PUTRAJAYA 6 ogos,Bekas pemain nombor satu dunia, Tiger Woods antara pemain yang akan
menyertai pertandingan golf CIMB Classics berlangsung di The Mines
Resort & Golf pada 24 hingga 28 Oktober ini sekaligus mengenepikan
andaian pilihan raya akan berlangsung dalam masa terdekat.
Menurut perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak (gambar), kehadiran Tiger Woods selepas hampir 13 tahun tidak ke Malaysia dapat menyemarakkan pertandingan itu nanti.
Menurut ketua eksekutif kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata seramai 48 pemain golf elit dunia akan beraksi dalam pertandingan ini termasuk termasuk juara bertahan tahun lalu, Bo Van Pelt dan juara tahun 2010, Ben Crane.
"Kita harapkan dengan kejohanan ini, kita akan dapat wujudkan pemain
golf terbaik dunia seperti kita adakan pemain seperti Lee Chong Wei dan
Nicol Ann David. Kita juga telah menandatangani perjanjian selama 5 tahun dari 2012
hingga 2016, CIMB akan menguruskan pertandingan ini, dan saya melantik
Todd Rhinehart sebagai pengarah eksekutif CIMB Classic," kata Nazir
lagi.
sumber
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...
No comments:
Post a Comment