Nuzul bermaksud "turun",kisah penurunan ayat yang pertama
bermula pada hari jumaat 17 ramadhan,tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.Setelah kejadian tersebut,bermulanya penurunan ayat al-quran secara berperingkat hingga ianya sempurna menjadi 30 juzuk seperti yang telah kita baca sekarang ini.
Ayat yang pertama di turunkan ialah dari surah al-'alaq ayat 1-5.
Al-quran ialah mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang paling besar dan yang paling nyata,merangkumi segala hal dan isu berkaitan kehidupan dan kejadian manusia,mengandungi doa-doa yang boleh diamalkan setiap hari,tiada tandingan sepanjang zaman hingga tibanya hari kiamat,yang mana jika kita berpegang dengannya,kita takkan tersesat buat selama-lamanya..
Berlaku 1 kisah,dimana,para kaum yahudi mencuba untuk mencipta kalam yang boleh menandingi ayat al-quran,tapi semua usaha mereka gagal,seperti yang disebutkan didalam surah al-baqarah ayat 23-24,allah menyebut,jika mereka meragui tentang apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad,maka datangkanlah ayat2 yang sama seperti di dalam al-quran,tetapi,ternyata mereka tidak mampu..
kenapa surah al-'alaq yang diturunkan dahulu??kenapa perlu "bacalah!!"..."bacalah dengan menyebut nama tuhanmu" seperti yang tercatat dalam surah tersebut ayat 1..jawapan saya cuma satu "tanpa pembacaan,ilmu kita takkan kemana"..betapa agungnya allah menyusun sesuatu perancangan yang begitu teratur untuk hamba-hambanya..
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..
No comments:
Post a Comment