Wednesday, July 6, 2011

1 HARI YANG PANJANG CITENYA...

alhamdulillah..selesai sudah exam petang tadi..lega sangat2..boleh tarik nafas panjang2 dah..soklan pun boleh tahan gak tadi..tapi apa2 pun.aku malas nak pikir benda yang dah lepas..yang penting..pandang ke depan,masih jauh yang perlu dikejar..

ok..hari ni aku bukan nak merapu pasal piksa aku petang tadi,tapi aku nak cite sikit kejadian yang berlaku sepanjang aku dalam perjalanan nak gi kuliah tengah hari tadi..

ok..KISAH BERMULA..aku stat piksa kul 1 petang,so dalam kul 12 pas azan zohor kuar rumah,almaklumlah sekarang musim panas,kira kalau kuar tengah hari buta tu dengan baju basah,sure boleh keringnya la..masa musim panas nila ramai orang yang senang sangat naik angin..

masa aku nak lintas landasan ketapi,aku nampak sebiji trenco ni,dia bawak laju gila,kebetulan lak ada sebiji tut-tut(tahu tak tut2 tu apa??ala..klu kat indon ada gak benda ni,kalau tengok cite tamil ada je benda ni,dia kecik je)dia nak pusing tut-tut dia,sekali pusing tak tengok belakang,so terlanggarla dengan trenco yang tengah syok2 bawak laju tadi..patah dia punya cermin sisi tu..so apa lagi..hanginla tuan punya trenco,maka terjadilah perang ditengah2 jalan tu dalam keadaan yang tengah terik tu,orang arab ni kalau bawak keta kat jalan kampung tu macam bawak keta kat highway je..aku takleh tengok sampai habis kejadian tu sebab aku kena kejar masa..nak piksa!!!!

bila dah lintas,kitorang tahan teksi gi kuliah,sebab waktu2 sekarang susah nak cari van,masa dalam perjalanan tu,ada lagi kejadian yang berlaku..sampai je kat satu lorong ni,ada satu lori parking kat jalan,so teksi tu terpaksa makan jalan orang lain,tiba2 masa nak jalan tu ada sebiji keta tu berenti betul2 depan teksi tu..ingatkan pak cik tu nak reverse ke apa ke,rupa2nya dia parking tengah2 jalan tu..gila apa!!!dia salahkan pemandu teksi tu sebab ambik jalan dia,sepatutnya jalan teksi tu kat sebelah kanan..

gila ke buta ke pak cik tu,macam mana teksi nak jalan kalau dah ada lori kat situ,takkan nak terbang lak kot,dia siap turun dari keta dia,kunci lagi keta dia..pak cik tu pun satu,mana ada pernah oranag parking keta kat tengah2 jalan(tp kt sini tade yang mustahil).pak cik ni betul2 dah mula buat pemandu teksi tu naik angin,kat belakang tu berderet2 keta nak jalan..maka bermulala satu lagi episod pergaduhan ditengah2 jalan..bunyi hon bertalu2..tensionnya otak aku masa tu..tiba2 pemandu teksi suh kitorang turun sebab dia tak jadi hantar kitorang gi kuliah,mana taknya dok sibuk gaduh,sebab tula takleh hantar kitorang..

bila kitorang turun,ada lak hamba allah yang lain suh kitorang masuk balik dalam teksi tu..aduhhh..hati aku pun dah mula nak mendidih ni..macam2 jadi..akhirnya pak cik tu mengalah,ada orang datang tenangkan keadaan..alhamdulillah..dapat gak kitorang gi kuliah ngan teksi tu,kalau tak jenuhla kena gi cari teksi lain..dah la panas terik..

cite tak habis lagi..masa dalam perjalanan nak gi kuliah,aku nampak lak pak cik tukang lap kasut pukul sorang budak ngan selipar..mentang2la keje lap kasut,pukul orang pun ngan kasut..dia pegang tangan budak tu punyala kuat..nangis budak tu..mungkin budak tu ada wat hal kot,sebab tu pak cik tu marah,tapi nasib ada orang datang tenangkan dia..aku kenal pak cik tu,dia baik orangnya,dia pernah lap kasut aku,tapi tu bukan aku yang nak,dia sendiri yang suka rela nak lapkan..aku pun bagi jela..dia baik,sepanjang dia sembang ngan aku,tak habis2 dia puji allah,dia asyik sebut beberapa potong ayat quran kat aku,dia cakap"semua rezeki tu datang dari allah"..jadi aku beranggapan mybe budak tu ada buat salah..

itu benda yang aku nampak sebelum gi piksa,bila balik piksa lak,aku ada nampak sorang pompuan nak gaduh ngan laki,dia siap pukul laki tu ngan kayu lagi,tapi laki tu takdela marah dia lebih2,sebab kat sini kalau laki gaduh ngan pompuan dikira aib bagi diorang..

panjang gak entry aku hari ini,tapi itu baru sikit,banyak lagi yang aku nampak sepanjang aku duduk kat sini..orang2 kat sini memang kasar,kalau kita tengok memang terukla,tapi bagi diorang biasa je..

macam2 yang aku nampak..aku pernah nampak orang gaduh ngan parang,berdarah2..ada yang gaduh ngan lampu panjang tu,ada yang sampai terkulai jari dia..tapi diorang gaduh jap je,esok bila jumpa,elok je,siap peluk2 lagi,cium2 pipi..diorang bukan gay,tapi itula adat diorang,tak kira laki ke pompuan ke bila jumpa mesti cium pipi..tapi laki ngan lakila,pompuan ngan pompuan la..nak mampus suka2 hati je hati cium anak dara orang!!!

inilah entry aku untuk hari ni,yang panjang macam karangan bahasa melayu SPM..terima kasih pada mereka yang sudi baca sampai habis..moga allah membalas jasa kalian..sungguh aku menyanyangi saudara/saudari ku kerana allah..

No comments: