Sunday, July 10, 2011

MOGA SATU HARI AWAK AKAN BACA..



Duhai si empunya diri
Ini hanya sekadar karya biasa
Bukan untuk memuja atau mengagung
Sekadar coretan biasa ikhlas dari kata.

Duhai si empunya diri
Izinkan aku berkata
Dirimu telah lama berada di atas sana
Berkat hasil usaha..

Duhai si empunya diri
Izinkan aku berkata lagi
Kisahmu telah banyakku baca
Kadang ada yang baiknya
Kadang ada yang buruknya
Tapi ku percaya
Hanya kau dan tuhan yang mengerti sebenarnya

Duhai si empunya diri
Kau juga manusia biasa
Tidak mahu aku terlalu memuja
Jauh sekali mengagungkanya
Tapi cukuplah jika kukagumi seadanya.

Duhai si empunya diri
Tolong dengarkan lagi
Puisi ini bukan untk menarik hati
Tapi sekadar tatapan buat diri..

Bolehkah engkau membacanya lagi??
Ntah mengapa hatiku mula berkata
Kau bukan wanita yang meninggi diri
Tapi hatimu penuh dengan sifat yang tersendiri
Kerana itu kau mula kecapi kebahagian hingga kini
Biar dulu laluanmu agak perit sekali
Tapi lihatlah kini
Kau Berjaya mengatasi..

Kenapa aku berkata seolah2 aku mengerti segalanya
adakah kita pernah saling mengenali??
Tidak!!!itulah jawapan pasti
Kau didunia sendiri
Begitu juga aku didunia ku sendiri

Aku tahu segalanya
Kerana aku percaya
Kau juga manusia biasa
Inginkan kebebasan selamanya
Seorang wanita biasa
Juga hamba allah yang taat pada perintahnya
Pasti memiliki perasan yang sama
Tiada bezanya makhluk didunia
Yang membezakannya hanya iman mereka.

Gambarmu sering terpampang dimedan akhbar
kisahmu tatapan utama buat manusia
Tapi aku percaya
Disebalik senyuman dan ceritamu
Pasti tersembunyi seribu kepahitan
Sejuta kegembiraan
Buat pengajarn untuk diri
Perkongsian dalam hati
Sebagai ingatan selama abadi

Wahai empunya diri
Aku berdoa kepada illahi
Supaya kau sentiasa menyiapkan diri
Menghadapi dunia hakiki
Dan akhirat yang kekal abadi

Pesan ku..
Jangan kau susah hati bila diuji
Jangan kau gentar bila dilupai
Tapi menangislah jika kau tidak berguna lagi

Satu kata-katamu
Yang sering kujadikan azimat buat diri
“YANG PAHIT ITULAH PENAWAR,DAN PENAWAR ITULAH YANG MENCIPTA KETENANGAN”
Terima kasih buat azimat ini
Sering kuingati
Bila diri terasa perit untuk melangkah lagi..
Harapanku..
Agar dipertemukan denganmu
Bukan untuk mengenali “SIAPA KAMU”
Tapi untuk mengenali “SIAPA DIRIMU”

Aku sentiasa berada dibelakangmu
Hatta satu hari nanti ramai yang meninggalkanmu
Kerana aku mengasihimu bukan kerana namamu
Tapi aku mengasihimu atas nama allah
Atas tiket persaudaraan
Atas landasan iman..

Duhai si empunya diri
Terlintas dihati untuk mencipta puisi ini
Bukan untuk memuji
Tapi cukuplah untuk sekadar tatapan hati
Kerana yang dipujai
Sentiasa berada dihati
Dialah RABBUL IZZATI..

2 comments:

Cik Puan Kocik said...

mendalam maksud nie... pandai awak menulis

conan said...

hmmm..khas buat someone..sungguh sy amat menyanyangi puisi yang satu ni..dicipta dr hati,terus diaplikasi disini..smua anugerah dr allah..