Tuesday, April 19, 2011

APABILA DETEKTIF CONAN MULA BERPUISI....PUISI KE??

Oh dunia…..kau menjadikan aku untuk takut meninggalkan mu,sekalipun aku tahu,tiada yang berharga dan berguna daripadamu…jika ada,ianya hanya bersifat sementara,kau menjadikan aku begitu takut untuk meninggalkanmu dan seisinya..kenapa???

Aku tidak mahu menjadi orang yang cintakan dunia hingga lupa untuk mempersiapkan diri kealam akhirat..aku takut sekali..aku takutkan api yang marak,aku takutkan siksaan yang menanti..dan yang jelas..aku amat takut kepada penciptanya…
Tetapi aku sentiasa mendambakan kenikmatan syurga,aku juga ingin menghirup air telaga nabi..dan aku ingin sekali berjumpa yang maha esa..tetapi..adakah aku layak untuk semua itu???

Diriku sentiasa penuh dengan kotoran dosa,setiap inci tubuh aku penuh dengan hal dunia..lidah aku kurang menyebut namanya..solat aku sentiasa tidak khusyuk kepadanya…apatah lagi amalan sunatku..apakah diterima????

Aku mengaku umat nabi Muhammad..tetapi jarang sekali untuk aku mengikuti sunnahnya,payah sekali untuk luangkan diri dengan mengingatinya..kenapa????adakah semua ini kerana dosa???dosa yang selalu aku mencarinya,walau sebesar zarah,aku tetap juga berusaha untuk menciptanya..untuk apa???

Ye…aku selalu mencipta dosa angkara untuk dijadikan pendinding hidup,mencipta kezaliman diri untuk dijadikan perisai dari memasuki syurga..bukankah itu yang aku mahukan????bukankah itu yang selalu manusia dambakan????jawab pertanyaan ku…..

Betapa hinanya diri kamu..kamu tidak layak untuk menjejakkan kaki ke syurga..apatah lagi menghidu bau harumannya…perkataan “jannah” tidak pantas untuk mu duduki….

Oh..teman…andai kau membaca kalam ku ini..ingin sekali ku meminta kepadamu secebis doa buat ku andai satu hari ditakdirkan aku pergi dulu sebagai pengisi pahala ku yang amat sedikit….adakah permintaan ku terlalu berat buatmu???

Ketahuilah…aku ingin menyahut seruan nabi..aku ingin bersahabat agar aku bisa memperolehi pahala sebagai pemberat mizan ku….dan ketahuilah…hanya seorang sahabat yang menyanyangi sahabatnya kerana allah pasti akan mendoakan kesejahteraan sahabatnya kelak…

Teman…tahukah kamu betapa aku menghargai dirimu seadanya…aku berpesan pada diriku bahawa aku tidak layak untuk diingati tapi aku perlu untuk mengingati…..salahkah aku berkata jika aku mempunyai suami suatu hari nanti aku tetap menyanyangimu lebih daripada suami ku sendiri????bagiku tidak salah..kerana persahabatan tidak akan putus selamanya tetapi sebaliknya jika didalam perhubungan suami isteri..

Aku tidak meminta kematianku sendiri..tetapi andai sudah termaktub disinggahsananya,aku perlu reda dengan qada dan qadarnya..walaupun aku takut untuk berhadapan dengannya dengan berbekalkan amalan yang serba kekurangan…aku harus untuk mengikutinya..itulah jalan aku….

Apa yang aku minta dan mohon darimu ialah maafkanlah diriku andai aku pernah menyakiti hatimu sepanjang tempoh perkenalan kita,sementara masa masih ada,mari kita sama2 mulakan episode baru dalam hidup kita,kita cipta sebuah kenangan manis buat tatapan memori…yang sentiasa buat kita tersenyum apabila mengenangnya….

Ketahuilah teman…andai esok adalah sujud ku yang terakhir..aku tetap memohon kepada allah agar diberikan kesejahteraan dan keberkatan hidup buat teman2 ku…

No comments: