Friday, October 26, 2012

FURSAN ASALNYA DARI ATM..KEINSAFAN DIRI..



Salam..setelah lama gila aku tak mengupdate blog aku..malas nak bagi alasan apa2 pun..lagipun blog aku ni kira part time je..nak kata full time tu idokla..ok..hari ni aku nak perkenalkan kat korang semua kumpulan fursan..sebenarnya aku tak kenal mana pun dengan kumpulan ni,aku cuma berkenan dengan lagu dia "KEINSAFAN DIRI"..jom kita baca sikit pasal kumpulan nie..

Kumpulan fursan adalan kumpulan nasyid yang dianggotai oleh lima orang pegawai dan anggota Kor Agama Angkata Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) .Ditubuhkan sejak tahun 1992,telah menghasilkan sebuah album bertajuk IBTIDA' pada awal tahun 2010..

Korang boleh jenguk blog diorang sini untuk nak tau lebih lanjut...

Aku teruja jugak bila dapat tahu diorang ni kagat,sebab aku memang bercita-cita nak jadi kagat satu hari nanti..tapi tak tau la lagi cmne,tengok rezeki aku nanti..kita hanya merancang,tuhan yang tentukan..tak gitu kawan2??


video


FURSAN - KEINSAFAN DIRI.. 


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi



ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..












No comments: