Sunday, December 4, 2011

KUCING2 YANG MATI TIDAK "BERNISAN.."

salam..korang...sebelum aku stat menulis ni,aku minta maaf sekiranya korang tak puas hati dengan huruf2 yang kecik ni...ok..terus pada perbahasan aku hari ni..tolong bagitahu kat aku,manusia mana yang paling menyampah bila tengok kucing??sila angkat tangan kalau korang adalah manusia yang jenis macam tu,tapi,kalau korang benci sekalipun,tak bermakna korang boleh sesuka suki hati je siksa kucing...ok..aku bagi contoh kat korang antara manusia2 yang bila mana otak dia telah diletakkan dilutut..sila layan gambar2 dan baca kisah disebalik gambar2 ni..






ok..dua gambar diatas menunjukkan,bagaimana proses penyumbatan kucing kedalam bekas kaca tu untuk dijual..cara dia mudah je,masukkan je sekor anak kucing dalam bekas tu hidup2,pastu diorang suntik kat anak kucing tu supaya tulang2 dia jadi lembut,maka berakhirlah riwayat si anak kucing yang comel didalam bekas kaca tu,siap untuk dijual!!!!





ini punya kisah pulak,rasa2nya tak payah kot aku nak cite panjang2,korang tengok sendiri pun dah tahu agaknya kot..anak kucing kena bakar hidup2..betapa bangang dan bengongnya manusia itu!!!!









ni pulak,sekor kucing telah diguanakan sebagai makanan untuk sekor ular sawa belaan,tuan dia saje je letak kucing tu dekat dengan ular sawa tu,kucing tu mestila nak larikan kalau dah nampak bahaya depan dia,manusia pun kalau jumpa ular mesti lari jugakkan,silap haribulan,ada yang cirit agaknya!!

tapi tuan ular sawa tu saje je tolak kucing tu supaya lebih dekat dengan ular sawa tu,akhirnya,seperti yang korang tengok,kucing tu telah dikuburkan hidup2 kat dalam perut ular tu,tinggal nak letak batu nisan dia je..manusia macam ni,eloknya dia sendiri lak yang dimakan oleh ular sawa belaan dia tu..mak aku pernah pesan,dalam banyak2 binatang,hanya ular saje yang akan makan tuan dia balik satu hari nanti!!!





ni lak terlebih seni..sampai tak tau nak buat apa dah,kucing pun dia boleh bekukan!!ni mesti kat sekolah dulu dia tak diberi perhatian sangat oleh cikgu2 dia akan bakat seni dia tu,sebab tu bila dah tua baru dia tunjukkan bakat dia..orang macam ni,elok bila dia tido tu,pasang aircond kuat2,biar mati beku dia kat situ!!!





akhir sekali,aku harap2 sangat satu hari nanti ada wakil dari kalangan kucing sendiri yang berani tampil untuk menuntut hak mereka sebagai warganegara dibumi ini,mereka juga berhak hidup aman seperti manusia..kerana mereka juga makhluk,bumi bukanlah hak mutlak manusia,ianya bukan hak mutlak sesiapa,ini semua pinjaman,hanya "DIA"lah pemilik kita dan bumi ini..

aku malas dah nak melenting sangat dah..moga manusia2 yang terkalih otak ni mendapat "ganjaran" yang setimpal dengan apa yang diorang buat,kalau ikut hati,aku nak bagi penendang 30 bijik je kat diorang..tapi apa kan daya...


ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

3 comments:

logorithm said...

Gambar pertama dan kedua tuh dikenali sebagai 'bonsai kitten'. Khabarnya ia adalah hoax, tapi ramai jugak yang percaya dan mencuba...

--> http://lolosad.com/bonsai-kittens-how-to-torture-a-small-cat-hoax.html

conan said...

logorithm..oh ye ke..sy pun xtau..time ksh krn membrithu..:)

Cik Puan Kocik said...

ngeri tgk