oprah" yang telah ditayangkan selama 25 tahun,namun dia berjaya menjana pendapatannya melebihi artis-artis lain memlalui empayar perniagaannya seperti rancangan rancangan "Dr Phil" dan "Rachael Ray", penerbitan majalah "O" dan kontrak radionya dengan Sirius XM.


3- Justin Bieber.

Artis bujang berumur 18 tahun ini berjaya meletakkan namanya sebaris dengan artis yang lain,selain daripada kejayaan konsert dan penjualan albumnya dia juga turut mendapat keuntungan melalui pelaburannya dalam syarikat-syarikat permulaan seperti Spotify, Tinychat dan Enflick.
 


4- Rihanna.

Selain mencipta popularitinya dengan pelbagai kontroversi dan pelbagai ragamanya,dia juga berjaya melaui beberapa lagu hit nya  "We Found Love" dan "Talk That Talk",mendapat keuntungan melalui minyak wanginya Reb'l Fleur dan konsert jelajahnya,serta beberapa kontrak dengan syarikat lain.Dia juga selebriti kedua dengan peminat terbanyak di Facebook, dengan jumlah peminat seramai 53 juta orang.



5- Lady Gaga.


Merupakan pengguna Twitter paling popular dengan lebih 24 juta pengikut dan artis ketiga dengan peminat paling ramai di Facebook, mencapai 50 juta orang.Tetapi konsert jelajahnya semakin kurang,mungkin ini yang menyebabkan dia menduduki tangga ke lima..




6- Britney Spears.

Britney kembali menduduki carta apabila siri konsert jelajahnya berjaya hingga mencapai 75 persembahan..Juga mengaut keuntungan melalui iklan dan juga produk minyak wanginya  bersama Elizabeth Arden.Kembali mendapat perhatian media melalui pertunangannya pada akhir 2011.




7- Kim Kardashian.

Perkahwinannya ditontonn lebih  daripada 10 juta penonton dan juga pencerainnya tiga minggu kemudian mungkin menjadikan dia begitu popular hinggakan menjadi muka depan untuk 63 buah majalah.walaupun boleh dikatogeri sebagai "ratu gossip" dia juga terkenal dengan ratu siri realiti (kontrak tiga buah musim lagi dengan E! bernilai USD 30 juta), ratu minyak wangi (produknya mengaut lebih USD 6 juta dalam jualan runcit) dan dia juga bekerjasama dengan adik-beradiknya Kourtney dan Khloe untuk mereka rangkaian fesyen,"Kardashian Kollection for Sears" dan banyak lagi..


8- Katy Perry.

Banyak mendapat hasil melalui album "Teenage Dream",selain itu juga dia menjana pendapatannya melalui konsert jelajah California Dreams sehingga mengaut keuntungan hampir USD 60 juta.



9- Tom Cruise.

Berjaya melalui filemnya  "Mission: Impossible - Ghost Protocol". Filem tersebut berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD 700 juta di box office.



10- Steven Spielberg.

Pengarah filem  "The Adventures of Tintin" dan "War Horse" berjaya menjadi pilihan penonton dan juga pengkritik apabila mendapat pencalonan di Anugerah Academy.syarikat penerbitannya juga berjaya meraih untung yang banyak apabila empat siri terbitannya berjaya memasuki arena televisyen.





sumber


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

TREND BUDAK SEKARANG JAWAB EXAM..

salam..budak-budak zaman sekarang ni,aku pun tak paham,pelik2 dah aku rasa..antaranya trend diorang jawab soalan exam ni..aku nak tergelak pun ada..ada yang terlebih kreatif,ada yang terlebih psiko..macam2 lagi..korang tengok jela sendiri...












ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, August 3, 2012

PINGAT EMAS MALAYSIA GANJARANNYA BASKIN ROBBINS 1 MALAYSIA..






salam...sekarang ni kita sibuk berkata sana sini pasal sukan olimpik dilondon,ada yang bercerita yang buruk,dan ada yang sebaliknya,tapi hari ni,aku nak cite kat korang sesuatu yang menarik,untuk semua rakyat malaysia.."jika sekiranya malaysia mendapat pingat emas dalam sukan olimpik,61 kedai baskin robbins seluruh negara akan menghadiahkan 1 skup aiskrim pada setiap seorang pada 8 ogos 8-10malam!!" 


ha!!amacam??menarik tak??sekarang harapan paling tinggi diletakkan atas bahu DLCW,beliau sudah pun layak untuk ke final dalam acara badminton..jadi,pada korang2 yang rasa2 nak makan aiskrim free tu,doa la banyak2 moga korang semua dapat makan aiskrim free..


tapi yang sedihnya,saya kat sini tak dapat makan..huwarrrrrr!!!!!!egypt takde lak buat hadiah apa2 pun untuk rakyat kat negara dia ni kalau dapat emas,setakat ni dioramg ditangga yang ke 39 dangan 1 pingat perak..


kat sini,aku sertakan kedudukan malaysia disukan olimpik,macam yang aku cakap tadi tula,doa banyak2 malaysia dapat emas,kalau korang rasa2 nak makan aiskrim free!!





juga sumber yang aku dapat dari twitter fakta bukan auta dan juga twitter ahmad izham omar,tak silap aku dia ni orang besar gak 
dalam media prima..boleh tengok kat twitter dia AhmadIzhamOmar









ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Thursday, August 2, 2012

IBU LAHIRKAN KEMBAR 12 DIPAKSA PILIH SATU,SELEBIHNYA AKAN DIBUNUH..




JINAN HUANG,seorang ibu yang berusia 33 tahun telah melahirkan 12 orang bayi pada isnin lalu,jinan yang dilaporkan stabil setelah proses bersalinnya selama 31 jam itu telah diberi pilihan oleh kerajaan china untuk memilih hanya seorang bayi dari 12 untuk dipelihara dan dibesarkan,manakala yang selebihnya akan dibunuh..ini sudah termaktub dalam undang-undang kelahiran kembar dichina.

Sejak tertubuhnya undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’yang ditubuhkan pada 1983 lebih daripada 65 juta bayi kembar yang telah dibunuh dinegara tersebut.


“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan,katanya lagi “Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

"Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.”  lagi sebelas bayi yang tidak dipilih oleh jinan dan suaminya,akan dibunuh dengan cara melemparkan dari atas puncak gunung.


Jinan telah memohon maaf kepada seluruh rakyat china dan pemimpin tertinggi dichina atas kelahiran yang memalukan ini,katanya “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.” sumber harian metro online


negara china ni bagi aku antara negara yang kurang perihatin,nak letak tak perihatin langsung pun,takdela semua macam tu,sebab aku pernah je baca tentang benda2 baik kat china tu,tapi aku rasa yang baik tu macam sikit je dari yang buruknya,dan bagi aku semua yang berlaku tu adalah diluar sifat kemanusiaa,hartu kita digemparkan dengan isu budak dilanggar,pastu orang yang lalu lalang tu boleh buat muka bangang je semua,tu belum masuk kes makan bayi lagi,diorang ni kalau boleh semuanya nak makan,kucing,anjing,ular,semuanya diorang nak telan,bagi makan LINTAH kang baru tau...

Kalau tak nak anak2 tu,bagi jela orang yang takde anak,yang takde anak,ikhtiar macam2 cara untuk dapatkan anak,yang dah terlebih anak,nak bunuh lak...macam2la manusia ni..

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..