Monday, September 17, 2012

PELAKON INNOCENCE OF MUSLIMS TERPAKSA TELAN PIL TIDUR..




Pelakon innoncence of muslims terpaksa menelan pil tidur setelah merasakan dirinya dikecam dan merasa tidak selamat setelah tersiarnya klip video cerita tersebut di youtube.

Anna gurji,21,yang memegan watak sebagai isteri muda kepada seorang lelaki yang bernama George,tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau lebih dikenali sebagai Sam Bacile telah menukar nama George kepada Muhammad.


"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online.

Gurji berkata,barisan pelakon filem tersebut telah diperbodohkan oleh Sam Bacile dengan mengatakan yang kononnya tajuk filem ini ialah  Desert Warrior  atau  Innocence of Bin Laden dan tidak ada kena mengena dengan isu keagamaan.


"Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari.Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar.Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.


 sumber relevansokmo.com


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..










No comments: