salam...teman2...hari ni saya nak share something yang saya rasa agak menarikla...semuanya menarik ek...hehehehehehe..teman2 mesti ada kawan2 yang suka melatahkan???hehehehe....saya tengok ramai gak yang suka melatah..tak kira umur...dalam KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT latah ialah seseorang(biasanya wanita)tak sedar apa yang dilakukan,mengikut perbuatan atau suruhan orang lain tanpa disedari,mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu secara tak sengaja kerana terperanjat....
saya ada baca dalam blog orang lain,saya pun tak kenal sapa,saya cari dalam google..dia cerita masa tu ada gotong royong kat kampung dia,so ada sorang mak cik ni memang kuat melatah,kawan dia ni gi usik mak cik tu,dia lempar batu kat mak cik tu pstu dia kata "mak cik,batu ni kalau di tetak dengan parang pecah tak"...mak cik tu pun ambik parang n tetak batu tu sampai sumbing parang tu..pastu dia ambik cili padi tu dia baling kat mak cik tu dia kata " nah,makanla gula-gula ni,sedap.."..mak cik tu pun makanla....ntah apa la mak cik tu rasakan....
penulis buku AMERICAN NORMAL,LAWRENE OSBORNE,pernah menyatakan di amerika (AS)popular dengan penyakit anoreksia,orang nigeria menagalami masalah kepenatan,bangsa melayu pula menghidap "penyakit" latah(HYPERSTARTLE SYNDROME).
teman2..saya ada baca buku.ada mak cik ni melatah sampai kejar orang dengan parang...macam mana kalau dia kejar sampai satu kampung..tu nak cari nahas namanya tu,dah banyak amal ibadat nak masuk kubur dah tu..saya ada baca pasal noor khiriah..ala pelakon tu..dia kan kuat melatah,disebabkan melatah tu dia hampir2 nak accident tau...bahaya tul..disebabkan melatah je macam2 boleh jadi..
pakar psikologi,DR WILIWAM S BUROUGHS menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau(hyperstartling)yang di temui di asia tenggara sahaja pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita..eh...laki pun ada tau yang melatah,cuma tak banyak je..
saya nak nasihatkanla kat teman2 yang ada kawan2 melatah tu janganla diusik..kesian kat dia..nnt jadi macam mak cik tadi,nasib baik dia bagi lada api,kalau dia bagi kulit durian kang,jawabla sendirikan...sebenarbya orang yang suka usik orang latah ni nanti lama2 dia lak yang latah..kalau tak caya,tryla...belum cuba belum tahukan...melatah ni sebenarnya penat tau...kesian kat orang yang latah tu..kalau keje dia angkat beras,pas latah letihla dia nak angkat beras lagi...
memangla syok tengok orang latah memangla syok..tapi bila kena kat batang hidung sendiri baru tahu...
No comments:
Post a Comment