Friday, January 29, 2010

APA PERBEZAAN ANA DENGAN I,U DENGAN ANTA...

teman2....hari ni saya nak ajak teman2 kaji something yang agak blh tahan isu dia,sepanjang saya belajar ni kan,banyak benda dah saya nampak...apa beza orang yang belajar aliran agama dengan buka aliran agama,dari segi zahirnya kita nampak memang dari segi ilmu,subjek lain2....kalau dr segi pakaian,bila org ckp agama je,org akan bayangkan pakai tudung labuh,pakai jubah,pakai kopiah...klu bukan aliran agama,pakai biasa je..dan ada yang free hair...

persoalannya...apa bezanya...saya tak nak menyebelahi mana2 pihak...kadang orang yang aliran agama mengata orang yang bukan aliran agama,dan kdg2 orang yang bukan aliran agama mengata orang aliran agama....."orang tu pakai je tudung labuh,tapi perangai tak elok"..."hie...tgk pompuan tu....dah la tak pakai tudung...terkinja2 pulak tu"....antara ayat2 yang boleh di jadikan cth..

teman2....JANGAN NILAI ORANG DARI SEGI PAKAIAN DIA....siapa kita nak judge orang tu,sedar tak kita yang kita sebenarbya hanya boleh di judge oleh allah..kita tgk org tu pakai jubah,kopiah,tudung labuh,biar jela,tak payah nak cakap apa2..ye saya tahu...diorang pun bukannya baik sgt,ada yang merokok,ada yang dah hilang dara dah pun,tapi melalui pakaian kita bukan boleh nak bentuk perangai kita kalau kita sendiri tak berubah.sama jugak dengan orang biasa,yg pakai baju biasa2 je,janganla kita nak mengata diorang,dengan itu tak boleh,ini tak boleh..

janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga,saya tak kata yang belajar aliran agama ni baik,dan saya tak kata orang yg bukan aliran agama ni tak baik,mana2 pun sama je,selagi dia di gelar manusia,selagi itu nafsu dan syaitan sentiasa bersamanya...

walau apa pun,kita di bawah 1 agama,janganlah disebabkan perbezaan pakaian,pelajan,pemikiran kita dah mula bina jurang pemisah antara kita,berkawanla selagi ada yang sudi...islam tak pernah letakkan perbezaan antara kita,mana tahu dari situ.

sebenarnya kan teman2,perkara yang paling susaha sekali manusia nak buat ialah bersangka baik dengan orang..btl tak??kat mana pun,mesti kita akan sangka buruk dulu...perkara paling susah sekali ialah sabar..dan yg paling tajam sekali ialah lidah..teman2..maafkan saya kalau saya terkasar bahasa...

No comments: