salam..teman2...saya baru je baca berita,macam biasala..macam2 isu yang saya baca..cuma yang terbaru,saya baru baca dari paper kosmo yang mengatakan bahawa din beramboi,penyampai radio ERA meninggal dunia lewat malam tadi...ucapan takziah saya ucapkan pada keluaraga allahyarham,moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat allah taala...amin...segala yang ada diatas bumi ini hanya pinjaman dari allah,bila tiba masanya,allah tidak akan melewatkannya walaupun hanya sesaat..
tapi ada satu lagi tajuk dalam paper metro mahupun kosmo yang buat saya jadi pening jap bila baca...VIDEO TERLAMPAU KANAK-KANAK 4 TAHUN....aduhhhh!!!!pening2....nak saya ceritakan balik ke??ok..sekali imbas saya ceritakan balik ok..berlaku di jakarta,budak berumur 4 tahun,sambil menghisap rokok,dia berikrar dalam dialek jawa timur yang dia akan jadi pencuri,and duit hasil curi tu dia akan laburkan dengan melanggan pelacur..perlu ke saya cerita lagi panjang lebar???
teman2 di malaysia boleh beli je mn2 paper,and baca sendiri...kalau ada yang membaca tanpa ada sedikit perasaan kesal,saya tak tau nak cakap,mana pergi hati dia saya pun tak tau..
saya nak cite satu kisah benar,yang berlaku pada zaman dulu...satu masa dulu ada satu kaum ni yang mana diorang ni terlampau mengagungkan seks,boleh dikatakan tiap2 hari diorang akan melakukan seks,kalau dengan cara yang halal xpela kan,ni masalahnya dengan pelacur atau dengan sapa2 jela yang diorang nak,kira macam makanan harian diorangla ni,sampaikan di kedai2 diorang ada tergantung kemaluan lelaki!!!
nak dijadikan kisah...mungkin ini pengajaran dan balasan tuk orang yang terlampau hanyut,satu hari masa diorang2 ni tengah sedap2 dok berzina tiba gunung berapi dekat dengan tempat diorang tu aktif,and mulala kuar lava2 dia yang cun2 tu kan,lava tu meleleh sampai tempat diorang,tapi xde sorang pun yang sedar..last2 matila dalam keadaan macam tu...
and satu hari,pihak yang kaji pasal sejarah2 ni terjumpala kesan2 tinggalan diorang ni,tapi kaun ni dijumpai dalam keadaan yang amat memalukan,dalam keadaan sedang berzina!!!!
tak cukup lagi ke sejarah2 dulu sebagai pengajaran tuk kita yang zaman sekarang ni????zaman dulu allah turunkan bala hanya tuk orang yang melakukan dosa sahaja,tapi zaman sekarang,ko buat dosa ke tak buat ke tetap kena gak..
pastu yang sy geramnya lagi....nak habaq mai...masa tengah sedap2 buat tak pikir pun baik buruk dia..bila dah bunting baru nak menyesal,yang si jantan bila dah dapat apa yang dia nak,cabutla..tunggu apa lagi...kalau ada 100 orang yang mengandung anak luar nikah,saya berani jamin hanya 2 @ 3 orang je lelaki yang berani bertanggungjawab...
kepada golongan wanita,janganlah biar diri kita digelar perempuan murahan,perempuan sundal,seindah hiasan adalah adalah wanita solehah,wanita dijadikan adalah untuk menjadi peneman buat kaum adam tetapi dengan cara yang sah,bukannya dijadikan untuk dipijak macam kain buruk...dah saya katakan tempoh hari,bahawa wanita ini banyak disebutkan dalam al-quran,betapa mulianya wanita apabila tibanya islam di bumi ini...
DISINI SAYA BAWAKAN HADIS YANG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH BUKHARI DAN MUSLIM...
ERTINYA : daripada anas r.a barkata "akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku.aku mendengar rasulullah saw. bersabda " diantara tanda qiamat ialah sedikit ilmu,banyak kejahilan,berlaku banyak penzinaan,ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki,sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan."
No comments:
Post a Comment