Monday, July 25, 2011

JAWAPAN UNTUK MAMA..:)



Wahai ibu..
Kami anak2mu
Memohon restu dan doamu
Bagi memandu jalan dihadapan ku
Terima kasih wahai ibu..

Wahai ibu..
Kental sungguh hatimu
Malam2 kami merengek meminta ini dan itu
Kau tetap setia disisi ku
walau malam jauh meninggalkanmu..

wahai ibu..
tak layak rasanya puisi ini menandingimu
kerana tiada kata yang seindah daripada baktimu
tiada nada yang semerdu nasihatmu
hanya kasih dan sayang sentiasa bersarang dihatimu..

wahai ibu..
maaf andai semalam aku terguris hatimu
begitu lalai rupanya anakmu
hingga terlupa utk menjaga kata2
pedihnya dihati masih berbisa..

wahai ibu..
ku ingin kau berada disyurga
kerana jasa tak terkira didunia
melahirkan aku dengan rela
menjaga ku hingga dewasa..




wahai ibu..
bagaimana lagi hendak ku kata
jika diberi izin darinya
mahu hidup mati bersama
pohon syurga tempat berteduh kita.
Sebagai saksi janji setia
Taat setia penongkah kata
Sungai syurga penghilang dahaga
Buat ibu yang setia bersama
Izinkan aku berkata
" I LOVE U MAMA.. ”


2 comments:

Cik Puan Kocik said...

tak sabar balik jumpa mak ayah...ermmmmm

akuemma said...

kasih sayang mama hingga ke syurga;-)