apa yang korang akan buat bila korang mula timbul perasaan benci dalam diri korang???benci manusia ni sebenarnya letih..buat sakit diri..tapi..maafkan dia sebenarnya lagi susah..tahu kenapa??perasaan sayang,kasih ni sebenarnya mudah je nak bertapak dalam hati kita,tapi perasaan benci sebenarnya susah nak ambik tempat dalam hati kita..korang tak percaya??
kalau orang buat baik ngn korang,dengan mudahnya korang akan rasa senang bergaul dengan dia,tapi kalau setakat dia jeling korang,takkan korang nak terus benci dia kan??kurang2 pun korang akan marah kat dia..btl tak??sebab tulah susahnya rasa nak maafkan orang yang kita benci..
perkataan "BENCI" pun dah macam buruk je kan..tapi itulah hakikatnya..perasaan benci bukan mudah untuk dipadamkan..walau sekalipun dimaafkan,tak mungkin bekas dia akan hilang..hati manusia biasa ni tak sesuci hati nabi muhammad..sabar manusia biasa tak dapat dicapai hingga ke tahap para anbiya dan wali...kita hanya perlu untuk terus cuba dan terus mencuba dalam memaafkan orang lain..
memaafkan orang adalah perkara yang susah untuk dibuat,tapi pahalanya besar..andai pahala tu dapat dizahirkan pasti semua manusia dimuka bumi ni saling memaafi antara satu sama lain..tapi ini tak mungkin terjadi..
aku???aku sentiasa mengharapkan diri aku menjadi manusia yang sentiasa memaafkan orang lain..walaupun pada hakikatnya tak mungkin aku dapat memaafkan semuanya sekali..
bahayanya bila seseorang manusia tak pernah rasa perasaan benci,takut2 bila dia dah rasa,susah nak padam..
No comments:
Post a Comment