Friday, April 30, 2010

SELAMAT DATANG MUSIM PANAS....

salam..teman2.....harap maklum..hari ni egypt tukar jam ek..awal sejam ok....klu dulu masa musim sejuk beza waktu egypt ngn malay 6 jam,tp bila musim panas beza 5 jam ok...harap maklum ye org mly....

bila musim panas ni waktu malam dia pendek...jadi pandai2la nak cukupkan waktu tido and study tuk mlm hari ye..smlm sy tgh syok2 menulis buat keje sekolah smpai tak sedar jam da berubah,tgk dah kul 2 pagi,terkejut badak saya,last2 3.30 pagi baru tido,pastu siang nya memang tak cukup tido,gi markas pelajar nak dengar kuliah jumaat jln sampai lelong2..last2 bukan saya dengar kuliah jumaat...orang lain yang tolong dengarkan tuk saya,yang saya sedap je dibuai mimpi sampai terhantuk2 orang dpn....memang xsedar apa langsung...

and satu lagi,kelebihan musim panas ini ialah..bermulanya kempeng kuruskan badan di kalagn pelajar..termasukla skli dgn org yg tgh menaip ni ha...xpe2....gunakanla peluang ini dgn sebaik2nya...

satu lagi...kpd kwn2 seangkatan ku...piksa nak dkt dah ni...jgn lupa tuisyen,study group,nota,and study rajin2..pastikan tahun ni kita najah sama2...mumtaz!!!!!!!!!!!!amin........buktikan pelajar azhar boleh!!!!!!!!!!!!heheheheheheheeh...jadi rajin2kanla diri untuk menghafal ye....jgn hafal je phm kan gak....

musim strwbery and kaum2 yang lain dah berlalu,jadi skrg musim tembikai susu,buah tin,buah apricot and byk lagila...jadi marilah kita menikmati buah2 musim panas ini dengan bestnya....huhuhuhuhuhu..

selamat berimtihan.....selmat berexam..selamat berperiksa.....salam imtihan dari saya.....CONAN....

SAMA2 MUHASABAH DIRI....

1o PERKARA YANG SIA-SIA......

SUFYAN AL-TSAURI,seorang ulama hadith yang terkemuka,menyatakan bahawa ada 10 hal yang termasuk dalam kategori sia-sia:-

1.lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tanpa berdoa untuk ibu bapanya dan kaum muslimin

2.orany yang sentiasa baca al-quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap2 hari.

3.lelaki yang masuk masjid kemudian keluar dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyyatul masjid.

4.orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.

5.lelaki yang masuk pada hari jumaat ke suatu kota,kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat jumaat berjemaah.

6.lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama,tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing2 dan keluarganya.

8.lelaki yang mengundang seseorang untuk menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan sedangkan ia sendiri makan kekeyangan di dalam rumahnya.


" HENDAKNYA KITA MENGUKUR ILMU ITU BUKAN DARI TUMPUKAN BUKA YANG KITA BACA,BUKAN DARI TUMPUKAN NASKAH YANG KITA HASILKAN,BUKAN DARI PENATNYA MULUT DALAM DISKUSI,TAPI DARI AMAL YANG KELUAR DARI SETIAP DESAH NAFAS KITA "(IBNUL QOYYIM AL-JAUZIYAH).


KEBESARAN AL-QURAN........

-sesiapa yang mampu membaca al-quran dengan sempurna tetapi dia tidak membaca 100 ayat satu hari,quran akan melaknatnya..

-kehebatan al-quran adalah allah menjaganya,sehari kita tinggal al-quran 10 hari quran akan tinggalkan kita.bayangkan kalau bertahun2 kalau kita tinggalkan al-quran,quran tidak akan kenal kita.

-hebatnya allah,dia tidak menyusahkan kita untuk bercakap DENGANNYA malah di panggil sangat dekat DENGANNYA untuk diberikan rahsia2 kebesarannya di dalam al-quran..


TANDA-TANDA AL-QURAN MENGUTUK KITA....

-Di depan orang kita di sanjung tetapi di belakang kita di hina dan di kutuk.

-rezeki tidak pernah cukup.

-rumah tangga tidak tenang.

-semua orang kita anggap musuh.

Monday, April 26, 2010

PERINGATAN SEBAGAI HAMBA...

Ternyata hakikatnya kita sedang terlena dengan dunia...
tahukah sebentar lagi kita akan M.A.T.I...????
Dan tidak akan sekali2 balik .....
D.U.N.I.A sekarang adalah tempat amal...
inilah peluang yang pertama & terakhir....
Tiada lagi peluang kedua setelah K.E.M.A.T.I.A.N menghampiri..
Saudaraku...bagaimana kita dihadapan ALLAH nanti...????
Tanyalah khabar IMAN & AMALmu hari ini....



PESAN PADA DIRI.....
jangan tersalah memberi hati...
pada insan yang tak mengerti.....
KERANA...
sekali engkau memberi pada insan yang tak mengerti...
KERANA...
sekali engkau memberi selamanya dia di hati....
KERANA...
sekali kau dilukai ..sampai mati tetap kau ingati...
PESAN LAGI PADA HATI...
hati2lah dalam memberi sebab ia hanya untuk insan yang tau menghargai...
betapa tingginya nilai sekeping hati...

Sunday, April 25, 2010

HMMMMM...NTAHLA....

Salam..teman2....ada tak sp2 yg nak tolong dengar rintihan sy ni...saya sedih dengan apa yang berlaku terhadap mahasiswa/wi kat mesir ni.....

baru2 ni kami dikejutkan dengan berita bahawa semua belajar wafidin(bukan pelajar mesir)yang belajar di universiti al-azhar yang selain dari kaherah akan dipindahkan ke kaherah..

teman2..nak saya sy sebutkan ke tak cwngn2 azhar kat sini???alex,mansurah,tanta,dumyat,shubra,shibin elkom,zaqaziq.....ada lagi tak yg sy tertinggal??tapi ini bukan mslhnya,yg menjadi maslhnya ialah setiap cwngn tu klu dipindhkan semua ke kaherah muat ke??alex sj mahasiswi mencecah hingga 400 lbh,itu baru orang melayu je,belum cmpur singapore,thailand,indonesia,yg dtg dari turki ke misalnya kita tak kira lagi...saya dipahamkan kuliah kat kaherah pun dah penuh,klu kata semua pelajar melayu ditempatkan disana saya rasa smpi luar dewan la kami duduk..

masalh lain lagi ,sy bagi contoh,penempatan anak2 perak kat kaherah tu dulu ada 1 je banggunan,nak dapatkan bangunan yang baru ni susah yang amat2 sangat..tapi bayangkanlah kalau semua cwgn pindah ke kaherah mampu ke nak tampung semua ank2 perak2...rumah2 sewa kat kaherah dahla mahal,paling murah pun dalam LE 700,tapi kebanyakannya dalam 1000 lebihla...itu baru sewa rumah,belum makan lagi..

lagi satu,kat sini kami boleh pilih kos samada nak ambik syariah,lughah atau usuluddin..tapi dengar ceritanya andai jadi pindah ke kaherah dioranga akan selaraskan semua madah kami,xde pilihan lagi..maknanya kalau saya ni dah tahun 2 sayriah kalau diorang nak selaraskan semua cthnya diorang pilih lughah maka saya akan mula balik tahun satu dengan kos lughah..macam mana dengan kakak2 yang dah tahun 4,nak ulang balik thn 1 ke???gila!!!!tak ke hancur hati dgr bnda ni..ingt nak bljr kat sini senang,tungging tebalik belajar tau...ada yang sampai 8 thn,klu kata buat mcm tu.sy rasa kuar air mata darah la diorang....

yang saya pening and lagi susah hati sangat2 ni bnda ni berlaku waktu nak dkt2 piksa dah..ya allah...pening sgt...baru2 ni kuar lak kat paper amerika kata mesir ni dah tak selmt untuk wafidin....

teman2..banyak dah sebenarnya yang berlaku kat pelajar2 azhar kat sini yang orang mly tak tahu..saya rasa makin susah nak melangkah untuk menjadi gradute al azhar,kenapa ramai yang tak puas hati dengan kami,macam2 bnda dah kena sekat,tak puas lagi ke tengok kami kat sini bersusah payah..tak payah saya nak sebut mana2 pihak,mereka dan allah lebih tahu siapa mereka..

jika bnda yang sy ckp ni betul2 jadi,saya rasa ramai pelajar azhar yang akan balik mly dan sambung disana...sp yang tak rasa dia takkan paham apa yang kami rasa kat sini...

doakan kami kat sini,harap2 bnda ni tak jadi..amin...

Friday, April 23, 2010

SAJE NAK LUAH...


salam..teman2..lama dah sy tak menaip dlm blog ni...hari ni saya nak taip sikitla pasal kemrahan sy ni..

baru2 ni sy balik kaherah sbb tmn kwn nak jmpa kakak dia,kakak dia transit jap kat egypt pas buat umrah...tak nak cite panjg2,cuma nak nak cte pasal sorag polis ni yang tahan kakak dia dari jmpa adek dia...apa kejadah punya manusia la kan...ye saya tahu..ngra mesir negara yang darurat,sbb tu mn gi pun polis merata2...tapi takkan smpi nak jmpa kakak pun tak boleh???kwn sy jmpa kakak dia kat tmpt check in,dah la nak cari kakak dia tu susah,air port tu besr,masuk kena bayar le 5,tak pernah saya jmpa tau nak masuk air port kena bayar...kakak dia dpn kitorang je,pemisah dia cuma polis tu je,nak bagi barang pun tak boleh..ingt kakak dia tu gi mekah nak buat bom ke???aduhhhh......pening2.....smpikn nak slm pun tak boleh..disbbkan kitorg ni keras kpla,kitorg takkan berganjak slg dia xdpt salam kakak dia,akhrnya dptla salam gak...tapi saya tahu..kakak dia msti sedih sgt...

tu kisah masa kat airport...airpot mstila kat kaherah kan??skrg ni cite macam mn kitorg nak balik alex balik,masa mula2 smpi kaherah,kitorg dah beli tiket train siap2 dah,LE 19..ingt murah..mahal tau...saya dah tnya dia,kul 11 pagi ada tak??dia kata ada,tapi LE 35...disbbkan kitorg ni bkn diklgn org yg kaya,so kitorg belila tiket yg harga LE 19,tapi kul 1 ptgla..

so tibala hari kitorg nak balik alex..alkisahnya kitorang smpi kat stesn ketapi tu kul 11.30 pg..kitorg ni punyala tunggu smpi nak dekat kul 1,sy ni dah tak sedap hati,saya minta kawan saya tiket train and terus gi tanya pak cik2 arab tu...agak2 tmn2..apa yg pak cik2 tu ckp???

pak cik tu cakap..tiket hang ni kul 11 tadi......hahahahahahaha!!!!!saya dengan perasaan yang tersangat bengang,tuhan saja yang tahu..buat keje macam mana ha??????????klu kat mly ni mmg dah sah2 kena penampor 2000000 das dah ni...tp klu kat sini,tak payah la nak tunjuk teror sbb takde sp yang nak layan pun...arrrggghhhhhhhhhhh........LE 19 ingt murah ke....tambng pegi balik kaherah alex paling kurang LE 40 tau..di sbbkan saya terlps ketapi disebabkan pak cik tiket tu " tersalah " taip,saya dah rugi LE 19...terpaksa saya gi beli tiket lain...dalam hati masa tu tuhan sj yang tahu...saya ni bukannya jenis orang yang penyabar,memang macam2 saya cakap dah ms tu....

masa nak beli tiket lain tu,dah habs..so last chance kitorng kena balik naik van...aduhhh...duit lagi..dahla masa tu beg besar..musim panas lak..korang tolong la bayangkan...membaranya hati masa tu...ya allah!!!!!!!!!tiba2 kitorang dengar ada orang jerit2.....ISKANDARIAH!!!ISKANDARIAH!!!MAHATTAH MASR!!SIDI GABER!!!!

rupanya ada bas nak ke iskandariah..tanya pak cik tu brp tambag.dia jawab LE 25..aduhhhh...duit lagi!!!!tapi kitorang dah xde pilihan,kitorang dah tak larat nak pusing2 kat kwsn tu cari van,so nak tak nak terpksla naik gak bas tu....fuhhhhhhhh....lega sgt2 dapat duduk...penat gila....

tapi kitorang punya pnt blm hbs lagi tau..nak dijadikan kisah lagi..bas kitorang rosk...ya allah!!!!!!!!!!!!teman2 bayangkanla..rosak tu bukannya sekali bukannya dua kali,tapi 4 KALI!!!!!jalan dia lak bukannya macam highway kat mly tu...cantik je..ni padang pasir ok..nama pun sahrawi..kalau bas tu tak jalan,kitorng nak naik apa blk alex....ya allah.....kawan sy nak menangis dah ms tu...bayangkanla..klu naik train 3 jam je,tapi kitorng naik bas ditmbh lagi dengan banyak kali berhenti sbb bas tu "sakit" nak dekat 5 jam lebih kat dalam bas..sakit belakang ni jgn ckpla...korang pkr sndrla....tak terluah nak cite bnda ni....tak berbaloi langsung dgn byrn dia...bila dah smpi alex baru diorang suh tukar bas....alhamdulillah..bas ni bagus sikit...

banyak lagi pengalaman saya kat sini..nak cite mmg tak cukup page nantikan..tapi saya rasa,hidup kat mesir ni lagi mencabar daripada hidup kat bandar K.L tu,saya pernha nak buat visa,kitorg tunggu kat dpn pjbt visa tu pagi2 buta,smpi ke zohor..masih xde apa2 panggilan pun dr pihak pejbt visa tu,masa tu musim panas gak,bayangkanlah dari pagi sampi tengahari kami dok kat tepi jln tu macam orang gila tapi pihak pejabat langsung tak layan kami..alih2 org dah azan zohor baru diorag panggil masuk..

saya tinjau keadaan dalam pejabat tu,nak tgkla jugak kn..kot2 sibuk macam kat pasar tu...tapi teman2 nak tahu tak apa diorang semua buat..mengadap air teh...itu je keje diorang...sakitnya hati.....tapi yang paling saya sakit hati,kitorg diarahkan dtg kat pjbt tu smta2 polis2 tu nak tgk muka je!!!!!!!tunggu dari pagi smpi tgh hr nak tgk muka je!!!aduhhh!!!!jgn citela ms tu...muka mmg dah terbakar dah.perut mmg dah lapar dah..hati lagi la..jgn ckp mcm mn dia terbakar...ARRRRRGGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dok kat sini mmg kena byk sabar..tapi skrg sy mmg tak boleh sbr dgn perangai orang2 arab kat sini...sy mmg tak boleh nak berlembut dgn diorg lagi dah...jadi saty je pesanan saya tuk org mly yg nak dtg sini,jadikanlah hati anda sekeras batu,sbb kt sini xde isitilah budi bahsa budaya kita..percayala ckp saya..klu ada pun tak ramai...

Monday, April 12, 2010

MINTA USUL DITERIMA...



salam..teman2..klu teman2 betul2 perihatin,cuba teka sat gmbr apa kat atas ni....ni cerita dah lm kan,tapi saya sj je nak buka balik ni,sebenarnya hari ni mood xberapa nak elok,tu pasai saya buka isu yg dah lm ni,tp bknnya semua tahu pun kan??yela.daripada sy dok marah orang lain tak tentu pasal,lbh baik saya mrh kat golongn amerika yang tak brp cerdik sangat..knl kan ngra amerika tu kan??atau nama singktn diorang US..UNGKA SESAT...

membebel pnjg2 pun tak guna,saya cuma nak syorkan kepada bomoh2 di malay yang kejenya dok santau org,sihir org sana sini,apa kata tubuhkan persatuan tuk bomoh yang bidang keje macam ni supaya membuat mesyuarat supaya menjalankan kempen "KEMBALIKAN UNGKA2 SESAT KEDALAM KANDANGNYA"...gerak kerja dia mudah je..gi hantr iblis atau belaan masing2 kat amerika tu supaya golongan yang tak sedar diri tu di santau atau di sihir..and mati dengan senangnya tanpa menyusahkan orang lain lagi..

dari segi badget,ini sebenaryna mengurangkan kos pengangkutan,duit minyak kapal terbang pun jimat,and banyak askar2 yang boleh dapt cuti lebih,senapang and pistol2 boleh berehat secukupnya sebab diorang dah tak larat hari2 dok muntah peluru..

dahla...mulut saya ni jahat sikit,satgi saya kutuk habis2an kang nnt ada lak yang tak puas hatikan,tapi ade ke orang yg tak puas hati klu kutuk golongan2 macam ni??

Friday, April 9, 2010

surah al-qiyamah

video

LAHIR SATU TARIKH TIDAK DAPAT DIPINTA...
MATI SATU TARIKH TIDAK DAPAT DITUNDA...
BILA MATA BERTEMU MATA AKAN MULA RASA KASIH...
BILA HATI BERTEMU HATI AKAN MULA RASA SAYANG..
TAPI BILA DAHI BERTEMU SJADAH AKAN TERASA KEBESARAN ALLAH S.W.T...

Wednesday, April 7, 2010

KHAS BUAT YANG TERSAYANG...

video

SALAM,sapa yang tak sayang mak??and sp lak yang tak sayang anak??semua orang sy kan???video ni khas tuk mak,umi,mama dan ibu di seluruh dunia..moga kalian mendapat ganjaran yang besar di cc allah taala..amin...

tapikan...orang suka buang anak tu tak taula nak habaq macam mn,masa buat tak pikir pun.tp bila dah bunting baru nak kelam kabut...aduh...manusia..manusia....

teman2..saat ini saya amat merindui ibu saya,alangkah gembiranya bila setiap kali saya pulang dari kuliah saya dapt menatap wajah ibu saya,melihat ibu saya tersenyum...dalam keadaan yang berjauhan ini,banyak perkara yang berlaku terhadap ibu saya,cuma saya tidak mengetahuinya,saya tidak tahu bila ibu saya berada dalam kesusahan,dan bila pula ibu saya berada dalam kegembiraan..apa pun,saya telah berjanji pada ibu saya untuk membawa segulung ijazah berserta ilmu sepanjang sya berada disini,moga segala pengorbanan berjauhan dengan ibu dan segala pengorabanan ibu memebesarkan dan mendidik saya akan terbalas jua satu hari nanti..

siapakah orang pertama yang perlu kita kasihi selepas junjungan mulia nabi muhammad??sudah pasti ibu,dan ini sudah diberitahu sendiri oleh junjungan kita.

Sunday, April 4, 2010

SI MANGKUK YANG TAKDE KEJE LAIN DAH...

SALAM..teman2...videon ni saya dpt dari kawan saya,penghinaan yang dilakukan pihak yang boleh saya panggil ungka2 ni,tp baik lagi ungka2 tu dari diorang kan??cian lak kat ungka2..hmm..sama ngn jibon pun ada diorang ni...sesungguhnya golongan2 yang bangang bin magkuk bin hayun ni tak pernah reda dgn agama islam...sama2 lah kita lihat bagaimana si besen2 ngn cebok2 ni buat keje bodo yang menghabiskan masa diorang je..

video

Thursday, April 1, 2010

PENING...PENING!!!!!!!!!!

salam..teman2...saya baru je baca berita,macam biasala..macam2 isu yang saya baca..cuma yang terbaru,saya baru baca dari paper kosmo yang mengatakan bahawa din beramboi,penyampai radio ERA meninggal dunia lewat malam tadi...ucapan takziah saya ucapkan pada keluaraga allahyarham,moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat allah taala...amin...segala yang ada diatas bumi ini hanya pinjaman dari allah,bila tiba masanya,allah tidak akan melewatkannya walaupun hanya sesaat..

tapi ada satu lagi tajuk dalam paper metro mahupun kosmo yang buat saya jadi pening jap bila baca...VIDEO TERLAMPAU KANAK-KANAK 4 TAHUN....aduhhhh!!!!pening2....nak saya ceritakan balik ke??ok..sekali imbas saya ceritakan balik ok..berlaku di jakarta,budak berumur 4 tahun,sambil menghisap rokok,dia berikrar dalam dialek jawa timur yang dia akan jadi pencuri,and duit hasil curi tu dia akan laburkan dengan melanggan pelacur..perlu ke saya cerita lagi panjang lebar???

teman2 di malaysia boleh beli je mn2 paper,and baca sendiri...kalau ada yang membaca tanpa ada sedikit perasaan kesal,saya tak tau nak cakap,mana pergi hati dia saya pun tak tau..

saya nak cite satu kisah benar,yang berlaku pada zaman dulu...satu masa dulu ada satu kaum ni yang mana diorang ni terlampau mengagungkan seks,boleh dikatakan tiap2 hari diorang akan melakukan seks,kalau dengan cara yang halal xpela kan,ni masalahnya dengan pelacur atau dengan sapa2 jela yang diorang nak,kira macam makanan harian diorangla ni,sampaikan di kedai2 diorang ada tergantung kemaluan lelaki!!!

nak dijadikan kisah...mungkin ini pengajaran dan balasan tuk orang yang terlampau hanyut,satu hari masa diorang2 ni tengah sedap2 dok berzina tiba gunung berapi dekat dengan tempat diorang tu aktif,and mulala kuar lava2 dia yang cun2 tu kan,lava tu meleleh sampai tempat diorang,tapi xde sorang pun yang sedar..last2 matila dalam keadaan macam tu...

and satu hari,pihak yang kaji pasal sejarah2 ni terjumpala kesan2 tinggalan diorang ni,tapi kaun ni dijumpai dalam keadaan yang amat memalukan,dalam keadaan sedang berzina!!!!

tak cukup lagi ke sejarah2 dulu sebagai pengajaran tuk kita yang zaman sekarang ni????zaman dulu allah turunkan bala hanya tuk orang yang melakukan dosa sahaja,tapi zaman sekarang,ko buat dosa ke tak buat ke tetap kena gak..

pastu yang sy geramnya lagi....nak habaq mai...masa tengah sedap2 buat tak pikir pun baik buruk dia..bila dah bunting baru nak menyesal,yang si jantan bila dah dapat apa yang dia nak,cabutla..tunggu apa lagi...kalau ada 100 orang yang mengandung anak luar nikah,saya berani jamin hanya 2 @ 3 orang je lelaki yang berani bertanggungjawab...

kepada golongan wanita,janganlah biar diri kita digelar perempuan murahan,perempuan sundal,seindah hiasan adalah adalah wanita solehah,wanita dijadikan adalah untuk menjadi peneman buat kaum adam tetapi dengan cara yang sah,bukannya dijadikan untuk dipijak macam kain buruk...dah saya katakan tempoh hari,bahawa wanita ini banyak disebutkan dalam al-quran,betapa mulianya wanita apabila tibanya islam di bumi ini...

DISINI SAYA BAWAKAN HADIS YANG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH BUKHARI DAN MUSLIM...
ERTINYA : daripada anas r.a barkata "akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku.aku mendengar rasulullah saw. bersabda " diantara tanda qiamat ialah sedikit ilmu,banyak kejahilan,berlaku banyak penzinaan,ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki,sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."

LAYAN DULU PHOTO2 NI........

salam...teman2...hehehehe..kan saya pernah cakap,saya ada terpikir nak tunjukkan sikit keindahan2 kat egypt ni..hmmmm..so skrg ni sy nak tunaikan janji saya tu,tapi setakat ni boleh dikatakan kebanyakan gambar yang saya letak kat dalam blog ni kebanyakannya gambar2 kat tempat saya,alexandria...cuma ada dua gambar yang gambar kincir air tu dengan gamabr labu besar tu saya tangkap kat fayyum & shalalat..satu lagi..ada kucing warna kuning tu,my beloved cat...tp sekarang dah takde..xpe2..saya redha..dia gi merantau cari ilmu tu...hehehehe...kat sini saya sertakan juga bangunan kuliah saya...apa2 pun,insyallah..nnt saya letak gambar dari kawasan lain lak,cthnya,cairo,mansurah..byk lagi la..hrp teman2 suka dgn gmbr2 ni..klu ada yg tak suka..ckp ek.