Tuesday, November 20, 2012

"POWER KAABAH - SEDANGKAN SABUN PUN ADA POWER MASAKAN KAABAH TIADA POWER"

Salam..entry aku untuk kali ni agak berat sikit..aku terpanggil untuk menaip sikit tentang gerakan al-arqam yang tak habis2 dengan abuya mereka tu..segala2nya adalah untuk abuya..100% roh perlu diserahkan kepada abuya supaya semua amalan pengikut dia mudah sampai dan diterima allah..apa nie??

"Tanpa Abuya kita tidak tahu pun perihal sembahyang itu agong dan mampu membina peribadi agong. Tanpa Abuya kita tak tahu pun rupa-rupanya puasa ialah kuasa pencuci roh yang mampu melonjakkan roh agar aktif dan bertaqwa. Tanpa Abuya kita tak tahu pun bahawa berjuang dan berkorban ialah cara hidup orang bertaqwa. Tanpa Abuya kita pun tak tahu untuk menuju Allah sewaktu Haji atau Umrah. Maka kalau begitulah halnya, tentulah kita tidak dapat elak dari Abuya, bila mana kita benar-benar ingin dapatkan semua itu dalam hidup kita." 

"Ketahuilah wahai orang Islam bahawa nikmat seks yang Allah beri kepada kita adalah sesuatu yang  diingini oleh musuh-musuh, namun mereka tdk mendapatkannya. Mmg mereka mempunyai wanita-wanita Thailand yang mampu grip (kemut) sampai boleh buka tutup botol coca cola, tapi sebanyak manapun mereka ber-seks dengan itu, tetaplah mereka tdk mengalami kepuasan yang sebenar-benar yang diinginkan. Walhal orang roh, dibantu oleh tongkat Ali dan kacip Fatimah, kerana dapat bersatu hati, atas nama roh, dapat mengalami dengan izin Allah, nikmat seks yang senikmat-nikmatnya. Orang roh makin melakukan makin lazat."

"Orang-orang roh itu ialah ahli Syurga. Oleh kerana di Syurga itu orangnya dibuatkan Allah kuat-kuat seks belaka supaya padan dengan ramainya bidadari dan wildan mereka, maka sedikit nikmat itu sudah dirasakan juga di dunia lagi pada orang-orang roh. Yakni sebagai hadiah kepada perjuangan dan pengorbanan mereka untuk dapatkan Abuya 100%."

Tiga petikan diatas aku ambik dari khutbah raya aidul fitri diorang tahun lepas...korang baca dan nilai sendiri..patut ke tidak dia cakap macam tu,dalam khutbah,sempena sambutan kemenangan umat islam dalam melawan hawa nafsu selama sebulan benda ini yang di khutbah kan??detail gila tupai lak tu..korang fikirla sendiri..kalau nak baca lebih lagi pasal khutbah ni dan lain2 entry boleh masuk sini

pada mereka yang masih ragu2 lagi "ajaran diorang ni terpesong ke tak ha??" meh sini aku bagi satu lagi petikan dari berita harian bertarikh 16 februari 2011 :

Hatijah,57,yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut al-arqam,mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat 'power kaabah' ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah,Asaari datau Abuya serta Imam Mahdi.

"Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya,Walhal Abuya anak kuncinya,Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhammad As-Shuhaimi yang dipercayai Iman Mahdi) adalah tuannya" katanya.


kalau korang tak caya lagi,dan nak baca lebih lagi.boleh baca sendiri kat sini

semua yang aku letak kat sini bukan aku cakap saja..semua dari apa yang aku baca..dan kita sendiri boleh buat kesimpulan,betul atau tidak apa yang dicakapkan..bukan aku sorang je yang tahu hakikat ni,ramai lagi..ni satu lagi aku nak bagi korang tengok..nyanyian al-arqam,tajuk dia "POWER KAABAH"

aku nak tanye korang,kaabah ni baru sekarang ke ada power??dulu2 tu dia ada saja,macam perhiasan dunia,takde apa2 power pun..sekarang baru ada power bila si ummu jah bini kepada abuya tu buka dengan tangan dia sendiri..kaabah dah dibuat sejak zaman nabi ibrahim lagi,dah berapa kurun,berapa generasi pergi sana,baru sekarang diorang sedar kaabah tu ada power??

"Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi keluar dari kaabah berkat lambaian tangan isterinya (ibu para ikhwan) kepada baitullah ketika tawaf quddum keluarnya power itu bagaikan aliran eletrik,sumbernya ialah roh al-quran hidup gabungan roh aurad muhammadiah yakni nur muhammad bersama roh imamul mahdi dan roh putera bani tamim itulah power kaabah abuya cetuskan untuk mengangkat ikhwan menjadi orang roh menjadi peribadi agung..."

yang kat atas ni antara lirik yang ada dalam video kat bawah ni,kalau tanya aku secara peribadi la kan,lirik entah apa2 entah..sampai sabun pun ada.."sedangkan sabun pun ada power masakan kaabah tiada power"..ingat ni power rangers ke apa..siap ada tarian lagi..aduhhhh..korang tengokla sendiri..kalau aku,tak sampai seminit aku dah menyampah...katanya tarian ahli sufi..erkk??ahli sufi ni segala sudut dia jaga..pandangan mata pun jaga,ni kan pulak tarian2...

malas nak komen panjang2..kita ni kalau cakap baik2 tu takpe,tapi jangan banyak2 sangat,takut satgi jadi dosa lak..yelah..gitula kisahnya..layan jela..sendiri..







ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

No comments: