ok...panjang lak aku membebel pasal aku..hari ni aku nak nak cite sikit kejadian disebalik gambar-gambar kat bawah ni...malam tadi..kat bawah rumah aku ni ada perarakan beramai-ramai oleh rakyat mesir,sempena nak meraikan kemenangan mohammed morsi atas kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden egypt...kiraan undi terakhir yang dibuat,mohammed morsi berjaya mengalahkan lawannya ahmad syafiq dengan undian sebanyak 12,713,327 (51.8%),sementara ahmad syfaiq cuma memperolehi undian 11,834,906 (48.2%).secara automatiknya,mohammed morsi disahkan sebagai presiden egypt,tapi secara tak rasmila,perlantikan rasminya insyallah pada hari khamis ni 21/6/2012...korang tungguuuuuuu....
husni mubarak dah memerintah selama 30tahun,semua rakyat tak puas hati dengan dia,pemimpin zalim,sapa yang suka kan..sekarang dah meringkuk dalam penjara dah pun.ahmad syafiq yang turut bertanding dalam pilihan raya presiden egypt tu sebenarnya pro mubarak,dahla main tipu masa mengundi,dia bayar orang suruh undi dia dengan harga setinggi LE1000-200...ikut pada kawasan masing2...gila kan??tapi tak menang pun..harap takde lagi halangan untuk mohammed morsi menjadi presiden egypt secara rasminya pada hari khamis ni,dan moga beliau lebih bertanggungjawab dan perihatin terhadap tugas dan rakyatnya...
kat bawah ni,antara gambar-gambar yang sempat aku tangkap malam tadi..nak tangkap banyak2 pun tak boleh,bateri aku dah low gila..tunggu masa nak mati je enset tu...tapi ada je lagi gambar yang lain,cuma aku rasa cukuplah kot dengan gambar2 nie..,satu lagi aku nak minta maafla ye sebab ada gangguan tali tu,tu tali ampaian rumah aku,takkanla aku nak cabut lak kan..
pastu sebelum enset aku mati tak sedar diri,sempatla gak aku rakam video ni,maafla tak penuh mana pun,kan aku dah cakap tadi,enset aku tu dah tenat masa tu,dia pun tak larat nak rakan lama-lama...tapi apa yang menariknya dalam video ni,nampak jelas kegembiraan diorang,dah lama menderita kan,30tahun bawah husni mubarak..kawan-kawan aku yang turut ada masa tu pun,diorang sebak bila tengok keadaan ni,tambah2 lagi dengar lagu diorang ni..ni bukan lagu tak tentu hala,tapi lagu tentang kesatuan diorang sepanjang menuntut keadilan..paling aku suka dalam lagu ni,ada 1 bait tu dia cakap "muslim aw nasrani,fi wahdah!!!!(orang islam dan orang kristian tetap bersatu!!!)..tak silap aku masa minit ke 1:25 paling jelas dia sebut bait ni..berbaloi mereka yang syahid pada rusuhan 25januari yang lalu..al-fatihah buat mereka yang terkorban..
sebenarnya aku pun agak tersentuh gak tengok diorang,tak tau nak cakap cmne,sapa yang ada masa tu,mungkin lebih rasa situasi ni...apa2 pun..kita doakan yang terbaik buat rakyat mesir ni..dan korang tontonlah video ni ye..tak lama pun vidoe ni dirakam..cuma 1:32 minit sahaja..
sebelum aku akhiri entry ni,aku nak cite sikit,masa aku tengah sibuk2 dengan video aku ni,aku dengar suria fm jap,aku nak tergelak bila halim othman ajukan soklan teka teki kat nabil ngn kenchana..soklan dia..dalam banyak-banyak gua,gua apa yang paling gelap??aku tak pasti gua ke dunia,lupa lak..tiba-tiba nabil cakap camni.."hei abang ni..abang ni kenapa..bagi soklan pastu pandang kenchana" hahahahaha..korang paham sendirila ye,tapi ini dah buatkan saya pecah perut...:)
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..
No comments:
Post a Comment