puasa
mengajar kita menahan lapar serta dahaga
mengajar kita erti sabar setiap masa
memberitahu kita tentang keperitan mangsa bencana
serta memberi kita laluan ke syurga
puasa
bukannya selalu kita rasa
hanya pada bulan yang ditentukan sahaja
jadi apa salahnya
jika cuba menjaga mulut dan telinga
dari perkara2 binasa..
puasa
semua syaitan tiada
tapi masih ada orang yang buat binasa
sungguh pelik rasanya
tapi bila difikirkan semula
sungguh berkesan "sunnah" yang ditinggalkan mereka
buat "umatnya"...
puasa
sebaik-baik guru buat kita
dia sentiasa mengajar anak muridnya
tanpa tertinggal walau satu titik pena
tapi sayangnya
anak murid saja yang tak tahu nak dengar kata
jadi nak buat macam mana??
guru dah bagi idea
tapi anak murid tak nak guna
nanti bila guru dah takda
jangan salahkan dia
macam mana nak kumpul pahala!!!
No comments:
Post a Comment