Wednesday, November 30, 2011

(PRAKTIKAL) KEWUJUDAN JIN&SYAITAN..JOM SAMA2 BUAT..





salam..korang..hari ni aku nak berkongsi sesuatu yang sangat2 simple..aku nak ajak korang buat praktikal sikit..praktikal dia mudah je,tak susah mana pun..tapi praktikal aku ni khusus untuk manusia2 yang tak percaya tentang wujudnya jin dan syaitan dan sepupu sepapatnya..buat manusia2 yang meminta bukti tentang wujudnya benda2 alah yang aku cakap tadi tu..special tuk korang ok..

korang percaya akan kewujudan tuhan,tapi korang tak percaya tentang wujudnya jin dan juga syaitan..maknanya korang memang bermasalah!!!jadinya,jom kita sama2 praktikal,korang ikut je apa yang aku cakap..

1-sebelum praktikal,aku nak korang sediakan sorang manusia kat sebelah korang(kalau boleh manusia yang tak percaya tentang kewujudan benda2 ghaib yang aku cakap tadi tu),kalau ramai pun ok gak..kalau ramai2 lagi bestkan?kalau aku,aku cari orang2 yang suka cari pasal dengan aku je..hehehehe...

2-sekarang,keje korang mudah je,korang lempang atau dalam bahasa sopan dia,TAMPAR je orang yang kat sebelah korang tadi,kalau yang ramai tu,lempang je semua,lagi kuat lagi bagus..hahahahaha...

3-bila dah lempang@tampar,korang tanye dia,SAKIT TAK???kalau dia jawab sakit..(mestila sakitkan,kalau dia tak sakit,maknanya dia kurang deria rasa)tanya dia,MANA DIA SAKIT TU??AKU TAK NAMPAK PUN???AKU NAK KAU TUNJUK KAT AKU MANA SAKIT TU??MACAM MANA RUPA DIA??

4-last sekali,korang minta maafla balik kat orang yang korang sedap2 lempang tadi tu..

korang dapat tangkap tak apa yang aku nak cakap kat sini??maksud aku,jin@syaitan ni sebenarnya memang wujud dikalangan kita...cumanya kita tak nampak diorang,ni semua benda2 ghaib yang memang perlu untuk disembunyikan dari pandangan mata kasar kita,kalau korang nampak,confirm!hidup korang takkan bahagia,korang dah tengok cite AL-HIJAB??jadi ambikla pengajaran dari citer tu..

samala jugak macam udara yang kita dok guna sepanjang hidup kita ni,kita tak nampak pun kan dia,ke ada sapa2 yang pernah nampak bentuk udara ni macam mana??kalau ada bagitahu aku ok,aku pun nak tumpang tengok gak..

aku tak nak ceramah panjang2 kat korang..jadi aku bagi sedikit INFO pasal benda2 yang aku cakap tadi tu...

Jin (bahasa arab : جن ) secara harfiah bererti sesuatu yang “tersembunyi” atau “tidak terlihat”. Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu ras mahluk yang tidak terlihat dan diciptakan dari api.

"sesungguhnya ianya (jin) dan pengikut2nya melihat kalian (hai manusia) dari suatu tempat yang yang kamu tidak boleh melihatnya" (AL-A'RAF 7:27)

ANTARA TANDA2 KITA DIGANGGU JIN :

KETIKA WAKTU BERJAGA :

1. Badan terasa lemah, loyo, dan tidak ada gairah hidup.

2. Berat dan malas untuk melakukan sebarabg aktiviti, terutama untuk beribadah kepada Allah.

3. Banyak mengkhayal dan melamun, senyum dan bicara sendiri.

4. Tiba-tiba menangis atau tertawa tanpa sebab.

5. Sering merasa ada getaran, hawa dingin, atau panas,berdebar, dan sesak nafas saat membaca Al-Qur’an.

KETIKA SEDANG TIDUR,ANTARANYA :

1. Banyak tidur dan mengantuk berat, atau susah untuk tidur tanpa sebab.

2. Sering mengigau dengan kata-kata kotor.

3. Melakukan gerakan-gerakan aneh, seperti mengunyah dengan keras sampai beradu gigi.

4. Sering bermimpi buruk dan seram atau seakan-akan jatuh dari tempat yang tinggi.

5. Bermimpi melihat binatang-binatang seperti ular, kucing, anjing, singa, serigala yang seakan-akan menyerangnya.

6. Bermimpi ditemui jin yang mengaku arwah nenek moyang atau tokoh tertentu.

7. ketika tidur merasa seperti ada yang mencekik lehernya atau menendangnya.

ni je antara info yang aku dapat kongsikan dengan korang,kalau nak lebih lagi,korang google la sendiri,jangan malas!!!

idea praktikal ni aku dapat masa aku tengah layan cite,jadi aku kongsikan dengan korang,kalau sapa2 yang dah tahu kaedah ni,bagusla,kalau sapa2 yang tak tau lagi,ni la aku nak kasi tau ni..

jadi sekian sahaja entry aku untuk pagi2 khamis ni,jadi malam ni korang bolehla layan cite hantu ye..hehehe...

1 lagi aku nak pesan,kalau korang kena lempang balik dengan orang yang korang lempang tadi,aku tak bertanggungjawab ok..kalau dah tahu diri tu nak kena lempang balik,pergila cepat2 buat insurans ye,aku takut bukan setakat lempang je yang korang dapat,sepak,terajang,kayu hoki,semuanya naik atas kepala korang nanti..jadi...fikir2kan ok..hidup kena sentiasa bersedia..hehehehehe


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

No comments: