Wednesday, January 18, 2012

PERKONGSIAN TANDA KEPERIHATINAN SESAMA KITA..

salam..korang..ada benda sikit nak share pagi2 ni..ayat ni aku dapat dari syeikh hassan..syeikh ni dia ajar al-quran..dia pesan kat aku "kalau awak ada apa2 masalah,samada nak hadapi exam,nak pergi interview,ada masalah dengan kawan2 atau masalah apa2 pun yang menakutkan awak atau masalah yang membuatkan awak susah hati,bacalah ayat ni banyak2 kali,amalkan setiap hari..insyallah..segala2nya akan baik"

ok..jom sama2 kita baca..dan lihat maknanya..



(SURAH AL-MA'IDAH,AYAT 23.)

MAKSUDNYA:berkatalah dua orang lelaki diantara mereka yang bertakwa,yang telah diberi nikmat oleh allah "serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu.jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang.Dan bertakwalah kamu hanya kepada allah,jika kamu orang-orang yang beriman.

ayat ni mengisahkan tentang kaum nabi musa,yang mana setelah mereka lari dari firaun,mereka tiada tempat untuk di diami,lalu nabi musa menyuruh umatnya untuk masuk ke sebuah negeri,tapi kaumnya berdegil kerana bimbang akan bahaya yang menanti didalam negeri tersebut.ketika itulah,muncul dua orang lelaki yang telah disebutkan dalam ayat tadi,mereka tidak gentar dengan sebarang ancaman,mereka tidak memerlukan sesiapa hatta nabi musa ketika itu melainkan allah....sesungguhnya segala pergantunggan kita hanya pada allah..

segala sumber yang saya dapat ni dari syeikh hassan,jika ada yang tersilap,itu adalah silap saya,mungkin saya terleka seketika ketika mendengar penerangan dari syeikh hassan tentang ayat ini,jadi,jika ada penambahan atau pembetulan dari mana2 pihak,silakan..saya sentiasa mengharapkannya..time kasih..

ayat ni agak panjang..tapi takpela..hafal pelan2 ok..untuk kebaikan kita juga..selamat mencuba..:)


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

No comments: