Monday, November 30, 2009

SAYANGILAH MEREKA...

sebagai pembuka tirai tuk bulan disember 2009 ni,saya nak bawakan teman dengan story ni,kisah saudara2 baru kita,sebagai umat islam,kita patut bersyukur sangat2 sebab ada lagi mereka yang di buka pintu hatinya untuk menerima agama islam sebagai agama dan panduan hidup mereka,tapi apa yang berlaku sebaliknya,sebenarnya benda ni bukan baru,dah lama dah,cuma saya heran takde la pulak apa2 tindakan yang di ambil,aduh!!aduh!!!!macam mana nak cakap ye,saya citekan dulu ye sebahagian kisah2 diorang ni.

mohammad jeva dengan salmah sepasang suami isteri,jeva dah memeluk agama islam lebih kurang 10 thn,isteri dia baru je dalam oktober hari tu,diorang ni ada 4 orang anak,jeva keje dia buruh ladang je,gaji bersih RM200,salmah yang baru pas bersalin dah pun masuk keje balik bekerja sebagai pengecat bangunan,diorang dapat duit ihsan dari jabatan kebajikan masyarkat RM 400,teman2 nak tau tak,sumber air harian diorang ni kat sungai yang mana air dia dah tercemar,kat situla orang buang sampah,kat situla orang buang bangkai binatang,ntah apa lagi diorang buang,jeva and family ni terpaksa guna air sungai tu untuk mandikan anak2 diorang,nak masak pun guna air tu sampai anak2 diorang demam2,sakit perut,dulu diorang guna air telaga,tp air telaga tu dah keruh and berbau,nak di singkatkan cerita,jiran2 dia ni yang berbudi bahasa budaya kita tu selalu hina family diorang,kata diorang ni pengotor!busuk!jijik!!!awat,depa tu pembersih sangat ke???nila masalahnya rakyat malaysia yang IQ dia terlebih cerdik,sampai sesuka suki dia je nak hina2 orang,tolong tak nak,buang sampah pulak dalam sungai tu,sebenarnya diorang tu yang pengotor sebab buang sampah merata2,HELLO!!!!tak kan xde insan lain kot yang ade ihsan nak tolong family ni.

kita tinggal jap cite pasal jeva tu,ade lagi cite yang lain,ade seorang mak dengan anak ni,diorang baru memeluk islam,so yang si mak ni nak cari kerja la kan,kalau tak,nak makan apa kan??so tiba2 adela seorang hamba allah ni yang sangat bermurah hati nak tolong si mak ni,so dia tempatkan lah kat satu rumah ni,hari pertama ok la,bila masuk je hari kedua dia dah mula sewel dah,dia dengan bangangnya pun merogol la si mak tu,dia ugut lak si mak tu,aADUH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!WOI!!BUAT MALU ORANG AGAMa JELA,satu hari tu dia kuar gi solat,pastu si mak ni pun menjerit la minta tolong,polis pun datang pecahkan pintu tu,anak dia selamat,cuma mak dia cedera kena pukul dengan tin biskut,trauma lagi,pukul dengan tin biskut,kalau ade biskut dalam tu rugila,baik bg orang lain makan,yang budak bangang ni pun bila dah tau polis masuk rumah dia,dia pun cabutla,nak cabut mana,last2 kena tangkap jugak.padan muka...hehehehe...

ade lagi cite ni.kisah seorang laki mualaf ni,baru masuk islam,buat permohonan zakat,dulu dia ade syarikat,tapi dah bankrap,kawan dia seleweng duit,so dia nak wat macam pinjaman la,tapi xdapat,dah la tak layan,buat tak tahu je,tp ade gak yang belas ihsan,bagi dia RM 50!!!!dia bukannya tak bersyukur dengan duit tu,tapi cuba teman2 pikir,hutang yang perlu dilangsaikan lbh drpd beribu2,takkan RM 50 aje yang diberikan,ADUH!!!!ni 1 lagi,peningla,dia sayangkan anak bini dia,tapi kalau dah jadi macam ni,apa lagi yang mampu dia buat,kereta dah nak kena tarik,rumah pun nak kena tarik gak,tunggu anak bini lak kena tarik,last sekali dia dapat offer daripada bapak dia,bapak dia boleh langsaikan smua hutang dia tapi dengan syarat dia kena kembali ke agama asal dia,NAH!!!baru puas hati,kalau orang dah seagama tak nak tolong,orang yang bukan seagama yang tolong,sekarang ni dia belum buat keputusan lagi,tapi dia takut lama2 dia terpaksa terima gak tawaran ayah dia tu,tapi dia still sayangkan agama islam.

masing2 ade pandangan masing2,saya dengan pandangan saya,teman2 dengan pandangan teman2 sendiri,sayangilah saudara2 baru kita,saya yakin,teman2 sendiri tau pasal ni,banyak lagi sebenarnya,ade yang baru memeluk islam tapi dia dihina,jijik tak boleh pijak masjid,akhirnya dia kembali ke agama asal,come on la,islam tak pernah ajar benda2 buruk macam ni,kepada teman2,tepuk dada tanyalah diri masing2,naik perahu sampai ke titi,panjang umur kita jumpa lagi.

No comments: