salam...teman2..hari ni saya nak bercerita sikit tentang manusia dan tanah...memang kita tahu manusia tu dari tanah,berikut adalah apa yang saya capt dari roslishafiee.com...saya bukan mahu mencuri karyanya..tapi saya harap rosli sudi berkongsi benda ni sama..artikel ni agak panjang..harap teman2 tak bosan membacanya..
pada satu ketika,allah memerintahkan kepada malaikat jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta adam.akan tetapi apabila beliau sampai kebumi,bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan adam kerana khuatir adam akan menjadi maksiat kepada allah.lalu jibril kembali ke hadrat allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.
setelah itu allah meminta malaikat mikail.jawapan bumi masih sama lalu allah memerintahkan malaikat israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
masing2 kembali dengan jawapn yang hampa.akhirnya,allah menyuruh malaikat izrail turun kebumi,kata allah :hai izrail.engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,jangan engkau mundur.katakan bahawa kerjamu perintah dan atas namaku.
apabila izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil.setelah izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat allah..
lalu allah berfirman " ya izrail,pertama engkau yang ku tugaskan mengambil tanah,kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia''
maka khuatirlah izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.lalu allah berfirman "tidak..mereka tidak akan memusuhi kamu,aku yang mengaturnya,dan aku akan jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya"
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN :
1-tanah tempat bakal berdirinya baitul maqdis.
2-tanah bukit thur sina.
3-tanah iraq.
4-tanah aden.
5-tanah al-khautsar.
6-tanah tempat bakal berdirinya baitullah.
7-tanah paris.
8-tanah khurasan.
9-tanah (babylon).
10-tanah india.
11-tanah syurga.
12-tanah tha'if.
menurut ibn abbas :
1-kepala adam dari tanah baitul maqdis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
2-telinganya dari bukit thursina.kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3-dahinya dari tanah iraq,kerana disitu tempat sujud kepada allah.
4-matanya dari tanah telaga khausar,tempat menarik perhatian.
5-mukanya dari tanah aden,kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
6-giginya dari tanah al-kautsar,tempat memanis-manis.
7-tangan kanannya dari kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8-tangan kirinya dari tanah paris,tempat beristinjak.
9-perutnya dari tanah babylon.disitulah tempat seks(berahi)dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia kelembah dosa.
10-tulangnya dari bukit thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11-dua kakinya dari tanah india,tempat berdiri dan jalan.
12-hatinya dari syurga firdaus,kerana disitulah letaknya iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13-lidahnya dari tanah tha'if,tempat mengucap syahadat,bersyukur dan berdoa kepada allah dan sebagainya.
(di petik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT.disusun oleh muhammad isa selamat)
teman-teman..saya rasa cukup setakat ini sahaja,kalau teman2 nak tahu lebih lanjut,boleh la teman2 layari web www.roslishafiee.com.Dalam tu diterangkan lebih lanjut...akan datang saya akan bagi lagi input tentang manusia dan tanah..ok...kalau ada silap tolong tunjukkan..ini sekadar perkongsian..
No comments:
Post a Comment