salam..korang..hari ni aku dapat satu lagi cerita setelah lama berjalan-jalan ke blog kawan-kawan lain,aku nak letak kat blog aku benda ni sebab aku nak share dengan korang semua tentang benda ni terutama buat mereka yang beragama islam!!!mana-mana agama pun,kalau dihina,pasti akan marah kan..jadi,meh sini aku nak buka cerita hari ni..
korang tahu atau tidak,La Meca adalah disko yang paling popular sekali di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol pada 1980-90an sebelum dia ditutup untuk satu dekad yang lalu.kemudian ianya dibuka kembali pada 18 jun 2010 dengan menggunakan nama yang sama,tindakan ini telah membangkitkan kemarahan umat islam dinegara tersebut..
jadi lebih parah bila ada hacker yang masuk ke website disko tersebut,dan memposting videonya,ini kemungkinan boleh berlaku pergaduhan besar antara orang-orang sepanyol dan seluruh umat islam diseluruh dunia jika tempat tersebut tidak diganti dengan nama lain.
korang perasan tak apa yang cuba aku tonjolkan sekarang ni,disco berbentuk masjid dengan menggunakan nama mekah!!!
sedikit cerita sampingan,tadi aku baru je layan video tentang seorang wanita muslimah yang datang ke kedai untuk membeli roti tapi tidak dilayan,alasannya kerana dia memakai tudung,kata tuan kedai,orang amerika takkan pakai macam tu,orang yang memakai seperti itu adalah orang islam,yang menunggang keldai,dan membawa bom,dan mereka juga adalah PENGGANAS!!tapi mujur ada yang membela..tapi yang mengeji pun boleh tahan jugak..
kata tuan kedai lagi,kalau nak beli roti kat kedai dia,pergi balik dulu,buka tudung..huh!!kalau aku,pergi balik rumah,ambik tepung,pastu datang kedai dia balik,sepuk je tepung tu kat muka dia,nak untung sangat,hambik nie!!!ingat kedai ko je yang ada roti!!
ok-ok..ni dah terkeluar tajuk,apa-apa pun,renung-renungkan cerita yang aku sampaikan diatas tadi,dan korang boleh tengok sendiri gambar-gambar disco yang aku maksudkan tadi..kredit untuk http://pelik.org/
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..
No comments:
Post a Comment