Saturday, January 30, 2010

KORANG MAMPU KE?????

salam...hari ni banyak benor saya menaip ha...boringla..takde wat pe pun...petang tadi saya ym ngn kawan saya,dia kata kat mly sekarang tgh hangat pasal isu poligami...hmmm....nak komen sikit boley...yang pompuannya tak suka poligami,yang laki pulak gunakan agama bila diorang nak poligami..apa ni...apa kes ni brother!!!!!

pada saya,saya tak menidakkan akan poligami,tapi biarlah kena dengan caranya,kalau saya menidakkan poligami maknanya saya dah menidakkan salah satu perkara yang dihalalkan oleh allah..saya tak menempuh alam perkahwinan lagi,mybe puan2 diluar sana cakap...."ko takpela,tak kawin lagi,mana tahu apa2,esok2 bila ko dah kawin,baru kau tahu bila laki ko minta kawin lagi!!"..hmm....betul,saya tak rasa lagi,memang susah kita nak tempuh benda ni,sapa yang nak kalau dimadukan,rasulullah sendiri tak pernah memadukan khadijah ketika hayatnya,ali sendiri pun tak pernah memadukan saidatina fatimah...tapi cuba kita bayangkan ganjaran kita di akhirat kelak,ingat...sebenarnya bila kita menangis sekalipun,allah dah mula mengira air mata kita...ganjaran pasti menunggu kita di akhirat,yakinlah dengan janji allah..

kepada tuan2 pulak,jangan terlampau taksub sangat nak berpoligami,kepada yang nak berpoligami,i rasa nak tanya u la kan..u nak berpoligami ni dah pikir habis2 ke??atas dasar apa u nak berpoligami??tuan2 boleh poligami,tapi saya nak tuan2 kena lulus syarat2 ni dulu...

1-tuan2 dah yakin ke yang tanggungjawab tuan2 pada isteri dan anak2 benar2 terlaksana,sekolah anak2 mampu bayar ke kalau kawin lain???nafkah zahir batin tuk bini boleh bagi ke???mak kat kampung tu,boleh jaga lagi ke kalau dah tambah bini???

2-tuan2 betul2 mampu ke nak kawin lain,kalau duit minyak motor pun bini bagi,lupakan jela hasrat korang tu.

3-korang yakin ke,yang korang hidup selama ni berlandaskan islam,lakukan perintah allah,tinggalkan larangan dia..kalau solat jumaat pun tak pernah,tak payah la nak poligami,nak poligami pandai pulak guna hukum islan,islam benarkan kawin 4 la,tapi bila bab solat...kentut...jangan gunakan agama tuk kepentingan diri ok..

4-jangan nak poligami atas dasar nafsu je...bila korang dah tua,lama2 nafsu tu turun gak..sedar sikit...nak kawin bukan atas dasar nafsu je,nak kawin biar niat ibadah,baru dapat pahala...

5-kalau korang berani sangat,buatla solat istikharah...nnt kita tengok..sp yang kena...jangan tipu...nnt dosa..mati seksa...

pada tuan2 yang dah nak sangat poligami tu,biarla kena caranya,nak poligami pun ada syarat dia,nak tau syarat dia,carila sendiri,korang yang nak poligamikan??orang pompuan ni takkan marah kalau tuan2 tak sakitkan hati diorang..paham!!!!!kalau tak dapat poligami tu,jangan nak gatal2 poligami,nnt dr sendiri yang sakit..bersyukurla dengan apa yang ada.

pada puan2 pulak,janganla kalian menidakkan poligami,sebab itu hukum allah...allah takkaan bebankan kita dengan sesuatu perkara kalau kita tak boleh nak hadapinya..jangan menyalahkan takdir...semua tu ada hikmahnya...andai kata sabar tu ada hadnya,cuba bagitau saya kat mana hadnya sabar nabi2 kita....mmg kita tak semaksum mereka..tapi pernah kita cuba tuk jadi sprt mereka..pkr2 kan la...

No comments: