Wednesday, January 27, 2010

SIFAT-SIFAT MULIA PADA ANJING...

SALAM...teman2..hari ni saya nak bercerita sikit.harap2 teman2 suka la ye....

diceritakan bahawa ada seseorang soleh,penyabar dan tawaduk telah dipanggil agar datang ke sebuah rumah.tapi sebaik saja datang orang yang memanggil menengkingnya...."PERGI!!"

orang soleh itupun pergi tanpa menyesal,sebentar kemudian dia dipanggil lagi,dan apabila dia datang segera di tengking lagi..."PERGI!!!"

demikianlah dalam satu jam sudah berkali-kali dia di panggil dan ditengking dan disuruh pergi.walau di panggil demikian,orang soleh itu sedikit pun tidak kesal ataupun marah,dia tetap sebagaimana biasa,seperti tiada apa-apa berlaku.

maka kagumla orang yang memanggil dan menenkingnya akan kesabaran dan ketabahan orang soleh itu..."AKU SUNGGUH KAGUM AKAN KESABARAN DAN KETABAHANMU."kata yang memanggilnya."JANGANLAH KAMU MENGAGUMI AKAN SIFAT KU INI,KERANA SIFAT INI HANYALAH SIFAT ANJING,YANG BILAMANA DIPANGGIL DIA AKAN DATANG,DAN BILA DIHALAU IA PERGI."kata orang soleh itu.

sebenarnya hamba allah yang memanngilnya dan menengkingnya hanyalah ingin menguji orang soleh itu.

HASSAN AL-BASRI pernah mengatakan bahawa pada anjing ada sepuluh sifat yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin....

YANG PERTAMA : anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.sifat ini adalah sifatnya orang-orang soleh.

YANG KEDUA : anjing tak mempunyai tempat yang tetap,dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.sifat ini adalah sifatnya orang yang bertawakal kepada allah.

YANG KETIGA : anjing tidak tidur di waktu malam,melainkan sedikit sahaja.dia selalu berjaga.sifat ini sama dengan sifat orang yang cintakan allah,sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada allah.

YANG KEEMPAT : jika anjing mati,dia tudak ada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.sifat ini adalah sifat hamba yang zuhud.

YANG KELIMA : anjing tidak suka meninggalkan tuannya,tidak merajuk ataupun melarikan diri daripadanya sekalipun dipukul atau di marah.sifat ini adalah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid sodiqin yang sedang belajar dengan tok gurunya.tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai ujian.

YANG KEENAM : dia lebih reda dan lebih suka bertempat ditanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah dari tempat manusia.inilah tanda-tanda orang yang tawaduk,yang suka merendahkan diri dan tidak menyombong.

YANG KETUJUH : jika tempatnya diambil alih oleh orang atau ditempati benda lain,dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.inilah tanda-tanda hamba allah yang reda akan bahagiannya.

YANG KELAPAN : jika dia dipukul,dihalau atau di baling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.tidak ada perasaan dendam terhadap perkara yang lepas.inilah tanda hamba-hamba yang khusyuk.

YANG KESEMBILAN : jika anjing melihat orang makan dia melihat sahaja,tidak meminta-minta atau menganggu.jika diberi dimakan dan jika tidak diberi dia diam sahaja,inilah sifat orang miskin yang reda akan pemberian allah.

YANG KESEPULUH : jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya,tidak menoleh kebelakang.inilah tanda-tanda orang yang susah.

(KISAH-KISAH WALI ALLAH,JILID 3,SYAIKUL IMAM ABDULLAH BIN ASAD ALI)

No comments: