salam korang..first sekali aku nak minta maaf,sebab tulisan aku tuk entry hari ni aku guna yang normal punya,tapi bagi aku kecik,sebab aku selalu guna yang large,tapi hari ni,blog aku buat perangai sikit,jadi aku minta maaf kalau ada yang tak selesa masa baca entry ni,bila blog aku dah ok,aku akan edit balik,insyallah..blog aku ni memang nak kena!!!nanti dia,aku nak bagi tuisyen free kat dia jap lagi!!
hari ni aku nak share sesuatu yang agak menarik,dulu aku pernah buat 1 entry tentang binatang dijadikan daripada apa,tapi sebenarnya aku tak puas hati dengan pencarian aku yang haritu,jadi aku terus cuba mengkaji,dan akhirnya terjadilah perbualan aku dengan seorang ustaz dalam jurusan usuluddin akidah&falsafah..
kitorang cuma sembang dalam YM sahaja,dan telah diedit balik oleh aku sendiri...ada 2 benda yang aku tanye kat dia,1 pasal kejadian manusia&binatang,dan 1 lagi tentang payung emas untuk mereka yang bermadu,ini adalah antara perbualan aku dan dia,kami masih sama2 belajar lagi,jadi ini hanya sekadar perbincangan,sekiranya ada yang ingin berkongsi ilmu,silakan..
CONAN: binatang dijadikan daripada apa?
USTAZ: erm
CONAN: ok2... xpe..buka SURAH AN-NUR ayat 45
USTAZ: tak jumpe dalil secara daqiq(terperinci)tentang hal ni..
CONAN: xpe2…buka dulu al-quran,tengok jap surah annur tu,ade soklan lagi di sebalik ayat tu..
USTAZ: ok
CONAN: sekarang ni saya nak tahu…1-perkataan "DABBAH" dalam ayat tu betul2 khusus untuk binatang saje ke??atau termasuk manusia??
USTAZ: Dah baca tafsir belum?
CONAN: dah...2-air dalam ayat mungkin bermaksud air mani,manusia pun dijadikan daripada air mani
USTAZ: pastu?
CONAN: tapi manusia selalu dikaitkan dengan tanah,tapi binatang sebaliknya,kalau kata 'DABBAH" dalam ayat tu manusia dan binatang,takkan allah nak samakan kejadian manusia dengan binatang??sedangkan manusia sebaik2 kahlifah di muka bumi ni..boleh tolong jawab?
USTAZ: Erm…jawapan dia begini,dari sudut kedudukan, atau martabat.. memang martabat manusia tak sama dengan binatang,tetapi dari sudut penciptaan sama saje…contoh.. cube cari ayat al Quran yang berbunyi “Waja'alna minal maa' kulla syai'in hayyin..”maksudnye : dan kami jadikan daripada air itu, semua benda yang hidup..Penciptaan manusia daripada air sama dengan binatang, bukan bermakna manusia setaraf dengan binatang secara mutlak..
CONAN: maknanye..ayat tu menunjukkan binatang&manusia,cam tu?
USTAZ: yup..iaitu : semua binatang dan manusia diciptakan daripada air..pokok pun sama..dan.. ada manusia yang martabatnya lebih tinggi daripada malaikat..cth Nabi Muhammad SAW..juga daripada air,tengok dalam ayat tadi,SURAH AN-NISA' sebut manusia diciptakan daripada tanah,bukan daripada air,jawapannye..yang diciptakan daripada tanah tu adalah Nabi Adam AS sahaja,dan semua keturunan dia yang lain, semuanya daripada air.. iaitu air mani,jelas tak?
CONAN: kalau macam tu,kenapa manusia dikaitkan dengan tanah??
USTAZ: manusia dikaitkan daripada tanah nisbah kepada Nabi Adam AS,tapi, kalau kita.. takkan la "ahmad" (cth) diciptakan daripada tanah,mestilah daripada air mani ayah dia (sebagai contoh) tapi kalau kita tengok jasad kita, takda pun tanah..air ada la..jadi jawapannya ialah..jasad kita terkandung unsur-unsur tanah.. seperti magnesium, besi dan lain2.. cuba rujuk dalam kitab2 berkaitan i'jazul quran.manusia diciptakan dari tanah tidak menafikan penciptaannya daripada air..jelas tak?
CONAN: ok..boleh terima jawapan tu..
USTAZ: ulasan ana ni.. semuanya dah dihuraikan secara ringkas oleh SYEIKH SAYYID AHMAD MUSYYAR RA, di dalam QADHYA INSANIAH..
CONAN: soklan kedua
CONAN: boleh tak saya nak tau,hadis mana yang menyebutkan bahawa sekiranya bini prtama sanggup brmadu,di akhirat dia akan mendapat payung emas?adakah payung emas tu betul2 payung emas,ataupun ade makna disebalik payung emas tu?
USTAZ: Sebenarnye hadis tu ana tak tau martabatnye,tapi...kalau hadis Dhoif boleh je nak beramal,nak berhujah takleh,kalau hadis maudhu'.. kene buang jauh2.
CONAN: PYUNG EMAS tu sebenarnya MAJAZI je ke ataupun HAKIKI?
USTAZ: erm..jawapan tentang payung emas gini : dalam kitab JAUHARAH TAUHID SYARAH SOWI sebut.. nikmat syurga adalah benda yang tidak terbayang dek akal,bunyi dia gini.. “Ma la Ainun Ra'at.. Wa la Uzunun Sami'at.. Wala Khatara Ala Qalbil Basyar” maksud dia nikmat syurga ni..tidak sepertimana yang pernah dilihat oleh mata..tidak sepertimana yang pernah didengari oleh telinga..tidak sepertimana yang pernah terlintas oleh hati manusia..kalau tak silap ana.. ni pun hadis gak atau kalam ulama',ana x pasti..maksudnye,Payung Emas tu .. adalah MAJAZI,sebab kalau kita kata hakiki..bermakna.. nikmat syurga ni boleh terbayang,Payung yang dibuat daripada emas,kan boleh digambarkan dalam hati..jadi.. nikmat syurga bukanlah payung emas seperti di dunia ni..tetapi payung emas yang lain..tu pertama,iaitu SEKIRANYA IA MAJAZI...
SEKIRANYA HAKIKI.. memang payung emas betul.. tetapi tak sama dengan dunia,itu sekiranya maksudnya hakiki,jadi ada 2 tafsiran..Majazi atau Hakiki..rumusan dia.. kena rujuk balik syarah hadis tersebut..nak kata majazi pun boleh.. nak kata hakiki pun boleh,cuma, nak yang sebetulnya, kene tgk syarah hadis,ana tak tau,Kalau syarahan dia kata Majazi.. majazilah..kalau hakiki.. hakikilah..
CONANn: saya berpuas hati dengan jawapan ni.
USTAZ: Contoh lain.. ulama sendiri khilaf(berbeza pendapat).. adakah sungai arak dalam syurga tu hakiki atau majazi
CONAN: khulasahnya(kesimpulannya)ustaz?
USTAZ: khulasahnye(kesimpulannya)kene rujuk Syarah Hadis.. jangan jadi macam golongan wahhabi..baca hadis.. pastu tafsir ikut suka.. diorang tak pakai syarah Hadis..
ini adalah perbualan kami berdua,sekiranya ada yang lebih tahu tentang perkara ni,boleh sama2 kita bincang ok??korang puas hati tak dengan entry ni??kalau aku,aku memang tak puas hati sebab tulisan dia kecik!!!bila dah elok blog ni,akan ku edit secepat mungkin!!!
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..
No comments:
Post a Comment