Saturday, July 30, 2011

PENGUMUMAN PENTING!!!!!

assalamualaikum..bismillahirrahmanirrahim..dengan nama allah..aku memulakan tulisan aku hari ini..esok genapnya 1 0gos,bermakna umat islam akan memulakan ibadah puasa..aku hari ni,nak mohon maaf kat semua pembaca blog aku,kiranya kalau aku terkasar bahasa ataupun ada ayat yang kurang sopan kat dalam blog aku ni..aku minta maaf..

kadang2 aku tak update tiap2 hari..aku kadang2 tu takde idea..kering jap otak aku..aku mintaa maaf..minta maaf ni tak semestinya hari raya je..tiap2 hari kite kena minta maaf sebab kita tak tahu,umur kita sampai takat mana..takut tak sempat nak minta maaf..

so,hari ini,aku ada nak wat sikit pengumuman,andainya satu hari nanti,blog aku ni "terdiam" agak lama,tanpa di update..maknanya akan berlaku salah satu daripada tiga perkara ni..:-

1-mungkin sebab line internet kat sini dh terputus,memandangkan situasi kat sini makin hampri pada pilihan raya,kemungkinan besar internet akan terputus disemua tempat..macam rusuhan hari tula..semua line internet takde,tapi harapnya,biarla line internat ada macam biasa...

2-mungkin sebab aku dah balik malaysia,kat malaysia,rumah aku takde internet..maka aku tak berpeluang lansung nak update blog ni..aku minta maaf..

3-benda ni bukan aku sorang je yang akan alami,tapi semua benda hidup akan alaminya,cuma masa je yang berbeza...mati!!!aku bukan minta dipercepatkan tarikh kematian aku,tapi hanya dengan mengingati mati,aku lebih tahu dan sedar tentang hukum alam...lebih kenal siapa tuhan..

inilah 3 perkara yang akan berlaku sekiranya blog aku ni lama "mendiamkan diri"..sesungguhnya aku manusia biasa,ampunkan salah aku,aku tulis benda ni bukan apa,untuk mengelakkan syak wasangkan dikalangan pembaca blog aku nanti..

apa2 pun..selamat menyambut ramadhan..kejarlah nikmat ramadhan,kejarlah fadhilat yang terkandung didalamnya..aku berdoa pada tuhan,agar aku dan seluruh umat islam nanti,bila ada antara kita yang bakal di bawa berjumpa tuhan kelak,biarlah dalam keadaan syahadah..insyallah...semua perkara kerana allah..

Thursday, July 28, 2011

CUBA BACA BETUL2!!



entry saje suka2 je..saje letak..aku suka lagu ni..selalu gak layan lagu ni..tapi ni lagu sedih la..kalau korang nak dengar,try search kat 4shared..ok..tapi nanti masa serach tak kuar nama nancy ajram,korang taip nancy agram..jangan risau,orang yang sama gak..nak cte kenapa beza "J" ngan "G" satgi panjg lak citenya..takpela..korang search jela..

korang nak belajar cakap bahasa arab ammi(arab pasar) tak???hahaha..kalau nak,cuba baca lirik ni elok2,kalau rasa2 boleh baca,maknanya korang boleh cakap arab ammi la tu..aku ada gak cari lagu lain,tapi yang lain tu panjang2 sangat..lagu ni je yang pendek sikit...ok..jom layannnn....

ENTA EIH-NANCY AJRAM...

Enta eih
mesh kefaya alaik Tegrahni haram alaik enta eih
Enta laih domoey habeebi tehoun alaik
Tab w laih ana radya enak tegrahni w roohi feek
Tab w laih yaani eih radya beaazabi bain edaik
(x2)

Law kan da hob ya waili mino
W law kan da zanbi matoub aano
Law kan naseebi aeesh fe gerah
Hayaeesh fey gerah
(x2)

Mesh haram mesh haram enak tekhdaani fey hobi leek
Mesh haram elgharam we seneen hayati w 3ashe'e leek
Daa' awaam wala kan leaaba fey hayatak yetdaweek
Daa' awam el hanan w hodni albi w amali feek
(x2)

Law kan da hob ya waili mino

W law kan da zanbi matoub aano
Law kan naseebi aaeesh fey gerah

Hayaeesh fey gerah
(x5)




TENGOK BETUL2!!!!

kerja korang senang je..tengok betul2 gambar ni,nanti korang akan jumpa jawapnnya..senang kan..so apa lagi..jom tengokkkk!!!!


LUAHAN MATA SI PERINDU..




Luahan hati yang aku dengar dari seorang sahabat,sedih gak dan aku dapat selami luahan hati dia..biar aku namakan luahan dia sebagai “luahan mata si perindu”

Begini ceritanya padaku,dan aku akan lauhnkan suaranya disini…

Betapa dia merindui seorang hamba allah yang telah sekian lama dia memendam rasa untuk bertemu “NYA”..setiap hari dia berdoa agar suatu hari nanti dia akan bertemu dengan “NYA”..

Tapi hingga kini masih belum bertemu,aku mendengar lagi suara hati rakanku ini,sambungnya lagi….

Hampir setiap hari dia mengharap agar dipertemukan dengan “NYA” satu hari nanti…dia risau sekiranya dia mati pada esok hari atau lusa,bimbang tidak dapat bertemu “NYA”..dia ingin melihat hamba allah ini kembali kepada “NYA”..sungguh hatinya teramat bimbang..

Sambungnya lagi..dia ingin berkongsi syurga yang sama bersama “NYA” diakhirat kelak..katanya lagi,dia rela membahagi pahala kepada “NYA”..

Aku mula menasihatinya..jangan terlalu menyanyangi manusia,dan jangan terlalu mengharap dengan manusia,takut diri akan merana..jangan hingga sanggup membahagi pahala,di khuaitiri,kita yang akan merasa azabnya..

Tapi dia mula membidas kembali…dia mempercayai tentang kuasa allah,takkan sekali2 manzalimi hambanya,setiap hamba yang ikhlas dalam setiap perkara,pasti diredhainya,dia tidak mengharap pada sesiapa,Cuma hanya pada allah sahaja,dia tidak menyanyangi sesiapa melainkan hanya kerana allah sahaja,dan dia tidak pernah menyesal menyanyangi hamba allah ini,kerana ikatan sayang yang diciptanya atas dasar persaudaraan sesama islam,dia ingin membawa “NYA” meniti jalan allah yang terang dengan cahaya nur keimanan,bukan meminta balasan…

Aku terdiam sebentar mendengar keluhan hatinya..sungguh kah rakan ku ini??sudah cukup kuatkah hatinya dalam menunaikan kata2nya??namun aku kagum dengan semangat yang dia ada..aku tidak mahu lagi membidas kata2nya,dia dan tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk dilakukannya..

Namun…jauh disudut hati ku..hingga kini masih berfikir..siapakah gerangan HAMBA ALLAH yang di maksudkannya..hanya dirinya yang tahu siapakah gerangan tuan empunya..

Sungguh bertuah HAMBA ALLAH itu,punya sahabat dalam senyap,yang tidak menjelma didepan mata,apatah lagi mengenali siapa dia..inilah yang aku namakan sebagai “LUAHAN MATA SI PERINDU”.. kerana dari matanya,jelas menampakkan keikhlasan hati yang mendalam dalam menantikan sahabat “NYA” itu..

WEIL CHINA!!!



salam..kawan2..aku nak promote satu buku ni..buku ni sebenarnya dah lama,aku pun tak pasti korang dah baca ke belum,tapi aku jamin,buku ni memang best,yang pastinya ianya bukan cinta biasa,ianya tentang cinta pada negara,allah,dan saudaranya..

kezaliman yang berlaku di tukistan..ketika dijajah komunis..banyak yang berlaku,kisah benar yang telah diceritakan semula..percayalah cakap aku,cite dia memang best,aku dah berapa kali khatam dah ngan buku ni...

maaf,aku tak minat sangat novel tangkap leleh ni,tapi kalau pasal perang ke atau hantu je,insyallah,aku akan baca..WEIL CHINA boleh dikira sejarah la..

aku tak pasti kat malaysia ada lagi ke tak buku ni,tapi kalau ada lagi,korang gi la cepat2 beli buku ni...

Wednesday, July 27, 2011

PELIK LA LAK..

salam..kawan2..sekarang ni aku jarang up date blog..sebab aku macam kurang idea sikit..tu sebab jarang up date..

hmm..hari ni aku nak cte sikit..aku agak terkejut sebab entry ni "SAPA NAK JOIN"
banyak sangat yang jengok..apa yang best ntah kat entry ni..ada yg berminat nak jadikan SHOMBA tu menantu ke@calon isteri??

pelik2..tapi takpela..time kasihla sebab jengok blog aku ni..satgi ada yang cakap.."apa hal lak budak ni,suka hatila aku nak tengok entry apa pun.."..ok2..tak kata apa..masuklah mana2 nak masuk pun..silakan la ye sayang......

Monday, July 25, 2011

JAWAPAN UNTUK MAMA..:)



Wahai ibu..
Kami anak2mu
Memohon restu dan doamu
Bagi memandu jalan dihadapan ku
Terima kasih wahai ibu..

Wahai ibu..
Kental sungguh hatimu
Malam2 kami merengek meminta ini dan itu
Kau tetap setia disisi ku
walau malam jauh meninggalkanmu..

wahai ibu..
tak layak rasanya puisi ini menandingimu
kerana tiada kata yang seindah daripada baktimu
tiada nada yang semerdu nasihatmu
hanya kasih dan sayang sentiasa bersarang dihatimu..

wahai ibu..
maaf andai semalam aku terguris hatimu
begitu lalai rupanya anakmu
hingga terlupa utk menjaga kata2
pedihnya dihati masih berbisa..

wahai ibu..
ku ingin kau berada disyurga
kerana jasa tak terkira didunia
melahirkan aku dengan rela
menjaga ku hingga dewasa..




wahai ibu..
bagaimana lagi hendak ku kata
jika diberi izin darinya
mahu hidup mati bersama
pohon syurga tempat berteduh kita.
Sebagai saksi janji setia
Taat setia penongkah kata
Sungai syurga penghilang dahaga
Buat ibu yang setia bersama
Izinkan aku berkata
" I LOVE U MAMA.. ”


Friday, July 22, 2011

JANGAN MAIN2 NGAN KAMI!!

salam..hari ni aku ada satu cite,agak panas gak hati aku tadi..alkisahnya..aku gi ngan kawan aku ni makan aiskarim kat satu kedai ni,sebab kedai ni aiskrim dia sedap..aku pun belila aiskrim tu..pastu aku bayar bagi 10 gnih..jadi balance yang dia kena bagi kat aku 5 genih,aku pun tunggula depan dia sebab aku nak balance aku,tapi dia cakap,takpe2..awak gi makan dulu..

so aku ngan kawan aku ni makanla aiskrim tu kat kedai dia,bila dah habis kitorang nak blah,aku mintala baki duit aku,tiba2 lak dia kata dia dah bagi..aik???bila masa lak dia bagi??aku pun confius...

kitorang pun cakapla kat dia,mana ada kau bagi balance kat kitorang,tapi dia tetap nak tegakkan kebenaran dia yang dia dah bagi balance kat aku.tiba2 lak ada yang masuk campur,siap bela tuan kedai lagi..diorang kata tuan kedai ni baik,mana pernah buat masalah..habis tu kitorang ni jahatla???

aku ngan kawan aku ni makin naik angin dibuatnya,ni bukan soal 5 genih,tapi soal maruah(kata kawanku)...diorang seolah2 nak kata kat kami ni penipu!saja nak ambik kesempatan!!sampai sanggup meminta dengan cara macam ni!!

heloo..kau ingat kitorang ni tak mampu sangat ke??kau ingat kitorang ni mati kebulur ke kalau tak ambik balik 5 genih tu??korang sumpah kitorang pun takkan jadi apa,sebab tu hak kitorang..

jangan ingat korang tu bagus sangat,kitorang takkan makan rezeki haram dengan cara macam tu,kami tahu hukum ok,masih dapat bezakan halal dan haram,bukan ikut sedap mulut je makan,kami bukannya meminta2..

jangan main2 dengan budak melayu,nasib kau bagi gak baki tu,kalau tak bagi memang hancur kedai kau kami terajang..ingat kami tak berani ke???

budak melayu memang nampak lembut,tapi kalau kami dah naik angin,jagalah korang!!!

MANUSIA..JAGALAH SIKIT KATA2..

manusia..
beringat sikit bila berkata2
jangan kerana mulut badan binasa
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata naya jawabnya..

manusia..
jangan nak berlagak dengan ilmu yang ada
kalau bukan pemberian tuhan jawabnya tak kemana
jadi tolongla jaga kata2
nanti jangan sampai orang mengata belakang kita..

manusia..
bila berkata agak2la
jangan ikut mulut dan sesedap rasa
hati manusia bukan macam hati unta
sabar je apa orang nak kata..

manusia..
berfikir dulu sebelum berkata2
guna segala ilmu yang ada
kalau ikut nafsu memang mengada2
salah orang semuanya nak dikata..

manusia..
unta pun geleng kepala
buat malu jela
setan lagila suka
sebab dapat rosakkan umat manusia..

manusia..
kiamat dah menunggu kita denga setia
dunia lak dah bosan dengan derapan kaki kita
dekat2kanlah diri dengan agama
tambahkan iman yang suku pun boleh dikira..

manusia..
nak tegur ada caranya
bukan main hentam je ikut suka
aku cakap macam ni bukan apa
takut korang terkena balik apa yang dikata..

manusia..
yang lepas tu biarkan saja
binalah kebaikan yang akan dihadapi esok lusa
tuhan tu maha pemurah dan maha mengetahui segala
insyallah,akan menerima taubat kita!!!

Thursday, July 21, 2011

PERISTIWA DAHSYAT...

salam..hari ni aku nak kongsikan satu cite and pengalaman aku yang agak menarik,bagi aku ianya menarik,tapi tak taula bagi korang menarik ke tak..tapi aku tetap nak tulis kat blog ni,buat kenangan..

dalam 2 hari lepas,depan rumah aku ni berlaku satu pergaduhan besar,antara 2 kumpulan,1 kumpulan bawak kayu,1 kumpulan lagi bawak parang..hahaha..dahsyat2..kat sini sebenarnya benda2 ni dah biasa jadi,gaduh ngan parang sampai darah2,tambah2 lagi musim panas ni..tapi kali ni dia lain sikit dari yang lain..

nak tau kenapa???sebab dia berlaku 3 kali dalam 1 malam!!!bukan sikit yang gaduh tu,ramai..yang muda,tua,laki,pompuan,semua ada..sampai darah2 la gaduh tu..tapi aku tertarik beberapa kejadian yang terjadi semasa pergaduhan tu..

    1-walaupun gaduh pakai parang,tapi tetap ada orang yang datang tenangkan..diorang tak takut pun ngan parang tu.

    2-masa pergaduhan tengah sengit,aku terpandang seorang pompuan
    dok baling batu kat kumpulan yang pakai parang tu..huh!!!beraninya cik kak...

    3-ada lak sorang mak cik ni,memang dah tua sangat,tapi masih gagah berdiri dengan 2 bilah parang yang kita guna dok katok kelapa tu kat tangan dia..lagi berani mak cik ni..bila pergaduhan kali kedua tu dileraikan,diorang dah hantar mak cik ni balik,tapi bila berlaku kali ketiga,mak cik ni datang lagi,sampai tak larat nak berdiri la,dah tak pasal2 kena ambik kerusi bagi mak cik ni duduk..dan yang paling hairan tu,masa datang boleh jalan sendiri,tapi bila balik,tak larat dah,kena orang papah...cam ne tu???

    4-jangan terkejut ok..orang bisu pun terlibat gak..dengan parang kat tangan,tapi berjaya ditenangkan oleh orang ramai,dengan menggunakan bahasa isyarat!!!pandai gak orang awam guna bahasa isyarat..

    5-diorang ni gaduh sampai tak ingat dunia,habis lampu kedai dikatoknya,kereta orang pun dikatok gak..nasib pak cik tu cepat2 alih keta dia,kalau tak,tak taula nk jadi apa..

    6-pergaduhan kali ketiga,barula polis nak datang,tapi masa ni diorang tak pakai parang2 dah,cuma gaduh guna mulut je..polis pun datang jap je,suruh orang bersurai,pastu blah cm tu je,nampak sangat malas nak buat keje..apa da...

    7-dan yang paling aku heran sangat2..masa orang dok syok gaduh tu,ada lak budak2 yang dok tercegat kat situ,kalau ikutkan,senang je kalau parang tu nak dihayunkan kat diorang,tapi diorang dengan rileksnya terus layan je tayangan percuma tu tanpa ada rasa takut pun..hish!!!aku lak yang takut..mana mak diorang ni???

    hmm...itulah kisahnya..itu baru gaduh kecik je,macam mana ye masa pilihan raya nanti..dengar cite bulan 11 lak,daripada bulan 9 dah ditukar ke bulan 11 lak..macam mana ye???masa tu dah stat kuliah..hmm..tunggu dan lihat je la..

    time kasih baca cite ni walaupun bagi korang tak menarik mana pun,tapi kalau korang tengok sendiri dengan biji mata korang tu,mesti lagi menarik..

    Wednesday, July 20, 2011

    KOMPUTER&PERANANNYA DALAM HIDUP KITA..

    salam..entry yang saja suka2 aku reka,nth macam mana leh terlintas idea ni..jom layan sat entry ringkas aku pagi ni...

    pesanan wat orang yang nak HIDUP BAHAGIA tapi di gangu oleh manusia lain,senang je..sila RIGHT CLICK kt org tu and DELETE dia..sng kn??

    tapi bila ada orang yang TERSAYANG bersama kita,sila RIGHT CLICK kt org tu,COPYkn dia & PASTE kan dalam hati kita,sebab hati adalah tempat yang paling berhemah dalam diri kita....

    kenapa tak boleh CUT dan PASTE???sebab,kita kena ingat,bukan kita sorang je yang sayang kat dia,ramai lagi yang menyanyangi dia,so JANGAN TAMAK!!!!

    tapi kalau hari ni kita ada BUAT SALAH NGAN ORANG,tapi kita tak sedar,senang je,macam biasa MUHASABAH DIRI..macam mana ye..meh aku ajar..sila RIGHT CLIK kat scren komputer@latop,pastu VIEW dan seterusnya SHOW DEKSTOP ICON..nanti korang akan jumpa kesalahan yang telah korang sembunyikan..

    bila dah jumpa kesalahan tu janga lupa CLICK kat dia,untuk dipindahkan ke RECYCLE BIN dan seterusnya EMPTY THE RECYCLE BIN..ok???

    HATI TAK TENANG???hmm..macam mana ye??senang je..ON LATOP@KOMPUTER,SEARCH GOOGLE..dan seterusnya SEARCH http://genta-rasa.com/...insyallah..hati akan tenang..

    kalau tak tenang gak..guna komputer@latop manual..RIGHT CLICK KAT HATI AND ZIKIR BANYAK2...

    SELAMAT MENCUBA YE KAWAN2..setakat ni..ini jelah yang aku tahu nak kongsikan..

    Tuesday, July 19, 2011

    KENAPA DENGAN DRAMA NI???



    salam..baru tadi dihantar maklumat kat aku pasal satu cite drama yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni "TAHAJJUD CINTA"..banyak komen yang aku baca yang kebanyakannya macam tak puas hati ngan cite ni..

    secara jujurnya,aku tak pasti konflik apa sebenarnya pasal drama ni,aku pun baru je pas layan episod satu,so aku tak berapa pasti scene mana yang menjadi buah mulut orang sekarang ni..bagi aku,dari pemerhatian mata kasar la,banyak gak scene yang aku jangkakan akan jadi buah mulut orang,tapi buat masa sekarang lebih baik aku diam daripada utarakan scene2 yang aku maksudkan..

    drama ni bagi aku,makin ditonton,makin banyak persoalan yang ditinggalkan,jadi nak buat kesimpulan agak susah sebab tak banyak yang aku tahu pasal drama ni..lagipun,aku nak tengok sampi habis pastu baru boleh buat keputusan,macam baca novel,takkan baca sekerat dah nak buat kesimpulan kan??mesti baca sampai habis,baru tahu jalan cite..mungkin pengarah ada motif lain nak disampaikan,tapi kite yang baru tengok sekerat ni dah mula salah faham,cuba bagi ruang tuk pengarah tu bersuara melalui karya dia..

    apa pun yang sedang diperkatakan sekarang ni pasal drama ni,aku harap,korang jangalah cepat melatah,hamba yang baik,dia akan brhemah dalam menangani pelbagai masalah dalam pelbagai cara dengan menggunakan kebijaksanaan,bukan kerana nafsu semata...

    apa2 pun,baik pelakon,pengarah,penerbit dan penonton tuk drama ni,apa yang aku harapkan,sama2 perbetulkan apa yang salah,jangan hanya tahu menunding jari pada orang lain,terima kritikan dengan redha dan seadanya,jangan cepat buat kesimpulan,dan berhemah dalam percakapan...kite semua tak layak untuk mengadili sesama makhluk,yang hanya kita mampu lakukan nasihat dan berdoa,itu adalah sebaik2 jalan,setinggi mana pun amalan yang dilakukan,kita kena ingat,kita tetap manusia,punya nafsu dan akal,jadi jangan terlalu mendabik dada dengan ilmu yang ada,kelak binasa..

    HMM..PANTUN BUDAK DARJAH 1..

    mari2 sini
    hari ni ada cerita lagi
    biar ganas nampak kat entry
    tapi punya pengajaran dan isi..

    kisah hidup yang akan kita susuli
    satu demi satu hari ini
    ia bukan fantasi
    tapi hakikat hidup hari ini..

    pak abu pergi ke kedai beli ubi,
    ubi dibuat macam masak keladi,
    mulut manusia memang macam ni,
    tak senang hati kalau orang lain hapy..

    anak dara dan anak teruna berdua2
    mula2 sekadar senyum kat muka
    pastu mula pandai teroka
    last2 lahir anak tak tahu status apa

    monyet hitam di suruh panjat pokok kelapa,
    dengan muka tak rela panjat gak ngan hati mencuka,
    korang nak susah hati kenapa,
    tuhan kan sentiasa ada...

    berapa kali dah ustaz kata,
    riba tu haram hukumnya,
    tapi hairan dengan manusia,
    yang haram tu gak yang dipilihnya.

    duduk bersimpuh anak dara dulu2,
    sekarang bersimpuh dah hilang yang ada terkakang,
    lebih baik gi cermin diri tu dulu,
    kalau rasa2 nak mengata orang.

    kumpul duit banyak2 nak sara diri
    sampai tak ingat waktu panggilan illahi
    sedar2lah wahai teman yang dikasihi
    kiamat esok lusa boleh jadi..

    hari2 tengok cite drama,
    sekali sekala layan cerekarama,
    ramadhan kian mmendekati kita,
    banyak2lah cari pahala..

    hamba punya pantun sederhana sahaja,
    saja nak kembangkan bakat yang ada,
    kalau tersalah bicara,
    itu perkara biasa,
    sebab mana ada manusia yang betul semua..

    HARAP TERHIBUR HENDAKNYA...

    THE DESCENT...



    salam..hello kawan2...hmm..hari ni nak bagi ringan otak sikit,asyik berpuisi orang pun lama2 meluat nak baca,wat sakit kepala je kan,dah la baru balik keje,pastu balik2 ingatkan nak rehat,last2 kena baca puisi lak...potong mood lak..ek???

    ok..hari ni aku nak share ngan korang pasal cite ni..THE DESCENT...aku baru tengok part 1,pasni nak layan part 2 lak,kisah sekumpulan wanita ni,diorang rancang nak bawak kawan diorang ni gi tempat lain tuk tenangkan fikiran dia yang baru kematian suami dan anak.nak dijadikan cite,diorang explore satu gua ni,pastu terperangkap dalam gua ni dengan binatang2 ganas..nak tahu kesudahan cite,korang kenala tengok sendiri,cara dia..downlod ler....

    kat bawah2 ni aku bagi korang layan antara gambar2 yang terdapat dalam filem tu..









    korang rasa dia berenang kat sungai apa tu???





    now!!!!!nak cari next part untuk seterusnya..memang gila best..sapa2 yang berminat bolehla downlod sendiri ye..sapa2 yang minat horor movie,bolehla layan cite ni sambil makan pop corn..tu pun kalau korang lalu la..

    Monday, July 18, 2011

    TUHAN...SIAPA LAGI YANG MAMPU BEGINI..

    MANUSIA..
    korang mula buat aku muak nak hadapi dunia
    walaupun ianya nyata
    tapi hanya penghias dunia
    yang tidak membawa apa2..

    MANUSIA..
    bijaknya korang berkata
    tapi terselit dusta
    hati mengata
    penuh benci dan duka

    MANUSIA..
    kerana korang aku menangis
    bertahun2 meniti jalan derita
    merangkak penuh siksa
    hingga kini masih berduka

    MANUSIA..
    betapa bosannya aku mengikut rentak mereka
    hingga kadang2 aku yang terkena pula
    sampai bila perlu menangis dalam gembira
    meraung dalam senyap gelita

    MANUSIA...
    aku tidak mahu meminta
    tapi aku hanya mahukan kawan yang setia
    tapi hingga kini aku masih tidak jumpa
    betapa hati tersiksa menanggungnya

    MANUSIA..
    saat ini..
    hati aku mula membenci
    manusia disekeliling yang tampak berseri
    tapi hakikat penuh duri
    jika dihampiri
    pasti diri disakiti..

    TUHAN..
    lamanya aku berdiam diri
    menghadapi dunia sepi
    tanpa ada yang mengerti disisi
    itulah realiti kini..

    TUHAN..
    kembalikan kegembiraan yang sebenar dalam diri
    telah lama rasanya aku menangis meski dalam mimpi
    jalanku bersama esakan diri
    raunganku umpama lagu yang bernada sepi..

    TUHAN..
    tunjukkanlah aku jalan kegembiraan yang sebenarnya
    bukan jalan yang hanya sementara
    yang tidak menjanjikan apa2
    hanya permainan dunia..

    TUHAN..
    jangan biar emosi mengawal diri
    kelak pasti merana sendiri
    tapi aku hanya hamba ciptaan illahi
    satu hari pasti jatuh kelembah ini..

    TUHAN..
    aku dapat rasai
    ini balasan buat orang yang hanya tahu membenci
    tapi aku tidak mampu berdiri lagi
    betapa hati aku telah diasuh kemas oleh syaitan keji..

    YA ALLAH..
    rapuhnya hati ku ketika ini..
    terasa perit untuk menelan
    segala keperitan
    yang tak mampu lagi untuk ku ungkapkan..

    TUHAN..
    tiada siapa yang mengerti
    apa kata hati ketika ini
    biar dibibir selalu menguntum senyuman
    tapi dihati hiba menangis lagi
    inilah realiti hidup kini...

    DUHAI DIRI..
    janganlah engkau terus begini
    tabahlah hadapi perkara dikemudian hari
    tunggu dan nantikanlah kebahagiaan dalam hati
    janji tuhan adalah pasti
    biarlah pelu menelan hempedu dahulu
    sebelum dapat menghirup madu
    kerana mahalnya harga sebuah hempedu
    hanya dapat dibayar dengan harga setitik madu..

    Sunday, July 17, 2011

    PUISI NIKAH DAN ISINYA..




    Wahai kawan2 semua
    Hari ni aku nak bercerita
    Tentang satu perkara
    Yang sentiasa menjadi idaman semua..

    Manusia terbahagi kepada dua jantina
    Satu lelaki dan satu wanita
    Dijadikan untuk saling hidup bersama
    Mengikut cara agama dan rukunnya..

    Semua manusia punya impian yang serupa
    Untuk membina keluarga bahagia
    Tapi aku nak Tanya
    Korang dah arif ke pasal nikah dan hukumnya???

    Kalau dah berkenan di hati
    Bawak2lah istikharah banyak kali
    Sebagai persediaan di belakang hari
    Supaya tak menyesal nanti..

    Nak meminang ikutlah cara agama
    Itukan pegangan kita
    Anak dara dan anak teruna
    Biarlah diberkati selamanya..

    Bila dah berpunya(bertunang)
    Jagalah nama
    Janganlah kerap sangat berjumpa
    Untuk mengelakkan berlakunya dosa..




    Dinikahi wanita itu kerana empat perkara
    Kerana hartanya
    Juga kerana kecantikannya
    Serta melihat pada keturunannya
    Dan yang paling utama
    Yang wajib ada
    Ialah KERANA AGAMANYA..

    Rukun nikah ada lima
    Lelaki dan wanita perlu ada
    Saksi pun jangan lupa
    Wali yang paling utama
    Tapi ijab Kabul jangan tak tahu pula.

    Bila sudah sah keduanya
    Diisytihar menjadi pasangan bahagia
    Jangan lupa menjalani hidup bersama
    Dengan ilmu didada
    Saling menutur kata
    Dalam beberapa perkara
    Sikap toleransi perlu ada
    Jangan sampai terikut kata pengoda dunia.

    Jangan biar amarah mengawal kita
    Si suami perlu cool nak tangani sesuatu perkara
    Si isteri pula jangan marah tanpa usul periksa
    Sama2 selawat jika nak keadaan reda..

    Bila rasa2 sudah tidak mampu bersama
    Berpisahlah dengan cara yang sedia ada
    Caranya tidak disukai sang pencipta
    Tapi ianya halal disisinya..

    Kalau diri rasa tidak mampu segalanya
    Jangan memaksa diri melakukannya
    Dibimbangi isteri dan anda akan binasa
    Kerana terlalu mengikut kata.

    Hamba pun bukan pandai sangat bab agama
    Sekadar berkongsi rasa
    Ilmu didada
    Sedih bila melihat manusia
    Bernikah tanpa persediaan ilmu yang secukupnya.

    Nabi pernah berkata
    Betapa baginda menyukai zuriat dari keturunannya
    Kita umatnya
    Perlulah meramaikan umatnya..

    Lucu rasanya
    Bila detektif conan berbicara
    Soal nikah dan isinya
    Tapi ini adalah dunia yang nyata
    Kedekut ilmu binasa jawabnya..

    Sebelum blah hamba nak kata
    Nak ucap terima kasih kepada penaja
    kepada dr muzaffar dan erra
    Gambar anda sekadar hiasan bagi kalam hamba
    Harap diizinkan hendaknya..

    Friday, July 15, 2011

    AL-KISAH BERMULA..

    sebuah kisah yang dilakari dengan sejarah yang tersendiri,dicipta dengan penuh berhati2,hadirnya bukan difikiri,tapi sekadar terlintas dihati..

    AL-KISAH BERMULA..seorang manusia yang hidupnya sederhana,dipenuhi tawa dan gembira,oleh mereka yang sentiasa berada bersama,susah senang bersama,suka duka asam garam hidup berdua..

    hati sentiasa senang.kerana sentiasa berada bersama orang yang tersayang,tapi sayang,ada makhluk ciptaan tuhan,yang ingkar pada tuhan,enggan sujud pada adam,mula memasang perangkap untuk manusia ini..sudah meleret senyumnya sambil memikirkan rancangan yang bakal dilaksana..

    satu hari,si manusia diperkenalkan dengan media masa,kegunaan jalur lebar,bermula dari suka2 bertukar menjadi cita2..mula mencipta nama didunia FACEBOOK..agak menarik katanya,ramai teman dari seluruh pelusuk dunia,gembira katanya..tiba2 terasa ingin meluahkan kata2..lalu si manusia mencipta lagi alat yang dipanggil "BLOG"..ramai yang akan membaca katanya,pasti terubat luka katanya..

    hmmm...rasa macam belum puas,apa lagi yang tertinggal agaknya???sambil berfikir,dia mula tersenyum gembira,wah!!!ramainya FREIND dalam facebook..gila banyak follower aku!!!hahaha..ketawa girang nampaknya..tapi dia terlupa..syaitan si perancang hati,pembawa mati hati..sudah gelak bergolek,suka kerana si manusia telah terpedaya..

    si manusia mula lupa segala2nya,habis mereka yang tersayang ditinggalkan,amal entah kemana,pahala dosa bukan lagi ukuran buat dia,redha allah bukan lagi perkara yang utama..yang penting GEMBIRA!!!!!HAHAHAHAHA..

    TAPI si manusia terlupa,hari ini malaikat mula mengetuk pintunya,membawa amanah dari sang pencipta,membawa khabar dari si pemuka dunia,bahawa hari ini adalah hari dia,bertemu yang maha esa..

    ALLAH!!!!si manusia hampir terlupa,nak menepuk dahi pun sudah tidak mampu rasanya,seingatnya kali terakhir dia bersujud menghadap yang maha esa,bila ye???ALLAH!!LUPA LAGI,BILA YE...bagaiamana??

    syaitan ketawa penuh makna..mula muncul sebagai penyelamat mangsa..memberi minum ketika dahaga,tapi dengan syarat mengaku dia sebagai tuhan,pemilik dunia..apakah tindakan si manusia??adakah dia perlu reply kepada teman2 facebooknya untuk mencari jalan penyelesaiannya??atau menaip diblognya meluahkan isi hatinya ketika ini??syaitan ketawa lagi...HAHAHAHAHAHAH...DUHAI MANUSIA!!!

    akhirnya si manusia pergi bertemu yang maha esa,tinggal sanak saudara,sahabat dan juga teman rapat semasa hidupnya,segala2nya ditinggalkan..apa lagi ya yang tertinggal..OH YA!!!BAGAIMANA FACEBOOK DAN BLOG DIA YE??masih adakah yang sudi untuk mengupdate kannya???adakah semua followers dia tahu bahawa dia sudah meninggal dunia??

    DUNIA...kau begitu kejam sehingga sanggup membawa manusia jatuh kelembah yang hina,hingga mereka lupa untuk sujud pada si pencipta,kau hanya fatamorgana,tapi kenapa manusia gila mengikutinya??sungguh kasihan pada manusia..

    SYAITAN durjana,selamanya kau psati dineraka,itulah sebaik2 siksaan buat engkau yang tak habis2 menggoda anak2 adam,hinanya dirimu hingga layak diberi makan anjing saja,tapi pasti anjing pun jijik untuk menelan jasad mu..

    MANUSIA...sedihnya hati,melihat kalian makin lupa akan kekuasaan illahi..aku juga seperti kalian,yang mudah lupa tapi harus selalu diingatkan.aku merayu pada kalian,marilah sama2 kita bersatu,dibawah satu nama,dibawah satu talian persaudaran,dibawah satu rahmat..ALLAH...

    DAH LAMA PERAP PUISI NI..


    heloo kawan2 yang sentiasa setia disini
    puisi ni dah lama aku simpan sendiri
    cuma hari ni aku rasa nak tulis kat sini.
    ntah kenapa sekarang dia buat lagi
    biasala mesir kalau selalu jadi
    tambah2 lagi masing2 sibuk kempen sana sini
    maklumlah masing2 nak jadi menteri
    maka masing2 sibuk jual diri.
    pilihan raya makin menghampiri
    internet pun dah mula pandai hilang diri
    barang2 mula naik harga lagi
    sampai tambang trenco pun dah mula demand sendiri.
    buat rusuhan ikut suka hati
    sampai kami jadi mangsa lagi
    terbang sana sini
    semata2 nak selamatkan diri.
    sekarang diorang mula buat lagi
    pastinya kami jadi mangsa lagi
    internet dah mula kata bye2 kat kat kami
    terpisah hubungan dengan ibu bapa kami
    tapi nasib tak seteruk dulu lagi
    buat masa sekarang ni.
    takpelah,benda ni dah a'adi(biasa)
    ujian dari illahi untuk kami
    biarlah,kita tunggu dan terus menanti
    siapa yang akan jadi menteri.
    harapnya pasni
    korang jangan buat lagi
    biar sampai kami habis ngaji...

    Thursday, July 14, 2011

    KARAK!!!




    salam..baru pas tengok cite karak..ok..tak nak ulas panjang2 sebab korang lagi cepat tengok cite tu daripada aku..komen pun buat penat je kan..so..pengajaran yang aku nak kongsikan dengan korang semua...

    1-jangan tinggal solat!!!!
    2-yakin dengan allah dan yakin dengan setiap ayat yang termaktub dalam kalam allah(al-quran).
    3-jangan biarkan diri terpesong ke jalan yang dibentangkan oleh iblis.
    4-jangan mudah termakan hasutan syaitan.
    5-bagi yang menghafal al-quran,jangan sekadar hafal,tapi cuba fahami ayat.begitu juga mereka yang membaca al-quran,jangan sekadar nak cukup syarat sahaja,fahamkan ayat..
    6-ingat,iblis lebih arif daripada kita tentang al-quran,dia dulukan tergolong dalam golongan malaikat yang taat pada allah,jadi tak hairanlah kalau dia boleh betulkan bacaan kita...
    7-semua orang hafal ayat kursi,dan ianya merupakan salah satu ayat pelindung diri,tapi macam mana nak berkesan kalau korang tak faham ayat tu dan tak yakin ngan ayat tu..macam mana??


    TERJEMAHAN AYAT KURSI-SURAH AL-BAQARAH,AYAT 255
    (allah,tidak ada tuhan selain allah.yang maha hidup,yang terus menerus mengurus(makhluknya),tidak mengantuk dan tidak tidur.miliknya apa yang ada dilangit dan dibumi.tidak ada yang dapat memberi syfaat disisinya tanpa izinnya.dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang dibelakang mereka,dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmunya melainkan apa yang dikehendaki.kursinya meliputi langit dan bumi.dan dia tidak merasa berat memelihara kedua2nya dan dia maha tinggi dan maha besar.)

    JANGAN SAMPAI AKU MAKI!!!

    Heiiii..manusia ni
    Aku memang dah lama bengang dengan dia ni
    Tak habis2 nak kacau aku satu family
    Cukup2 la,baik jaga amal sendiri

    Followers semua mari sini
    Hari ni aku punya puisi
    Memang agak kurang seni
    Sebab rasa macam nak maki

    Followers yang dikasihi
    Aku rasa lebih baik aku berpuisi
    Sebab dari sini
    Kadang2 bukan semua orang tahu sapa punya tuan diri
    Baik yang mengeji ataupun yang dicaci

    Amaran buat yang tak berani
    Jangan baca puisi ni
    Kalau rasa tak mampu lagi
    Sebab aku memang nak kutuk orang hari ni

    Hei manusia sekor ni…
    Aku memang dah lama berbulu ngan kau ni
    Siang malam tak habis2 nak rancang sana sini
    Lebih baik kau tambah amalan sendiri

    Harap sedarlah orang tua ni
    Kau ingat senang2 je nak goreng mak aku ni
    Dia lagi cerdik dari otak kau yang langsung takde seni
    Sedar2lah orang tua ni..

    Mentang2 lah aku jauh dari family
    Lagi senang kau kacau hidup diorang lagi
    Sedarlah sikit orang tua ni
    Dunia kata pergi
    Kubur kata mari..

    Kau punya fe’il ni
    Buat aku rasa nak kutuk lagi
    Kau memang suka bagi aku tambah dosa berguni2
    Tapi dengan kelakuan kau yang lagu ni
    Buat aku bertambah2 benci..

    Hati aku ni dah lama berdiam diri
    Mak aku lagilah sakit hati
    Bayangkan kalau dah berpuluh tahun macam ni
    Ulat dalam tanah pun boleh mati..

    Mak kata sabar tu perlu dalam diri
    Tapi aku ni
    Rasa nak smash kau ngan raket mini
    Tu pun dah kira bagusla raket mini
    Kalau raket besi???
    Ha!!! Naya kau nanti..

    Hati aku sekarang ni
    Memang dah terbakar dek api
    Yang sentiasa disiram ngan api
    Memang sampai mati
    Takkan padam sendiri
    KECUALI!!!
    Kau tak ganggu mak aku lagi

    Kau faham tak ni!!!!
    Aku benci tengok muka kau lagi!!!
    Kalau aku jumpa kau ni
    Rasa macam kulit nak terkeluar dari isi
    Kau faham tak ni!!!

    Jangan kau ingat kau punya anak sendiri
    Kaya raya dengan hasil pinjaman illahi
    Kau boleh buat sesuka hati!!!
    Rasa nak jentik je telinga kiri

    Kau dengar sini
    Jangan sampai aku tanam kau dengan harta duniawi
    Bila kau mati nanti!!!
    Jangan ganggu family aku lagi!!!

    Aku ni masih ada iman di hati
    Masih ada rasa kasih dalam diri
    Sebab aku tak nak jadi
    Macam keturunan kau yang selalu busuk hati
    Melihat harta sebagai pendinding diri
    Mencari kecantikan sebagai harga diri

    Hish!!!!kau ni buat aku menyampah lagi
    Memang sekarang ni
    Dosa aku dah berlori2
    Pasal kaulah aku jadi macam ni
    Kutuk orang sampai lupa diri

    Sungguh!!!hingga saat ini
    Hati aku tak pernah menerima manusia seperti ini
    Menjadi sebahagian kenangan dalam diri
    Sampai mati pun belum tentu aku akui
    Kau dalam organisasi ...

    Followers yang dikasihi
    Maafkan aku kalau korang tak suka puisi ni
    Tapi aku manusia ciptaan illahi
    Bukannya besi
    Yang sentiasa tak berhati
    Tapi bagi aku benda ni
    Sikit pun tak cacatkan hati
    Sebab hidup ni bukan untuk ditangisi
    Tapi dihargai
    Bila ada yang cari masalah ngan tuan puisi ni
    Siapla kau nanti!!!!!!

    Monday, July 11, 2011

    OMG.....OMG...OMG..

    OMG...
    izinkan aku berpuisi lagi
    pagi2 ni dia dah stat lagi
    ntah bila stat jadi cam ni


    OMG..
    blog aku ni sebenarnya bukan blog puisi
    tapi tuan dia ni lama2 macam jiwang sendiri
    tak rancang pun dah jadi
    tangan sedap menaip ikut suka hati


    OMG..
    aku bukan minta jadi begini
    dah lumrah manusia kadang2 ok kadang moody
    so kat mana lagi
    kalau bukan kat sini aku luah isi hati..

    OMG..
    hati aku ni macam tak berapa nak best hari ni
    banyak benda dibuat pastu risau sendiri
    nilah akibatnya kalau buat ikut suka hati
    tanpa guna otak sendiri
    ..

    OMG...
    hidup ni bukan mudah untuk dilalui
    banyak cabang sana sini
    tersilap langkah kaki
    silap haribulan badan sakit sekali..


    OMG...
    kalau badan sakit takpe lagi
    tapi kalau hati yang sakit lagi tension diri
    ubat pun masih tak dijumpai
    kalau ada pun memang susah nak ubati


    OMG...
    aku tahu kau maha mengetahui
    aku taip panjang2 pun tak guna lagi
    sebab sebelum aku taip kau dah tahu isi hati
    detectif conan yang kononnya nampak cool sendiri

    OMG...
    tapi aku tetap nak taip lagi
    rasa macam susah nak tempuh hidup sorang diri
    tapi aku susah nak percaya orang lain lagi
    aku lebih suka bersendiri
    buat hal sendiri
    tak ganggu orang sana sini...

    OMG..
    tiap hari aku membilang hari
    manalah tahu kalau2 ada rezeki
    sinaran datang lagi
    ceriakan hati ini


    OMG...
    sampai hari ini
    aku tetap menunggu lagi
    moga tuhan bukakan pintu rezeki
    segala impian tercapai disini
    yang usahanya dah lama aku buat sendiri
    titik peluh aku selama ini


    OMG...
    aku tahu kau dengar lagi..
    hmm...macam mana aku nak kata lagi
    sebab semuanya sudah kau ketahui
    baik buruknya dalam hati..


    OMG..
    aku mohon supaya kau tetapkan hati
    ikhlas kan diri
    dalam setiap perkara yang dilalui
    walau kadang2 ianya tak bermakna lagi..

    OMG...
    sekarang ni aku nak berhenti
    asyik taip puisi ni
    lama2 orang pun dah naik benci
    tapi cuma berhenti untuk puisi ini..

    OMG..
    mungkin akan datang aku akan taip lagi
    biarlah orang benci
    yang penting diri aku sendiri
    kembalikan kekuatan aku ini
    sentiasa bersangka baik kat orang sana sini
    walaupun susah nak buat benda ni
    tapi aku akan cuba tetapkan hati
    dan cuba hargai nikmat allah yang satu ini..

    SAPA NAK JOIN!!!!!!

    bosannya..dah habis piksa ni,tula habis awal sangat..orang lain tak habis lagi..agak kebosanan..hmm...apa nk buat ye...(tengah berpikir)..buat bodo je...hahahaha...
    hmmm..aku rasa dah lama aku tak tengok cite hantu,rasa2nya last tengok cite "SHOMBA"..hantu thailand..best gile..wa cakap sama lu..memang best...ni aku jamu jap korang ngan gambar2 CUTE shomba ni ek..







    CUTE tak si shomba ni..dia ada fecebook..nanti boleh add dia ek..jadi freind dia..hahahaha..ha..cakap pasal facebook,dengar citenya ada cite baru..SETAN FACEBOOK..waaaa..macam best je kan..jom ushar SETAN FACEBOOK..



    YIHAAAAA!!!sapa nak join..jom layannnnn.....

    Sunday, July 10, 2011

    PERHATIAN!!UJI BAKAT SEDANG DIJALANKAN!!

    hahaha...gelak besar aku bila tengok video ni,serius!!!!si betina marah,yang si jantan tu tunduk je..ni barulah dinamakan QUEN CONTROL...peringatan tuk kucing2 jantan,jangan curang!!!..(video ni sekadar suka2 je)...

    MOGA SATU HARI AWAK AKAN BACA..



    Duhai si empunya diri
    Ini hanya sekadar karya biasa
    Bukan untuk memuja atau mengagung
    Sekadar coretan biasa ikhlas dari kata.

    Duhai si empunya diri
    Izinkan aku berkata
    Dirimu telah lama berada di atas sana
    Berkat hasil usaha..

    Duhai si empunya diri
    Izinkan aku berkata lagi
    Kisahmu telah banyakku baca
    Kadang ada yang baiknya
    Kadang ada yang buruknya
    Tapi ku percaya
    Hanya kau dan tuhan yang mengerti sebenarnya

    Duhai si empunya diri
    Kau juga manusia biasa
    Tidak mahu aku terlalu memuja
    Jauh sekali mengagungkanya
    Tapi cukuplah jika kukagumi seadanya.

    Duhai si empunya diri
    Tolong dengarkan lagi
    Puisi ini bukan untk menarik hati
    Tapi sekadar tatapan buat diri..

    Bolehkah engkau membacanya lagi??
    Ntah mengapa hatiku mula berkata
    Kau bukan wanita yang meninggi diri
    Tapi hatimu penuh dengan sifat yang tersendiri
    Kerana itu kau mula kecapi kebahagian hingga kini
    Biar dulu laluanmu agak perit sekali
    Tapi lihatlah kini
    Kau Berjaya mengatasi..

    Kenapa aku berkata seolah2 aku mengerti segalanya
    adakah kita pernah saling mengenali??
    Tidak!!!itulah jawapan pasti
    Kau didunia sendiri
    Begitu juga aku didunia ku sendiri

    Aku tahu segalanya
    Kerana aku percaya
    Kau juga manusia biasa
    Inginkan kebebasan selamanya
    Seorang wanita biasa
    Juga hamba allah yang taat pada perintahnya
    Pasti memiliki perasan yang sama
    Tiada bezanya makhluk didunia
    Yang membezakannya hanya iman mereka.

    Gambarmu sering terpampang dimedan akhbar
    kisahmu tatapan utama buat manusia
    Tapi aku percaya
    Disebalik senyuman dan ceritamu
    Pasti tersembunyi seribu kepahitan
    Sejuta kegembiraan
    Buat pengajarn untuk diri
    Perkongsian dalam hati
    Sebagai ingatan selama abadi

    Wahai empunya diri
    Aku berdoa kepada illahi
    Supaya kau sentiasa menyiapkan diri
    Menghadapi dunia hakiki
    Dan akhirat yang kekal abadi

    Pesan ku..
    Jangan kau susah hati bila diuji
    Jangan kau gentar bila dilupai
    Tapi menangislah jika kau tidak berguna lagi

    Satu kata-katamu
    Yang sering kujadikan azimat buat diri
    “YANG PAHIT ITULAH PENAWAR,DAN PENAWAR ITULAH YANG MENCIPTA KETENANGAN”
    Terima kasih buat azimat ini
    Sering kuingati
    Bila diri terasa perit untuk melangkah lagi..
    Harapanku..
    Agar dipertemukan denganmu
    Bukan untuk mengenali “SIAPA KAMU”
    Tapi untuk mengenali “SIAPA DIRIMU”

    Aku sentiasa berada dibelakangmu
    Hatta satu hari nanti ramai yang meninggalkanmu
    Kerana aku mengasihimu bukan kerana namamu
    Tapi aku mengasihimu atas nama allah
    Atas tiket persaudaraan
    Atas landasan iman..

    Duhai si empunya diri
    Terlintas dihati untuk mencipta puisi ini
    Bukan untuk memuji
    Tapi cukuplah untuk sekadar tatapan hati
    Kerana yang dipujai
    Sentiasa berada dihati
    Dialah RABBUL IZZATI..

    Saturday, July 9, 2011

    DENGARKANLAH AKU...



    TUHAN..
    aku tahu kau sedang mendengar rintihan ku
    kerana dirimu sentiasa bersama hambamu
    wajarlah "yang maha esa" sebagai gelaranmu
    kerana tiada yang musthail bagi dirimu

    TUHAN..
    ingin aku membuka kisahku
    aku tahu
    pasti kau mendengarnya
    kerana itulah aku berani untuk meluahkannya pada mu

    TUHAN..
    sungguh aku adalah pendalam ilmumu
    tapi aku bukanlah manusia yang serba serbinya tahu
    aku sekadar hamba
    yang sentiasa memburu redhamu

    TUHAN..
    salahkah jika aku menegur manusia lain
    hanya sekadar perkongsian
    bukan niat untuk mengadili manusia lain
    kerana tak layak rasanya manusia mengadili sesama mereka

    TUHAN..
    aku mula bercerita lagi
    banyaknya pengajaran yang kau berikan padaku
    tak ternilai rasanya setiap pengajarn itu
    tapi biarlah seimbang dengan keperitan ku..

    TUHAN..
    susahnya untuk aku mempercayai manusia lagi
    kenapa ini mula membentuk dalam diri
    aku masih memburu jawapan yang tidak pasti
    sehingga kini aku masih lagi sendiri..

    TUHAN..
    aku masih menantikan satu kepastian
    perkara yang aku nantikan dalam kehidupan
    satu perkara satu impian
    biar tergapai jua dengan keradhaan..

    TUHAN..
    kini aku masih lagi disini
    membetulkan diri
    mencari jawapan sendiri
    menunggu impian terealisasi..

    Thursday, July 7, 2011

    RINDUNYA AKU PADA KORANG..

    oh my darling i LOVE U..hehehe..kadang2 aku berpikir,lebih senang berkawan ngan binatang daripada kawan ngan orang ni..kalau binatang diorang setia,diorang paham perasan kita,dia tahu bila kita sedih..semuanya diorang tahu..tak caya??

    aku pernah main kejar2 ngan kucing aku..korang tak caya??aku pernah suruh dia kejut aku sahur,dia kejut aku betul2 tau..caya tak??tak caya sudah..tapi sekarang dia dah lama hilang..aku menangis dia hilang..dah takde periang hati aku,dulu kalau selalu kena marah ngan cikgu,aku akan gi kat kucing aku,aku ngadu kat dia,kalau dia tengah tido,dia mesti dengar cite aku sampai habis..sungguh..AKULAH PENCINTA KUCING!!!

    tapi gambar2 kat bawah ni bukan kucing aku..aku "jumpa dia" kat google..aku harap kucing2 aku tu dapat teruskan hidup dengan baik..walaupun tanpa tuan dia yang selalu bagi makan kat dia,insyallah..dia boleh hidup diluar sana..

    aku memang sayang kat diorang,tapi bukan kehendak aku nak diorang hilang,walaupun diorang binatang,mungkin dah tertulis nasib diorang macam mana masa kat dunia ni..kalau diberi pilihan..aku nak jumpa balik semua kucing2 aku kat syurga nanti...aminnnnn...









    MAK..ANDAI MAK BACA KALAM NI..



    Ibu…anakmu disini amat merindui mu…
    Tak terungkap dengan kata2
    Tak terzahir dek alis mata
    Betapa aku bersyukur mempunyai ibu sepertimu..

    Ibu..aku tidak memrlukan tongkat selain dari dirimu
    Aku tidak memerlukan kasih sayang selain dari dirimu
    Aku tidak menagih simpati selain dari dirimu
    Aku hanya inginkan dirimu

    susahnya dirimu membesarkan ku
    hanya dengan setitik susu
    kini aku membesar dengan penuh bahagia
    tak terkira jasamu jika dibilang semuanya

    andai tiap titisan darah dari badan ku sendiri
    masih tak dapat membilang jasamu
    robeknya hatiku jika melihatkan kesakitanmu
    pedihnya hatiku bila kau menanggung siksa
    ramai yang mengkritikmu
    tapi sedikit pula yang menyanyangimu
    tak terkira lagi air matamu yang gugur
    kerana manusia yang sentiasa ingin mencari salahmu
    bila ditanya “kenapa ibu”
    inilah jawapan mu “tiada apa anakku,semuanya baik2 sahaja”
    sungguh dirimu buat aku tersinggung lagi
    kenapa setiap masa perlu untuk membohongi ku??
    Ibu izinkanlah aku merasai keperitanmu
    Disebalik senyuman terselit seribu kepedihan
    Yang dah bertahun lamanya kau menanggung sendirian
    Izinkanlah aku berjalan seiringan denganmu.
    Anakmu ini dah cukup dewasa untuk memahami apa yang bertapak dalam hati mu..

    ibu..terima kasih atas jasamu
    segala kasih sayangmu
    ya allah..bersyukurnya aku atas nikmat mu yang satu ini

    ibu..dirimu tiada perumpamaan dalam dunia ini
    kerana tiada apa pun yang dapat diumpamakan dengan kasih sayangmu
    andai dapat aku tanggung sedih mu
    pasti aku lakukan..

    ibu….saat ini..hampir jatuh air mata keegoan ku
    mengenangkan diri mu yang jauh disana
    apa khabar dirimu disana
    apa yang telah manusia lakukan padamu??

    Saat ini,adakah kau tersenyum gembira??
    Atau lara dihati masih membekas??
    Walau apa pun yang bakal mendatang
    Pergantunganmu hanya pada yang Satu
    ALLAH…

    Duhai dunia..
    Tiadakah penghargaan buat sang ibu
    Jasa mereka lebih besar dari dirimu
    Mereka sentiasa menjanjikan pada kami
    Janji yang nyata dan bahagia
    Sedangkan engkau hnya nikmat sementara
    Jika diikuti belum tentu bahagia..

    Duhai si penderhaka..
    Tidakkah kau merasa malu dengan dirimu
    Sungguh hina mereka yang memderhaka ibunya sendiri
    Tiada tempat dalam dunia ini untuk mereka
    Yang seperti ini..

    Puisi ku tak seindah kalam penyair
    Juga tidak segah kalam pemidato dunia
    Tapi ikhlas dari hati
    Luahan rasa dari seorang anak
    Buat ibunya..

    BERSABARLAH SAYANG...

    salam..kawan2..agak terkejut bila dikhabarkan dengan kematian ibu kawan aku pagi tadi,mungkin waktu malaysia kot..aku pun baru tahu tadi..aku nak curi masa korang,2 mint pun dah ok..sedekahkan al-fatihah tuk arwah..AL-FATIHAH..

    touching gak aku ngan benda ni,rasa simpati pun ada,kawan aku tu piksa hari ni,kebetulan hari ni last dia piksa..dengar cite lak dia nak balik kawin pas ni..sapa tak sedih ooooo....pedih hati...

    aku boleh rasa macam mana dia rasa,mungkin tak sepenuhnya la apa yang dia rasa..tapi..boleh tersungkur tu..mak lak yang meninggal..aduhh..kalau aku..ntahla..boleh pengsan 2 minggu!!serius!!

    bagi aku,susah sangat nak hidup tanpa ibu,bagi aku,setiap anak yang sayangkan ibu dia,apa yang dia buat sekarang ni semata2 untuk ibu dia,dia berjaya atas doa ibu dia,dia bahagia atas doa ibu dia..ya allah..besarnya jasa seorang ibu..semoga ibu2 diseluruh dunia ni dikurniakan syurga buat diorang..

    jika diberi pilihan,aku sanggup untuk membahagikanpahala untuk ibu aku..dia penyokong hidup aku...dan aku yakin..anda pun pasti akan rasa benda yang sama..

    apa yang aku harapkan..korang hargailah ibu korang sementara dia masih ada ni,jangan sia2kan kasih dia,jangan pandang hina dengan doa dia,ingat..ibu koranglah manusia pertama yang bagi korang makan,tanpa susu diorang tak mungkin korang hidup sihat sampai hari ni...

    "saat ini aku menadah tangan ku,meminta darimu yang maha esa,kau ampunilah dosa ibu kami dan peliharalah dia dari azab dunia dan akhirat,sesungguhnya dari dialah kami mula mengenal baik jahatnya dunia,dan dari dialah jua kami mula mengenal tentang keesan mu ya allah".

    Wednesday, July 6, 2011

    BOLEH CAYA KE??

    tengah aku syok2 dok layan internet ni..tiba2 ternampakla dua keping gambar ni..hmm..boleh caya ke??zaman la ni macam2 manusia leh buat..itulah pentingnya pelajaran dalam hidup..so..marilah sama2 kita gi belajar lagi..

    MAKA RAJIN2LAH GI SEKOLAH WAT MEREKA YANG MASIH DIALAM SEKOLAH,YANG TAK SEKOLAH PUN BOLEH BELAJAR LAGI,SUPAYA JANGAN TERTIPU SEPERTI GAMBAR DI BAWAH NI..


    1 HARI YANG PANJANG CITENYA...

    alhamdulillah..selesai sudah exam petang tadi..lega sangat2..boleh tarik nafas panjang2 dah..soklan pun boleh tahan gak tadi..tapi apa2 pun.aku malas nak pikir benda yang dah lepas..yang penting..pandang ke depan,masih jauh yang perlu dikejar..

    ok..hari ni aku bukan nak merapu pasal piksa aku petang tadi,tapi aku nak cite sikit kejadian yang berlaku sepanjang aku dalam perjalanan nak gi kuliah tengah hari tadi..

    ok..KISAH BERMULA..aku stat piksa kul 1 petang,so dalam kul 12 pas azan zohor kuar rumah,almaklumlah sekarang musim panas,kira kalau kuar tengah hari buta tu dengan baju basah,sure boleh keringnya la..masa musim panas nila ramai orang yang senang sangat naik angin..

    masa aku nak lintas landasan ketapi,aku nampak sebiji trenco ni,dia bawak laju gila,kebetulan lak ada sebiji tut-tut(tahu tak tut2 tu apa??ala..klu kat indon ada gak benda ni,kalau tengok cite tamil ada je benda ni,dia kecik je)dia nak pusing tut-tut dia,sekali pusing tak tengok belakang,so terlanggarla dengan trenco yang tengah syok2 bawak laju tadi..patah dia punya cermin sisi tu..so apa lagi..hanginla tuan punya trenco,maka terjadilah perang ditengah2 jalan tu dalam keadaan yang tengah terik tu,orang arab ni kalau bawak keta kat jalan kampung tu macam bawak keta kat highway je..aku takleh tengok sampai habis kejadian tu sebab aku kena kejar masa..nak piksa!!!!

    bila dah lintas,kitorang tahan teksi gi kuliah,sebab waktu2 sekarang susah nak cari van,masa dalam perjalanan tu,ada lagi kejadian yang berlaku..sampai je kat satu lorong ni,ada satu lori parking kat jalan,so teksi tu terpaksa makan jalan orang lain,tiba2 masa nak jalan tu ada sebiji keta tu berenti betul2 depan teksi tu..ingatkan pak cik tu nak reverse ke apa ke,rupa2nya dia parking tengah2 jalan tu..gila apa!!!dia salahkan pemandu teksi tu sebab ambik jalan dia,sepatutnya jalan teksi tu kat sebelah kanan..

    gila ke buta ke pak cik tu,macam mana teksi nak jalan kalau dah ada lori kat situ,takkan nak terbang lak kot,dia siap turun dari keta dia,kunci lagi keta dia..pak cik tu pun satu,mana ada pernah oranag parking keta kat tengah2 jalan(tp kt sini tade yang mustahil).pak cik ni betul2 dah mula buat pemandu teksi tu naik angin,kat belakang tu berderet2 keta nak jalan..maka bermulala satu lagi episod pergaduhan ditengah2 jalan..bunyi hon bertalu2..tensionnya otak aku masa tu..tiba2 pemandu teksi suh kitorang turun sebab dia tak jadi hantar kitorang gi kuliah,mana taknya dok sibuk gaduh,sebab tula takleh hantar kitorang..

    bila kitorang turun,ada lak hamba allah yang lain suh kitorang masuk balik dalam teksi tu..aduhhh..hati aku pun dah mula nak mendidih ni..macam2 jadi..akhirnya pak cik tu mengalah,ada orang datang tenangkan keadaan..alhamdulillah..dapat gak kitorang gi kuliah ngan teksi tu,kalau tak jenuhla kena gi cari teksi lain..dah la panas terik..

    cite tak habis lagi..masa dalam perjalanan nak gi kuliah,aku nampak lak pak cik tukang lap kasut pukul sorang budak ngan selipar..mentang2la keje lap kasut,pukul orang pun ngan kasut..dia pegang tangan budak tu punyala kuat..nangis budak tu..mungkin budak tu ada wat hal kot,sebab tu pak cik tu marah,tapi nasib ada orang datang tenangkan dia..aku kenal pak cik tu,dia baik orangnya,dia pernah lap kasut aku,tapi tu bukan aku yang nak,dia sendiri yang suka rela nak lapkan..aku pun bagi jela..dia baik,sepanjang dia sembang ngan aku,tak habis2 dia puji allah,dia asyik sebut beberapa potong ayat quran kat aku,dia cakap"semua rezeki tu datang dari allah"..jadi aku beranggapan mybe budak tu ada buat salah..

    itu benda yang aku nampak sebelum gi piksa,bila balik piksa lak,aku ada nampak sorang pompuan nak gaduh ngan laki,dia siap pukul laki tu ngan kayu lagi,tapi laki tu takdela marah dia lebih2,sebab kat sini kalau laki gaduh ngan pompuan dikira aib bagi diorang..

    panjang gak entry aku hari ini,tapi itu baru sikit,banyak lagi yang aku nampak sepanjang aku duduk kat sini..orang2 kat sini memang kasar,kalau kita tengok memang terukla,tapi bagi diorang biasa je..

    macam2 yang aku nampak..aku pernah nampak orang gaduh ngan parang,berdarah2..ada yang gaduh ngan lampu panjang tu,ada yang sampai terkulai jari dia..tapi diorang gaduh jap je,esok bila jumpa,elok je,siap peluk2 lagi,cium2 pipi..diorang bukan gay,tapi itula adat diorang,tak kira laki ke pompuan ke bila jumpa mesti cium pipi..tapi laki ngan lakila,pompuan ngan pompuan la..nak mampus suka2 hati je hati cium anak dara orang!!!

    inilah entry aku untuk hari ni,yang panjang macam karangan bahasa melayu SPM..terima kasih pada mereka yang sudi baca sampai habis..moga allah membalas jasa kalian..sungguh aku menyanyangi saudara/saudari ku kerana allah..

    Monday, July 4, 2011

    LATOP VS ............

    salam..kawan2..sekadar entry yang sangat2 ringkas..besok nak piksa tapi aku still depan latop lagi,kenapa??

    hahaha..ni la namanya,penangan media eletronik..dapat mempengaruhi sapa2 je dengan mudah..nak2 lak sekarang ni ada macam2,lagi senang..tahniah kepada orang yang mencipta semua benda alah ni..target anda tercapai..

    dan satu lagi peringatan bersama..berapa jam korang habiskan masa depan latop ni,dan berapa jam koranng habiskan masa tuk membaca al-quran??

    tak nak bagi jawapan dan tak nak ulas panjang2..korang dan aku ada jawapannya sendiri..jom islah(baiki) diri..penting untuk kita mengikuti peredaran masa,tapi lebih penting untuk kita mengikuti si pencipta masa..

    JAHATNYA DIORANG NI...

    ada sedikit luahan dari hati yang ingin aku kongsikan pada hari ini..agak terkilan bila ada yang cakap "ORANG ARAB NI JAHAT DAN KUAT MENIPU!!"...ye..memang betul diorang ni kuat menipu..tapi betul ke diorang ni jahat???

    aku sendiri sekarang berada di negara arab,dan apa yang aku lihat,diorang tak jahat,cuma diorang kuat menipu..sebab tulah nabi diturunkan dikalangan orang arab,sebab tulah dinamakan zaman jahiliyah,sebab semua serba serbi diorang tak tahu..

    diorang jahat ke??negara diorang kotor..itulah yang orang selalu cakap tentang orang arab..ok..kalau nak jugak kata diorang jahat,takpe,silakan..aku akan bagitahu korang apa kejahatn yang diorang dah lakukan...

    1-diorang selalu berzikir,mulut diorang sentiasa dibasahi dengan selawat.

    2-kalau diorang bertembung dengan sapa2 pun pasti diorang akan bagi salam.

    3-diorang sangat menghormati tetamu.

    4-bila azan berkumandang,masing2 lari meninggalkan urusan yang lain semata2 untuk menunaikan solat.

    5-masjid diorang tak cantik,tapi sentiasa penuh dengan orang yang datang menunaikan solat 5 waktu.

    6-ditepi2 jalan diorang menyediakan air minuman untuk sesiapa sahaja yang dahaga.

    7-bila bulan puasa,amalan bersedekah dan membaca al-quran umpama perkara wajib yang perlu dilakukan setiap hari.

    8-kaum wanita selalu dilindungi.

    9-sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain.

    10-dan yang penting..BERANI MEMPERTAHANKAN NEGARA DIORANG SENDIRI.

    adakah ini dinamakan kejahatan??banyak betul ye kajahatan diorang ni..hmmmm..banyak lagi kebaikan yang ada pada diorang ni,tapi kenapa orang tak peduli dengan kebaikan ni tapi lebih suka memandang keburukan yang ada..nak kata jahat..sapa2 pun boleh jadi jahat,kat malaysia pun tak semua yang baik,ada gak yang jahat,tapi kenapa yang tu orang tak pandang??

    sejahat2 diorang pun,kebanyakan bumi arab ni diberkati,bumi para nabi,dan ada disebut didalam al-quran..mungkin negara diorang tak seindah korea,jepun,london,bangkok dan lain2,tapi keberkatan bumi diorang takde pada negara2 korea,jepun dan lain2..masih ramai para ulama berketurunan nabi yang masih hidup dan masih terus berdakwah..

    apa2 pun..tak nak komen panjang2,kalau nak tau macam mana..datang sendiri dan rasa sendiri,baru boleh buat kesimpulan sendiri..

    "MEMANG SIKAP MANUSIA SENTIASA MENCARI SALAH ORANG DARIPADA MENCARI SALAH SENDIRI"