Tuesday, May 10, 2011

KEJADIAN DI PETANG HARI...



hai kawan2...lama gak tak update blog..kenapa ye???hmmm...malas nak cipta alasan...biarla...hari ni saje nak gatal2 tangan nak tulis apa yang dah saya lihat,baca dan dengar sejak 2,3 hari ni..

mula2 sekali nak cite pasal yang saya nampak hari ni..kejadian ni berlaku dalam pukul 6.05 ptg waktu sini..tengah saya syok2 jalan tiba saya nampak ada sekor keldai tergantung!!!!!!macam mana tu???binatang tu bukannya dia berdiri dengan dua kaki dia,tapi memang keempat2 kaki dia tergantung sekali..kalau tengok tu macam keldai tu tengah terbang..ajaib kan????betul saya tak tipu...nasib masa tu saya takde kamera..nak guna handphone..memory penuh lak..ni la masalahnya,dulu masa saya nak masukkan memory 1GB tauke kedai tepon tu tak bagi,alasan dia sebab nanti enset saya rosak,sbb memory tu tak sesuai ngan enset saya..tengok sekarang apa dah jadi???

balik pada masalah KELDAI TERBANG tadi..untuk merungkai persoalan dihati ni..saya pun ambik keputusan untuk gi lebih dekat lagi kat keldai tu..bila saya tengok je..saya rasa nak pecah perut gelak..kalau bukan disebabkan pak cik2 arab yang ramai kat sana sini tu,memang saya gelak sampai guling2 dah sambil menghentak2kan kaki ke lantai hingga melilih air mata saya...

nak tahu kenapa???rupa2nya..tuan punya keldai tu letak terlalu banyak barang kat kereta keldai tu sampai keldai tu terangkat keatas..berguni2 dia letak kat belakang keldai tu,mana tak terbang binatang tu..keldai tu pun pasrah je bila dia terangkat..kurang2 merasa gak dia macam mana terapung...apa2 pun tahnia diucapkan kepada keldai tersebut kerana terpilih untuk menjadi binatang yang paling bertuah dibumi mesir ni...


kedua2 gambar diatas bukannla keldai sebenar yang saya nampak,tapi dia adalah binatang yang telah saya dowload gambarnya di google..binatang yang asal tak dapat dirakamkan gambarnya atas sebab2 tertentu...

tu cite pasal keldai la kan..sekarang ni nak masuk sikit hal sekeliling..baru2 ni tapi takdela baru sangat saya ada dengar program bawah anjuran medic cawangan mansurah..dia lebih kurang macam akademik fantasia la..dengar cite ada 5 orang peserta melayu yang layak ke peringkat akhir..hmm...macam mana nak cakap ye...ramai orang anggap bila datang mesir ni semuanya belajar jurusan agama..tapi hakikatnya tak semua yang ambik jurusan agama..kat sini macam2..ada yang ambil medic,ada yang ambik kelas bahasa,ada yang saje datang sebab nak berguru dengan syeikh yang bukan calang2 orangnya,ada juga yang datang bekerja..macam2..so fikrah(fikiran) pun mesti lain2 kan..so pada sahabat2 jurusan agama jangan cepat melatah bila hal2 ni berlaku..kita tak boleh nak salahkan mereka je,mungkin kadang2 mereka tak tahu apa yang mereka buat..jadi sebaiknya..doakanlah mereka..tapi pada yang dah tahu janganla buat2 tak tahu..doakan senjata tuk orang islam..

nak masuk hal lain lak..haritu ada kawan arab ni cite kat saya,bulan ni(mei)rakyat mesir akan dapat LE 5000 sorang,tapi sekali ni jela..best tak???datang mana ek duit banyak tu..hehehe..itula duit husni mubarak..korang bayangkanlah rakyat mesir ni ada berapa ribu...kali tengok dengan 5000 ribu..tak berbilion ke tu??memang kaya tul mamat ni..tapi...ada tapi lagi..hanya orang yang mengisi borang dan dia juga merupakan pekerja swasta saje yang dapat duit tu..

sekarang ni kat mesir..sapa buat salah yang besar2..macam bunuh ke,rogol ke..pancung terus..habis cite..dan yang paling syok...walaupun sekarang sepatutnya dah tukar jam ikut jam musim panas,rakyat2 mesir ni tetap taknak ubah jam..tetap ikut jam musim sejuk gak,katanya bila perdana menteri baru dah naik baru diorang nak ubah,nak raikan perdana menteri baru la tu..tapi kalau solat,ikut waktu musim panasla..

akhir sekali..apa korang akan buat bila kurang susah hati,bersedih,hari jadi suram je,diingatkan..perkara yang lepas takkan berulang balik..so apa kurang nak buat??

apa lagi..jom ikut saya layan lagu hindustan..ala..sekali sekal,bukan selalu pun..saje nak bagi hapy hati..tapi jangan layan lagu yang sedih2 lak..walaupun tak paham makna dia..tapi bolehla layan..apa lagi..JOM KITA LAYAN............

No comments: