Monday, January 24, 2011

SEDARLAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI..

salam..hari ni saya nak bincangkan tentang mas kawin untuk wanita..apa yang saya dengar sekarang,ye..saya tahu...sebaik2 wanita ialah mereka yang meletakkan mas kawin yang rendah..tapi salahke kalau wanita tu nak tinggikan mas kawin dia..tak salahkan??itukan hak dia...

sebenarnya harus bagi wanita tu untuk meletakkan harga yang tinggi,ini adalah sepakat ulama..ok!!

yang menjadi khilafnya dalam mengurangkan mahar

MAZHAB MALIKI : 3 DIRHAM PERAK,4 DINAR EMAS.
MAZHAB SYFEI&HANBALI: TIDAK ADA HAD DALAM PENGURANGAN MAHAR.
MAZHAB HANAFI : TAK KURANG DARI 10 DIRHAM.

ROJIH DARIPADA IMAM SYFEI NGAN HANBALI BAHAWA TIADA HAD DALAM PENGURANGAN MAHAR
(RUJUKAN KITAB TAFSIR AYAT AHKAM,TAHUN 2 SYARIAH)

kenapa ye saya tiba2 tergerak hati nak cakap pasal ni,harap xde yang marah,ada sesetengah pihak mengambil kesempatan menggunakan dalil sunnah yang menggalakkkan kepada pengurangan mahar sehinggakan tak memberi kesempatan terhadap wanita untuk meletakkan harga..jangan terkejut ok..kejadian ni pernah berlaku..

ye..saya tau..tak semua lelaki macam tu..jadi janganla cepat melenting..orang kata sapa makan cili dia yang terasa pedasnya..jadi janga sensitif sangt ok...

kalau ikutkan,si isteri layak untuk minta gaji dari si suami,gaji apa???gaji dia masak.gaji basuh kain,gaji dia kemas rumah...tau tak..nabi dulu sendiri yang buat keje2 rumah,tugas isteri hanya jaga anak sahaja,tapi kenapa sekarang,si suami suka sangat kerah si isteri buat keje itu,keje ini..tak boleh ke buat sama2???

kadang2 ada lelaki yang cakap,isteri2 ni bila suami balik keje janganla asyik selekeh je,bau macam2,muka pun tak elok..tapikan si suami pernah tak terpikir,pernah ke dia bagi duit kat bini dia buat rawatan muka,beli barang make-up,dan semuala yang berkenaan dengan kecantikan..sapa yang buat bagusla..sp yang tak tu..pikir2la..

saya ni dah melalut lak..jadi...kalau rasa2 nak kawin,sediala apa yang perlu,jangan hanya kerana nafsu,kita terburu2 untuk berkahwin...pihak wanita layak untuk minta lebih untuk mahar dia,bukan senang nak jaga anak perempuan,nak besarkan dia,sebab bila kita jaga anak perempuan ni besar pahala dia..jadi bukan senang2la kita nak serah kat orang dengan harga FREE...paham????

lagi satu....antara suami ngan isteri,kalau nak tahu sapa yang lebih sabar..kalau anak menangis malam2 tengokla sapa yang bangun tengok anak tu..diala yang paling sabar...mari kita kira sendiri peratus dia...

No comments: