salam korang...salam jumaat..hari ni aku bukan nak berkhutbah,tapi aku nak kongsikan dengan korang,kalam atau kata-kata dari imam ghazali.siapa imam ghazali??baik..sepintas lalu tentang beliau
"Abu Hāmid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazālī,Lahir pada 1058 M atau 450 H,seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggapi sebagai al-mujaddid untuk kurunnya."
ok..nak tahu lebih tentang beliau,boleh search sendiri,hari ini aku nak kongsikan dengan korang kata-kata imam al-ghazali :
1-Dunia ini laksana api yang akan membakar sesiapa sahaja yang cuba memegangnya kerana itu,gunakanlah api hanya pada malam hari sahaja.Yang bererti jadikanlah dunia sekadar tempat untuk mencari tapak syurga.
2-Dunia adalah jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang abadi,kerana itu jangan rosakkan jambatan dengan membawa keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan roboh.
3-sibuklah berfikir tentang dirimu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain.
4-Sebelum tidur,ingatlah bahawa esok belum tentu boleh bangun.
5-Selepas bangun tidur,bersyukurlah kerana allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk sedar.
6-Ingatlah supaya kamu ingat bahawa esok,lusa kamu akan mati dan menjadi mangsa cacing tanah.
7-Tataplah anak-anakmu baik-baik bahawa mereka merupakan titipan allah kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu.
8-Berjuanglah dijalan allah supaya malaikat memberi penghormatan atas kematianmu nanti.
9-Berjemaahlah bersama kaum muslimin didunia agar kamu beroleh teman semasa perbicaraan dimahkamah.
10-Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersikap pemurah.
disini aku tinggalkan untuk korang semua,antara kitab-kitab karangan imam al-ghazali,dan boleh didapati dimalaysia :
1-ar-Risālah al-Ladunniyyah;
2-al-Munqidh Min ađ-Đalāl;
3-Bidāyah al-Hidāyah;
4-Minhāj al-‘Ābidīn;
5-Mīzān al-'Amal;
6-Kīmiyā' as-Sa'ādah;
7-Misykāh al-Anwār; dan
8-Iĥyā' 'Ulūmiddīn.
AL-FATIHAH BUAT al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī..
peringatan untuk aku dan untuk kita semua..
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..
No comments:
Post a Comment