ok..teater BADAI SEMALAM..korang pernah dengar tak..ha!!tak pernah dengar..ish2..dah famos dah orang dok menyembang citer ni,ntah2 mak cik2 kampung dah tahu dah..mak aku pun tahu..takkan korang tak tahu..:) BADAI SEMALAM ni sebenarnya novel,jadi sekarang ni diorang tergerak hati nak pentaskan pulak..sebenarnya citer yang diadaptasi dari novel ni elok sangatlah untuk orang yang tak suka baca novel macam aku..aku memang tak suka baca novel,kalau aku baca pun,aku baca muka surat yang depan,pastu terus baca yang belakang..sampai aku pun kadang heranla bila tengok kawan2 sampai nangis baca novel..jadi,bagi sapa2 yang malas baca novel,tengoklaah citer dia ye..aku dah merapu panjang dah ni ha..satgi orang meluat lak..
ok..aku bagi sinopsis BADAI SEMALAM ni sikitla kat korang,serta beberapa info tentang teater ni..aku ambik dari laman web rasmi istana budaya..
sinopsis :
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja. Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti. Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri. Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya? |
Pelakon | : | Erra Fazira Aaron Aziz Fizz Fairuz | ||
Tenaga Produksi | : | Pengarah : Khairunazwan Rodzi Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim | ||
Tiket | : | RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300 | ||
Tempahan/Pembelian Online | : | www.ticket2u.biz |
kalau korang tak puas hati lagi..korang boleh masuk ke laman wab ISTANA BUDAYA NI : http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/badai_semalam
korang faham tak aku citer berjeler2 ni???kalau tak faham pun,wat2 faham jela ek..sedikit pesanan kepada yang mengenali aku,housemate ke kawan2 yang selalu aku jumpa kat kuliah ke kat mana2 jela,bila korang baca entry ni korang jangan cakap apa2 ok,kenapa gambar erra fazira banyak melebihi pelakon2 lain?sebab erra fazira pelakon utama la..dah2..korang jangan banyak tanya,kalau korang tak puas hati,nanti kita sembang belakang,tak pun mesej2 ok..jangan kedekut kredit sangat..
ok..beberapa keping gambar yang berjaya aku mensavekan sepanjang rehearsal BADAI SEMALAM..
p/s : GAMBAR NI BUKAN AKU YANG TANGKAP,AKU CUMA SAVE JE..KALAU AKU YANG TANGKAP SENDIRI,MEMANG PENUHLA MEMORY KAMERA TU SEBAB AKU NI SUKA GAK TANGKAP2 GAMBAR ORANG NI..
pelakon utama BADAI SEMALAM..
korang tengok ni,siap ada shower gel lagi..insyallah..pasni aku nak cadangkan supaya buat buku dengan pen BADAI SEMALAM lak..kepada pihak yang terlibat dengan teater ni,bolehla pertimbangkan ye..(ecehhhh!!!perasan macam ramai sangat je yang baca blog ni..hehehe..)
perhatian!!!ini bukan pelakon badai semalam ok!!pelakon2 badai semalam semuanya orang,bukannya penguin..lgpn kalau nak ambik penguin2 ni berlakon,sapa yang sanggup nak bayar tiket flight diorang yang duduk entah mana kawasan ntah kat kutub utara tu!!
aku??ok..keje aku dengan team invisible aku sepanjang teater ni berlangsung dari 11-20 november ni,bermula esok cuma dok diam2 kat rumah,ikut perkembangan dari jauh je..tangkap gambar dari jauhla..itu je yang hamba mampu..yang lain2 tak mampu dah..korang datang ok..jangan tak datang..
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...
No comments:
Post a Comment